You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK

75450 BUKIT KATIL. MELAKA.


..........................................................................................................................................

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 2
SESI 2013


Tarikh : 8 JULAI 2013
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Rahah
Masa :1.15 petang

Kehadiran:
1. Pn.Faridah Ab. Rahman (Pengerusi Panitia)
2. En. Syahrom bin Abd. Kadir(Setiausaha Panitia)
3. En. Mohamad. Yamin bin Mohamad Rawi (Ajk)
4. Pn.Mastura Diyana binti Mustaffa(Ajk)

1.0 Ucapan pengerusi
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia.
1.2 Pada bulan Mac dan April Bilik Sains telah dipantau.Hasil dapatan,Bilik Sains
perlu di naik taraf seiring dengan kualiti yang dikehendakki oleh pegawai
pegawai JPN.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana bertungkus lumus
membantu mengemas bilik sains.Mengharapkan kerjasama yang lebih padu
untuk memastikan bilik sains sentiasa kemas dan teratur.

2.0 Pengesahan minit.
2.1DIcadangkan sah : Mohamad Yami
2.2Disokong : Pn. Mastura Diyana

3.0 Keputusan Peperiksaan PKSR 1
3.1 Rujuk lampiran 1

4.0 Analisis peperiksaan PKSR 1
4.1 Rujuk lampiran 1

5.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5.1 Pernilaiaan setiap murid adalah berasaskan band.
5.2 Semua evidens terbaik dimasukkan kedalam fail peribadi murid.
5.3 Pada setiap lembaran perlu ada logo sekolah.
5.4 Diminta semua ahli sentiasa kemas kini fail fail PBS.
Tindakan : Semua guru sains.

6.0 Aktiviti Minggu Panitia
6.1 Semua program minggu panitia ditangguhkan.Akan dimulakan selepas
peperiksaan UPSR.
Tindakan : Semua guru sains.

7.0 Program I Think
7.1 Program Ithink perlu dilaksanakan didalam pengajaran dan pembelajaran ahli
semua.
7.2 Pihak sekolah memaklumkan bahawa sekolah kita telah di pilih sebagai
pembimbing kepada sekolah lain.
7.3 Pihak sekolah mengarahkan panitia agar memilih 1 peta pokok dan 1 peta alir
dalam bentuk gambar dan diimplementasikan di dinding pentadbiran sekolah
dalam bentuk lukisan atau kain kanvas yang dicetak.
Tindakan : Semua guru sains.
8.0 Lain - lain hal
8.1 KP memaklumkan bahawa makmal sains 1 keadaan semakin teruk setelah air
hujan masuk melalui bumbung yang bocor.Keadaan makin teruk apabila
bumbung yang bocor merebak ke stor sains serta makmal sains 2.Meminta
agar pihak pentadbir mengambil tindakan yang sewajarnya diatas perkara
tersebut.
Tindakan : GB/Pentadbir
8.2 En.Mohd Yamin meminta agar KP membeli rod kaca dan pemetik api bagi
pengajaran tajuk haba Tahun 5,serta kertas litmus bagi pengajaran tajuk asid
dan alkali Tahun 5.
Tindakan : Ketua Panitia
8.3 KP juga mencadangkan agar carta bagi tahun 3 di beli bagi membantu guru-
guru didalam pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : Ketua Panitia
9.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 petang.

Disediakan oleh;

...........................................................
(EN.SYAHROM BIN ABD.KADIR)
Setiausaha Panitia Sains.

You might also like