You are on page 1of 7

BIDANG TUGAS GURU BESAR

Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan


pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.

Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Pengurus Kurikulum Kerja Ikhtisas

Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian
Pendidikan.

Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.

Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.

Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.

Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.

Menyelia dan mencerap proses P& P.

Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.

Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.

Menentukan keberkesanan pengguna PSS.

Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan.

Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

Pembangunan Diri Pelajar

Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus
Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.

Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.



Pengurusan dan Pembangunan

Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.

Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar
dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.

Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.

Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.

Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.

Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.

Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.

Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.

Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

Pengurusan Personal

Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan
ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.

Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke
semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.

Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan
di bawah bidang kuasa

Menjaga kebajikan pegawai.



Kewangan

Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.

Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod
akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN DAN
ASRAMA.

Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-
dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.

Mengawal stok dan harta benda sekolah.

Kemudahan Fizikal

Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik.

Mempertingkatkan keceriaan sekolah.

Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan
baik.

Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.

Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.

Pembangunan Organisasi dan Diri

Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.

Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta
memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.

Mengawal Experiences berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan Learning Experiences
pelajar.

Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.

Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

Pembangunan Kendiri

Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).

Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.

Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.

Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.

Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.

Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian /
Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.

Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion
Keguruan.





















Peranan dan Tanggungjawab Guru Besar



Pentadbir di sesebuah sekolah dipegang oleh seorang guru yang bergelar Guru Besar
atau Guru Besar yang dibantu oleh pembantu-pembantu tadbir yang lain. Guru Besar
atau Guru Besar yang berperanan sebagai ketua dan pengurus yang memegang setiap
amanah yang dijalankan di sekolah. Sebagai salah satu komponen dalam sekolah,
mereka ini memegang dua peranan utama iaitu:

Pentadbir

Penyelia kakitangan di sekolah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Namun begitu, status Guru Besar adalah berbeza sama ada Guru Besar di sekolah
kerajaan atau sekolah swasta yang mana sekolah kerajaan adalah di bawah pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua esekutifnya ialah Guru Besar dan semua
aktiviti, sukatan pelajaran dan peruntukan sumber kewangan, sumber manusia adalah
tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakala sekolah swasta merujuk kepada sekolah menengah sepenuh masa yang
menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam anjuran Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sekolah ini adalah dimiliki, ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh
pihak swasta dan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan
kawalan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. dan juga Pendaftar Perniagaan atau
Pendaftar Syarikat. (Shahril Marzuki, 1999). Perjalanan dan pengurusan sekolah ini
adalah di bawah

Tugas yang digalas adalah semua perkara yang berlaku di sekolah. Secara
keseluruhannya adalah berkaitan dengan perancangan, staf, kurikulum, kaedah serta
aktiviti kokurikulum. Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab mengatur
perjalanan semua ini.

P.C. Wren ada menyatakan bahawa

What the main spring is to the watch, the fly wheel to the machine or the engine to the
steamship, the headmaster to the school. The character of the school reflects and
proclaims the professional character of the headmaster. He is the seal and the school is
the wax. He is the organizer, leader, governor, business director, coordinator,
superintendent, example, teacher, guide philosopher and friend

Seorang Guru Besar bukan sekadar Guru Besar semata-mata malah menjadi semua
pihak dalam mentafsir dan mencipta polimik dunia masa depan. Pada hakikatnya, Guru
Besar bukannya sekadar kerjaya kehidupan tetapi mempunyai skop yang lebih luas dan
tidak membatasi kehidupan dunia semasa. Oleh yang demikian, seorang Guru Besar
seharusnya memahami dan mampu meneliti keadaan persekitaran sekolah dan sostem
sosial serta bagaimana ia digerakkan. Peranan dan tanggungjawab yang digalas adalah
besar dan meliputi perkara-perkara berikut:

Pengawas Tugas:

Pengawasan ke atas arahan:

Bagi meningkatkan sesuatu kualiti organisasi, seorang Guru Besar hendaklah sering
melakukan pengawasan ke atas setiap kakitangan di bawahnya termasuklah tugas-tugas
pentadbiran serta proses pengajaran yang dilakukan di dalam kelas. Tindakan yang
boleh diambil bagi meningkatkan mutu setiap perancangan adalah melalui
perbincangan bersama, nasihat dan cadangan yang membina dan menganalisis setiap
perlaksanaan. Guru Besar hendaklah bekerjasama bersama-sama guru dalam
meningkatkan suasana pengajaran.

Mengawasi Kemajuan dan Penambahbaikan Kurikulum Sekolah:

Reka bentuk kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai matlamat dan objektif yang mampu
memberi keuntungan kepada sesebuah organisasi. Walaupun guru bertanggungjawab
melaksanakan setiap rancangan yang telah direncanakan, ia perlulah mendapat
perhatian dan pengawasan daripada Guru Besar bagi memastikan ianya ditafsirkan
secara efektif dan mencapai matlamat yang diharapkan.

Mengawasi Kurikulum dan Aktiviti Kokurikulum:

Aktiviti kurikulum adalah seperti garis panduan tugas, peperiksaan dan penilaian,
serta kokurikulum aktiviti seperti sukan dan permainan, hobi, debat, kebudayaan,
program khidmat masyarakat dan pertubuhan, persatuan serta kelab. Pembahagian dan
perlaksanaan aktiviti ini disekolah adalah di bawah seliaan Guru Besar. Maka, Guru
Besarlah yang mampu membantu dan menjana pertumbuhan metal, moral dan fizikal
seorang manusia. Malah, di peringkatkan Guru Besar menjadi seorang model yang
menjadi rujukan dan contoh terbaik.

Pengawas di Asrama:

Asrama sekolah memerlukan seorang pengawas atasan selain daripada warden asrama
itu sendiri. Tugas Guru Besar di sini adalah menjadi seorang yang mampu mencipta
suasana asrama seperti di rumah sendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa peka
dan melawat keadaan asrama dan meneliti pengurusan asrama secara efisyen.

Pegawai Tadbir:

Menjadi seorang pegawai tadbir membahagikan tugas Guru Besar kepada dua iaitu
pengurusan dalaman dan luaran. Pengurusan luaran menghubungkan Guru Besar
dengan pihak berkuasa di luar seperti kerajaan, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat
Pelajaran Negeri dan semua pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang
terlibat dengan pengurusan di sekolah. Pengurusan dalaman sekolah hanya meliputi
pejabat sekolah, pentadbiran kewangan dan perancangan sekolah.

Hubungan Dengan Pihak Berkuasa Luar:

Pendidikan sudah menjadi satu organisasi yang bertanggungjawab kepada sesebuah
negeri yang mana kerajaan telah menetapkan polisi pendidikan, belanjawan pendidikan
dan servis perkhidmatan yang boleh diterima oleh seorang guru. Guru Besar seharusnya
peka dengan perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan pada peringkat kerajaan.

Hubungan Dengan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah:

Guru Besar merupakan salah seorang daripada sekreteriat pendidikan dalam satu-satu
negeri atau daerah. Badan ini lah yang mempunyai kuasa dalam penetapan beberapa
aspek dalam perlaksaan pendidikan di peringkat negeri seperti kemasukan,
pengeluaran, kehadiran, hari persekolahan, peraturan-peraturan dan sebagainya.

Hubungan dengan Pertubuhan Penduduk:

Setiap kawasan akan mempunyai pertubuhan penduduk tersendiri seperti Rukun
Tetangga. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang berkuasa ke atas sistem
pendidikan yang mereka kehendaki dan selaras dengan keadaan setempat. Bagi
memastikan setiap tindakan berjalan dengan lancar, seorang Guru Besar perlulah
mendapat mandat atau bekerjasama dalam setiap urusan yang melibatkan pengetahuan
dan tindakan penduduk setempat.

Guru Besar Sebagai Seorang Guru

Guru Besar juga adalah tenaga pengajar yang merangkap ketua tenaga pelajar di
sekolah. Pada asasnya, beliau juga seorang guru. Jadi, beliau juga tidak boleh lari
daripada tugas mengajar. Fungsi beliau adalah untuk memberi panduan pendidikan,
teknik pengajaran, pendekatan-pendekatan baru dan menukar strategi lama kepada
strategi baru. Pendekatan yang diberikan kepada seorang Guru Besar adalah istimewa di
mana beliau tidak akan mengajar dalam masa pengajaran yang banyak kerana
peruntukan masa banyak dihabiskan untuk pengurusan.

Pengurusan-pengurusan Sekolah yang Lain:

Guru Besar juga perlu menyelia pelbagai pengurusan harian selain daripada tugas
pengajaran seperti kemudahan fizikal dan infrastruktur, pemuliharaan dan pembaikan,
penggunaan dan pemanfaatan sumber dan pengoperasian. Guru Besar hendaklah
melihat setiap peralatan yang diperlukan adalah mencukupi dan bersesuaian dengan
pengguna yang menggunakannya. Bagi setiap tindakan ini, satu jawatankuasa kecil
boleh ditubuhkan bagi menyelia semua peralatan dan menyemak senarai keluar masuk
barang serta mengurus perbelanjaan peralatan.

Organisasi di Pejabat

Sebagai seorang pentadbir, Guru Besar juga tidak terlepas daripad tugas-tugas di
pejabat seperti pendaftaran pelajar, guru serta staff sokongan, surat-menyurat, merekod
dan mengemaskini akaun. Beliau juga perlu memastikan pengurusan pejabat berjalan
dengan lancar dan mengelak berlakunya penyelewengan dan ketidakcekapan

You might also like