You are on page 1of 15

SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK

KERJA KURSUS
GEOGRAFI 23/2
2013


Nama Calon : ___________________________________________
Tingkatan : ___________________________________________
No. Kad Pengenalan : ___________________________________________
Guru Penilai : ___________________________________________
Tajuk Kerja Kursus : ___________________________________________
___________________________________________




















SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD,
JALAN TG. TUALANG,
31007 BATU GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2013

PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN
BATU GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NAMA PELAJAR : ___________________________________
TINGKATAN : ___________________________________
NAMA GURU : CIK EDDLENA WATI BT. MD YAAKOB

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,


_______________________ _________________________
( ) (Cik Eddlena Wati Bt.Md Yaakob)






Pengangkutan
Awam
Di Pekan Batu Gajah,
Perak Darul
Ridzuan.










BIL.


SENARAI KANDUNGAN


MUKA SURAT

1

TAJUK KAJIAN

i

2

SENARAI KANDUNGAN

ii

3

PENGHARGAAN

1

4

PENDAHULUAN

2

5

OBJEKTIF KAJIAN

3

6

KAWASAN KAJIAN

4

7

KAEDAH KAJIAN

5

8

DAPATAN KAJIAN

6

9

RUMUSAN

7

10

LAMPIRAN

8

11

BAHAN RUJUKAN

9






Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan Kajian Geografi Tempatan (KGT)
dengan sempurnanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Pengetua, Pn. Hjh. Azizah bt. Abd. Rashid yang telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin melahirkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ___________________, guru
Geografi yang sentiasa mendorong, memberi galakkan serta nasihat yang tidak
terhingga kepada saya sepenjang tempoh kajian ini dijalankan.

Di samping itu, saya juga turut ingin mengucapkan beribu penghargaan kepada
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mendapatkan maklumat
bagi kajian ini terutamanya Pihak KTMB, Kg. Pisang, pemandu-pemandu teksi dan bas
di Pekan Batu Gajah yang telah bekerjasama dan membantu saya menyediakan
laporan kajian ini. Tidak ketinggalan juga, saya ingin melahirkan rasa terima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu __________________________ serta rakan-
rakan yang sentiasa memberi galakkan agar saya dapat menghasilkan laporan kajian
yang baik dan berkualiti.








Saya telah memilih tugasan Perniagaan Runcit di Pasar Minggu, Batu Gajah,
Perak kerana kawasan perniagaan ini terletak berhampiran perumahan saya dan ia
merupakan kemudahan sokongan yang terpenting bagi kawasan Batu Gajah. Pasar
Minggu Batu Gajah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk di
sekitar Batu Gajah untuk mendapatkan keperluan harian di waktu hujung minggu
dengan hanya mengunjungi Pasar Minggu ini. Walau bagaimanapun, aktiviti Pasar
Minggu ini mendatangkan beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar dan lanskap di
persekitarannya.

Saya telah menjalankan kajian secara berkumpulan bersama lima orang rakan
sekelas. Kami telah membahagikan tugas kepada dua bahagian. Saya, ___________
dan ___________ telah ditugaskan untuk menjalankan kajian lapangan dengan
mmembuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan kajian. Manakala _________ dan
__________ telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat kajian di Majlis Daerah
Kinta Barat serta rujukan di internet. Dengan bekerjasama, kami dapat menjimatkan
masa dan memudahkan kami untuk melaksanakan kajian ini serta menyiapkan laporan
dengan lengkap secara individu.








Antara objektif kajian ini ialah :-

Mengenal pasti konsep pengangkutan awam.

Mengetahui jenis-jenis pengangkutan awam

Mengetahui kepentingan perkembangan pengangkutan awam.

Mengenal pasti masalah perkembangan pengangkutan awam.

Menyediakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan awam

Memupuk nilai bersyukur dengan keistemewaan pengangkutan di Pekan
Batu Gajah dan unsur patriotisme dalam kajian.









Latar belakang dan sejarah kawasan kajian

Saya telah memilih kawasan Pekan Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan sebagai
kawasan kajian. Pada dahulunya, kawasan Batu Gajah ialah sebuah tempat
perlombongan Bijih Timah yang terkenal. Menurut bukti sejarah yang terdapat dalam
diari Residen British pertama di Perak, iaitu J.W.W Birch kewujudan Batu Gajah telah
dikenalpasti sejak tahun 1870 di mana beliau ada menyebut Batu Gajah sebagai
sebuah kampung yang besar di tepi Sg. Kinta yang terdapat sebuah relau besar untuk
melebur bijih timah. Menurut sejarah lagi, Pekan Lama (River Street) berhampiran Sg.
Kinta merupakan tempat tumpuan orang ramai. Jalan sungai telah digunakan sebagai
jalan utama untuk menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan sehinggalah
sistem pengangkutan dimajukan di kawasan ini.

Sistem pengangkutan utama di Batu Gajah pada ketika itu berfungsi sebagai
tempat memunggah barangan serta hasil bijih timah yang menjadi sumber utama di
Pekan Batu Gajah. Ekoran daripada tumpuan pedagang dan hasil bijih timah, Batu
Gajah telah menerima sistem pengangkutan yang strategik pada ketika itu iaitu psistem
perhubungan melalui jalan keretapi. Jalan kereta api pertama telah menghubungkan
Batu Gajah - Ipoh sejauh 8 batu 72 rantai pada tahun 1983, Batu Gajah - Kota Bahru 5
batu 44 rantai pada 1894 dan menjelang tahun 1895 Batu Gajah juga telah
dihubungkan ke Teluk Anson (Teluk Intan) yang memudahkan pengangkutan eksport
bijih timah ke pelabuhan di kawasan tersebut. Pembinaan jalan kereta api ini telah
membawa perubahan besar terhadap pembangunan Pekan Batu Gajah.

Pada masa kini, telah berlaku perubahan besar bagi Pekan Batu Gajah sama
ada dari segi pembangunan fizikal mahupun dari segi jaringan pengangkutan.
Berdasarkan tajuk kajian yang dijalankan iaitu Pengangkutan Awam di Pekan Batu
Gajah pelbagai perubahan dapat dilihat dari sistem pengangkutan kereta api pertama
sehinggalah ia berkembang kepada sistem kereta api (ETS) yang dapat
menghubungkan Batu Gajah dengan ibu negara Malaysia dalam masa dua jam sahaja.
Ini menunjukkan sistem pengangkutan di kawasan ini telah berkembang dengan pesat
mengikut peredaran zaman.

Lokasi dan persekitaran kawasan kajian

Pasar Minggu ini juga terletak berdekatan Taman Orkid, Batu Gajah dan jalan
utama ke kawasan Pasar Minggu ini menuju ke Gopeng dan Bandar Ipoh. Oleh
demikian, kedudukannya yang strategik menyebabkan Pasar Minggu ini menjadi
tumpuan penduduk Batu Gajah dan kawasan sekitarnya. Di kawasan kajian ini terdapat
ciri Pandangan Darat Fizikal seperti sungai, tumbuh-tumbuhan semulajadi yang
menghiasi persekitarannya. Di samping itu, terdapat juga ciri Pandangan Darat Budaya
seperti bangunan, rumah serta pasaraya yang melengkapi kawasan kajian. Selain itu,
jarak antara rumah saya dan kawasan kajian adalah kira-kira ____ km.


PETA 1.0 : PETA DAERAH DI PERAK DARUL RIDZUAN





























KAWASAN KAJIAN
PEKAN BATU GAJAH


PETA 1.2 : PETA KAWASAN PEKAN BATU GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN














































Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan Kajian Geografi
Tempatan ini seperti :-
1. Kaedah Pemerhatian
Saya telah melawat beberapa kawasan serta membuat tinjauan dan pemerhatian bagi
kawasan yang menyediakan Pengangkutan Awam di kawasan Pekan Batu Gajah.
Antara kawasan-kawasan tersebut ialah Stesen Kereta Api Batu Gajah di Kg. Pisang,
Hentian Teksi di Bazar MARA, Hentian Bas Ekspress di Jalan Gopeng dan kawasan
pembinaan hentian baru pengangkutan awam iaitu Batu Gajah Sentral.

2. Kaedah Rujukan Kepustakaan
Bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kajian ini, saya telah membuat
rujukan dan pencarian maklumat di perpustakaan dan internet. Saya telah membuat
rujukan di laman web bagi mendapatkan maklumat kawasan kajian serta merujuk
kamus bagi mendapatkan maksud, konsep serta maklumat berkaitan 'Pengangkutan
Awam

3. Kaedah Temubual
Saya telah menjalankan beberapa temubual dengan pengguna mengenai kemudahan
pengangkutan awam serta kepuasan pengguna bagi perkhidmatan ini di kawasan
Pekan Batu Gajah.




8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

Konsep pengangkutan awam ataupun transit awam adalah merangkumi semua
sistem pengangkutan di mana penumpang bergerak tanpa menggunakan
kenderaan sendiri. Konsep pengangkutan ini juga termasuk perkhidmatan darat
seperti kereta api, beca, van dan bas. Definasi ini turut merangkumi
perkhidmatan pengangkutan berjadual seperti feri, komuter, teksi, kapal terbang
dan sebagainya.

Pengangkutan awam juga biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan
dalam laluan tetap tanpa sebarang penempahan daripada pengguna.
Kebanyakan penumpang menggunakan perkhidmatan ini bergerak dalam
lingkungan kawasan tempatan di antara rumah ke tempat kerja, pusat membeli
belah atau institusi pendidikan.

8.2 JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN BT. GAJAH
8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN BT.
GAJAH
8.4 MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN BT.
GAJAH
8.5 CADANGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI PEKAN BT.
GAJAH

You might also like