You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : 4/4

Minggu Praktikum : keempat


Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 21 hingga 25 april 2014
Tajuk Jurnal : Guru Tidak Dapat Ingat Nama Pelajar Dengan Baik.

1. Masalah / Peristiwa

Setelah enam minggu saya bersama dengan pelajar tahun 3, namun saya
masih lagi tidak ingat nama pelajar tahun 3 secara keseluruhannya. Atas sebab
masalah ini juga, saya dapat merasakan saya tidak begitu akrab dengan pelajar
kerana saya tidak ingat nama mereka dengan baik. Begitu juga dengan pelajar,
mungkin dari sudut hati mereka bahawa guru tidak menyayangi mereka kerana
guru tidak tahu nama pelajar tersebut.

2. Analisis

Namun begitu, saya hanya ingat nama pelajar yang selalu melakukan masalah
sepanjang pengajaran dan pembelajaran saya berlansung. Masalah ini sering
terjadi kepada saya kerana sifat saya sendiri yang memang agak lambat untuk
mengingat nama orang termasuklah pelajar saya sendiri.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Membuat tanda nama kepada pelajar secara individu.
b. Selalu memanggil nama pelajar yang berlainan dalam satu masa
pengajaran.
c. Cuba ingat muka dan nama pelajar serta karakter mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:
...........................................
Nama :
..........................................
Tarikh :
...........................................


Tandatangan:
............................................
Nama :
...........................................
Tarikh :
...........................................

You might also like