You are on page 1of 2

1

JURNAL MINGGU KEDUA



Bilangan Jurnal :2 /4
Minggu Praktikum : kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 8 April 2014
Tajuk Jurnal : Masalah kawalan kelas

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini ( 8/4/2014 ) saya telah menghadapi masalah kawalan kelas yang kritikal. Saya telah masuk ke
kelas 2 zuhrah. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana saya gagal
mengawal kelas .Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif khususnya objektif yang akhir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana saya masih baru lagi di kelas tersebut dan aktiviti yang saya jalankan agak
membosankan murid-murid. Didapati pelajar-pelajar membuat bising dan tidak menghiraukan saya
di hadapan kelas. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana waktu tersebut hujan turun
dengan lebatnya. Murid-murid ada yang keluar kelas bermain hujan dan suara saya agak terbatas
dengan bunyi hujan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya patut membaca buku yang berkaitan dengan kawalan kelas dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengawal kelas dengan baik.
b) Saya akan lebih tegas terhadap murid-murid dan marah apabila perlu dalam suasana kelas
yang terkawal.
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat dari guru pembimbing serta pensyarah
pembimbing agar saya dapat mengawal kelas dengan baik dan sempurna.
4. Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu akan datang.Pengurusan masa yang
baik adalah bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah
ini tidak dapat di atasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancang tidak tercapai
sepenuhnya.

2
JURNAL MINGGU KEDUA

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :____________________ Tandatangan :_______________________
Nama :_____________________ Nama :_______________________
Tarikh :_____________________ Tarikh :_______________________

You might also like