You are on page 1of 1

Siti Fatimah Binti Mohd Kamal

Lot 637, Kampung Jaya,


Jalan Pasir Hor,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
_________________________________________________________________________

Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 3-6, Blok C, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, MALAYSIA. 06 OKTOBER 2012

Tuan/Puan,

Rayuan Untuk Mendapat Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA 2/2012

Merujuk perkara di atas.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Siti Fatimah Binti Mohd
Kamal (No. KP: 920127145752) pelajar tahun 2 dalam bidang Pergigian di Universiti Al-
Azhar, Mesir. Saya telah memohon Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Kelolaaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sesi II Tahun 2012 tetapi gagal menerima skim
pinjaman tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya telah mendapat keputusan jayyid
jiddan (sangat baik) dalam kedua-dua peperiksaan Pra-Pergigian dan tahun 1 dalam bidang
Pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

3. Saya ingin membuat rayuan untuk mendapat skim pinjaman JPA atas sebab-sebab
berikut :
a) Meringankan beban kewangan ibu dan bapa.
b) Mempunyai 7 orang adik-beradik yang masih bersekolah.
c) Ingin berkhidmat untuk kerajaan Malaysia selepas pengajian.
d) Memenuhi keperluan Malaysia dalam kepakaran pergigian yang masih kurang.
e) Seorang yang patriotik, bersifat kepimpinan, dedikasi dan bertanggungjawab.

4. Saya amat berharap agar pihak tuan/puan memberikan pertimbangan yang
sewajarnya berkenaan dengan permohonan saya ini. Saya merakamkan penghargaan
tertinggi dan ribuan terima kasih di atas masa dan perhatian pihak tuan/puan.

Sekian,

Yang Benar,

Siti Fatimah Binti Mohd Kamal
Email: tiem_2oclock@yahoo.com & mahaneemm@gmail.com
Nombor kad pengenalan: 920127145752
019-9387488 / 019-9387476

You might also like