You are on page 1of 19

Ads by Media ViewAd Options

Tuesday, January 24, 2012


BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

A. PENGENALAN
Kejayaan manusia yang hebat ialah pencapaian mereka dalam membina serta mengasaskan empat
tamadun besar iaitu, Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Hwang Ho.
Tamadun awal ini telah diteruskan dan dikembangkan oleh empat tamadun utama
iaitu, Yunani,Rom, India dan China.
Kejayaan tamadun dunia ini juga tidak beerti bahawa manusia yang mendiami wilayah ini sahaja
yang telah mencapai kemajuan kerana hal yang sama juga telah berlaku kepada manusia yang mendiami
kawasan Asia Tenggara.
Dari segi geografi, Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada
Tanah Besar Asia Tenggara
Kepulauan Asia Tenggara.
Kewujudan tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara terbukti dengan kemunculan kerajaan
seperti Funan, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia.
Tamadun awal di kepualauan Asia Tenggara terutama di kepulauan Melayu boleh dibahagikan
kepada 2, iaitu wujud di Tanah Melayu seperti
Korean Kedah Tua
Gangga Negara
Langkasuka
Manakala tamadun awal Asia Tenggara seterusnay di Kepulauan Indonesia yang dibuktikan
dengan kewujudan
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Singhasari
Kerajaan Mataram
Untuk membuktikan jangkamasa kemunculannya, para sejarawan tempatan telah menggunakan
sumber bertulis dan artifak arkeologi
Sebagai contoh sumber dari China pernah mengatakan tentang kewujudan Kerajaan Funan pada
pertengahan abad ke- 3 M.
Ini membuktikan bahawa Funan adalah kerajaan awal di Asia Tenggara yang berkemungkinan
telah wujud abad ke-2 M.
Sementara data arkeologi pula menunjukkan bahawa kewujudan Funan bermula semenjak abad
ke-3 M
Ini dibuktikan dengan jumpaan seni berunsur Hindu dan Buddha yang langgam seni
arcaAmarawati dari India.
Pada tahap awal, tamadun di Asia Tenggara ttelah menjalin hubungan diplomatic dengan
kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India.
Walaubagaimanapun, hubungan antara kawasan petemapatn awal di Asia Tenggara telah wujud
semenjak Zaman Logam, terutamnaya hubungan perdagangan.
Ini terbukti apabila artifak seperti gendang gangsa, Dongson yang dihasilkan di
Dongson,Vietnam Utara turut ditemui
o Batu Buruk ( Terengganu)
o Sungai Tembeling ( Pahang )
o Sungai Klang ( Selangor )
o Thailand
o Indonesia
o Myanmar.
Hubungan perdagangan antara Rom dengan petempatan Asia Tenggara juga telah wujud.
Terbukti dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di
Kuala Selinsing ( Perak )
Kota Tinggi
Muar
Di pantai barat dan selatan Thailand.
Kawasan di atas merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara dan
berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gandang gangsa di
Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.
Ini kerana petempatan tersebut juga terletak berhampiran dengan sungai.
Petempatan awal tersebut belum dapat ditakrifkan sebagai kerajaan kerana pemerintahannya
belum bergelar raja.
o Berdasarkan bukti- bukti di atas pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara dapat dikaitkan seiring
dengan perkembangan maritime.
Perdagangan maritime ini pula berkembang bersama- sama dengan kemahiran dalam pembuatan
kapal layer dan perahu.
Tanpa kapal layar, perdagangan maritime mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan maritime
pula mungkin kurang berperanan.
Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar juga menunjukkan bahawa perdagangan
maritime di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad ke-5 S.M
Sementara pembentukan tamadun awal pula berlaku pada abad ke-2 atau ke-3 M
Ini menunjukkan bahawa proses pembentukan kerajaan dalam tamadun awal Asia Tenggara
mengambil masa lebih kurang 600-700 tahun.

BENTUK- BENTUK KERAJAAN AWAL

A) KERAJAAN AGRARIA
Kerajaan yang menjalankan ekonomi berasaskan
Pertanian
Penternakan
Pemungutan hasil hutan dan sungai.
Kerajaan ini tebentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya:
Kerajaan Dvaravati di Sg. Myanmar ( Thailand)
Di Sungai Irrawaddy ( Myanmar )
Kerajaan Sungai Merah ( Vietnam)
Kerajaan Sungai Mekong ( Kemboja, Laos dan Vietnam)
Kerajaan Agraria juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng gunung
berapi contoh
Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng ( Indonesia )
Kerajaan awal kerajaan Agraria yang terkenal ialah
Sailendra ( Jawa Tengah )
Angkor ( Kemboja )
Sukhoitaa ( Thailand )
Terdapat juga kerajaan agraria yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya
kerajaan Funan.
Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan
yang subur seperti lembah-lembah sungai.
Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar dan akhirnya menjadi kerajaan.
Di lembah sungai tersebut, tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana kawasan itu mendapat
bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah. Padi huma pula ditanam di kawasan tanah
tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
Selain padi tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang,
keledek, sayur- sayuran.
Masyarakat Agraria juga menghasilkan
Pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
Mengumpul hasil- hasil hutan seperti
o Kayu gaharu
o Kapur barus
o Tanduk
o Gading
o Damar
o Kayu cendana
o Pelbagai jenis buah- buahan
o Sarang burung dari gua untuk tujuan perdagangan
o Terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
o Ada juga berusaha mendapatkan kulit kura- kura
o Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
Pada tahap awal kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja
Tetapi apabila terdapatnya lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut, lebihan itu akan
dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan yang tidak terlibat dalam pertanian khususnya
masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritime.
Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan system pengairan yang baik.
Perkembangan pertanian di Funan dan Angkor disebabkan terdapatnya system pengairan yang
bersumberkan dari Sungai Mekong dan tasik Tonle Sap.
System pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya.
Kerajaan juga bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan system pengairan tersebut.
Seperti zaman pemerintahan Raja Indravarman 1 (877 M) telah membina system pegairan danbaray yang
mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.
Kesannya hasil padi dari kawasan tersebut dapat menampung keperluan asas kerajaan Angkoryang juga
merupakan keperluan asas rakyatnya.
KERAJAAN ANGKOR
Merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang terletak di lembah Sg. Mekong.
Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan yang kuat ialah kedudukaannya
yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
Air tasik ini dating dari Sg. Mekong
Tanahnya yang subur dan mempunyai iklim yang panas lembab sepanjang tahun amat sesuai untuk
kegiatan penanaman padi.
Ia juga bergantung kepada sumber ikan air tawar yang banyak diperolehi dari tasik ini.
Tasik ini juga menjadi punca air utama untuk mengairi sawah selain menjadi bekalan air minuman.
Oleh itu, kawasan tasik berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang besar jumlahnya maka
kepentingan dan peranan tasik Tonle Sap terhadap pendudukAngkor semakin berkembang.
Dengan kecekalan, masyarakat mereka akhirnya telah dapat berkembang serta membentuk sebuah
kerajaan yang berdikari dan mempunyai system pentadbiran yang teratur.
Mereka juga telah berusaha untuk mengusahakan untuk menguasai alam sekitar seperti membina system
pengairan agar dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang terkenal.

B) KERAJAAN MARITIM

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan ekonomi perdagangan dan kelautan serta
berfungsi sebagai pelabuhan.
Terletak berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepualauan. Contoh kerajaan
maritim yang utama ialah
Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi
Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman ( Pahang )
Langkasuka ( Sungai Yarang)
Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sg. Merbok dan Sg. Muda)
Chih-Tu ( Sg. Kelantan)
Mo-lo-yu ( Sg. Batang Hari)
Kalah ( Sg. Takuapa)
Fo-lo-an ( Sg. Terengganu)
Tiumah ( Pulau Tioman )
Di petempatan ini pada peringkat awal, anggota masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan
memungut hasil laut.
Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.
Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar bijih timah seperti emas dan timah.
Bila kegiatan ekonomi mereka ini membawa hasil yang melebihi keperluan masyarakat setempat, maka
lebihan ini telah diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.
Ada di antara petempatan tersebut yang berkembang sebagi tempat berdagang. Perkembangan seterusnya
telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal
Pelabuhan ini mendapat bekalan tempatan seperti,
Logam emas dan timah
Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, dammar
Hasil laut
Makanan.
Pelabuhan pembekal ini telah disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.
Antara pelabuhan pembekal ialah
Jenderam Hilir dan Klang ( Selangor )
Kuala Berang ( Terengganu)
Kuala Selising ( Perak )
Daripada pelabuhan pembekal sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat
status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Contohnya.
Champa
Kedah tua
Langkasuka
Srivijaya
Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.
Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran dengannya contohnya Champa
dan Langkasuka.
Kedua- duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari
pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat.
Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah
menjadi kawasan perdagangan yang strategik.
Ini adalah kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang
kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entreport apabila menjalin hubungan dagangan dengan
kerajaan besar China dan India.
Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil dari kerajaan
lain yang dibekalkan kepadanya.
Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini.
Keadaan ini menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagaiSuvarnadvipal
( Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi ( Bumi Emas )
Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese yang memberi makna
Semenanjung Emas.
Bukti- bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa Semananjung
Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.
Ciri lain kerajaan maritim dapat juga dilihat pada penduduknya. Penduduk terdiri
Orang tempatan
Orang laut
Pedagang luar.
Mereka ini telah menggunakan lebih daripada satu bahasa. Namun begitu bahasa perhubungan masyarakat
maritim ialah bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua
franca di Asia Tenggara.
Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku.
Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan
peneroka yang terulung di Asia Tenggara.
Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta
kedudukannya yang strategic, petempatan mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti Champa
dan Srivijaya.
Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan
berdagang dengan masyarakt di luar kawasannya.
Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat
perahu dan kapal layar.
Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak jauh.
Selain itu mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju sesuatu tempat berpandukan bintang dan langit.
Pada hari ini kita dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakar Asia Tenggara iaitu perahu atau kapal
layar yang besar seperti kapal orang Bugis.
Tinggalan perahu laayr abad ke-5 dan zaman- zaman selepasnya dapat dilihat di muzium Pekan, Pahang.
Antaranya termasuklah perahu abad ke-5M yang dijumpai di Kuala Pontian, Pahang dan tinggalan perahu
abad ke-18 yang ditemui di Ketil, Kedah yang dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah.



1) KERAJAAN SRIVIJAYA.
Srivijaya dari abad ke-7 hingga 13M merupakan kerajaan maritime terulung di Asia Tenggara.
Antara kerajaan maritim Srivijaya termasuklah memiliki bala tentera laut yang besar dan
dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.
Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal
keselamatan kerajaan.
Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, Srivijya
telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.
Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk diperdagangan antarabangsa yang dibekalkan
oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.
Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara.
Menurut catatan I- Tsing pada tahun 671M, pelabuhan srivijya turut dikenali kerana mampu
menghasilkan kapal besar.

2) KERAJAAN KEDAH TUA ( CHIEH-CHA/KATAHA)
Kerajaan yang disebut dalam sumber dari China dan India.
Kerajaan berkembang antara abad ke-5 hingga 13M
Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan Srivijaya
dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan Shih-Li-Fo- shi/Katahapada zaman
kebangkitan Kedah Tua.
Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entreport pada abad ke-5 M lagi.
Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ke-7M turut mempengaruhi peranan Kedah Tua
sehingga abad ke-13
Kerajaan Kedah Tua terletak di Sg. Emas dari abad ke-5 11M sebelum beralih ke lembah Sg.
Bujang dari abad ke-11 13M.
Pada abad ke-5 10M, penduduknya menganut agama Buddha dan selepas abad ke-11 mereka
menganut agama Hindu. Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha yang
berjumlah sekitar 9 buah yang telah dibina kembar hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan
arca Hindu Buddha.
Di sebelah utara Kerajaan Kedah Tua, kerajaan Kalah yang terletak di Sg. Takwapa
Kedah Tua merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat semenanjung Tanah
Melayu
Bukti peranannya sebagai pelabuhan entreport sebelum Melaka adalah berdasarkan jumpaan
tembikar China yang dihasilkan pada zaman Diansti Tang iaitu pada abad ke-7M.
Pada zaman Dinasti Song abad ke-10M dan zaman Dinasti Yuan pada abad ke-10 ke-13M.
Di samping itu, pelita tembaga dan tembikar dari timur tengah bertarikh sekitar abad ke-9 dan
abad ke- 10M turut dijumpai.
Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan bahan dagangan dari beberapa
seperti India, Sri Lanka dan Burma telah ditemui.
Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan
entreport
Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal dagangan yang keluar masuk terutama
pada waktu malam melalui nyalaan api ( penanda arah)
Kedudukannya yang strategik di laluan selat Melaka yang terlindung daripada
tiupan angina Monson barat daya dan timur laut.
Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan.
Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti timah
Barang dagangan yang diperolehi dari luar ialah kain kapas, suter, the, tembikar,
kaca dan manik

Kedua- dua kerajaan ini iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim bergantung antara satu sama lain
atau saling melengkapi. contoh kerajaan Agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk
yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai system pertanian
yang baik hingga telah dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkannya
kepada kerajaan maritim yang lain.
Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria.
Kerajaan Agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah daripada Negara
luar seperti China dan India.
Barangan mewah itu termasuklah tembikar asing termasuklah tembikar China.
Barangan mewah lain ialah tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik.
Sebagai tukarannya kerajaan Agraria telah membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada
kerajaan maritim.
Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan juga
binatang kenderaan seperti gajah.
Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di Asia Tenggara
terpaksa mendapatkannya daripada Pegu di Burma.
Begitu juga gajah untuk kenderaan raja diperolehi dari Burma dan Siam.
Biasanya tukang kayu dan tukang batuyang baik terdapat dalam kerajaan Agraria.
Maka keperluan kerajaan Maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria.
Kedudukan Negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan perdagangan
antarabangsa tetap kekal hingga hari ini.
Amatlah bersesuaian kerajaan sekarang memanfaatkan kemudahan pelabuhan Kelang dan Tanjung
Pelepasan di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada Negara dan rakyat.
Langkah tersebut di samping membawa keuntungan pada zaman ini iaitu melalui peningkatan hasil
daripada perdagangan antarabangsa, menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini juga akan
mengembalikan kegemilangan masa lampau Negara kita.
Keadaan inilah yang akan menghayati kesinambungan sejarah biarpun kita hidup pada zaman serba moden.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat Keterangan
Bukti kewujudan
tamadun
awal asiaTenggara
Sumber China
Mencatatkan Kantai dan Chu Ying telah dihantar sebagai utusan China ke Funan
pada tahun 245- 250.
Dikisahkan Raja Funan pada masa itu bernama Houen- Tien dalam sebutan Cina
atau bernama Taun Di Nya.
Bahkan sejawan bernama G. Coedeas menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu
yang tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama Masihi.
G. Coedes juga berpendapat kerajaan melayu yang kedua tertua ialah Kampar yang
wujud pada sekitar akhir abad ke-2 (137 M) dan dikenali sebagai Lin Yi.
Hanya pada abad ke-7, barulah kerajaan ini dikenali sebagai Kampar.
Amaravati Merupakan lokasi seni pahatan arca yang berkembang diIndia.
Tempat ini terletak di tepi sungai Kisna dan jaraknya lebih kurang 128
km dari pantai timur India.
Amaravati berkembang sebagai pusat pahatan yang lebih tertumpu
kepada arca agama Buddha dan berkembang sekitar tahun 150-250 M.
Arca yang mempunyai kesamaan ciri dengan yang terdapat di
Amaravati dikaitkan dengan pangram amaravati.
Manik Manic merupakan artifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana
peranannya sebagi hiasan lambang dan status di samping untuk tujuan
keagamaan dan tujuan sosial lainnya.
Manik ada yang diperbuat daripada batu. Tulang ikan, kaca dan bahan
lain.
Manik terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Petempatan awal dan
peranan sungai
sebelum kemunculan
kerajaan awal
di AsiaTenggara.
Bukti wujudnya penempatan awal di sungai- sungai utama di Asia
Tenggara semenjak zaman logam adalah Beikhtha-No di Lembah Sungai
Irrawaddy ( Myanmar ) Cha Sen di Lembah Sungai Chao Phraya ( Thailand ),
Donson di lembah Sungai Merah ( Vietnam ) dan lembah Bernam ( Perak )

Bukti penanaman
padi di AsiaTenggara.
Pada telah diusahakan pada zaman Neolitik lagi di Asia Tenggara.
Ini berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak
arkeologi.
Contohnya di Ban Kao dan Spirit Caves ( Thailand ) Lembah
Tembeling ( Pahang ) Gua Sirih ( Sabah ) dan Gua Cha ( Kelantan )
Funan Walaupun pada tahap awal adalah kerajaan agrarian tetapi kemudiannya
berkembang menjadi kerajaan maritime.
Perkembangan ini disebabkan oleh kedudukan Oc-eo yang terletak di
Muara Sungai Mekong dan terlindung daripada tiupan angin Teluk Siam di
samping mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan mendapatkan
bekalan makanan dan minuman.
Baray Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik yang luas.
Pada musim hujan air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim
kemarau untuk mengairi sawah padi selain dijadikan air minuman.
Kepentingan Tasik
Tonle Sap.
Membekalkan sumber air minuman
Pada musim banjir, limpahan air dari sungai Mekong akan mengalir ke
Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi .
Pada musim kemarau kawasan sekitar kan menjadi subur.
Membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar.
Air dari tasik ini dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan
menggunakan terusan dan sistem pengairan.
Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi
bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan
seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
Pelabuhan pembekal. Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan.
Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti
timah dan emas serta bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk
mendapatkannya.
Pelabuhan Kerajaan Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi
kemudiannya menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut
berkembang menjadi sebuah negeri.
Pelabuhan Entreport Ialah pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil
kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di
pelabuhannya.
Pelabuhan ini berperanan membeli barangan daripada pedagang
antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang baru datang dari
pelabuhan sekitarnya dan takluknya.
Lingua Franca Bahasa yang ditutur secara meluas dan digunakan dalam pelbagai
urusan .
Pada tahun kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan
dalam urusan perdagangan.
Bahkan perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan
arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ke-7 hingga 13 M yang
mengguanakan bahasa Melayu.
Shish- Li- Fo- Shi Sebutan untuk Srivijaya berdasarkan sebutan Cina.
Shieh- Ha Sebutan dalam bahasa Cina yang merujuk kepada Kedah Tua

PANGRAM AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL.

A) Cara Kedatangan Pangram Hindu Dan Buddha.
Terdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia
Tenggara.
PENDAPAT PERTAMA- mengatakan bahawa pangram India telah dibawa oleh golongan Ksyatria dan
tentera. Mengikut pendapat ini penagruh ini dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India.
PENDAPAT KEDUA- mengatakan pangram tersebut dibawa oleh pedagang atau vaisya.
PENDAPAT KETIGA- mengatakan pangram ini dibawa oleh Brahmin atau pendeta
PENDAPAT KEEMPAT-
i. Mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan aspek- aspek kebudayaan India yang
menarik sahaja dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
ii. Para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat ke-4 ini.
iii. Ini diperkuatkan lagi oleh ahli arkeologi jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai langgam
bercirikan Asia Tenggara khususnya seperti Archa dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di
Srivijaya.
Dalam proses pengambilan itu aspek- aspek yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah
dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada
masa yang sama.
Ini dapat dilihat dalam aspek amalan kepercayaan contohnya agama yang dianuti di Kedah Tua
pada abad ke-5M ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah hindu.
Pada abad ke-7 M, kerajaan di Tyakupa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab
Vishnu tetapi pada abad yang sama di Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama
Buddha Mahayana.
Penerimaan masyarakat pribumi di Asia Tenggara terhadap beberapa aspek
kebudayaan Indiakhususnya seperti seperti keagamaan dan system beraja juga didorong oleh faktor
perdagangan.
Ini kerana faktor perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah wujud semenjak abad ke-
5 S.M lagi
Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan
logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian ( 69-79M) dari Rom memberhentikan
perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut Rom.
Keadaan ini telah memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan antara Asia Tenggara
dengan India sehingga kesan daripada proses ini memperlihat pelbagai aspek kebudayaan Indiatelah
diterima serta diterapkan di beberapa Negara di Asia Tenggara dalam
i. System pemerintahan dan pentadbiran
ii. Kesenian
iii. Kesusasteraan.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
Sebelum lahirnya kerajaan awal pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia Tenggara
diterajui oleh ketua
Pada masa itu gelaran raja belum lagi digunakan.
Gelaran tersebut hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh
system beraja di India.
Dalam system ini kedudukan raja ialah
Raja berada di puncak pemerintahan
Di bawahnya terdapat kerabat di raja
Selepas itu terdapat pembesar termasuk ahli agama iaitu Brahmin
Akhirnya terdapat rakyat terdiri daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah
hamba
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi hubungan luar,
ketenteraan, dan khazanah Negara
Perintah raja menjadi undang- undang yang wajib dilaksanakan.
Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidaka akn
diampunkan.
Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.
Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.
Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan
tuhan.
Lahirnya konsep dewaraja dalam system pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.
Raja tuhan atau dewaraja turut dipercayai memiliki kesaktian maka kemudiannya lahirlah
unsure lagenda dan mitos tentang asal usul raja untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja
sebagai pemerintah.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat
istiadat seperti pertabalan raja.
Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja
tersebut menganut agama hindu atau Buddha.
Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada
golongan yang diperintah.
Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja terulung iaitu menjadi raja yang
berkuasa terhadap seluruh alam semesta.

Kerajaan Angkor
Mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta atau dikenali dengan
nama orde kosmos
Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat
Dalam kerajaan Angkor juga dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya adalah satu puncak
system pemerintahan.
Raja akan dibantu oleh pembesar contohnya di setiap daerah terdapat pembesar daerah atau
gabenor, sementara golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.
Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai
tentera dan hakim.

Kerajaan Srivijaya
System pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks
Pangram India dalam system pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan
agama Buddha Maharayana. Struktur pentadbiran Srivijaya ialah seperti di bawah
Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah
Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu Yuvaraja, prativaraja, raja
kumara, raja putra.
Seorang daripada 3 orang anak raja yang awal itu boleh menggantikan raja kecuali raja putra
kerana ia merupakan anak gundik.
Di bawah anak raja terdapat parwanda atau kadangkala disebut Senapati iaitu ketua pentadbiran
pusat.
Dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu.
Hamba raja merupaka golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.
Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja.
Datu dapat dibahagikan kepada dua iaitu yang bergelar parwanda ( berketurunan raja) bhupat
( orang- orang kaya)
Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung dengan taat setia
Setiap orang yang dilantik menjadi datu hedaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang
dilaksanakan di sebuah tempat suci yang dinamakan Telaga Batu di Palembang
Ini dibuktikan dengan jumpaan sebuah batu bersurat bertarikh 683M dengan ular tedung
berkepala tujuh melambangkan Paiying yang melindungi tulisan P ( ada batu bersurat dan terdapat
tempat air mengalir di bahagian bawahnya).
Masyarakat di daerah Asia Tenggara semenjak dari zaman awal lagi terlibat dalam perdagangan laut yang
kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa luar seperti India.
Interaksi antarabangsa seperti ini membolehkan proses asimilasi budaya berlaku
Kalau pada masa dahulu penganutan berunsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat, hal yang
serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini.
System beraja yang diamalkan di Negara kita adalah raja berperlembagaan yang memenuhi aspirasi dan
peraturan moden dan menjadia asas kepada rakyat untuk mematuhi pemerintah agar Negara sentiasa
berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM KESENIAN DAN KESUSASTERAAN
Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh kerajaan awal seluruh Asia Tenggara
yang mempunyai pangram Hindu dan Buddha.
Antara peninggalan ini adalah berbentuk senibina iaitu monument
Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama atau peristiwa penting. Monumen ini boleh berupa candi iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan
patung.
Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah
ibadat. Ianya berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga. Tempat menyimpan
parung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal. Candi merupakan lambang kepada keagungan
seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.
Angkor wat dan Candi Borobodur melambungkan orde kosmos
Di Thailand, Kemboja dan Vietnam rumah ibadat dikenali sebagai wat tetapi di Burmadisebut stupa.
Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah mula diperkenalkan
di Indonesia.
Antara warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara termasuklah
Candi Dieng ( abad ke-6 M)
Candi Borobodur ( abad ke- 8 M)
Candi Prambanan ( abad ke-9 M)
Angkor Wat ( abad ke-12) di Kemboja
Candi di Chaiya dan Yarang ( antara abad ke-7 13M)
Candi di Lembah Bujang ( antara abad ke-5 13M)
Candi Dieng dan Prambanan merujuk pada agama Bhindu sementara candi di Thailand hampir
semuanya untuk agama Buddha.
Warisan tersebut melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dapat melahirkan
monument keagamaan.
Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha sementara patung dewa Vishnu, Siva,
Brahm, Durga dan Lingga merupakan patunga agama Hindu.
Terdapat juga patung jenis lain seperti Drawapala dan Nandiswara yang berperanan menjaga
candi daripada dimasuki oleh roh jahat
Candi dan patung Hindu dan Buddha dijumpai di Asia Tenggara boleh diketegorikan kepada
beberapa jenis dan gaya.
Jenis dan gaya melambangkan zaman penciptanya.
Walaupun agama Hindu dan Buddha dating dari India tetapi gaya seni bina arca dan patung
tersebut menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara. Contohya arca Buddha yang
ditemui di tapak 16A Lembah Bujang menunjukkan ciri campuran antara gayaSarnath dari India dengan
alanggam seni arca tempatan.
Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dapat diketegorikan
kepada gaya yang didapati di Funan, Champa, Dvaravati, Srivijaya, Sailendra, Angkor dan Padang
Lawas di Sumatera.
Gaya itu menggabungkan antara elemen India denagn elemen tempatan.
Sekiranya patung dibuat sekitar bad ke-3 dan 5 M, maka terdapat pangram zaman Dinasti Gupta.

Candi Angkor Wat
Di Kemboja pula Angkor Wat dibina untuk agama Hindu
Candi terletak 6KM ke utara Seim Reap dan melambang orde kosmos
Tingginya ialah 213meter dan keluasan kawasannya ialah 208hektar.
Candi ini mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39meter
dengan teres bertingkat empat.
Setiap sudutnya mempunyai menara.
Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit dan batu pasir dengan
ukuran 850 meter lebar dan 1000 meter panjang
Terdapat ukiran yang menggambarkan antara lain epik Ramayana dan Mahabrata

Candi Borobodur
Terletak di Jawa Tengah, Indonesia
Candi ini mewakili agama Buddha Mahayana
Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili
oleh patung stupa dan patung Buddha.
Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, Samadhi dan panna. Seperti yang
terdapat dalam ajaran Buddha.
Candi Borobodur ini dibina dalam masa 75tahun.

Candi Lembah Bujang
Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low iaitu
Superintendent di Seberang Perai ( Province Wellesley)
Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah
dikenalpasti.
Walaubagaimanapun melalui kajian arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat dibina
semula struktur lantainya.
Antara candi yang telah dibina semula di Lembah Bujang ialah
candi yang dapat dilihat di Estet Sg. Batu di Bukit Batu Pahat, di Pendiat dan di
Pengkalang Bujang.
Candi yang terdapat di lembah Bujang bersaiz kecil, kesemua candi yang dijumpai tinggal
bahagian tapak sahaja.
Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu
Vimana- bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan.
Mandapa- bahagian luar candi.
Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan Pencapaian dalam bidang
intelek masyarakat.contoh batu bersurat yang banyak di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara
mengandungi maklumat tentang
Agama
Pemerintahan
Raja
Undang- undang
Antara batu bersurat itu termasuklah yang dijumpai di Kutei, Sg. Mas ( Kedah Tua )
danPalembang.
Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja manakala batu bersurat Sg. Mas
berkaitan dengan agama Buddha.
Sebahagian besar daripada inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.
Tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar
agar tidak menderhaka kepada raja.
Apa yang menarik ialah sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu benar- benar
memerlukan kemahiran yang tinggi.
Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
Ini juga menunjukan bahawa masyarakat tempatan telah mempunyai kemahiran yang tinggi untuk
memahat pada batu.
Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca dan batu pula tidak pecah sewaktu
dipahat.
Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan
tempat- tempat di Asia Tenggara jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh
pemerintah pada rakyat.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab- kitab berkaitan
dengan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu. Maka banyak perkataan tersebut
masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara
Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada
hari ini.
Antara perkataan Sanskrit yang mengalami perubahan dalam bahasa Melayu termasuklah seperti
berikut.

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Dosa
Dukkha
Dorhaka
Manusa
Phala
Rupa
Samsara
Aksara

Dosa
Duka
Derhaka
Manusia
Pahala
Rupa
Sengsara
huruf

Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh India terhadap Asia Tenggara dapat dikesan
melalui peranan bahasa Sanskrit seperti yang terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil.
Bahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi
kerajaan awal di Asia Tenggara.
Kesusasteraan India pula melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas
menyumbang kepada unsure mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
Pangram awal kesusasteraan itu dapat dilihat dalm puisi dan prosa jawa
sepertiNagarakertagama,sutasoma,Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.
Masyarakat Asia Tenggara kemudiannya turut terdedah kepada cerita-cerita dalam epik
Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya,penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.
Daripada Mahabharata lahir pula naskah yang kemudiannya diadun dengan unsur
tempatan yang antara lainnya seperti
Hikayat Pendawa Lima
Hikayat Pendawa Jaya
Hikayat Sang Samba
Sementara daripada epik Ramayana pula lahir Hikayat Seri Rama









MAKLUMAT TAMBAHAN

Maklumat Keterangan
Bukti kemasukan
pangram kebudayaan
dari India
Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juda dapat dilihat
berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang
yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.
Candi di Srivijaya yang menunjukkan cirri Buddha dan
candi Angkor menunjukkan ciri Hindu dan Buddha.
Perkembangan agama Buddha di Srivijaya juga didukung dengan data catatan
I-tsing pada tahun 671 M yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000
bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka
melanjutkan pelajaran ke Nalanda.
Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar di Srivijaya
selama 12 tahun.
Percampuran unsur
tempatan dengan
unsur dari India.
Jika dilihat daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara jelas
menunjukkan terdapat campuran antara cirri luar dengan cirri tempatan
dengan pengaruh India.
Antara contohnya termasuklah Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor
Watt di Kemboja, candi Lembah Bujang di Kedah dan candi Padang Lawas
dan Muara Takas di Sumatera.
Maharaja Vespian
( ROM )
Merupakan maharaja Rom dan pengasas kepada dinasti Flavian.
Pemerintahan zaman Vespian bermula bermula dari tahun 69-79M\selepas
kematiannya, beliau diganti oleh dua orang anaknya iaitu Titus dan
Domitian.
Orde Kosmos Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
Sehubungan itu, raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan.
Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan Negara dan rakyat
selaras dengan Dharma.
Mengangkat sumpah
di Srivijaya
Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada
batu bersurat itu.
Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat
diminum.
Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia
yang tidak berbelah bahagi kepada raja.
Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan
bencana kepada sesiap sahaja yang mengkhianati persetujuan atau sumpah
tersebut.
Telaga batu Merupakan tempat suci di Palembang.
Di situ terdapatmonumen dnya sebuah perigi tua.
Pada tahun 1979 dijumpai di situ arca agama Buddha daripada tanah liat dan
inskripsi.
Inskripsi Srivijaya Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya kesemuanya berjumlah 7 iaitu
i.Batu Bersurat Kedukaan Bukit 604 Saka (682 M)
ii.Batu bersurat Talang Tuwo 606 Saka ( 684 M)
iii.Batu Bersurat Kota Kapur 608 Saka ( 686M)
iv.Batu Bersurat Telaga Batu
v.Batu Bersurat Karang Berahi
vi.Batu Bersurat Palas Pasemah
vii.Batu Bersurat Bawang.
Monumen dan akta
di Malaysia
Monument di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak di
bawah Akta Benda Purba 1976.
Mana- mana monumen yang didaftar di bawah Akta Benda Purba tidak boleh
diganggu tanpa kebenaran daripada pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan
yang bertanggungjawab terhadap benda purba iaitu Ketua Pengarah Jabatan
Muzium dan AntikuitiMalaysia.
Pembuatan monumen keagamaan dan arca seni keagamaan India adalah
berdasarkan kitab Slipasastera sebagai rujukan dan peraturan untuk
membuatnya.
Gaya Patung Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambnagkan salah satu
pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, Pala atau Cola.
Ini adalah kerana amaravati, gupta, pallava, Pala dan Cola merupakan tahap
utama dalam perkembangan seni agama di India.
Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara.
Candi borobodur Casparis berpendapat nama Borobodur berasal daripada
nama Bhumisambarrabrrabhudaradaripada batu bersurat tahun 842M.
Nama ini bermaksud Gunung Timbunan Kebaikan Di atas Sepuluh Peringkat
Bodhisattva.
Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkah dengan
relief lukisan Buddha.
Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang kepda
pencapaian tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan diri daripada
nafsu.
Ajaran Buddha Ketiga- tiga aspek yang berikut berkaitan dengan ajaran Buddha dan dihubung
kaitkan dengan konsep Lapan Jalan Kebenaran.
Panna (kebijaksanaan) memahami dengan benar, berfikir dengan benar.
Samadhi (penumpuan)- bertindak dengan benar, bercakap dengan
benar,mengamalkan cara hidup yang benar.
Sila (moral)- berusaha dengan benar, membuat pertimbangan dengan benar,
member tumpuan dengan benar.
Lembah Bujang Keluasannya sekitar 400km persegi.
Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit
Chgoros dan bukit Batu Pahat.
Lembah Bujang kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah.
Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud Ular atau
Cobra dan perkataan ini berasal daripada Phujangga yang beermaksud cerdik
pandai.
Lembah ini diairi oleh dua sungai utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai
Kuala.
Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar
tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan
Buddha serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, jabatan
muzium dan intikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di bukit
Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai muzium arkeologi Lembah
Bujang.
Muzium ini telah dibuka pada tahun 1980.

Warisan monumen dan arca agama Hindu dan Buddha berasaskan kedua- dua agama yang datang
dari India tetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan.
Oleh itu masyarakat di Asia Tenggara merupakan masyarakat yang inovatif dalam menerajui
kehidupan dan dengan ini kerajaan awal kebanyakannya dapat mempertahankan kemerdekaannya
sehingga kedatangan Barat.
Masyarakat Asia Tenggara memeprlihatkan dari dahulu lagi telah biasa dengan unsur
kepelbagaian budaya.
Unsur kosmopolitan telah mnejadikan masyarakat di wilayah dan daerah kita terbuka mindanya
dan mempunyai sikap toelransi yang tinggi. Keadaan ini telah memastikan kehidupan yang harmoni.
Pergeseran dan perselisihan yang berlaku dahulu tidak berpanjangan dan dapat diatasi dengan bijaksana.
Sejarah telah membentuk kepelbagaian unsur budaya Negara kita dari dahalu hingga sekarang.


Posted by Danial Sejarah at 6:04 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tingkatan 4
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
About Me

Danial Sejarah
Sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau dan dibuktikan melalui penyelidikan
View my complete profile
Menu Here
Tajuk

Choose Your Language
Select Language
Search Here

Search

Blog Archive
2012 (32)
o January (32)
Colloseum-Tamadun Rom
Piramid...Mesir Purba
Tokoh
NEW COINS
Cunieform- Tamadun Mesopotamia
Dinar Kelantan
BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOM...
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH
BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA...
BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA...
Nota Khas Tingkatan 5
Nota Khas Tingkatan 4
BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
FENOMENA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 KERTAS 1
sejarah tingkatan 4 struktur n esei
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4
MENELUSURI RIWAYAT HIDUP HAJJAH ZAINAB BINTI TAIB:...
MENELUSURI RIWAYAT HIDUP HAJJAH ZAINAB BINTI TAIB...
PKMM PEMBERONTAK! BENARKAH?
HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA KE-2, KHASNYA PE...
DENG XIAOPING VS MAO ZEDONG
free tution
bunga
Tamadun Mesopotamia
bunga
bunga
BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Peningkatan Tamadun
Kemunculan tamadun awal manusia
Followers
Ads by Media ViewAd Options
Template images by luoman. Powered by Blogger.



Ads by Media ViewAd Options
|
|
|
|
|
|
|
|
|
N
U
F
&
Y
S
A
E

You might also like