You are on page 1of 15

AH10203

SEJARAH PERBURUHAN DI MALAYSIA



Soalan Tutorial Ke-8:
Perincikan Kronologi dan faktor-faktor penyebab setiap insiden-insiden berikut:
Insiden Soviet Batu Arang (1937)
Insiden Bedong (1947)
Insiden Bukit Sembilan (1947)
Peristiwa Estet Bukit Asahan (1966)

PENSYARAH :

AZIZAN BIN MORSHIDI

TUTOR :

EN. MOHD KHAIRUL NABIL

MASA DAN TEMPAT TUTORI AL :

KHAMIS, BT 1.7 (11-12 TENGAH HARI).

PEMBENTANG :

MOHAMAD HAFIZ BIN RIDUAN (BA12110192)
AFIQ NAZRIN BIN NOR RIZLAN (BA12110004)
NUR FAZILAH BINTI MOHD JAAFAR (BA12110334)
ASLAN BIN HALIL (BA12110039)












1.0 Pendahuluan
Di Tanah Melayu, gerakan pekerja pada awalnya dipelopori oleh pertubuhan Nanyang
General Labour Unions (NGLU). NGLU Ditubuhkan pada 1927, di tanah Melayu yang
bergerak di bawah pengaruh Profintern
1
, mempunyai 42 kesatuan sekerja Malaya dengan
5000 ahli. Persatuan ini memberi fokus terhadap pemilikan kuasa dalam politik bagi
memperjuangkan hak pekerja. Seterusnya, kurangnya sokongan terhadap NGLU telah
membawa kepada penubuhan Malayan General Labour Unions (MGLU) pada 1930 yang lahir
daripada kesedaran para pekerja tentang kegagalan tumpuan terhadap penguasaan politik
di saat krisis ekonomi semakin meruncing. Bermula pada tahun 1931, terdapat hampir
724,000 pekerja industri di Tanah Melayu (16% daripada keseluruhan populasi T.M).
Pengaruh MGLU mula berkembang dan beberapa siri rusuhan serta pemberontakan berjaya
dilakukan.

2.0 Insiden Soviet Batu Arang 1937(A State, within a State)

2.1 Kronologi Peristiwa

Sebelum berlakunya Insiden Soviet Batu Arang, pada 9 November 1936 seorang ahli parti
komunis malaya (PKM) iaitu Chan Han telah tiba di kawasan perlombongan Batu Arang.
Chan Han ditugaskan untuk memahami situasi pekerja Batu Arang bagi mempengaruhi
buruh-buruh Batu Arang dengan ideologi komunis. Pada awalnya, insiden yang tercetus
adalah disebabkan tindakan pegawai eropah yang bertugas di lombong batu arang yang
menggunakan kuasa pihak polis untuk membubarkan perhimpunan pekerja lombong.
Perhimpunan yang dilakukan adalah bagi membincangkan langkah untuk memperbaiki
keadaan mereka dan peningkatan kadar upah dan perkara ini telah membawa kepada
membawa kepada rusuhan pekerja lombong Batu Arang. Namun, rusuhan yang berlaku
telah berjaya ditamatkan dan tiada sebarang penangkapan dilakukan.
2
Hasil daripada
rusuhan ini, pada 20 November 1936 kadar upah pekerja telah dinaikkan kepada 10% dan
aktiviti pekerjaan harian diteruskan seperti biasa. PKM tahu bahawa perlombongan arang
merupakan kunci kepada pergerakan industri di Tanah Melayu yakni sebagai penggerak
kepada industri di Tanah Melayu, oleh itu bagi mendapatkan perhatian daripada pihak

1
An international body established by the Communist International with the aim of coordinating Communist
activities within trade unions. Formally established in 1921, the Profintern was intended to act as a
counterweight to the influence of the so-called "Amsterdam International," the Social Democratic
International Federation of Trade Unions, an organization branded as class collaborationist and an
impediment to revolution by the Comintern. After entering a period of decline in the middle 1930s,
the organization was finally terminated in 1937 with the advent of the Popular Front

2
Yeo Kim Wah. The Communist Challenge in The Malayan Labour Scene. JAMBRAS. 65(2), 1976,
hlm.36- 79
kerajaan British, PKM perlu menguasai perlombongan di Batu Arang yang merupakan
kawasan utama penghasilan arang batu. Tindakan PKM dalam insiden soviet batu arang
bermula apabila pada December 1936, Chan Han mula menubuhkan Coal Workers Union
(CWU). Era 1930-an merupakan saat genting bagi seluruh dunia apabila berlakunya
kemelesetan ekonomi yang memberikan impak yang besar terhadap setiap negara
termasuklah Tanah Melayu. Antara masalah yang dihadapi oleh para pekerja adalah
kekurangan bekalan makanan, pemberhentian kerja oleh majikan, kadar gaji rendah dan
lain lain yang mengakibatkan tekanan sosial terhadap pekerja. Namun, apabila ekonomi
semakin pulih, berlaku pula kenaikan harga barang dan perkara ini telah membawa kepada
ketidak puashatian pekerja. Seterusnya pada Mac 1937, hasil daripada suara para pekerja
Bukit Arang, majikan telah menawarkan 5% peningkatan gaji. Namun apa yang berlaku
adalah , pemegang saham memperolehi 12% dividen dan bonus. Pekerja sedar bahawa
kenaikan gaji sebanyak 5% tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka sebaliknya para
pekerja Batu Arang melihatnya sebagai satu penipuan.

Kemuncak permasalahan yang dihadapi telah membawa kepada peristiwa 24 Mac
1937 apabila CWU melakukan rusuhan. Dalam peristiwa tersebut sekumpulan pekerja dalam
jumlah 50 orang bersama membawa alatan melombong telah mula mengelilingi kawasan
lombong Batu Arang dan mengistiharkan mereka berhenti kerja. Mandor-mandor india
pula , berasa terancam dan mula mengarahkan pekerja india untuk berhenti kerja dan
pulang ke rumah. Seterusnya, dalam insiden tersebut CWU telah menyenaraikan 23
kehendak terhadap pihak pengurus, 3 antaranya yang penting adalah peningkatan 50%
gaji, pihak pengurus memberhentikan kontraktor yang dibenci, dan membebaskan 12
pekerja yang ditahan di Jalan Cheras,Selangor semasa pertama kali rusuhan pekerja
berlaku. Tindakan PKM pula adalah menghantar ahli PKM bahagian tengah iaitu Chui Tong
telah menubuhkan satu kerajaan Soviet a state within a state . Dalam penubuhan kerajaan
soviet ini, kuasa dalam kerajaan soviet akan dipegang oleh pekerja yang memberontak
(majoriti cini), dan rumah kongsi Loh Fah Kong dijadikan sebagai ibu pejabat. Selain itu,
untuk mempertahankan kesatuan soviet yang ditubuhkan, sebuah kumpulan pemantau telah
ditubuhkan bagi menangkap pengkhianat yang disyaki dalam pertubuhan. Beberapa ahli
yang terdiri dalam kalangan kaum melayu dan india telah ditugaskan bagi mewujudkan
perarakan untuk meneguhkan propaganda komunis dalam kalangan pekerja dan jalan serta
pintu utama telah dihadang menggunakan kayu yang berat dan tali, perkara ini
menyebabkan tiada pegawai eropah yang berani untuk masuk ke kawasan lombong.

Seterusnya keadaan bertambah teruk telah menyebabkan kerajaan British di Tanah
Melayu mula melakukan untuk campur tangan. Akhirnya pada 26 Mac 1937 sejumlah 200
anggota polis dan 2 kompeni regim melayu telah ditugaskan bagi menamatkan
pemberontakan. Dalam peristiwa pertembungan di antara pihak penguatkuasa dan
penentang tersebut, beberapa tembakan telah dilepaskan menyebabkan beberapa orang
pekerja yang menjadi penggerak pemberontak mati dan 2 daripada anggota pegawai
penguatkuasa telah cedera. Menjelang petang 26 mac 1937, ketua pemberontak telah lari
ke dalam hutan dan sejumlah 116 ahli CWU telah ditahan kerana terlibat dalam
pemberontakan yang berlaku dan perkara ini melemahkan pergerakan komunis di kawasan
batu arang.
3


2.2 Faktor penyebab insiden Soviet Batu Arang( 1937)

Setelah meneliti insiden Batu Arang (1937) terdapat beberapa faktor utama yang telah
menyebabkan insiden ini berlaku antaranya ialah sistem kontrak yang disalahgunakan.
Berbeza dengan sistem di kawan perlombongan bijih timah, persetujuan dan sistem kerja
yang dilaksanakan di kawasan perlombongan Batu Arang adalah berbentuk perkongsian.
Dalam sistem ini, majikan akan menolak beberapa peratus daripada pembayaran gaji
pekerja bagi menampung perbelanjaan am seperti gaji para kerani, kos makanan pekerja,
dan kontraktor-sub (kepalas). Keadaan bertambah teruk apabila pihak pengurusan
bertindak menyewa lebih ramai kontraktor luar (kepalas) kerana tindakan ini menyebabkan
kadar peratusan penolakan gaji yang diberikan akan menjadi tinggi dan mengakibatkan
kadar upah yang diberikan kepada pekerja adalah tidak setimpal dengan kerja yang
dilakukan. Sikap kontraktor yang tidak adil dan kejam juga menjadi punca berlakunya
insiden ini, sebagai contoh, pegawai eropah yang ditugaskan memantau lombong Batu
Arang telah menggunakan kuasa pihak polis untuk membubarkan perhimpunan yang
dilakukan oleh pekerja lombong walhal perhimpunan yang dijalankan adalah bagi
membincangkan langkah untuk memperbaiki keadaan mereka dan peningkatan kadar upah
tanpa sebarang ancaman yang berlaku. Seterusnya, pada 1930-an juga apabila berlakunya
krisis kemelesetan ekonomi kadar Upah dan keadaan yang rumit para pekerja dan pekerja
lombong Batu Arang tidak terkecuali terkena tempiasnya. Krisis ekonomi telah memberi
impak besar terhadap kaum Cina di lombong Batu Arang yang merupakan majoriti
mendominasi pekerjaan.


3
Yeo Kim Wah, op.cit., hlm. 60-68
Selain itu juga, tindakan PKM yang menghasut ahli-ahli pekerja juga merupakan
faktor mengapa para pekerja mula bersikap radikal.
4
Pengaruh komunis telah berada di
tanah melayu sejak 1924 merupakan satu faktor yang menjadi pemangkin kepada gerakan
dan kesedaran persatuan sekerja. Melihat insiden yang berlaku di lombong Batu Arang
1937, PKM tahu bahawa perlombongan arang batu merupakan kunci kepada pergerakan
industri di Tanah Melayu, oleh itu penguasaan terhadap kawasan batu arang merupakan
keutamaan pertama yang perlu dilakukan bagi memaksa campurtangan kerajaan terhadap
pemberontakan yang dilakukan. Sebagai contoh, pada 9 November 1936, Chan Han telah
dihantar ke Batu Arang bagi meneliti situasi/permasalah yang berlaku sebelum
melaksanakan rancangan pemberontakan, manakala Chui Tong pula ditugaskan untuk
menubuhkan Soviet Batu Arang pada 24 Mac 1937. Faktor luar terutamanya pengaruh kuat
gerakan kesatuan sekerja di China juga dapat dilihat mempengaruhi kesedaran pekerja
dalam insiden Batu Arang. Selepas perang dunia pertama, gerakan kesedaran kesatuan
sekerja di China adalah bersifat radikal dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Oleh
itu,keadaan ini secara tidak lansung telah memberi sedikit sebanyak kesedaran terhadap
buruh di Tanah Melayu khusunya kaum cina secara berorganisasi. Sebagai contoh,
pembentukan Nanyang General Labour Union (May 1926), Malayan General Labour Union
(1930).
3.0 Insiden Bedong 1947

3.1 Kronologi

28 Februari 1947.
Insident Bedong berlaku sekitar 3.00 petang
Sejumlah 30 wanita dan 50 (remaja lelaki dan perempuan) daripada estet-estet di
sekitar kedah telah berkumpul di hadapan Toddy Shop Bedong, 10 kilometer
daripada sungai petani.
(Tujuan : Mogok/Menghalang kaum lelaki untuk masuk minum di Toddy Shop)
Pergaduhan mula tercetus dihadapan kedai Toddy.
Unlaw Assembly : Bukti daripada pihak polis mengatakan bahawa tidak ada kaitan
dengan mogok.
100 polis dan tentera: Gurkha, Singh dan Punjabi bersenjatakan pistol, senapang,
bayonet, kayu cota dan sebagainya.

4
Malayan Collieries, Proceedings at the Twenty-Fifth General Meeting of Shareholders, 3I March I939,
hlm.2.
Himpunan dianggarkan seramai 500 orang. Bukan sahaja melibatkan orang India,
tetapi juga masyarakat sekitar.
Perhimpun diarahkan untuk beredar tetapi berkeras: The Picketers explained that
they had come to do social servise for their community, that they sought social
reform, and that picketing was not illegal.
5

Seorang polis masuk kedalam kedai todi dan meminum todi sebagai tanda provokasi.
Swaminatha Samy: Mangsa pertama.
Polis mengejar sehingga ke Bandar Bedong dan sepanjang jalan estet.
12 orang India sahaja yang telah ditahan walaupun terdapat pelbagai kelompok
masyarakat disitu yang terlibat.
2 Mac 1947:
Perbicaraan 12 orang tahanan. Tiada saksi yang dibenarkan masuk ke mahkamah.
Didapati bersalah memukul anggota polis dengan menggunakan batu. 3 bulan
penjara.
Mayat Swaminatha Samy yang menjadi mangsa pertama: Keluarga mangsa dilarang
untuk menziarahi dan menuntut mayat tersebut.
Mogok-mogok yang berlaku di Kedah pada awal tahun 1947 telah menunjukkan
bahawa pihak buruh telah menolak kawalan pihak pengurusan terhadap mereka.
Selepas tragedi tersebut, ramai pemilik-pemilik estet menghilangkan diri.


3.2 Faktor penyebab Insiden Bukit Bedong(1947)

3.2.1 Elemen sosial

Pembangunan di kawasan estet: Kuaters buruh, penempatan pengurus estet dan
staff, kilang, pejabat, kedai estet, kedai Toddy, sekolah dan pusat perubatan.
6

Sebagai contoh:
1951; 107 buah kedai todi, 1955; 286 buah kedai todi.
7
Menggalakkan hutang dalam
kalangan pekerja estet.

5
Dass, A., Not Beyonf Repair: Reflections of a Malaysian trade unionist, Hong Kong: Asia Monitor Resource
Center Ltd., 1991, hlm. 46.

6
Kernial Singh Sandhu, Indians in Malaya: Aspects of Their Immigration and Settlement (1786-1957),
London: Cambridge University Press, 2010, hlm. 226.
7
Prakash Chand Jain, Racial Discrimination Against Overseas Indians: A Class Analysis, India: Ashok Kumar
Mittal, 1990, hlm. 104.

Selain itu, wujud penempatan kecil di kawasan estet yang dibina di sekitar jalan-
jalan estet.
Penggunaan buruh berkasta rendah agar mudah dikawal.
Kehidupan di estet perladangan mempunyai strata sosial: Pertama, orang-orang
Eropah berjawatan tinggi di Estet. Kedua, orang-orang Asia yang memegang jawatan
pertengahan. Ketiga, buruh kasar.
8

Golongan bawahan iaitu buruh kasar di ladang ditekan oleh pemodal-pemodal.
Hutang dalam kalangan buruh di estet perladangan dan gaji yang sedikit.
Kehidupan yang hanya tertumpu di dalam kawasan estet sahaja.
Di sesetengah kawasan, hampir separuh daripada pekerja buruh estet meninggal
dunia dalam tempoh setahun sejak kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Perkara
tersebut adalah disebabkan oleh gaya hidup buruh asing yang tidak mementingkan
tahap kesihatan dan kebersihan.
...the cooly cares little or nothing about cleanliness or ordinary
sanitary precautions, and Tamil labourers were reputed to be
poorly nourished because of strict dietary regulations, preference
for toddy (distilled palm wine or other alcohol) over food, 'stinting'
on food, and the alleged disinclination of unmarried men to cook
for themselves or employ a cook. Further, the selection of
labourers was not well supervised. While emigration officers
denied that selection procedures were remiss, immigration
workers were often sick on arrival...A 1900 account also described
arriving labourers as emaciated , 'famine stricken', and 'old
decrepit men who should never have been allowed through the
depot in India'.
9


3.2.2 Pergerakan Buruh India

Selepas pendudukan Jepun: IIL (Indian Independence League) dan INA (Indian
National Army) dihapuskan. Keanggotannya menyertai MPAJA, MPAJU dan MCP.
Pertengahan tahun 1946: Perpecahan dari ILU telah membawa keanggotaannya
menyertai General Labour Unions.
Majoriti buruh India menyertai organisasi/kesatuan buruh dan berjaya mengadakan
mogok bagi memperbaiki keadaan di estet dan juga gaji.

8
P. Ramasamy, op. cit., hlm. 76.

9
Enakmen Imigrasi Buruh India Selangor, 1884, seksyen 26, Bahagian IV. Dalam Aiza Maslan, Sistem
Kuarantin dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu pada Sekitar Abad Ke-19, Atas Talian,
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25261/Article__4.PDF. Diakses pada 6 Mac
2004, hlm. 89.

Kedatangan British selepas pendudukan Jepun: Dasar penjimatan iaitu dengan
mengurangkan kadar upah dan buruh berada dalam keadaan yang sangat teruk.
A.M Samy: Kedah Indian Labour Unions. Sebelum: Menjadi keanggotaan ILA.
Thondar Padai (Youth Corps): Penyertaan keanggotaan dari kumpulan buruh India
terutamanya dari kawasan estet.
Berbentuk pergerakan militan: Mengetuai mogok, social reform, memaksa
penghapusan minuman Todi, memperbaiki taraf kesihatan buruh dan sebagainya.
10

Thondar Padai berada dibawah pimpinan A.M Samy.
Berdasarkan prinsip gerakan pembebasan India, gerakan Gandhian, dan
memperjuangkan aspek kasta dan displin.
11

Bergerak bersama kaum wanita (Gandhian Reformist movement).
12

Selain itu, perjuangan buruh ladang selepas Perang Dunia Kedua telah disalurkan
melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Getah (Rubber Workers' Union) yang dibentuk di
setiap negeri.
Kesatuan inilah yang menggalakkan pekerja-pekerja ladang untuk menuntut gaji
yang adil dan kemudahan-kemudahan asas yang memuaskan.
Guru sekolah Tamil, estet Kangani, buruh India membekalkan maklumat kepada
gerakan buruh India di estet.
13

Pergerakan Thondar Padai dihapuskan pada Mac 1948.
14


4.0 Insiden Bukit Sembilan 1947

4.1 Kronologi

3 Mac 1947
Pada pukul 9.00 pagi pasukan anggota polis telah pergi ke Estet Bukit Sembilan dan
mengepung kawasan tempat tinggal pekerja di estet tersebut.

10
Stenson, M., Class, Race, and Colonialism in West Malaysia, Australia: University of Queensland Press,
1980, hlm. 136.

11
Parvati Raghuram, Tracing an Indian Diaspora: Contexts, Memories, Representation, India: SAGE
Publications India Pvt Ltd., 2008, hlm. 61.

12
Weiss, M. L., Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia,
California: Stanford University Press, 2006, hlm. 68.

13
Lim Pui Huen & Diana Wong, War and memory in Malaysia and Singapore, Singapore: Institute of
Shouthest Asian Studies, 2000, hlm. 99-100.

14
Parvati Raghuram, op. cit., hlm. 81.

Tindakan ini diketuai oleh seorang pegawai eropah yang secara paksa memasuki dan
menggeledah setiap bilik dalam rumah-rumah buruh estet. Buruh-buruh estet
tersebut tidak mengetahui apa tujuan pasukan polis itu berbuat sedemikian dan
mengepung kawasan tersebut bersama senjata.
Setelah menggeledah selama sejam, ketika polis telah memecahkan pintu-pintu dan
menghempas atau memusnahkan barang-barang rumah. Pegawai polis itu
kemudiannya mengumumkan melalui pembesar suara bahawa pihak polis datang
bersama waran untuk mencari dan menahan seorang pemuda bernama Balaya.
Polis mengarahkan mereka memberitahu di mana Balaya, & mereka memberitahu
Balaya telah pergi melawat kawannya di Penang. Pihak polis tidak dapat
menemuinya selepas membuat kepungan serta menggeledah setiap rumah.
Semasa hari kejadian, beberapa orang pekerja telah merancang untuk pergi ke
Sungai Petani untuk memenuhi kewajipan mereka sempena festival Thaipusam yang
mana mereka sama sekali terlepas untuk melakukannya disebabkan insiden ini.
Malah beberapa orang telah siap berpakaian yang sesuai untuk pergi dan telah
menyediakan makanan.
Keganasan yang dilakukan oleh pihak polis membawa kepada pertembungan antara
pihak polis dengan para pekerja estet.
Situasi Penentangan : wanita yang bersenjatakan lada (pepper), air panas yang telah
sedia dimasak sehingga mendidih; lelaki pula bersenjatakan kayu, batu, dan botol-
botol yang dipenuhi dengan pasir; pokok-pokok turut ditebang bagi membuat
sekatan jalan. (Tim Harper: 2008)
Pihak polis kemudiannya menyerang penduduk di situ. Akibatnya ramai yang cedera
teruk, 66 orang lelaki & wanita di bawa pergi dan ditahan atas sebab membuat
rusuhan dan dipenjarakan pada hari berikutnya.
Setelah insiden tersebut berlaku, Badan Siasatan telah melawat estet tersebut
selepas dihuru-harakan oleh pihak polis. Bagi mereka yang tidak ditahan, Badan
Siasatan mendapati 25 orang wanita mengalami bengkak teruk di lengan, kaki,
kepala dan kecederaan di badan. Malah mereka tidak menerima rawatan oleh pihak
pengurusan dan polis. Badan Siasatan juga mendapati kemusnahan harta benda
yang teruk.
Malah mereka turut menerima aduan tentang kehilangan wang, pakaian dan barang-
barang pekakas rumah.
Badan bebas siasatan menyimpulkan
How such a result can be called a fight between two armed parties is
beyond our comprehension. Even the police evidence does not say
that the people attacked first. In our opinion, this is the worst case
of its kind that we have had the painful duty to investigate. It was
premeditated, provocative, destructive and humiliating.





4.2 Faktor penyebab insiden Bukit Sembilan 1947

4.2.1 Kes Ananthavee

Ananthavee yang telah bekerja dengan estet tersebut selama 25 tahun telah
membuat aduan kepada pengurus estet tentang kehilangan 2 ekor lembu jantannya.
Namun dia telah diserang oleh pengurus dan kerani estet dan diarahkan untuk
meninggalkan estet.

4.2.2 Kes Balaya

Balaya, seorang pekerja estet & merupakan individu yang disenangi oleh pihak
pengurusan, telah diarahkan oleh pengurus untuk mengangkut semua barang-
barang Ananthavee dan membawanya keluar. Namun beliau enggan.
Pekerja-pekerja yang lain turut memihak kepada Balaya dalam menentang
ketidakadilan tersebut. Justeru, mereka semua masih menetap di estet. Empat hari
sebelum kedatangan pihak polis, Balaya telah pergi ke Penang atas jemputan
rakannya.
Ketika kedatangan polis bersama beberapa buah lori siap bersenjatakan senapang,
baton dan bayonet, mereka tidak dapat menemui Balaya. Keganasan pihak polis
membawa kepada pertembungan antara pihak polis dengan para pekerja memuncak
dengan serangan daripada pihak polis.

4.2.3 Tuntutan Hak Pekerja

Tuntutan pekerja dalam insiden ini adalah tertumpu kepada keperluan keluarga,
seperti pusat jagaan bayi, perumahan yang lebih baik dan pemberian gaji yang sama
dengan wanita.
Pemecatan pekerja : apabila pengurus menganggap sekiranya mereka bekerja
dengan estet, maka mereka juga tidak kurang seperti harta estet yang lain seperti
pokok getah.

(Tim Harper, Christopher Bayly. 2008. Forgotten Wars: The End of Britain's Asian
Empire, UK: Penguin.)

5.0 Peristiwa Estet Bukit Asahan 1966

5.1 Kronologi

Nation Union Plantation Worker (NUPW) merupakan satu kesatuan yang ditubuhkan pada
tahun 1954 yang diketuai oleh P.P Narayanan iaitu melalui pengabungan lima buah
kesatuan. Walaubagaimanapun kesatuan ini telah lari dari landasan dalam menjaga
kebajikan dan kepentingan pekerja peladang dan sumbangan kesatuan ini telah menjadi
minimum.
15



Januari 1961
The Malayan Estet Workers Union (MEWU) telah ditubuhkan dan berjaya didaftarkan
walaupun mendapat bantahan daripada timbalan menteri buruh V. Manickavasagam.
Walaubagaimanapun apabila pendaftar Perdagangan Kesatuan iaitu K.C George
bertemu dengan P.P Narayan akhirnya pada bulan Januari 1962, MEWU telah
dibatalkan penyertaannya. Walaupun begitu kesatuan ini berjaya digantikan
peranannya dengan penubuhan The United Malayan Estate Workers Union (UMEWU)
yang didaftarkan pada April 1963.
Estet di Bukit Asahan merupakan kawasan ladang yang berhampiran dengan Bandar
Asahan dan mempunyai kira-kira 800 pekerja yang mana 50 peratus terdiri daripada
India, 40 peratus Cina dan 10 peratus Melayu.
16
Menjelang tahun 1966, 80 peratus
pekerja di ladang ini telah menyertai UMEWU. Hal ni disebabkan rasa tidak puas hati
peladang terhadap NUPW menyebabkan mereka menyertai UMEWU. Keadaan ini

15
K.S Sandhu and A. Mani, Indian Communities in Southeast Asia, Singapore: Institute of Southeast Asia
Studies (ISEAS), 1993, hlm. 328-329.

16
Arokia Dass, Reflection of a Malaysian Trade Unionist, Hong Kong: Asia Monitor Resource Center, 1991,
hlm. 77.

akhirnya telah membawa pemecatan seramai 70 orang pekerja ladang di Bukit
Asahan.
17

Pada 3 Mac 1967,
Akibat daripada pemecatan ini UMEWU menganjurkan demonstrasi bantahan yang
dianggotai oleh Pekerja estet Bukit Asahan di Kuala Lumpur. Namun tindakan
kesatuan bertemu dengan kuasa penuh Negara dibawah Federal Reserve Unit (FRU)
dan Menteri buruh enggan merujuk pertikaian itu kepada timbang tara tribunal
industri dan kemudiannya UMEWU telah dibatalkan pendaftarannya.
18

Pada pagi 14 April 1967
Kira-kira 300 pekerja telah meninggalkan Bukit Asahan dan berarak panjang ke Kuala
Lumpur melalui Melaka, Tampin dan Seremban. Pihak polis dan FMU telah
menghalang perarakan ini di bukit Kajang Melaka dan menyebabkan mereka telah
bermalam di sebuah kuil Hindu di Bukit Kajang. Perarakan di sambung semula pada
pukul 4 pagi dan walaupun pelbagai sekatan polis terutamanya di Tampin dan
Seremban. Akhirnya pada 20 April peguam UMEWU, Karam Singh telah ditahan
dibawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Pada 20 April 1967
Perarakan telah sampai ke Kuala Lumpur dan mereka telah melakukan protes di
hadapan British High Commision. Beberapa hari kemudian telegram telah dihantar
kepada Perdana Menteri, dan beliau telah mengarahkan Menteri Buruh untuk campur
tangan.
Pada 5 Mei 1967

17
K.S Sandhu And A. Mani, op.cit., hlm. 329.

18
Peter Claus, Third Words Workers: Comparative International Labour Studies, Nedherland: Leiden,
1988, hlm. 113-114.

Selepas perbincangan dijalankan semua pekerja yang telah dipecat diterima semula
bekerja dan pada masa yang sama kesatuan UMEWU telah dibatalkan
pendaftarannya oleh kerajaan dan pegawai-pegawainya termasuk Setiausaha Agung
Lim Joo dan S.N. Rajah, telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
19

5.2 Faktor penyebab Insiden Estet Bukit Asahan

5.2.1 Kelemahan NUPW

Para pegawai telah diberikan kemewahan terutamanya kelengkapan pejabat moden,
ketera, dan lawatan keluar Negara
Para pegawai telah menjadi golongan borguis Bandar dan telah mengabaikan
kepentingan dan kebajikan peladang.
Sumbangan tenaga kerja kesatuan ini telah mencapai tahap minimal kepada para
peladang dan kesatuan ini gagal meninggikan kualiti hidup buruh ladang.

5.2.2 Peranan UMEWU

Penubuhan kesatuan ini akhirnya telah berjaya menjadi pencabar dan mengancam
NUPW dalam menjalankan fungsinya.
Kesatuan ini mendapat sambutan yang baik dan berupaya memiliki ramai ahli dalam
masa yang singkat dan menarik ahli NUPW
Akibat daripada peristiwa tersebut, NUPW telah memecat seramai 70 orang pekerja
ladang
Keadaan ini akhirnya telah membawa satu demontrasi oleh UMEWU yang dianggotai
pekerja Estet dengan melakukan perarakan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

6.0 Analisis dan Kesimpulan.

Hasil penelitian yang dilakukan, adalah dapat dilihat bahawa insiden-insiden yang berlaku
memperlihatkan buruh mula berjuang secara berorganisasi dengan adanya pertubuhan,
perancangan serta pengaruh ideologi. Perjuangan yang dilakukan adalah bagi menuntut apa
yang dikatakan sebagai hak SEBENAR buruh setelah pelbagai penindasan berlaku tehadap
mereka seperti kadar upah yang tidak setimpal, kekejaman majikan, ancaman sosial,
kebuluran dan lain-lain. Kebergantungan para buruh terhadap NGLU mula pudar kerana
segala penentangan yang dilakukan tidak memberi kesan ketara, perkara ini membawa

19
Arokia Dass., op. cit., hlm. 78-79.

kepada bangkitnya MGLU yang lebih bersifat radikal dan militan. Gerakan militan buruh ini
mula muncul di tanah melayu se-awal 1937 melalui insiden di lombong Batu Arang,Selangor.
Menurut Amarjit Kaur (1990), pekerja lombong batu arang merupakan sasaran awal bagi
mencetuskan pemberontakan adalah disebabkan kebergantungan pihak British terhadap
sumber arang batu dalam menjamin pergerakan industri yang lancar di Tanah Melayu.
Peristiwa ini turut memperlihatkan pengaruh ideologi komunis melalui PKM mula menular
masuk ke dalam pemikiran buruh dan menyebabkan buruh-buruh mula bertindak agresif.
Menurut R.K.Jain (1970) Semasa tahun-tahun akhir penguasaan Jepun di Tanah Melayu,
buruh cina dan india yang terlibat dalam Malayan Peoples Anti-Japanese Union (MPAJU),
mula menuntut kadar gaji yang tinggi dan keadaan yang baik untuk buruh. Insiden Bukit
Bedong dan Bukit Sembilan yang berlaku di Kedah pada 1947 dapat dinilai sebagai
pemangkin kepada gerakan radikal para buruh India kerana kedua-dua insiden yang berlaku
adalah disebabkan perjuangan kaum India di Tanah Melayu. Insiden Bedong 1947
merupakan pemberontakan atas permasalahan sosial yang diperjuangkan, manakalah
Insiden Bukit Sembilan pula berlaku disebabkan penindasan oleh pihak British terhadap para
buruh estet. Selepas kemerdekaan dicapai pada 1957, Insiden estet Bukit Asahan yang
berlaku pada 1967 telah menunjukkan bahawa gerakan kesatuan sekerja mula lari dari
landasan asal perjuangannya yang jelas berlaku terhadap NUPW. Rasa tidak puas hati buruh
estet Asahan pula telah membawa kepada penubuhan UMEWU mula bersaing dengan NUPW
dan seterusnya mewujudkan pemberontakan.

RUJUKAN
Arokia Dass. 1991. Reflection of a Malaysian Trade Unionist. Hong Kong: Asia Monitor
Resource Center.

Dass, A. 1991. Not Beyonf Repair: Reflections of a Malaysian trade unionist, Hong Kong:
Asia Monitor Resource Center Ltd.

Enakmen Imigrasi Buruh India Selangor. 1884. seksyen 26. Bahagian IV. Dalam Aiza
Maslan. Sistem Kuarantin dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu pada Sekitar Abad
Ke-19. Atas Talian.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25261/Article__4.PDF. Diakses
pada 6 Mac 2004.

Kernial Singh Sandhu. 2010. Indians in Malaya: Aspects of Their Immigration and
Settlement (1786-1957). London: Cambridge University Press.

K.S Sandhu and A. Mani. 1993. Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute
of Southeast Asia Studies (ISEAS).

Lim Pui Huen & Diana Wong. 2000. War and memory in Malaysia and Singapore. Singapore
: Institute of Shouthest Asian Studies.

Malayan Collieries. 1939. Proceedings at the Twenty-Fifth General Meeting of Shareholders.
3I March.

Yeo Kim Wah. 1976. The Communist Challenge in The Malayan Labour Scene. JAMBRAS.
65(2): 36-79

Parvati Raghuram. 2008. Tracing an Indian Diaspora: Contexts, Memories, Representation.
India : SAGE Publications India Pvt Ltd.

Prakash Chand Jain. 1990. Racial Discrimination Against Overseas Indians: A Class Analysis.
India: Ashok Kumar Mittal.

Peter Claus. 1998. Third Words Workers: Comparative International Labour Studies.
Nedherland : Leiden.

Stenson, M. 1980. Class, Race, and Colonialism in West Malaysia. Australia: University of
Queensland Press.

Weiss, M. L. 2006. Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change
in Malaysia. California : Stanford University Press.

You might also like