You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN KALI KELIMA 2012

TARIKH : 07 NOVEMBER 2012


MASA : 12.45 TENGAHARI
TEMPAT : PERPUSTAKAAN
PENGERUSI : NORAINI BINTI MOHD NOOR
PENCATAT : ROSMARUZI BT MD NAWI
KEHADIRAN :
GURU DAN KAKITANGAN YANG HADIR
1. NORAINI BT MOHD NOOR
2. MOK KALTHOM BT ABDULLAH KUTTY
3. MOHAMAD RIDHWAN BIN MOHAMAD ABU SADIN
4. HJ. ABIDIN BIN HJ. YAACOB
5. AHMAD WIZAM BIN ABD RAHMAN
6. AZMIZA BT MOHAMAD
7. HARINAWATI BT HASHIM
8. MAIMUNAH BT KADIR @ BIDIN
9. MOHAMAD BIN WAHAB
10. MOHD ZAIDI BIN RAMLI
11. MOHD AZROL B MOHAMAD
12. NOR ADILA BT MOHAMAD
13. NOR HAIZAN BT HARUN
14. NOR HANIM BT ABD RASHID
15. NORHAYATI BT SAID
16. NORZILA BT ZAKARIA
17. ROSMARUZI BT MD NAWI
18. RUSLAN BIN IBRAHIM
19. RUSLINA BT ABDUL KADIR
20. ROSEMINI BT ABDUL SALAM
21. SAFINAH BT MOHAMAD
22. ZALIHA BT GHAZALI
23. NAZAILANI BIN NAWI
24. SITI NURKHAZINI BT KAMARUDIN
25. WAN SYAKIMAH BINTI WAN MUSTAFFA
26. ABD RAHIM BIN MUSTAPHA
27. NORHAYATI BT ABDULLAH
28. NURUL HUDA BT HASHIM
29. FAIZATON BT MAT JIT
30. NORYASNALIZA BT MAMAT
31. AWANG BIN MOHD

GURU DAN KAKITANGAN YANG TIDAK HADIR
1. ABDULLAH BIN IBRAHIM ( BERSEBAB)
2. NURIAYANTI BINTI MUSTAPHA (CUTI BERSALIN)
3. AZLINA BT AWANG @ SETAPA (EXAM)
4. MOHD SALIM BIN MUSA (EXAM)
5. ROHANI BT JAAFAR (KURSUS)




1. .UCAPAN PENGERUSI

1.1. Memulakan mesyuarat dengan membaca Ummul kitab Al-Fatihah
1.2. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan dengan
kehadiran ke mesyuarat kali ini
1.3. Tarikh tutup penghantaran LNPT guru ialah sebelum 8 November 2012
1.4. Mengucapkan tahniah kepada Ustazah Safinah kerana dapat bertukar.
1.5. Memaklumkan tahun 2012 telah dibuat rumusan penghantaran buku rekod
mengajar dan diharapkan semua guru dapat mempertingkatkan penghantaran
buku rekod pada tahun hadapan.
1.6. Menyampaikan amanat KPM agar guru tidak berada dalam tahap
keberhutangan yang serius. Guru ditegaskan agar membuat pemotongan tidak
melebihi 60% dari pendapatan bulanan. Pihak sekolah disarankan agar
membuat penyeliaan berterusan iaitu dengan menyemak penyata gaji guru.
1.7. Memaklumkan jadual bertugas dalam cuti akan diedarkan dan jadual bertugas
kelas tambahan tahun 4,5 dan 6 telah diedarkan oleh Cikgu Harinawati.
1.8. Persekolahan 2013 akan bermula pada 1 Januari 2013 (Selasa). Mesyuarat
Guru dan Kakitangan kali pertama tahun 2013 pada 24 Disember 2012 ( Isnin)
dan Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Sekolah pada 26 Disember
2012 (Rabu) serta pendaftaran murid ialah pada 27hb Disember 2012
( Khamis).

Tindakan: Makluman dan semua guru
1.9. Lantikan setiausaha setiap unit akan ditentukan oleh Penolong Kanan masing-
masing.
Tindakan: Penolong Kanan
1.10. Memaklumkan keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November
2012.Cikgu Mohamad dan Cikgu Zaidi ditugaskan untuk mengambil keputusan
UPSR nanti. Segala sijil sijil murid mestilah dikemaskini sebelum cuti sekolah.
Tindakan: Guru berkenaan
1.11. Guru mesti menyerahkan bahan dokumen 2012 pada 8 November 2012
dan senarai bahan akan diedarkan nanti.
Tindakan : Semua guru


2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Dicadang oleh : Mohd Zaidi Bin Ramli
Disokong oleh: Haji Abidin Bin Haji Yaacob

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 PK Kokurikulum memaklumkan dalam perkara 6.6 gambar aktiviti akan dibuat
pada tahun 2013.
3.2 Guru Besar memaklumkan dalam perkara 1.10 LADAP Protokol Dan Etiket akan
dibuat pada tahun 2013.
3.3 Cikgu Wizam bersetuju dengan cadangan Pn Norhayati Said agar diadakan
Post-Mortem bagi setiap program yang telah dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
4. LAPORAN GURU PENOLONG KANAN 1
4.1 Guru Besar memaklumkan PK 1 tidak dapat hadir kerana ke Johor atas urusan
keluarga.
4.2 Guru Besar menyarankan agar mesyuarat setiap unit dan panitia diadakan
beberapa kali setiap tahun untuk memberi pengalaman kepada guru baru dan
berkongsi idea sesama rakan setugas.
Tindakan: Penolong Kanan dan Ketua Panitia
5.LAPORAN PENOLONG KANAN (HEM)
5.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam menjalankan tugas
HEM dengan baik terutama Cikgu Nor Adila dalam menguruskan Program Susu
Sekolah dan cikgu Azmiza kerana menguruskan dengan baik dalam pemberian
Vitamin kepada murid RMT.
5.2 Puan Rohani Binti Jaafar dikekalkan sebagai setiausaha HEM tahun 2013.
Tindakan: Makluman
5.3 Mengingatkan kepada guru kelas agar mengemaskini rekod kedatangan murid
2012.
Tindakan: Guru Kelas
5.4 Jawatankuasa HEM 2013 akan dibentangkan pada 26 Disember 2012.
Tindakan: Makluman
6. LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
6.1 Mengucapkan tahniah kepada guru yang terlibat dalam menyiapkan laporan
kokurikulum 2012.
6.2 Laporan program-program kokurikulum yang telah dilaksanakan dengan jayanya
bagi tahun 2012.
6.3 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana memberi komitmen
sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan kejayaan sesuatu
program dapat dilihat melalui gambar-gambar yang dipaparkan di dalam
dokumentasi.
6.4 Memaklumkan rekod pelaporan aktiviti mingguan kokurikulum mestilah dihantar
setiap minggu dan guru mestilah menandatangani buku rekod kehadiran dalam
setiap aktiviti kokurikulum yang dihadiri.
6.5 Sebarang permohonan pembelian mestilah dimaklumkan lebih awal untuk
memudahkan pembelian.
6.6 Segala cadangan boleh dikemukakan pada bila-bila masa untuk
penambahbaikan dalam pengurusan kokurikukum.
6.7 Mengingatkan bahawa segala masalah dapat diselesaikan sekiranya kita
sentiasa berfikiran positif, berterus-terang dan bermaaf-maafan antara satu sama
lain.
Tindakan : Makluman dan semua guru
6.8 Mengucapkan terima kasih kepada Guru besar, PK 1, PK HEM,guru-guru, AJK
PIBG dan staf-staf sekolah dalam membantu melaksanakan program-program
kokurikulkum 2012.

7. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
7.1 Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mewujudkan fail induk
PBS yang dikendalikan oleh Pn. Nor Adilla.
7.2 Tempat penyimpanan fail PBS akan diletakkan di ruang BBM Perpustakaan dan
setakat ini bilik tersebut belum dikemaskini dan akan diadakan gotong-royong
dalam cuti sekolah nanti.
7.3 Pembentangan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Tindakan : Makluman dan semua guru
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Ustazah Norhaizan memaklumkan bahawa guru mesti menghadiri kursus
sebanyak 7 hari setahun. Sekiranya belum cukup, guru mesti menambah kursus
dengan melaksanakan Book Review. Sebarang kursus yang dihadiri boleh
dikemaskini dalam sistem e-splg individu selepas 1 Disember 2012.
8.2 Mengucapkan terima kasih kerana semua guru telah mengemaskini sistem e-
profile dan memaklumkan pada tahun 2013 akan diperkenalkan satu sistem baru
iaitu Kursus Tawar PPD.
Tindakan:Makluman dan semua guru
8.3 Memaklumkan jualan kedai koperasi bermula pada 27/12/2012 dan 30/12/2012.
8.4 Pn. Harinawati memaklumkan jadual bertugas PRA UPSR untuk cuti sekolah
telah diedarkan dan bahan untuk mengajar akan disediakan.
Tindakan : Semua guru

8.5 Pn Norhayati mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana membuat
laporan kantin dan meminta agar water Cooler sekolah diselenggara.
Tindakan: Guru berkenaan

8.6 Pn. Norhanim meminta guru mengemaskini evidens PBS murid bagi semua
matapelajaran dan mencadangkan agar gotong-royong mengemas bilik PBS
dipercepatkan.
Tindakan: Guru Tahun 1 dan 2
8.7 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Cik Amira atas komitmen yang
diberikan sepanjang bertugas sebagai guru ganti di sekolah ini.
8.8 Cikgu Zaidi mengharapkan guru kelas dapat memberi komitmen dalam
perlaksanaan PBS dan sistem fail. Memaklumkan sistem online SPBS
mengalami gangguan teknikal buat masa sekarang dan keputusan peperiksaan
akhir tahun mestilah diisi dalan sistem SAPS sebelum 30/11/2012.
Tindakan : Guru berkenaan
8.9 Cikgu Wizam mencadangkan agar Fail PBS ditempatkan di bilik bersebelahan
perpustakaan.
8.10 Pn.Mok Kalthom memaklumkan bahawa komen laporan kantin adalah
untuk makanan murid bukan untuk guru.
Tindakan : Makluman dan semua guru
10. PENUTUP
10.1. Guru Besar memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan
kesilapan sepanjang mengendalikan mesyuarat ini. Beliau mengucapkan terima
kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh guru.
10.2. Mesyuarat ditangguhkan padaa jam 2.45 petang dengan bacaaan surah
al-Asr.


Disediakan Oleh: Disahkan oleh:

_________________ ___________________________
(ROSMARUZI BT MD NAWI) (NORAINI BT MOHD NOOR)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
Sk Chalok, Setiu Sk Chalok, Setiu
Terengganu Terengganu.

You might also like