You are on page 1of 3

SGRS 3113 ASAS NUMERASI DALAM PEMULIHAN KHAS

MOHD ASHRI BIN ZAINAL 210253



LAPORAN MASALAH MATEMATIK MURID TAHUN 3
AHMAD HAIDI BIN ARIFFIN

Berdasarkan analisis jawapan dan temubual yang telah jalankan didapati Ahmad Haidi bin
Ariffin menghadapi masalah dalam pembahagian nombor. Dia tidak mempunyai masalah
menjawab soalan penambahan, penolakan dan pendaraban namun menghadapai masalah bagi
pembahagian. Dia langsung tidak memahami cara menjawab soalan pembahagian apabila
gagal menggunakan jenis bentuk lazim yang sepatutnya bagi soalan pembahagian. Oleh itu
masalah pembahagian nombor perlu diberi perhatian dan langkah-langkah tertentu perlu
dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid ini. Masalah paling utama bagi Ahmad Haidi
dalam pembahagian nombor ialah tidak memahami konsep pembahagian itu sendiri.
Penilaian terhadap keupayaan Ahmad Haidi menjawab soalan pembahagian amat lemah. Dia
langsung tidak memahami aturan bagi menjawab soalan pembahagain. Dia bukan sahaja
tidak boleh membahagi nombor malahan tidak tahu langkah untuk membahagi nombor. Dia
tidak membuat jalan pengiraan yang betul bagi operasi bahagi. Bentuk lazim yang dibuat bagi
operasi bahagi seperti operasi lazim penambahan, penolakan dan pendaraban. Ini
menunjukkan bahawa Ahmad Haidi tidak memahami konsep pembahagian. Masalah
Matematik yang dihadapi oleh Ahmad Haidi bagi operasi bahagi ialah tidak memahami
konsep pembahagian. Dapatan daripada ujian dan tembual yang dibuat mendapati bahawa
terdapat beberapa kelemahan Ahmad Haidi berkaitan dengan konsep pembahagian :
1. Tidak faham apa itu bahagi.
2. Tidak faham mengapa perlu ada bahagi.
3. Tidak tahu menjawab soalan bahagi.
4. Tidak tahu apa operasi yang digunakan untuk membahagi.
5. Tidak dapat mengaplikasikan kemahiran pendaraban dengan operasi pembahagian.
6. Tidak dapat mengaplikasikan kemahiran bahagi dalam masalah harian.
Oleh itu suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang khusus perlu buat
kepada Ahmad Haidi bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Kebolehan Ahmad Haidi
dalam sifir juga penyebab kepada permasalahan bahagi ini. Ahmad Haidi amat lemah dalam
sifir. Keadaan ini amat memberi kesan kepada operasi matematik yang secara keseluruhan
melibatkan proses memahami sifir.
















SGRS 3113 ASAS NUMERASI DALAM PEMULIHAN KHAS
MOHD ASHRI BIN ZAINAL 210253

LAPORAN MASALAH MATEMATIK MURID TAHUN 5
MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ZANI

Pada peringkat pertama, ujian dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. Saya
telah memeriksa jawapan daripada hasil ujian yang dilakukan. Dalam sesi temubual secara
individ setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan. Berdasarkan temubual
yang telah saya jalankan, saya dapati 5 punca kesilapan yang telah dilakukan oleh murid
seperti berikut :
1. Kegagalan Membuat Transformasi
Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah dalam memilih operasi yang sesuai untuk
membuat penyelesaian. Murid gagal menukarkan cerita kepada ayat matematik yang tepat.
Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah keliru dalam operasi tambah untuk menyelesaikan
masalah operasi darab dan menggunakan operasi tolak untuk menyelesaikan masalah bahagi.
2. Cuai Ketika Menjawab Soalan
Kesilapan ini berlaku pada soalan yang mudah iaitu melibatkan masalah yang memerlukan
satu langkah penyelesaian dan juga masalah yang mempunyai maklumat pengganggu. Ini
jelas terbukti apabila murid dapat menyelesaikan masalah matematik apabila diuji secara
individu berbanding dengan ujian yang diduduki secara kumpulan.
3. Tidak Memahami Soalan
Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh kegagalan murid untuk memahami soalan. Ini jelas
terbukti apabila murid gagal menyelesaikan masalah dari segi pemahaman bahan bacaan dan
konteks ayat. Ia berlaku disebabkan oleh kegagalan murid memahami konsep-konsep asas
yang terdapat dalam soalan seperti konsep lebih daripada, kurang daripada dan juga
lebih 2 kali. Kelemahan murid untuk memikirkan angka yang terdapat dalam soalan
menyebabkan dia mengabaikan frasa kata yang terdapat pada atau sebelum sesuatu angka.
Murid kurang memahami apa yang dibaca. Apabila ditanya, murid hanya berdiam diri atau
mengatakan tidak tahu apa yang telah dibacanya. Murid boleh membaca dengan baik tetapi
tidak memahami apa yang telah dibaca atau kehendak soalan.
4. Kurang Motivasi
Kekurangan motivasi juga menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
Ini jelas terbukti apabila murid gagal untuk menjawab soalan di dalam ujian yang dijalankan
tetapi berjaya menyelesaikan masalah setelah diberi panduan melalui sesi temu duga. Dengan
bantuan atau motivasi daripada guru barulah murid berjaya menukarkan cerita kepada ayat
matematik dan akhirnya menyelesaikan masalah tersebut dengan betul.
5. Melakukan Kesilapan Pengiraan
Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan kesilapan dalam pendaraban nombor 1 digit
dengan 3 digit dan pembahagian 3 digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan pengiraan
mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan pencapaian masalah bercerita murid.
Kesilapan pengiraan didapati hanya berlaku dalam masalah bercerita yang melibatkan operasi
bahagi dan operasi darab sahaja

You might also like