You are on page 1of 1

MEMO DALAMAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT, TUARAN
__________________________________________________________________________
" 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

KEPADA : STOR PUSAT
STOR KO-KURIKULUM
MELALUI KUKP
__________________________________________________________________________

DARIPADA : KETUA JABATAN JPJK
IPG KAMPUS KENT, TUARAN.


Tarikh: 12 FEBRUARI 2014

Rujukan Kami: KC/11(H) 974/1-30/JLD.2 (13)


Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN ILMIAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Adalah dimaklumkan, unit PISMP BM SJKT semester 5 ingin membuat lawatan
ke stor pusat dan stor ko-kurikulum IPG Kampus Kent. Maklumat lawatan adalah
seperti yang berikut:

Tarikh : 17 FEBRUARI 2014 (ISNIN)
Masa : 8.30 am 10.30 am & 11.30 12.30 pm
Bilangan pelawat : 19 orang (siswa pendidik) 1 orang (pensyarah)

03. Tujuan lawatan kerana ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang
pengurusan, pengelolaan dan pentadbiran stor pusat dan stor ko-kurikulum bagi
memenuhi kehendak subjek PJM 3112 (Pengurusan dan pentadbiran pendidikan
jasmani dan sukan).

04. Kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk membenarkan unit tersebut
mengadakan lawatan ini.

05. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya Yang Menurut Perintah,


Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

You might also like