You are on page 1of 6

Soalan Struktur

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang


secara evolusi kepada bandar dan negara kota sehingga
membentuk tamadun terawal di dunia yang memberikan
sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia?
F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
F2 Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai
dan pasar
F3 Terdapat jalan raya yang lurus
F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
F5 Terdapat sungai
F6 Terdapat kawasan tanah pamah

(b) Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di
Mesopotamia.
F1 Raja sebagai ketua pentadbir
F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
F4 Sebagai ketua tentera
F5 Sebagai ketua pendeta
F6 Sebagai ketua agama
F7 Menentukan pentadbiran ziggurat
F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat



(c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi
F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan
F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
F4 Mengandungi 282 undang-undang
F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar
F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia
[F6 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan
tamadun Mesopotamia.
F1 Mewujudkan sistem pendidikan
F2 Lahirnya jurutulis
F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 Terhasilnya epik Gilgamesh
F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri
F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan
F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat





BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN
PERUNDANGAN
(3) Perundangan.
a) Tamadun Yunani.
1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.
2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli
falsafah.
3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang - undang.
b) Tamadun Rom.
1. Hukum kanun 12 ialah undang- undang ynag pertama.
2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
3. Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan
membukukannya.
4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang - undang Rom yang dikenali sebagai
Undang - undang Justinian.

c) Tamadun India.
1. Dharma Sastra ialah kitab undang - undang Hindu tertua.
2. Raja memelihara kesucian undang - undang.
3. Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
4. Brahmin dominan dalam hal undang - undang kerana mereka mahir berkaitan
hal keagamaan.
5. Ketika Dinasti Maurya - undang - undang disampaikan sebagai titah
perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang berpegang kepada
kesejahteraan rakyat.
d) Tamadun China.
1. Dua prinsip utama - hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang - undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan
diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang - undang tegas
dapat mengawal tingkahlaku manusai.
3. Undang - undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga
keharmonian.

Tajuk : Perundangan

Soalan Esei
(a)Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun
Rom.


Dua belas - Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua
Belas.
Papan - Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai
Papan Dua Belas.
Awam - Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
Cabang - Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang
iaitu Undang-Undang Sivil, Undang- Undang Jenayah
dan Undang-Undang Natural.
Prinsip - Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia
sama di sisi undang-undang.
Bersalah - Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Keadilan - Setiap individu berhak mendapat keadilan.
Bukti - Hukuman berasaskan bukti yang cukup.
Kumpul - Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan
undang-undang Rom.
Justinian - Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-
Undang Justinian.



(b)Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada
zaman peningkatan tamadun.

Dharma - Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang
Hindu yang tertua dalam tamadun India
Raja - Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan
kedaulatan undang-undang.
Kesalahan - Segala kesalahan dikenakan tindakan.
Denda - Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.
Brahmin - Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang
kerana mereka mahir tentang hukum agama.
Titah - Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-
undang.
Tiang - Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.
Diri - Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh
rakyat.
Asoka - Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.



PENINGKATAN EKONOMI






















Tamadun India dan China
Sosial Ekonomi
5. Rajah berikut berkaitan dengan peningkatan tamadun dunia.

(a) Nyatakan tiga kegiatan ekonomi dalam tamadun India.

(i) Perdagangan dalaman dan luar
(ii) Pengeluaran sutera dan kain kapas.
(iii) Perusahaan barangan emas. [3 markah]

(b) Apakah yang anda faham tentang sresthin dalam tamadun
India?

Persatuan perdagangan yang mengawal harga barang/
kualitibarang/ gaji pekerja.[I markah]

(c) Nyatakan tiga pencapaian sektor pertanian dalam tamadun
China.

(i) Pembinaan terusan dan sistem pengairan.
(ii) Pembuatan batas.
(iii) Pengenalan sistem penanaman bergilir.

(d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan
ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju. [3 markah]


(i) Kita haruslah berusaha meningkatkan kreativiti dan inovatif.
(ii) Kita haruslah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan.
(iii) Kita haruslah berusaha meningkatkan sains dan teknologi.

Politik

You might also like