You are on page 1of 4

Mak

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari


Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu
masih terasa lagi nih
Mak tau tak
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak
kiter dewasa
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmmrupanya mak dah tau mak nak pergi jauh
nak tinggal kan anak-anak mak nak tinggal kan dunia fana
ni
Mak macam dah sedia
Seminggu sebelum tu
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih
Kakak pun rasa hairan
Mak tak penah buat gitu
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu
siaran siam
Kengkadang siaran indonesia
Mak terus tekun menganyam
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan
barang kemas mak..
Ada kat dalam almari
Ada kat dalam dalam beg
Ada dalam ASB
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi
Ada kat dalam gulung tikar
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa
Mak cuma gelak jer
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu
Mak Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak
tiba-tiba sakit perut
Bila malam tu kiter sampai dari KL
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk
Mak tetap takmau pi hospital
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer
Mak tetap tak bersetuju
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital
Mak
Ampunkan kami semua
Kami nak mak sehat
Kami sayang mak
Kami tak mau mak sakit
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital
Ampunkan kami yer mak
Mak Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit
Mak gelak ajerr
Lepas tu bila kereta kiter sampai
Mak buat kenduri kesyukuran
Dan kiter masih ingat lagi
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor
Punya la kiter takut
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak
Bila balik sahaja kampong
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek
Mak tanya kenapa?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga
Mak
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal
sebenar
Mak, kiter menipu mak kan
Ampon kan kiter
Mak
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital
Nurse tengah balut mak dengan kain putih
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital
Mesti mak nampak abang cium dahi mak
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu
Mesti mak nampak semua tu kann kann kannn
Mak tau tak
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam
keadaan separuh sedar
Adik kat sebelah diam melayan perasann
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini
Jalan di depan terasa makin kelam
Airmata dah tak mampu di tahan
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosongsekosong hati ini
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya
Terasa syahdu dan sayudinginnnn
Mak
Kiter masih ingat lagi
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh
tubuh mak
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan
Mak perasan tak?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter
Dia kata dikkjangan nangis kalau sayang mak jangan
buat gitu jangan nangis ya..
Bila makcik tu kata gitu
Lagi laaaa laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak
Mak
Sampai takat ini surat ni kiter tulis
kiter nangis ni
Ni kat dlm bilikbaru pukul 4.00 pagi
Takder orang yang bangun lagi
Kiter dengar nasyid tajuk anak soleh kiter sedih
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya
Semua anak-anak mak mengelilingi mak
Menatap wajah mak buat kali terakhir
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja
Mak rasa tak
Masa tu kiter sentuh dahi mak
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk
Kiter tak mampu nak cium mak
Kiter tak daya
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar
Airmata kiter tak boleh tahan
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah
untuk mak
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik
Badan akak terasa panas
Makk
Anak mak yang seorang tu demam
Mak tauu
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
tanah perkuburan.. .
Mak Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi
Begitu terasa kehilangan mak
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini
berendam airmata
Dan sampai satu tahap
Masa tu malam jumaat selepas maghrib
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak
pastu apa lagi
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu
Tangisan tak dapat dibendung
Mak tauu
Kiter cuba bertahan
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda
Kiter rasa nak telefon mak
Nak cakap dengan mak
Anak mak yang ni dah tak betul kan ????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi
Puas la kakak memujuk kiter
Akak kata tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak..
Dan akhirnya akak juga nangis
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati
Rasa nyilu sangat
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan
Mak
Cukup la sampai sini dulu
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih
Pastu kawan kiter bgtau
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje
Takper yer makk
Kiter kasi orang lain baca
Kiter stop dulu
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk
sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang
Boleh rasa duduk kat negara orang sampai akhir hayat ini
jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil






















" Bayangkan, betapa indahnya apabila kita bersama
keluarga,
Dengan insan yang paling kita sayang dan kasihi, iaitu ibu
dan ayah kita,
Segala kasih sayang sentiasa ibu dan ayah kita curahkan
kepada kita,
Mintak sahaja nak apa saja yang kita nak,
Mak, nak duit! Nak duit? Nah mak bagi seringgit, jangan
beli benda bukan2 tau. Kita pun terima sahaja, walaupun
hakikatnya ia tidak cukup bagi kita. Lalu kita pun pergi
dengan muka yang monyok.
Ayah, nak mainan! Dengan muka yang menunjukkan muka
sedih, ayah kita tak sampai hati lihat kita, lalu ayah belikan
mainan kepada kita, kata ayah lepas ni main elok2, ayah
beli sekali je mainan ni, lepas ni takde dah . muka yang
sedih tadi telah berubah menjadi ceria. Ayah kita pun turut
gembira melihat kita ceria.
Tapi tahukah adik2! Duit seringgit yang ibu beri kepada itu,
betapa bernilainya ia. Bukan kerana nilainya. Bukan kerana
berapa banyak gula2 yang kita mampu beli! Tapi kerana
betapa susah payahnya ibu kita untuk mendapatkan duit
seringgit itu. Penat lelah. Sakit. Dimaki ketua. Mahupun
dicaci sekalipun, ibu tetap tabah untuk mendapatkan
seringgit itu. Untuk diberikan kepada kita, bagi memenuhi
keinginan kita, yang sering tak putus2 meminta duit kepada
ibu kita. Lalu dilemparkan muka yang monyok kepada ibu
kita. Adakah ibu kita gembira melihat kita melemparkan
muka begitu! Tidak! Tidak! Tidak!, bukan gembira tapi ibu
terasa hati akan kita, mereka rasa sedih apabila kita
lemparkan muka sedemikian kepada ibu. Tapi apakah ibu
melemparkan kepada kita sebagaimana kita melemparkan
riak wajah kepada ibu??! Tidak! Tidak! Tidak! Malahan ibu
hanya mampu tersenyum, melihat karenah kita yang
seringkali bermasam muka. Demi kita, ibu sanggup berbuat
apa sahaja.
Ayah kita pula, apabila ayah membelikan mainan kepada
kita, adakah mereka juga turut ceria sama seperti kita
ceria? Tidak! Tidak! Tidak! Jauh di lubuk hati ayah
mengatakan tak apalah, asalkan anak ayah ceria.,
walaupun pada hakikatnya harga permainan tersebut agak
mahal harganya. Ayah seperti terpaksa untuk membelinya,
tapi kerana kekuatan kasih sayang daripada ayah itu,
perasaan terpaksa itu telahpun lenyap. Demi melihat kita
ceria sentiasa. Adakah kita tahu, untuk mendapatkan duit
untuk membayar mainan tersebut, ayah kita terpaksa
berlapar. Tidak makan sehari, dua hari, tiga hari? Perkara
biasa bagi seorang ayah. Bukan saja untuk memenuhi
permintaan kita terhadap permainan itu, tapi juga untuk
menyara makan minum kita, adik2 kita, akak dan abang
kita, membayar bil, bayar sewa rumah, duit pinjaman
kereta, dan juga yuran2 sekolah kita. Ah!! Pening! Pening!
Itulah perkataan yang bermain di minda ayah kita. Tapi
apabila melihat kita ceria bila dapat mainan tadi, segalanya
hilang, seakan-akan masalah itu semua lenyap dalam
minda ayah. Kasih ayah tiada bandingannya.
Suatu hari, ibu menyuruh kita untuk membeli gula di kedai!
Adik! Tolong beli gula kat kedai, mak nak buat air ni.
Sedang kita menonton tv, kita pun menjawab, ala mak,
nanti lah mak, adik nak tengok tv. Ditambah lagi. ala
mak, asyik2 adik je kena beli, suruhlah orang lain, satu
jawapan yang mudah kita menjawabnya, 1001 alasan kita
berikan. Tak pernah kita lari dari memberikan alasan. Di
hati ibu, adakah ibu hanya berdiam dan tak berbuat apa.
Tidak! Ibu merasa sedih, kerana kita tak buat apa yang ibu
suruh. Bukankah taat kepada ibu bapa merupakan suruhan
Allah! Cuba renungkan kembali. ibu dengan hati yang agak
kecewa, lalu pergi ke kedai sendiri, untuk membeli gula.
Dengan kepanasan amat terik, ibu tanpa sebarang alasan,
pergi ke kedai untuk meredahi panas itu. Lihatlah adik2!
Betapa ibu tidak pernah sekalipun merungut. Tidak seperti
kita, yang sentiasa sahaja memberikan alasan, untuk tidak
membuat kerja.
Kemudian pulang pula ayah daripada kerja. Ayah duduk di
atas sofa. Tersenyum sahaja melihat kita yang sedang
khusyuk menonton tv. Ayah berasa lenguh2 badan.
Mengurut badannya sendiri. Lalu menyuruh kita untuk
mengurut ayah.adik, tolong urut ayah jap, ayah letih lah,.
Panggilan pertama kita tidak menjawab, kemudian
panggilan kedua barulah kita menjawab ayah. Tapi
sayangnya jawapan kita tidak seperti yang ayah kita
mahukan. ayah, ayah urutlah sendiri, adik tengah best
tengok kartun ni. Ayah rasa sedih mendengarnya. Penat.
Letih. Tekanan. Mengantuk. Inilah yang dirasai ayah
selepas bekerja. Kalau orang lain, bukan sahaja marah, tapi
boleh jadi kita dipukul. Tapi bagi ayah kita tidak! Tidak!
Tidak sama sekali. Walaupun hakikatnya timbul sedikit
marah dalam lubuk hati ayah akibat kepenatan, tapi ayah
masih lagi mampu tersenyum, membalas kepada kita.
Takpelah adik, ayah suruh mak sajalah nanti. Cuba kita
lihat! Adik2! Lihat! Betapa ibu dibebani lagi dengan kerja
untuk mengurut ayah, setelah ibu pergi membeli gula di
kedai sendiri.
Renungkanlah wahai adik2ku, apakah jasa kita hari ini pada
ibu bapa?
Hari jadi kita bakal menyusul pada esok hari, seperti anak2
yang lain, kita juga mahukan hadiah pada hari jadi kita.
Mulalah keinginan kita untuk dapatkan hadiah itu. Insan
pertama yang kita pergi untuk memint hadiah adalah ibu
kita. Ayah, adik nak hadiah boleh? Esok hari jadi adik; ayah
terdiam seketika. Tapi tetap melayani kita dengan
senyuman. adik nak apa? dengan mudah kita menjawab,
adik nak basikal, macam kawan sebelah. Ayah terdiam
sekali lagi. Dalam hati ayah berbisik sekarang ni baru
pertengahan bulan, duit pun sudah nak habis, mana cukup
duit nak beli basikal tu.. Tapi itu bukanlah apa yang ayah
katakan kepada. Akan tetapi, ayah berkata. adik, nanti
ayah belikan basikal boleh?. Jawapan yang amat baik,
untuk pujuk hati kita, agar tidak bersedih.
Tapi, lumrah seorang anak. Menangis. Merajuk. Hinggakan
tidak mahu pergi ke sekolah esok harinya. Ayah mula
pening, tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk kita.
Ibu pun datang memujuk. Tenang raut wajahnya
memandang kita sambil berkata, adik, dengar cakap ayah
ye. Nanti2 kita beli ye, kita tak mampu untuk belilah
sayang.. alunan suara yang penuh kasih sayang ibu cuba
untuk memujuk kita. Namun kita degil! Kita mengada-
ngada! Kerana sebuah basikal, kita sanggup untuk
melemparkan muka masam kita kepada ibu bapa. Kita terus
masuk ke bilik. Menutup pintu dengan kuat, seperti orang
yang sedang marah dan bengang!
Namun, cerita tidak berakhir di situ, ibu bapa kita duduk
bersama atas sofa, dan berbincang. Ibu risau akan
kita. Lalu ibu memujuk ayah untuk membelikan basikal
sebagai hadiah hari jadi kita. Disebabkan kelembutan ibu,
ayah pun mengalah. baiklah, ayah akan belikan. Ayah
akan gunakan duit simpanan ayah dulu. Ibu pun
tersenyum, kerana ibu mampu menyampaikan berita baik
kepada kita. Bagi dapatkan hadiah basikal sempena hari
jadi kita.
Esok harinya, seperti biasa kita bersiap untuk ke sekolah.
Tetapi kita masih bermasam muka kepada ibu bapa kita.
Tanda marah kepada mereka kerana tak belikan hadiah
basikal kepada kita. Ibu masih dalam keadaan risau.
Selepas bersiap, kita terus berlari ke kereta, tanpa berkata
apa2 kepada ibu bapa kita. Ibu bertanya, adik dah makan
sayang?. Kita hanya berdiam sahaja, tidak jawab soalan
ibu.
Hari ini hari istimewa bagi kita, ibu pun turut sama ikut
untuk menghantar kita ke sekolah. Walaupun pada
kebiasaannya hanya ayah yang menghantar kita ke
sekolah.
Ibu dan ayah ingin berterus terang kepada kita, untuk
beritahu kepada kita. Mereka akan belikan hadiah basikal
tersebut. Tetapi, mereka bercadang untuk beritahu setelah
sampai ke sekolah nanti.
Tiba di sekolah, dengan tiba2 kita berkata, ibu ayah tak
sayang adik dah!. Ibu bapa kita terus terdiam seketika.
Tanpa bersalam dan mencium ibu bapa, Lalu terus kita
membuka pintu kereta dan berlari masuk ke sekolah.
banyak kali ibu ayah memanggil kita, untuk beritahu
kepada kita hal sebenar. Mereka mahukan belikan hadiah
basikal tersebut.
Risau. Sedih. Itulah perasaan ibu bapa kita ketika itu.
Tetapi mereka tetap tabah.
Mereka terus memandu untuk pergi ke kedai basikal. Bagi
menghadiahkan kita. Dengan harapan yang amat besar,
agar kita dapat ceria kembali seperti biasa. Hanya
senyuman kita yang ceria dapat mengubat kerisauan dan
kesedihan kita tadi.
Pada tengahari itu, Di sekolah, sedang asyik kita bergelak
ketawa dengan rakan2 kita di kelas. Datang guru kelas kita
berjumpa kita. cikgu tersebut dengan wajah yang sedih,
mengajak kita untuk ikut guru. Kita dengan perasaan pelik
bertanya kepada cikgu,cikgu, cikgu nak bawak saya
kemana? cikgu tidak memberitahu tentang perkara yang
sebenar. Beliau hanya menjawab, jom kita pergi jalan2.
Dengan perasaan pelik itu kita hanya mampu ikut saja
cikgu kita.
Apabila kereta cikgu berhenti di hadapan hospital, kita rasa
pelik dan bertanya lagi, cikgu, kenapa bawa saya ke
hospital?. Cikgu hanya mampu tersenyum dan terus
membawa kita masuk ke hospital.
Di dalam hospital, cikgu membawa kita ke bilik kecemasan.
Kita berasa pelik, mengapa kita dibawa ke bilik itu, adakah
kita sakit? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa cikgu
hanya senyum dan mengalir air mata semasa bawa kita ke
sini?
Inilah soalan yang timbul dalam fikiran kita.
Setelah masuk ke bilik kecemasan tersebut, kita terdengar
kumpulan orang membaca yasin.
Datang seorang perempuan memeluk kita dalam keadaan
menangis. Itulah makcik kita.
Bila makcik bawa kita ke katil pesakit, apakah yang kita
Nampak? Bukan pakcik kita! Bukan mak long kita! Bukan
mak ngah kita!
Tetapi merekalah ibu bapa mereka.! Ibu yang telah
melahirkan kita, ayah yang telah membesarkan kita! Makcik
memberitahu kepada kita bahawa ibu bapa kita telah
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka kemalangan
semasa mereka dalam perjalanan pulang setelah
menghantar kita ke sekolah. kita sangka mereka pulang
begitu sahaja selepas manghantar kita pulang ke skolah,
tapi tidak! Mereka sedang dalam perjalanan untuk
membelikan kita hadiah! Yang kita minta2 itu! Yang kita
tangisi itu! yang kita sanggup berpaling muka dan marah
kepada ibu bapa kerana tidak dapat basikal itu sebgai
hadiah hari jadi!
Semasa kita mendekati mereka, kita menangis, menangis
dan terus menangis. Puas makcik memujuk kita, tapi tidak
berhasil. Lalu, kitapun berkata kepada ibu bapa kita yang
sedang terbaring di atas katil pesakit itu, ibu, ayah! Adik
minta maaf!!. Dan apabila ayat kedua yang ingin kita
ucapkan pada mereka,
tiba2..................................................
Allah lebih menyayangi mereka. Mereka kembali bertemu
pencipta. Kita tak sempat untuk ucapkannya.
Dan perkataan terakhir kita yang kita mahu ucapkan
kepada ibu bapa kita adalah.
IBU AYAH, ADIK SAYANGKAN IBU DAN AYAH!!!!!

You might also like