You are on page 1of 4

Terima kasih tuan pengerusi majlis

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Basmallah dan Hamdallah

Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Yang berusaha,Pn Pauziah Bt Mahmood,Pengetua SMKLK,

Yang Berbahagia, Encik Ibrahim Bin Yaakob,Penolong Pengawai Pelajaran Daerah Gombak yang mewakili
Tuan Pengawai Pelajaran Daerah Gombak.

Yang Berbahagia, Tuan Yang Di Pertua PIBG SMKLK, En. Hambali bin Hussin.

Yang Dihormati En Fauzi Bin Ibrahim,Pen. Kanan Hal Ehwal Murid SMKLK,

Yang dihormati Pn siti zahrah bt mat salleh, penolong kanan petang,SMKLK,

Guru-guru kanan,

Ibubapa / seluruh tetamu yang hadir.

Guru- guru,

Serta yang diraikan rakan-rakan saya sekalian.



















Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke majlis graduasi pelajar tingkatan lima smk lembah keramat bagi
tahun 2011.

Pertama sekali marilah kita bersyukur kehadarat Ilahi atas limpah kurniNya,dapat juga kita berkumpul
pada hari ini untuk Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima , SMK Lembah Keramat bagi tahun 2011.

Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan,puan-puan bagi meraikan majlis graduasi pelajar-pelajar
tingkatan lima smklk bagi tahun 2011 ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus-lumus
berganding bahu untuk pastikan majlis yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar tingkatan lima ini
berjalan dengan lancar. Tanpa keringat titik peluh mereka,saya yakin bahawa majlis yang sepatutnya
berlangsung pada hari ini tidak dapat dilaksanakan.

Majlis graduasi pada hari ini diadakan bukan untuk kita bersuka ria,tetapi mempunyai objektifnya
yang tersendiri. Objektif majlis pada hari ini adalah seperti berikut :

~menyemai rasa bangga dalam kalangan pelajar smklk terhadap sekolah
~menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih komited terhadap sekolah melalui pengiktirafan dan
penghargaan yang sewajarnya.
~menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar untum menghadapi peperiksaan SPM kelak,
~mewujudkan ukhwah dan mengekalkan ingatan serta mengenang jasa murid dengan pihak sekolah
~dan menyemai nilai2 murni dalam usaha pembentukan karaktor dan sahsiah murid.

Objektif tersebut bukan sekadar dakwat hitam yang tercalet di atas kertas sahaja,tetapi telah Berjaya
dilaksanakan pada hari ini.

Saya selaku Ketua Pelajar,mewakili semua murid smklk,ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru yang telah berbakti kepada kami untuk mendidik kami menjadi seorang insan yang sentiasa
berada di jalan kebenaran. . Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Inilah
perbandingan yang kerap kita dengar. Perumpamaan ini menyarankan guru memusnahkan diri sendiri
demi kepentingan pihak lain. Tegasnya, Perumpamaan ini menggambarkan kehebatan pengorbanan
guru.
Tetapi bagi saya,guru ibarat lilin sudah lagi tidak releven searus dengan peredaran zaman yang moden
sekarang. Persamaan yang sesuai adalah guru ibarat cahaya dan matahari. Ini kerana kedua-duanya
ciptaan Ilahi, berperanan atas kehendak Ilahi dan tidak memusnahkan diri. Insan yang belum mendapat
bimbingan guru dikatakan berada dalam kegelapan. Cahaya dan bulan purnama mampu mengenyahkan
kegelapan itu dan menggantikannya dengan sinaran. Maka, cerahlah masa hadapan insan itu. Kesimpulan
dari penulisan ini, ternyata bahawa guru ibarat lilin adalah guru yang biasa-biasa sahaja tetapi guru
ibarat cahaya dan matahari adalah guru yang luar biasa baik dari segi perilaku mahu pun ilmunya.
Hadirin dan hadirat sekalian,

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN TINGKATAN LIMA
SERAMAI 193 ORANG yang berada dalam dewan ini KERANA bakal MENERIMA PENGIKTIRAFAN
YANG SANGAT BESAR LAGI BERMAKNA INI.
SAYA PERCAYA MAJLIS GRADUASI INI BAKAL MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA kita
semua UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG AKAN
BERMULA PADA 14 NOVEMBER DENGAN KEYAKINAN YANG TINGGI.
DENGAN ITU kita AKAN LEBIH BERSEDIA DARI ASPEK PSIKOLOGI DI SAMPING TELAH CUKUP
BERSEDIA DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG ADA UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM INI
BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG, TIDAK SAHAJA UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI
JUGA BAGI MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT.
Jika keputusan peperiksaan percubaan SPM yang lepas agak tidak memberangsangkan,ayuh kita
bangkit,menolak dakwaan bahawa pelajar yang gagal sekali,akan gagal selamanya. Kita lupakan
keputusan percubaan kita pada hari itu,masih belum terlambat untuk kita semarakkan api yang membara
dalam diri kita agar kita peroleh keputusan yang cemerlang pada Periksaan SPM akan datang.
MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM ADALAH SANGAT
PENTING BAGI MENERUSKAN CITA-CITA UNTUK MENUNTUT ILMU DI PERINGKAT YANG LEBIH
TINGGI.
INI KERANA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM YANG DIPEROLEHI ADALAH TIKET YANG AKAN
MELAYAKKAN SESEORANG PELAJAR UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI, IAITU SEBUAH TEMPAT
YANG MENJADI CITA-CITA KITA SEMUA SEJAK MULA MELANGKAH KE ALAM PERSEKOLAHAN
HANYA PELAJAR YANG MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG SAHAJA AKAN
DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI DARIPADA RIBUAN YANG MEMOHON.
DI UNIVERSITI ANDA AKAN MENERUSKAN PENGAJIAN SAMA PADA PERINGKAT DIPLOMA
MAHUPUN IJAZAH, KEMUDIANNYA KE PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH DALAM
BIDANG TERTENTU.
Para warga dewan yang saya kasihi sekalian,
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN ribuan terima kasih kepada semua
warga sekolah yang telah mendidik saya selama 5 tahun di smklk ini. Saya sentiasa berdoa agar guru-guru
sentiasa diberi kesihatan yang sihat agar dapat meneruskan tugas sebagai pemimpin. Dan kepada semua
rakan-rakan saya yang bakal mengambil peperiksaan SPM,saya doakan agar kita semua Berjaya dengan
cemerlang.Saya berharap agar sekolah ini akan bertambah maju aman makmur seterusnya Berjaya
merealisasikan visi dan misi sekolah agar insane modal kelas pertama akan lahir daripada nama Sekolah
Menengah Kebangsaan Lembah Keramat.




Akhir sekali,izinkan saya untuk menyampaikan 2 rangkap pantun.




Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.



Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Wabillah.

You might also like