You are on page 1of 20

Untuk soalan 1 hingga soalan 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.

Pilih satu
yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan
objektif anda

Soalan 1 hingga 6 berdasarkan peta di bawah.


1. Pernyataan manakah berkaitan dengan peta?

A. tanaman utama ialah padi


B. pembalakan sesuai dijalankan di Bt Tabut
C. kelapa sawit ditanam secara ladang
D. penduduk Kg Lahar bekerja sebagai nelayan

2. Bearing Bt Tabut RG 436191 dari masjid RG 473164ialah

A. 40 °
B. 130 °
C 260 °
D. 305 °

3. Arah kedudukan kawasan paya dari Pekan Penaga ialah

A. tenggara
B. barat daya
C. timur laut
D. barat laut

4. Kawasan Hutan Simpan Bogak sesuai untuk dijadikan sebagai

A. kawasan pembalakan
B. kawasan pertanian kelapa sawit
C. kawasan hutan lipur
D. kawasan perumahan

5. Antara berikut yang manakah merupakan bentuk cerun di puncak Bt Tabut ke B?

6. Kawasan hutan paya amat sesuai di tebus guna sebagai kawasan

A. kelapa sawit
B. ternakan ikan
C. padi
D. rekreasi
Soalan 7 dan 8 berdasarkan graf di bawah.

7. Hujan maksima di alami oleh Stesyen X ialah pada bulan

A. Januari
B. November
C. Februari
D. Disember

8. Suhu paling tinggi yang dicatatkan ialah pada bulan

A. April
B. Mac
C. Mei
D. September

9. Berapakah jumlah import Malaysia dari United Kingdom pada tahun 2001?

A. 1 000 juta
B. 1 500 juta
C. 2 000 juta
D. 3 000 juta
10. Banjaran gunung yang terletak di sebelah barat Banjaran Titiwangsa .
Menganjur dari selatan Thailand merentasi Perak

Antara berikut yang manakah menerangkan mengenai pernyataan di atas?

A. Banjaran Bintang
B. Banjaran Besar
C. Banjaran Tahan
D. Banjaran Crocker

11. Anatara berikut yang mankah merupakan bentuk muka bumi saliran di peringkat hilir?

12. Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan tanah tinggi di Malaysia?

I tapak perindustrian
II kawasan pelancongan
III kawasan tadahan
IV sempadan negeri

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

13. Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan Menam Chao Phraya kepada
Thailand?

I pengangkutan air utama


II sumber pengairan bagi pertanian
III sempadan negara utama
IV sumber perikanan utama

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14.

 Sg.Kinabatangan
 Sg.Menom Chao Phraya

Apakah fungsi sungai di atas?

A. Pengairan
B. Pengangkutan
C. Kawasan pelancongan
D. Penjanaan elektrik

15. Antara berikut yang manakah merupakan cara berkesan mengawal hakisan di kawasan
tanah tinggi?

I membuat teres
II menanam tanaman tutup bumi
III menggilirkan tanaman
IV menanam tanaman secara hidroponik

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

16. Antara berikut yang manakah merupakan langkah pemeliharaan alam sekitar melalui
kaedah biologi dalam akitiviti pertanian di Malaysia?

I penggunaan racun serangga


II penggunaan baja kimia
III penggunaan baja organik
IV penggunaan burung hantu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Peredaran bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya menyebabkan

A. kejadian siang dan malam


B. kejadian empat musim
C. pembiasan angin
D. air pasang dan surut
18. Antara berikut pasangan manakah benar?

Musim Hemisfera Utara


A Musim Bunga September - November
B Musim panas Jun - Ogos
C Musim Luruh Mac - Mei
D Musim Sejuk Jun - Ogos

19. Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim di
Malaysia?

I kedudukan di garis lintang 6 °U hingga 20 °U


II tiupan angin monson timur laut dan barat daya
III dikelilingi oleh laut
IV tumbuh-tumbuhan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

20.

Kawasan yang berlorek menerima hujan yang lebat akibat tiupan angin monson timur laut yang
bertiup pada bulan

A. November - Mac
B. September – April
C. Mei - September
D. April – November
21.

Antara berikut yang manakah merupakan kegiatan ekonomi utama kawasan berlorek di atas?

I pertanian gandum
II pembalakan
III. perlombongan petroleum
IV memburu anjing laut

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

22.
 Pokok kurang 10 meter tinggi
 Pokok renek
 Semak samun
 Herba kecil

Manakah antara berikut yang menerangkan mengenai ciri lapisan hutan di atas?

A. emergen
B. kanopi
C. lapisan tengah
D. lantai hutan
23. Antara berikut yang manakah merupakan faktor penting bagi pertumbuhan hutan paya
bakau?

I suhu 18 °C
II pantai berpasir
III saliran buruk
IV kawasan rendah pinggir laut

A. I dan II
B. I,dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

24.

Apakah ciri-ciri hutan yang terdapat di negara-negara yang berlorek di atas ?

I hutan yang tebal


II lantai hutan yang jarang
III menggugurkan daun pada musim kering
IV kayu seperti jati dan penaga

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
25.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di
kawasan berlorek?

I kawasan industri utama negara


II kemudahan infrastruktur yang banyak
III bentuk muka bumi berbukit bukau
IV perlombongan mineral petroleum

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

26. Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang boleh menyebabkan kadar
kelahiran rendah dalam sesebuah negara?

I taraf pendidikan yang rendah


II kahwin pada usia muda
III amalan merancang keluarga
IV wanita berkerjaya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
27.
Tahun 2000
Jumlah penduduk = 24 500 000
Jumlah Kelahiran Bayi = 580 000

Berdasarkan angka di atas, kira kadar kelahiran penduduk tahun tersebut?

A. 23.67 bagi setiap 1000


B. 26.37 bagi setiap 1000
C. 27.36 bagi setiap 1000
D. 26.67 bagi setiap 1000

28.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor utama yang menyebabkan migrasi ke kawasan
yang berlorek?

I peluang kerja
II kemudahan pendidikan
III dasar kerajaan
IV pendapatan lumayan

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

29. Antara berikut yang manakah menerangkan mengenai ciri-ciri penduduk berlebihan

I keluasan tanah terhad


II kadar buta huruf tingi
III kemiskinan rendah
IV pengangguran rendah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II danIII
D. III dan IV

30.
 Taraf kesihatan yang tinggi
 Kadar kelahiran rendah
 Kadar kematian rendah

Antara berikut yang manakah merupakan kesan yang akan dialami oleh negara yang mempunyai
ciri-ciri penduduk seperti di atas?

I jangka hayat meningkat


II golongan tua ramai
III lebihan tenaga kerja
IV penggunaan teknologi rendah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

31.
Saiz penduduk besar berbanding dengan jumlah sumber semulajadi
padag tahap teknologi sedia ada

Antara berikut negara manakah dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?

I Brazil
II Kanada
III Bangladesh
IV Pakistan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32.

Berdasarkan peta, lokasi manakah yang benar mengenai petempatan awal di Malaysia?
I Gua Gomantong
II Kota Tampan
III Gua Mulu
IV Gua Niah

A. I, dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

33.

Antara berikut apakah faktor utama yang mempengaruhi petempatan di atas?

A. bentuk muka bumi


B. tanih
C. dasar kerajaan
D. ketersampaian

34.
 Felda Trolak
 Felda Jengka
 Felda Sendayan

Apakah jenis pola petempatan yang terdapat di petempatan di atas?

A. berjajar
B. berpusat
C. berkelompok
D. berselerak

35.
 Shah Alam
 Georgetown
 Petaling Jaya

Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar-
bandar di atas?

I dasar kerajaan
II penerokaan sumber
III peluang kerja
IV migrasi

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

36. Antara berikut pasangan manakah yang sesuai?

Bandar Fungsi
I Butterworth Pelabuhan
II Bangi Perindustrian
III Pekan Peranginan
IV Ipoh Pentadbiran

A. I dan II
B. I dan IV
C. I dan III
D. III dan IV

37. Antara berikut yang manakah merupakan kesan pembandaran di Malaysia?

I banjir besar
II penduduk kurang
III setinggan bertambah
IV kesesakan lalu lintas

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

38. Antara berikut yang manakah merupakan penyelesaian masalah pembandaran di


Malaysia?

I pembinaan pangsapuri mewah


II mewujudkan kawasan hijau di pingir bandar
III sistem pengangkutan awam yang lebih efisien
IV pembinaan bandar satelit

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39.
Berdasarkan peta , manakah antara berikut merupakan pelabuhan awal di Malaysia?

I Tanjung Pelepas
II Port Klang
III Port Weld
IV Pasir Gudang

A. I dan II
B. I, dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

40. Antara berikut yang manakah merupakan faktor kemajuan sistem pengangkutan
peringkat awal di Malaysia?

I perlombongan bijih timah


II perindustrian
III perlombongan petroleum
IV penanaman getah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

41. Antara berikut yang manakah merupakan penyelesaian masalah pengangkutan di


bandaraya Kuala Lumpur?

I pembinaan lebuhraya bertingkat


II pengharaman kereta di kawasan bandar
III Monorel
IV Komuter

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

42. Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan lebuh raya dalam sistem
pengangkutan di Malaysia?

I menjimatkan masa
II keselesaan kepada pengguna
III menggalakkan kesesakan
IV menggalakkan penghijrahan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

43. Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan pengangkutan air
sangat penting di Sarawak?

I halangan bentuk muka bumi


II sungai dapat dimudiki hingga ke pedalaman
III aliran hulu sungai yang deras
IV kekurangan kenderaan darat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

44. Antara berikut yang manakah merupakan tenaga alternatif yang sesuai dibangunkan di
Malaysia?

I tenaga biomas
II tenaga nuklear
III tenaga suria
IV tenaga angin

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

45. Anatara berikut yang manakah merupakan kegunaan tenaga geoterma di Iceland?

I pemanasan ruang
II penjanaan elektrik
III menggerakkan kenderaan
IV pertanian

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

46. Antara kepentingan penerokaan sumber asli di Malaysia ialah

I mendatangkan pendapatan negara


II meningkatkan kemahiran buruh
III mewujudkan lebih peluang kerja
IV meningkatkan infrastruktur
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

47. Antara berikut penerokaan sumber asli manakah yang menyebabkan perubahan lanskap
yang nyata?

I penebangan hutan
II pembinaan empangan
III pembinaan lapangan terbang
IV perlombongan bijih timah

A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

48. Kejadian pulau haba di bandar-bandar besar di Malaysia digiatkan lagi oleh

I berkongsi kereta
II pertambahan kenderaan
III pembinaan bangunan tinggi
IV aktiviti pembalakan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

49. Antara berikut yang manakah merupakan gas rumah hijau

I chlorofloro karbon
II karbon dioksida
III nitrogen monoksida
IV oksigen

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

50. Antara berikut yang manakah merupakan penggunaan tenaga mesra alam bagi
mengurangkan kesan alam sekitar?

I petrol berplumbum
II penggunaan tenaga terma
III keretapi elektrik
IV penggunaan tenaga suria

A. I da III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

51. Negara manakah dapat dikaitkan dengan Air rawatan semula NEWater ?

A. Jepun
B. China
C. Singapura
D. Jerman

52. Kerjasama Malaysia dengan negara Indonesia,Thailand dan Singapura merupakan satu
bentuk kerjasama

A. dua hala
B. serantau
C. pelbagai hala
D. antara kerajan dengan kerajaan

53. Kepentingan kerjasama antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar dalam bidang
perdagangan ialah

I meningkat halangan dagangan


II menambah jumlah eksport
III merendahkan kos dagangan
IV peningkatan kos buruh

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

54. Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan kerjasama ekonomi antara negara
menjadi semakin penting?

I penawaran buruh negara asing


II kestabilan politik
III meningkatkan kos perdagangan
IV persaingan pasaran

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

55. Bagaimanakah R & D dapat membantu mengurangkan kesan alam sekitar akibat
kegiatan ekonomi di Malaysia?
I mengeluarkan racun kimia yang lebih berkesan
II kaedah kawalan penyakit secara biologi
III mencipta mesin mesra alam
IV meningkatkan keasidan tanih

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

56. Antara berikut pasangan manakah yang sesuai?

Agensi Fungsi
I MARDI Pemasaran hasil pertanian
II FRIM Penyelidikan Ikan
III MATRADE Promosi Dagangan
IV SIRIM Kawalan mutu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

57.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi kegiatan perindustrian di
kawasan berkenaan?

I keadaan iklim yang sesuai


II bekalan buruh yang ramai
III dekat dengan pelabuhan
IV kawasan tanah tinggi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

58. Kejadian banjir di kawasan bandar di Malaysia dapat dikaitkan dengan


I penebangan hutan di pinggir bandar
II hujan yang sedikit
III pembuangan sisa toksik dari kilang
IV Sistem perparitan yang tidak sempurna

A. I, dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

59. Antara berikut yang manakah merupakan langkah bagi mengurangkan kejadian pulau
haba?

I mengadakan kawasan hijau di bandar


II menjimatkan penggunaan petrol
III pengezonan kawasan industri di bandar
IV amalan berkongsi kereta

A. I, dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

60. Antara berikut fenomena manakah yang sering berlaku di kawasan bandar di Malaysia?

I penurunan suhu
II jerebu
III pulau haba
IV kemarau

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SKEMA JAWAPAN

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN


1 C 31 A
2 D 32 C
3 B 33 C
4 C 34 C
5 D 35 B
6 C 36 B
7 A 37 D
8 C 38 D
9 B 39 D
10 A 40 B
11 D 41 C
12 C 42 A
13 A 43 A
14 B 44 C
15 A 45 A
16 D 46 C
17 B 47 B
18 B 48 C
19 C 49 C
20 A 50 D
21 C 51 C
22 D 52 B
23 D 53 C
24 D 54 C
25 A 55 C
26 D 56 D
27 A 57 C
28 B 58 A
29 A 59 D
30 A 60 C

You might also like