You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT AJK PAKATAN KHAIRAT KENDURI SANTAN KOTA

(PKKSK) KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2012


Tarikh : Sabtu 25.2.2012
Tempat : Rumah En Azizan b Othman
Masa : 9.30 mlm


1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan daripada pengerusi dan terima kasih kepada semua ahli Ajk yang
dapat hadir.
1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Umul KItab dan bersyukur dapat
mengadakan mesyuarat Ajk bagi tahun 2012

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Ajk bagi tahun 2011 dibaca oleh setiausaha
2.2 Pengesahan minit mesyuarat :
-Dicadang oleh En Azizan b Othman
-Disokong oleh Pn Jahara bt yaakob

3.0 MEMBENTANG DAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DIS 2011.
3.1Yuran tahun 2012 kekal kepada RM 30.00
3.2Jual pinggan lama kepada ahli untuk membeli atau baiki peralatan.
3.3Laporan kewangan dibentangkan ,rujuk lampiran kewangan oleh bendahari
-Dicadang oleh En Mazlan b Chin
-Disokong oleh En Afendi b Osman

4.0 MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN UNDANG-UNDANG KECIL PAKATAN
4.1 Rujuk undang-undang pakatan dan dibaca oleh pengerusi untuk dibuat semakan
4.2 Menetapkan tarikh mesyuarat Agong pada 17 Mac 2012 bertempat di rumah Pn
Jahara bt yaakob.

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Membincangkan usul-usul dalam mesyuarat Agong
5.2 Berbincang tentang pakaian untuk ahli lelaki dan perempuan.
5.3 Menyemak semula bilangan ahli iaitu seramai 29 orang
5.4 Mengedar surat panggilan mesyuarat seminggu lebih awal
5.5 Mengedarkan surat kepada ahli yang mempunyai hutang atau yuran tertunggak

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Harapan pengerusi mesyuarat Agong dapat dijalankan pada 17 mac 2012.
6.2 Ucapan terima kasih kepada semua Ajk yang hadir
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 mlm


Disediakan oleh

.
(Mofizam b Mat Russ )
Setiausaha Pakatan Khairat
Kenduri Santan Kota

You might also like