You are on page 1of 3

4

REFLEKSI KARNIVAL KESENIAN ISLAM 2014


PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
DPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2013
IPG KAMPUS KENT, TUARAN
Pada 25 Mac 2014 (Selasa) jam 1.00 hingga 4.00 petang, telah berlangsungnya
Karnival Kesenian Islam 2014 yang bertemakan Islam Itu Indah. Ianya diadakan di
dewan Hone, IPG Kampus Kent, Tuaran. Karnival ini adalah anjuran Persatuan
Pendidikan Islam dibawah kelolaan guru-guru pelatih Diploma Pendidikan Lepas
Ijazah (DPLI) j-QAF ambilan Januari 2013 yang juga merupakan peserta bagi setiap
aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung. Karnival ini telah dihadiri
oleh pelajar-pelajar IPG Kent dari pengkhususan yang pelbagai dan juga telah
dirasmikan oleh pensyarah kursus ICS2201 iaitu En. Rozaimi Bin Hj Abdul Razak
selaku wakil perasmi jemputan iaitu En Romli Darus.
Karnival ini diadakan bertujuan untuk melatih guru-guru pelatih dalam
mengurus dan melaksanakan program persatuan serta memberi peluang kepada
guru-guru pelatih iaitu ahli persatuan menjana minda bagi menghasilkan sesuatu
yang kreatif dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Program ini juga bertujuan agar
hubungan sesama ahli dapat dieratkan serta bekerjasama dalam menjayakan
sesuatu aktiviti. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu syarat keperluan
bagi memenuhi pro forma kursus ICS2201 (Persatuan) semester ini.
Terdapat pelbagai acara yang telah dipersembahkan sepanjang program ini
berlangsung. Antaranya ialah bacaan tilawah al-Quran (lelaki), bacaan khutbah,
bercerita perempuan, nasyid lelaki dan perempuan, deklamasi puisi, busana muslim
dan muslimah. Acara-acara tersebut telah dipersembahkan dalam kalangan kami
guru-guru pelatih DPLI j-QAF juga merupakan ahli persatuan Pendidikan Islam.
Penulis terlibat secara langsung dalam persembahan busana muslim dan muslimah
dengan memperagakan pakain baju kurung. Persembahan ini terdiri daripada 6
orang iaitu 3 lelaki dengan berpakaian baju melayu, jubah dan kemeja yang menutup
aurat. Manakala 3 perempuan dengan berpakaian jubah wanita, baju kurung serta
blaus. Idea untuk acara ini adalah idea penulis sendiri kerana penulis merasakan
perlu kelainan dalam setiap acara yang dipersembahkan dan tidak melibatkan
bacaan semata serta tidak membosankan.
5

Walaupun karnival ini berlangsung selama satu hari dan persiapan yang
dilaksanakan hanyalah dua hari, malah terlalu singkat tetapi ianya tetap dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam
menguruskan program ini. Antara kelemahan yang penulis dapati sepanjang
program ini berlangsung ialah dari segi pengurusan masa dan pengurusan teknikal.
Penulis mendapati berlaku jarak masa yang agak lama dalam mempersembahkan
pakaian busana muslim muslimah. Hal ini berlaku kerana lagu latar yang perlu
dimainkan sepanjang persembahan tersebut dibahagian teknikal/siaraya tidak dapat
diputarkan mungkin disebabkan tidak membuat persiapan awal sebelum program
dijalankan.
Selain itu, penulis juga mendapati kekangan masa ketika membuat persiapan
yang lebih dalam melaksanakan program atau karnival ini. Tempoh masa yang
diberikan iaitu selama 2 hari terlalu singkat bagi penulis dan rakan-rakan merancang
dan mengurus acara serta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Namun demikian,
penulis tetap bersyukur dan berbangga dengan ahli persatuan memberi kerjasama
dalam melaksanakan semua aktiviti. Setiap tugasan yang diberikan juga berjaya
dilaksanakan. Walaupun program seperti karnival ini bagi penulis bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dilaksanakan tetapi dengan semangat yang kuat, kerjasama yang
diberikan oleh setiap ahli kami dapat juga menjayakan dan mengadakan karnival ini.
Sepanjang program ini berlangsung iaitu dari sebelum pelaksanaan, semasa
pelaksanaan dan selepas pelaksanaan, penulis telah mendapat satu ilmu, kemahiran
juga pengalaman dalam merancang serta mengurus sesuatu program dalam satu
persatuan. Penulis juga mendapat pengalaman sebagai seorang setiausaha program
walaupun sebelum ini penulis tidak pernah berpengalaman dalam jawatan tersebut.
Penulis juga berharap segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini dapat
diaplikasikan di sekolah dimana jua penulis ditempatkan.
Oleh itu, penulis mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pensyarah
yang telah membimbing kami dalam menjayakan program ini. Setiap ilmu dan tunjuk
ajar yang diberikan amat bermakna bagi penulis. Penulis juga berharap segala
kelemahan dan kekuatan sepanjang program ini dapat dijadikan satu pengalaman
dan iktibar serta membuat penambahbaikan agar tidak berlaku kesilapan yang
berulang ketika melaksanakan sesuatu program.
6

Rujukan
Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Ko Kurikulum. Kumpulan Budiman Sdn Bhd:
Kuala Lumpur.

You might also like