You are on page 1of 6

Tajuk Laporan : Kearah Bandar Selamat : Pencegahan Jenayah Bandar Melalui

Perkongsian Pemetaan GIS Hotspot Jenayah



Oleh : Zaini Nordin Dan Nor Shah Mohd Saad
Integrated Geoplanning Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Pensyarah : Encik James Anthony Collin
Pembentang : Dayang Surya Binti Awang Hamzah ( Ba11110072)
Darren Anak Charlie (Ba 11110069)

1.0 Pengenalan
Sistem informasi geografi atau lebih dikenali dengan GIS sudah menjadi satu bidang
yang penting kepada sesebuah negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial
manusia. Keupayaan gis dalam mengendalikan data ruangan dan data bukan ruangan
tidak boleh dinafikan lagi dimana gis telah dikenali sebagai satu sistem yang membawa
fungsi yang pelbagai (Goodchild Dan Mcquire, 1991). Bahkan teknologi ini juga telah
menawarkan satu dimensi baru bagi menganalisis permodelan dalam fenomena ruangan
(Cheng Et. All, 2007).
Tidak kurang juga, kewujudan teknologi yang tiada sempadan seperti GIS ini telah
memudahkan dalam pengurusan sesebuah bandar. Jika dilihat situasi sesebuah bandar
pada alaf baru ini, masalah jenayah yang berlaku adalah semakin meningkat. Keadaan
ini menimbulkan kebimbangan semua pihak. Pelbagai langkah pencegahan telah
dilaksanakan bagi mengatasi masalah jenayah ini. Langkah yang di ambil ini masih
belum mencukupi. Oleh sebab itu, langkah yang lebih efektif digunakan dalam
mengatasi masalah jenayah di kawasan bandar ini.
Pendedahan gis dalam mengatasi masalah jenayah di bandar telah dilaksanakan oleh
pihak polis sejak beberapa tahun sebelumnya. Pemetaan GIS Hotspot Jenayah telah
diaplikasikan dalam pengawalan jenayah ini. Melalui kaedah ini, rekod bagi kawasan-
kawasan yang tinggi kadar jenayahnya dapat dikenalpasti dan pihak berkuasa tempatan
dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan. Sumbangan GIS
dalam mewujudkan sebuah bandar yang lebih selamat untuk mengatasi masalah
jenayah yang berlaku juga sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan manusia lebih-
lebih lagi kepada pihak polis.

1.1 Proses Pemetaan Jenayah

Dalam gis hotspot jenayah, terdapat 4 peringkat dalam proses pemetaan
kawasan jenayah. Peringkat-peringkat dalam proses pemetaan kawasan jenayah
adalah berdasarkan kepada rajah 1 dibawah :








Rajah 1 : Proses-Proses Pemetaan Jenayah
2.0 Keperluan Data Untuk Pemetaan Jenayah

2.1 Perolehan Data Dan Data Utama
Pangkalan data GIS sedia ada di PBT memudahkan proses penentuan lokasi
jenayah dibuat. Terdapat data asas yang diperlukan dalam pemetaan jenayah
ini:
I. Data jenayah (borang pol.55) dari ibu pejabat polis daerah (IPD)
Ii. Peta jalan dan alamat dari pihak berkuasa tempatan (PBT)




2.2 Jenis-Jenis Data Jenayah
Data-data jenayah yang diperolehi dari sumber ipd ini perlu diasingkan terlebih
dahulu. Rajah di bawah menunjukkan data-data jenayah yang diperolehi
daripada dua IPD :


Rajah 2 : Data Jenayah Dari Dua IPD Untuk Kawasan MBSA










Rajah 3 : Kategori Dan Jenis Jenayah
2.3 Isu Berkaitan Data Jenayah

Dalam mengumpul data jenayah ini, terdapat berberapa isu berkaitan
perolehan yang perlu diambil untuk melancarkan proses pembangunan pemetaan
jenayah di pbt. Antaranya ialah masalah alamat yang tidak lengkap , ipd
menyerahkan data-data dalam bentuk hardcopy dan sempadan pentadbiran yang
berbeza. Masalah alamat tidak lengkap berlaku apabila alamat tidak direkodkan
di dalam laporan jenayah. Selain itu, data-data yang diserahkan oleh IPD untuk
diproses adalah dalam bentuk hardcopy di mana pangkalan data perlu
dibangunkan semula kepada data digital. Sempadan pentadbiran yang berbeza
diantara jabatan polis dan PBT menyebabkan pengumpulan data terpaksa dibuat
di beberapa IPD lain.

3.0 PROSES GEOCODING.
3.1 KAEDAH-KAEDAH GEOCODING
Mempunyai dua kaedah utama iaitu Auto Geocoding menggunakan
MapInfo berdasarkan Peta Alamat dan Manual Geocoding. Kaedah Auto
Geocoding ini menggunakan perisian GIS MapInfo Profesional berdasarkan
kepada peta alamat yang telah dibangunkan dibuat secara auto untuk
menggunakan keupayaan GIS. Penggunaannya dipadankan terus ke peti alamat
berdasarkan kepada maklumat nombor bangunan atau rumah dan nama jalan.
Kaedah kedua pula ialah Manual Geocoding. Kaedah ini dilakukan
melalui pemerhatian dan semakan ke atas peta, gambar satelit dan pemahaman
berkaitan lokasi di mana jenayah pernah berlaku. On-screen digitizing di mana
perunding yang dilantik akan mendigit kedudukan jenayah apabila tempat
kejadian telah ditemui semasa semakan peta. Dalam hal ini, Google Earth boleh
digunakan sebagai rujukan.
3.2 Penghasilan Peta Jenayah








RAJAH 4: Kawasan MBSA dan MBPJ pada 2007.
4.0 Analisis Data Jenayah.
Terdapat dua analisis Data Jenayah iaitu Analisis Spatial Hotspot dan Analisis
Timeline Graf Hotspot.
4.1 ANALISIS SPATIAL HOTSPOT.
4.1.1 Grid Thematic Mapping sebagai Hotspot Jenayah.
Teknik ini digunakan untuk mengatasi masalah saiz dan bentuk
kawasan yang berbeza dengan menggunakan grid yang seragam. Bagi
memastikan keberkesanan teknik ini, jumlah titik jenayah akan
digunakan untuk membina Thematic Mapping. Rajah 5 merupakan
contoh teknik ini.

RAJAH 5
4.2 ANALISIS TIMELINE GRAF TIME HOTSPOT.
4.2.1 Kes Jenayah Masa Kejadian yang Spesifik.
Untuk teknik ini pula, ia hanya menggunakan pemerhatian yang mana
mengambil masa mula dan masa tamat kejadian. Kes-kes jenayah
yang diketahui masa dan tempat kejadian, amat sesuai menggunakan
teknik ini kerana memudahkan pihak tertentu untuk mengenal pasti
time hotspot. Rajah 6 merupakan contoh bagi teknik ini.

RAJAH 6

5.0 KESIMPULAN.
Penggunaan Geographic Information System atau lebih dikenali sebagai GIS ini
adalah satu langkah yang bersesuaian untuk diambil oleh pihak polis bagi menangani kes
jenayah yang terdapat di kawasan yang kerap berlakunya hotspot atau kes jenayah. Selain
daripada pihak polis, ia turut membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk
mengurangkan kadar jenayah di kawasan pentadbiran. Penghasilan pemetaan Hotspot
Jenayah merupakan mengenal pasti kawasan-kawasan jenayah untuk membolehkan PBT
melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah yang terkandung dalam Program
Bandar Selamat.

You might also like