You are on page 1of 4

Atom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Dalam bidang kimia dan fizik, atom (Bahasa
Yunani atau tomosbermaksud "tak
terbahagi") adalah zarah terkecil yang boleh
didapati dalamunsur kimia tanpa mengubah sifat-
sifat kimianya. Perkataan atom pada asalnya
bermaksud zarah tak terbahagi terkecil yang
boleh didapati, akan tetapi setelah istilah
tersebut mendapat maksud yang khusus dalam
sains, atom-atom dijumpai boleh dibahagikan
lagi dan adalah terdiri daripada zarah subatom.
Kebanyakan atom mengandungi tiga jenis zarah
subatom yang menentukan sifat-sifat luarannya:
elektron, yang mempunyai cas negatif dan
adalah yang terkecil antara ketiga-tiga zarah
ini
proton, yang mempunyai cas positif dan
adalah kira-kira 1836 kali lebih besar
daripada elektron; dan
neutron, yang tidak bercas dan adalah kira-
kira 1839 kali lebih besar daripada elektron.
Proton dan neutron bergabung
membentuk nukleus atom yang padat dan besar,
dan bersama-sama adalah dipanggil nukleon.
Elektron-elektron membentuk awan
elektron yang lebih besar di sekeliling nukleus.
Setiap atom mempunyai bilangan zarah-zarah subatom yang berlainan. Bilangan proton dalam atom
(dipanggil nombor atom) menentukan unsur atom tersebut. Di antara unsur-unsur yang sama, bilangan
neutron juga boleh berubah-ubah, dan ini menentukan isotop unsur tersebut. Bilangan proton dan neutron
di dalam nukleus atom juga boleh berubah, melalui pembelahan nukleus, pelakuran nukleus dan reputan
radioaktif. Bilangan elektron yang berkaitan dengan suatu atom paling mudah berubah, kerana tenaga
yang rendah yang digunakan untuk mengikat elektron-elektron.
Atom adalah neutral secara elektik jika ia mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama. Atom yang
mengalami pengurangan atau penambahan elektron adalah dipanggil ion. Elektron yang terletak paling
Atom

Gambaran separa tepat berkenaan struktur atom helium. Kegelapan awan
elektron adalah berpadanan dengan kamiran garis penglihatan pada fungsi
kebarangkalian orbital elektronpertama. Nukleus atom yang telah
diperbesarkan ini bercirikan skematik, dengan proton berwarna merah
jambu dan neutronberwarna ungu. Secara nyata, nukleus (dan fungsi
gelombang setiap nukleon) juga berbentuk sfera secara bersimetri.
(Terdapat perbezaan bagi kes-kes nukleus kompleks.)
Pengelasan
Pembahagian terkecil yang diiktiraf dalam unsur kimia
Sifat
Jisim: 1.67 10
-27
to 4.52 10
-25
kg
Cas elektrik:
sifar (jika nombor elektron
bersamaan dengan nombor
proton di dalam atom)
Diameter (hampiran)
100 pm = 1
Angstrom:
100 pm(He) ke 670 pm(Cs) [1]

jauh daripada nukleus boleh dipindahkan ke atom yang berhampiran atau dikongsi bersama-sama atom
lain. Melalui mekanisme ini atom dapat terikat menjadi molekuldan lain-lain jenis sebatian kimia seperti
hablur berangkaian ionik atau kovalen. Bagi gas dan sesetengah cecair dan pepejal molekul
(seperi air dangula), molekul adalah pembahagian jirim terkecil yang masih mengekalkan sifat-sifat kimia;
akan tetapi, terdapat juga banyak lagi pepejal dan cecair yang terdiri daripada atom-atom, dan tidak
mengandungi molekul berasingan (contohnya garam, batuan, dan logam cecair dan pepejal). Kebanyakan
molekul terdiri daripada berbilang atom; contohnya, molekul air merupakan gabungan dua
atom hidrogen dan satu atom oksigen. Beberapa jenis molekul (contohnya unsur molekul gas yang tidak
membentuk sebatian, seperti helium), terdiri daripada hanya satu jenis atom.
Atom adalah blok binaan asas dalam kimia, dan adalah terabadi dalam tindak balas kimia.
Sejarah Perkembangan Model Atom[sunting]
Perkataan atom berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh dipecahkan lagi.
Democritus(460 357 S.M) merupakan orang pertama yang memperkenalkan konsep atom.Ini sejajar
dengan teori Dalton yang menyatakan atom merupakan zarah yang paling kecil dan tidak boleh
dibahagikan lagi.
Antara ahli-ahli kimia yang telah menyumbang kepada perkembangan model atom ialah:
John Dalton
J.J. Thompson
Ernest Rutherford
James Chadwick
Neils Bohr
Keistimewaan Atom Karbon[sunting]
Atom karbon dengan nombor atom 6 mempunyai susunan elektron K = 2, L = 4, maka ia mempunyai
4 elektron valensi dan dapat membentuk empat ikatan kovalen, serta dapat digambarkan dalam rumus
Lewis sebagai berikut, umpamanya untuk CH4.
ikatan dalam molekul metana [gambar] atom karbon
[gambar] 4 atom hidrogen
[gambar] molekul metana ( CH4 ) [gambar] diagram sederhana dari molekul metana


Molekul metana dalam 2D.
H H
\ /
C
/ \
H H
empat ikatan kovalen dari molekul metana Selain itu atom karbon mempunyai kemampuan untuk
membentuk ikatan dengan atom karbon lain membentuk rantai karbon yang terbuka atau
tertutup/berlingkar. Contoh-contoh rantai karbon dapat digambarkan dengan rumus struktur :
| | | | |
- C - C - - C - C - C -
| | | | |
C
rantai terbuka rantai terbuka dan bercabang
| |
- C - C -
| |
- C - C -
| |
rantai tertutup Sekarang terjawablah mengapa jumlah senyawa karbon demikian banyaknya walaupun
jumlah jenis unsur pembentuknya sedikit.

You might also like