You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG KALA

16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN



MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 15 Januari 2014
Masa : 2.00 3.00 petang
Tempat : Bilik GK Sains Sosial
Pengerusi : En. Md Ghazali bin Ismail (Ketua Panitia Geografi)
Pencatat : Pn. Masni bt. Mustapha
Kehadiran:
1. Ust. Ismail Bin Mat Junoh (GKSS)
2. En. Muhammad Ghazali Bin Ismail
3. Pn. Masni Bt Mustapha
4. Pn. Normah Binti Abu Samah
5. Pn. Tuan Norlizanee Binti Tuan Soh
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan GKSS
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
4. Perkara Berbangkit
5. Pengurusan Akademik
6. Perancangan Panitia 2014
7. Jadual Semakan Buku/ Guru Penyedia Soalan
8. Peruntukan dan Perbelanjaan Panitia 2014
9. Taklimat PBS Tingkatan 3
10. Hal-Hal Lain

Agenda 1 Ucapan Pengerusi
1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat Panitia Geografi 2014.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru geografi di atas kerja buat dan penat
jerih yang dicurahkan pada tahun 2013 dalam menjayakan aktiviti panitia.

Agenda 2 Ucapan GKSS
2.1 Menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua guru Geografi Tingkatan 3 di atas sagala
kerjasama dalam memastikan kecemerlangan prestasi pelajar dalam Geografi PMR 2013.
2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar Tingkatan 1 dan 2
kerana berjaya berjaya menjalankan PBS dengan lancar.

Agenda 3 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
Disahkan oleh: Normah Binti Abu Samah
Disokong oleh: Tuan Norlizanee Binti Tuan Soh

Agenda 4 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.

Agenda 5 Pengurusan Akademik
4.1 PBS (Tingkatan 1 dan 2)
4.1.1 Kebanyakan semua guru Geografi telah menjalankan PBS mengikut band yang
ditetapkan.
4.1.2 Masih ada guru yang tidak berjaya memasukkan prestasi pelajar mengikut band
kerana masalah sistem yang dihadapi.
4.1.3 Diharapkan semua guru dapat memasukkan prestasi pelajar dalam SPPBS online
mengikut senarai semak yang dicatat dan disimpan oleh guru masing-masing. Guru
hendaklah menunggu arahan SU PBS untuk kemasukan prestasi pelajar.
4.2 Post Mortem/Analisis Mata Pelajaran Geografi- sila rujuk lampiran
4.2.1 Dari segi kuantiti peratus lulus keputusan Geografi PMR 2013 telah menunjukkan
penurunan sedikit sebanyak 0.4% iaitu dari 96.4% (133/138 orang pelajar) kepada
96% (144/150 orang pelajar).
4.2.2 Di mana pelajar gagal 2012 seramai 5 orang meningkat kepada 6 orang.
4.2.3 Dari segi kualiti (NGP) terdapat peningkatan dari 2.97 kepada 2.77 iaitu sebanyak
0.2.
4.2.4 Bilangan pelajar yang mendapat A meningkat iaitu dari 10 orang (2012) kepada 33
orang (2014) melepasi target panitia seramai 18 orang. Malahan hampir semua
pelajar target berjaya mencapai keputusan cemerlang. Tahniah dan syabas kepada
semua guru Geografi di atas pencapaian ini.
Sila rujuk lampiran

Agenda 6 Perancangan Panitia 2014
6.1 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan bagi tingkatan 1,2 dan 3 akan disediakan oleh
Masni dan akan diagihkan kepada semua guru yang mengajar, fail panitia dan GKSS.
6.2 Semua guru mesti ada Rancangan Pelajaran Tahunan, Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Guru boleh mendapatkan salinannya di dalam fail panitia.
6.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis dalam format yang betul iaitu terdiri daripada:
i. Tajuk
ii. Subtajuk
iii. Objektif/ Aras
iv. Aktiviti
v. Penilaian
vi. Nilai
vii. Bahan Bantu Mengajar
6.4 Pemantauan guru mengajar akan dilakukan oleh pihak sekolah mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6.5 KP memaklumkan beberapa program akan dirancang bagi meningkatkan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Geografi dan diharapkan mendapat kerjasama dari pihak pentadbir,
guru dan pelajar.
Tindakan : Semua Guru



Agenda 7 Jadual Semakan Buku/ Guru Penyedia Soalan
7.1 Buku nota dan buku latihan hendaklah disemak dari masa ke semasa dan perlu dihantar
kepada pihak pentadbir untuk dipantau mengikut jadual yang disediakan.
7.2 Guru penyedia soalan mengikut penyelaras tingkatan yang telah dilantik seperti berikut:
Penyelaras Geografi tingkatan 1 : Normah Binti Abu Samah
Penyelaras Geografi tingkatan 2 : Tuan Norlizanee Binti Tuan Soh
Penyelaras Geografi tingkatan 3 : Masni Bt Mustapha
Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru

Agenda 8 Peruntukan dan Perbelanjaan Panitia 2014
8.1 KP meminta ahli panitia memikirkan perancangan khusus yang akan dijalankan sepanjang
tahun 2011 bagi meningkatkan prestasi Geografi.
8.2 Sekolah belum mendapat sebarang peruntukan untuk panitia. Walaubagaimana pun, guru
boleh menyenaraikan bahan yang perlu dibeli kepada Ketua Panitia.
Tindakan: Ketua panitia

Agenda 9 Taklimat PBS Tingkatan 3
9.1 KP telah menyerahkan bahan kursus PBS Geografi Tingkatan 3 kepada Masni untuk dicetak
dan diedarkan kepada semua guru, fail panitia dan GKSS.

Agenda 10 Hal-hal lain
10.1 GKSS mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama semua guru sepanjang tahun
2014. Semoga panitia Geografi terus cemerlang pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang

Disediakan oleh,



(MASNI BT MUSTAPHA)
Setiausaha Panitia Geografi
SMK Padang Kala
Disemak oleh,



(MUHAMMAD GHAZALI BIN ISMAIL)
Ketua Panitia Geografi
SMK Padang Kala

You might also like