You are on page 1of 1

INDEKS KESUKARAN

No Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item


1 0.83 Terlalu Mudah
2 0.35 Sukar
3 0.98 Terlalu Mudah
4 1.00 Terlalu Mudah
5 0.95 Terlalu Mudah
6 0.80 Mudah
7 0.83 Terlalu Mudah
8 0.65 Mudah
9 0.73 Mudah
10 0.43 Sederhana Sukar

Melalui jadual 1, kita dapat melihat soalan 1, 3, 4, 5 dan soalan 7 mempunyai aras kesukaran 0.81-1.00
di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut
rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di
antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.
Bagi soalan 6, 8 dan soalan 9 mempunyai aras kesukaran 0.61-0.80 di mana pengkelasan item
menunjukkan soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian
rujukan norma.
Bagi soalan 10 pula, seramai 13 orang daripada 40 orang pelajar tidak dapat menjawab soalan ini
dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.43 yang menunjukkan soalan ini adalah kategori
sederhana sukar. Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai
untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu 0.21-0.40 hanyalah satu soalan sahaja. Didapati agak
sedikit pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma,
soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan
pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimanapun, soalan
seperti ini haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

You might also like