You are on page 1of 1

KAWASAN SEKITAR 3

Secara umumnya pembangunan kawasan sekitar lebih tertumpu ke arah pemban


gunan pertanian dan kampung. Pertanian merupakan kegiatan utama dengan tanaman k
elapa sawit merupakan guna tanah utama bagi kawasan ini. Kawasan perkampungan be
rdekatan adalah seperti Kampung Pt. Lintang, Kampung Sri Bengkal dan Kampung Par
it Sengkuang. Kampung-kampung ini merupakan perkampungan Melayu yang mengandungi
rumah-rumah tradisional jenis separuh kekal dan sementara.
Pembangunan dapat dilihat di pekan Pt. Yaani yang terletak kira-kira 1.5
kilometer ke timur lot terlibat. Pekan Pt. Yaani adalah pekan kecil yang mengandu
ngi beberapa baris kedai satu tingkat jenis kekal dan sementara. Taman perumahan
yang terdapat di pekan Pt. Yaani ialah Taman Jaya Diri, Taman Okid dan Taman Ro
s. Taman-taman ini mengandungi rumah kedai 2 tingkat, rumah kediaman teres 1 & 2
tingkat.
Kira-kira 2.0 kilometer ke barat lot terlibat terdapat beberapa buah kil
ang yang tidak tersusun di sepanjang Jalan Yong Peng Batu Pahat seperti kilang b
atu bata, kayu dan besi. Kilang-kilang tersebut ialah Syarikat Hanura Sdn Bhd (B
atu Bata), Yong Peng Batu Bata Bhd, Syarikat Kayu Wangi Sdn Bhd, Ecolite Biotech
Manufacturing Sdn Bhd dan KHP Steel Product (M) Sdn Bhd.

You might also like