You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Guru adalan Pembina generasi Malaysia. Pembangunan Modal Insan berkualiti
tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu.,
berkemahiran serta keperluan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan
yayasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan
menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional
yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru,
penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang
terpuji selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
Kelima ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah
menegaskan bahawa pendekatan kepada Pembangunan Modal Insan haruslah
secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual, pembangunan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan
berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan
insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan
profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Kursus Bina Insan Guru (B.I.G) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini
melibatkan semua pelajar DPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2013. Progam ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian. Melalui program yang dirancang, pelajar dapat
mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insane guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru (B.I.G) lebih menekankan kepada pembelajaran
di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran dan intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan
pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha
pembinaan insan guru yang unggul ini juga doperkukuhkan melalui aktiviti tutorial
dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

You might also like