You are on page 1of 29

1

1.0 DEFINISI
Kedatangan British di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1786 setelah Francis Light
menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah sehingga ke Seberang Perai berlaku dengan
termeterainya perjanjian pada tahun 1800. Kedatangan utama pihak British ke Tanah Melayu
mempunyai tujuan yang amat jelas iaitu kekayaan dan kekuasaan, berbeza dengan ekspedisi
Sepanyol ke Filipina yang banyak menumpukan kepada aspek keagamaan. Oleh sebab itulah
pihak British tidak campur tangan dalam urusan agama dan adat tempatan di Tanah Melayu
yang diserahkan kepada tanggungjawab Raja. Untuk merealisasikan hasrat untuk mencari
hasil kekayaan, mereka telah memperkenalkan pertanian ekspot dan memonopoli sektor
perlombongan untuk mendapatkan bekalan serta keuntungan hasil dagangan.

1.1 Ekonomi
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian
sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian
tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur,
meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan
akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan
tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus
diambil.
Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:
i) Ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
ii) Ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi,
pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).
Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan
bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

2

1.2 Dasar Ekonomi British
British mengamalkan dasar pecah dan perintah iaitu pengasingan penempatan
antara kaum-kaum di Tanah Melayu. Tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi
iaitu kaum Cina tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India pula
diletakkan di kawasan perladangan aktiviti pertanian yang terletak diluar bandar.
Hanya golongan Elit Melayu sahaja yang diterima bekerja dengan pejabat
pentadbiran British (Ruslan Zainuddin, 2000).
Hal ini juga telah mengakibatkan pengasingan agama iaitu Orang Melayu
beragama Islam. Orang Cina menganut agama Buddha dan Kristian manakala kaum
India beragama Hindu. Kebanyakan penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak pula
adalah beragama Kristian dan Islam.
Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza
telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada
pelbagai rumpun etnik yang berbeza.

1.3 Sejarah Penjajahan British dari segi Ekonomi
Dasar ekonomi British melalui dasar pecah dan perintah telah mengasingkan
setiap kaum mengikut aktiviti ekonomi yang tersendiri. Masyarakat tradisional
Melayu telah pun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi sara diri sebelum
kedatangan pihak British lagi.
Apabila berlaku perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersial
diperkenalkan dan masyarakat Melayu kekal mengusahakan kegiatan ekonomi sara
diri. Melalui dasar ini, orang Melayu tetap ditempatkan di kediaman asal iaitu
perkampungan atau luar bandar.
Alasan mereka menempatkan orang melayu di luar bandar adalah kukuh dan
mereka telah berjaya menjadikan bangsa Melayu terus mundur dan mewarisi
kemiskinan keluarga ( A.Azmi Khalid,1996).
3

Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah
dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya. Sejak
pertengahan abad yang ke 18 sehingga akhir abad tersebut, hampir seluruh
perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina.
Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. Ini telah
mendorong pelabur-pelabur asing datang ke Tanah Melayu dan membawa teknologi
serta sistem pengurusan ekonomi yang lebih sistematik.
Perkembangan perusahaan getah dan galakan daripada kerajaan British
merupakan faktor penarikan yang menarik orang India ke Tanah Melayu. Peluang
ekonomi yang wujud dalam sektor ini kepada orang India adalah disebabkan oleh
keengganan orang Melayu untuk bekerja di ladang getah. Selain itu, dua buah
perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India ialah
Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke
Tanah Melayu.
British telah mengasingkan setiap kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
kepada penempatan dan corak ekonomi masing-masing. Melalui pengasingan ini,
pihak British mudah untuk mengawal dan menghapuskan perpaduan semua kaum.
Pecahan kaum ini juga akan memudahkan kerja mereka mengeksploitasikan hasil
bumi Tanah Melayu melalui penerapan budaya dan cintakan negara asal mereka.
Contohnya, orang Cina yang tidak langsung memikirkan keuntungan kepada Tanah
Melayu sebaliknya mereka diterapkan dengan nilai dan budaya negara asal mereka
iaitu tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa Cina (Victor Purcell,1985).
Dasar pecah dan perintah yang diterapkan oleh pihak British sengaja dibuat
kerana pihak British hanya mahu menjaga kepentingan ekonomi mereka dan
memudahkan lagi kerja mereka mengaut keuntungan di Tanah Melayu melalui perah
tenaga ketiga-tiga kaum ini.


4

1.3.1 Punca-punca Kedatatangan British ke Tanah Melayu
Antara punca-punca kedatangan dan campur tangan Inggeris di Tanah
Melayu adalah:-
1. Sebab ekonomi.
2. Desakan pelabur.
3. Kebimbangan campur tangan kuasa asing.
4. Ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu.
5. Faktor kemanusiaan-permintaan dari ketua Melayu dalam menamatkan
pergaduhan dalaman.
6. Tokoh-tokoh Inggeris yang menggalakkan campur tangan.
7. Pembukaan Terusan Suez.
8. Sistem Perhubungan telegraf di Barat dan kapal wap.
9. Perubahan politik di Britian.
10. Misi Agama Kristian.
11. Melalui perjanjian dan peperangan.
12. Selepas Perjanjian Pangkor campur tangan secara rasmi di Tanah
Melayu

1.3.2 Tindakan British pada permulaan kemasukannya terhadap ekonomi
Negara
Pihak British menekankan bahawa campur tangan mereka di negeri-
negeri Tanah Melayu membawa kebaikan kepada rakyat Tanah Melayu dengan
membawa keamanan dan sistem pentadbiran yang baik.
British membawa masuk imigran dari India dan Cina untuk bekerja di
Tanah Melayu. Imigran India diarahkan bekerja di ladang-ladang getah
manakala imigran Cina bekerja di kawasan perlombongan.
Menjelang tahun 1883, selepas campur tangan British, negeri-negeri
Tanah Melayu menjadi pengeluar terbesar bijih timah di dunia. Menjelang
tahun 1900, Tanah Melayu mengeluarkan 55% daripada pengeluaran timah
5

dunia. Kejayaan ini memberikan justifikasi kepada campur tangan British di
negeri-negeri Tanah Melayu.
Campur tangan British juga membawa pembangunan kepada Tanah
Melayu dengan pesat. Perhubungan kereta api dibina dalam tahun 1885 untuk
menghubungkan Port Weld (sekarang ini Kuala Sepetang) dengan Taiping,
walaupun sebab utamanya adalah untuk menyenangkan pengeksportan timah
dan bukannya untuk manfaat rakyat tempatan.
Perhubungan jalan raya utama di Tanah Melayu dibina untuk
menghubungkan bandar-bandar perlombongan seperti Seremban, Kuala
Lumpur, Ipoh dan Taiping. Ini jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat
oleh pemerintah British sebenarnya adalah untuk memudahkan eksport bijih
timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain di mata dunia.

2.0 DASARDASAR EKONOMI SEMASA PENJAJAHAN BRITISH ( DASAR PECAH
DAN PERINTAH )

2.1 Kemasukan Kapitalis British
Kemasukan kapitalis British ke Tanah Melayu telah banyak memberikan
impak terhadap ekonomi di Tanah Melayu bahkan keadaan politik juga turut sama
menerima impak daripada kedatangan mereka. Pihak British telah datang ke Tanah
Melayu sejak awal tahun 1824 lagi. Kedatangan mereka ini pada mulanya adalah
bertujuan untuk menakluki Melaka yang pada ketika itu merupakan sebuah Negara
yang kaya dengan hasil rempahnya. Atas keinginan ingin menakhluki Tanah Melayu
itu, akhirnya pihak British telah berjaya menakhluki Tanah Melayu apabila pihak
Belanda menyerahkan Melaka yang pada ketika itu berada di bawah naungannya
kepada pihak British melalui perjanjian British Belanda pada tahun 1824.
Bermula dari tahun 1826 sehingga tahun 1867, Melaka telah diperintah oleh
Syarikat Hindia Timur British atau lebih dikenali sebagai British East India
6

Company. Setelah itu Melaka telah menjadi sebuah tanah jajahan British dan pada
ketika itu British mula memperkenalkan perlbagai dasar-dasar baru di Tanah Melayu
yang mana ada di antara dasar-dasar tersebut yang tidak dapat diterima oleh
masyarakat Melayu pada ketika itu lalu membangkitkan kemarahan dikalangan
mereka.
Impak daripada kewujudan dasar-dasar baru tersebut dapat dilihat dengan
lebih jelas melalui sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sedari awal penjajahan lagi,
pihak Inggeris telah menyimpan niat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan
yang baik dengan golongan-golongan istana serta aristokrat Melayu. Atas dasar
hubungan baik ini mereka telah mengekalkan institusi tradisional dan mereka
berusaha untuk mengelak sebarang gangguan ke atas fungsi struktur sosial dan cara
hidup masyarakat bumiputera pada ketika itu. Oleh sebab yang demikian, masyarakat
bumiputera tidak diberikan peluang dalam perkembangan ekonomi eksport,
sebaliknya keutamaan tersebut diberikan kepada golongan imigran. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pertambahannya bilangan buruh asing yang diimport oleh pihak
Inggeris untuk mengisi keperluan tenaga buruh di Tanah Melayu walaupun pada
masa itu bilangan penduduk di Tanah Melayu juga sudah mencukupi untuk mengisi
kerperluan tersebut.

2.2 Dasar Pecah Dan Perintah
Bermulanya pentadbiran atas dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu pada
ketika itu yang mana dasar ini sedikit sebanyak telah mengetepikan hak hak
masyarakat Melayu dan bumiputera yang pada ketika itu seharusnya mendapat
perhatian yang khusus dalam sektor ekonomi di Tanah Melayu. Kerajaan colonial
Inggeris pada ketika itu telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara
berasingan yang mana dasar pentadbiran tersebut dikenali sebagai dasar pecah dan
perintah ( Divide and Rule ).
Dasar ini merupakan satu kaedah imperialism penjajahan Eropah yang telah
digunakan di tanah jajahan bagi tujuan untuk melemahkan masyarakat Bumiputera
7

dan dalam masa yang sama memberi keutamaan kepada kaum imigran yang datang
ke tanah Melayu. Dasar ini juga secara tidak langsung telah memisahkan kaum
imigran daripada penduduk Bumiputera. Pihak Inggeris telah menetapkan bahawa
golongan imigran boleh mengekalkan identity dan budaya masing-masing selama
berada di Tanah Melayu tetapi mereka tidak digalakkan untuk berhubung dengan
kaum Bumiputera secara langsung. Kaum imigran ini mendapat hak yang baik dalam
perkembangan ekonomi komersial seperti perusahaan bijih timah, getah dan aktiviti-
aktiviti perniagaan yang lain.

Rajah 1 : Perusahaan lading getah yang dipelopori oleh kaum imigran India

Penduduk Bumiputera pada waktu itu pula telah disisihkan daripada
menglibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang telah pihak Inggeris
wujudkan. Walaupun penindasan secara kekerasan tidak dilakukan ke atas kaum
Bumiputera seperti mana yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia atau di
Filipina oleh penjajah Sepanyol tetapi mereka sengaja mengekalkan cara hidup
tradisi kaum Bumiputera yang telah lama mereka jalankan iaitu menjadi petani sara
diri ataupun menjadi nelayan miskin, dengan cara ini pihak Inggeris berharap mereka
dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah Tanah Melayu.
Dasar pecah dan perintah ini juga merupakan salah satu usaha yang terancang
oleh pihak Inggeris bagi mewujudkan keadaan yang mana menjadikan orang Melayu
8

sebagai penduduk bumiputera yang tertekan daripada segi kehidupan ekonomi,
politik dan sosial.

2.3 Kesan Sistem Pecah Dan Perintah
Seperti mana yang kita sedia maklum, dasar pecah dan perintah yang
diperkenalkan oleh pihak Inggeris di Tanah Melayu banyak memberikan impak atau
kesan terhadap cara hidup, ekonomi dan juga politik masyarakat Melayu terutamanya
di Tanah Melayu. Antara kesan daripada sistem yang diwujudkan ini adalah seperti :
a) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih timah
hilang.
Di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, pembesar Melayu merupakan
pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih timah sebelum kedatangan
pihak Inggeris ke Tanah Melayu serta sebelum penglibatan yang
bersungguh-sungguh oleh pemodal di Negeri-negeri selat.
Dengan bertapaknya penjajah di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih,
peranan ini segera diambil alih oleh pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat
dan syarikat-syarikat Inggeris sendiri.
Bagi mereka kaedah melombong yang digunakan oleh orang Melayu tidak
memadai untuk menghasilkan lebih banyak pengeluaran bagi menampung
keperluan eksport secara besar-besaran
Pihak inggeris jugak ingin membuka lebih banyak lombong bijih timah dan
hal itu memerlukan lebih banyak tenaga buruh serta teknologi yang lebih
moden. Atas dasar itu mereka telah membawa masuk lebih ramai imigran
luar serta peralatan canggih bagi usaha membuka lombong baru. Hal ini telah
menyebabkan pihak Inggeris menguasai sepenuhnya aktiviti perlombongan
bijih timah

9

b) Bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk
bumiputera diabaikan
Bagi pihak inggeris, kegiatan ekonomi seperti pengeksportan jauh lebih
menguntungkan mereka dan golongan imigran jika dibandingkan dengan
kegiatan ekonomi kaum Bumiputera yang diusahakan secara kecil-kecilan
sahaja.
Selain atas dasar keuntungan, pihak inggeris juga sememangnya telah
berhasrat untuk menyisihkan penduduk bumiputera daripada arus kemajuan
yang berlaku pesat di sekeliling mereka.
Disebabkan dua faktor ini, kaum bumiputera turut terkena impak yang buruk
kesan daripada dasar pecah dan perintah.
c) Proses pembandaran hanya terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi
eksport sahaja.
Disebabkan kaum imigran pada ketika itu telah banyak menyumbangkan
keuntungan kepada penjajah maka proses pembandaran hanya dijalankan di
kawasan Bandar yang menjadi tumpuan imigran sahaja.
Kaum imigran juga merupakan penggerak sebagai buruh dan usahawan yang
banyak membangunkan kawasan Bandar.Disebabkan itu mereka mendapat
keistimewaan yang jauh lebih baik dari kaum bumiputera.
d) Kelas buruh dan pekerja telah diwujudkan di pusat aktiviti ekonomi eksport
seperti lombong bijih timah dan ladang getah yang mana kebanyakannya adalah
orang Cina dan India
Disebabkan 90 peratus imigran Cina dan India terdiri daripada rakyat jelata
kelas bawahan di negeri asal mereka, maka corak hidup dan budaya mereka
dikekalkan.
Pada waktu itu, kedudukan ekonomi penduduk Bumiputera di Semenanjung
Tanah Melayu tidak mencapai sebarang kemajuan malahan semakin mundur
disebabkan oleh dasar yang nampaknya tidak memberi manfaat kepada
Bumiputera,
10

Sebaliknya dasar tersebut telah mendatangkan kesempatan kepada golongan
imigran untuk menguasai punca- punca ekonom kaum Melayu dan
bumiputera
e) Dari segi sosial, kedatangan imigran ini telah menimbulkan fenomena yang asing
dalam masyarakat tempatan.
Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran serta penagihan candu
telah banyak berlaku di tanah Melayu pada ketika itu.
Pada peringkat permulaan penghijraan mereka, semangat kesukuan Cina
telah diwujudkan dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering berlaku di
antara mereka pada tahun 1860-an dan 1870-an terutamanya di Perak
Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh pembesar-pembesar Melayu
berkenaan. Di samping ketidakseimbangan imigran lelaki dan wanita telah
menyebabkan kegiatan pelacuran terjadi.
Penagihan candu pulak telah menjadi masalah kepada sesetengah buruh
imigran
f) Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah,
yangmenyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha
ladang asing.
Tarikan terhadap tanaman getah bukan sahaja menghalang tumpuan orang
Melayu kepada tanaman padi tetapi juga wujudnya persaingan untuk
mendapatkan tanah bagi tanaman getah.
Akibatnya beribu-ribu tanah pertanian dan kampung Melayu dijual kepada
pengusaha ladang asing.
Sistem Torens yang diperkenalkan di semua negeri menjadikan tanah
sebagai input komersil.
Penjualan dan pindah milik tanah orang Melayu yang berleluasa
menyebabkan banyak yang kehilangan tanah.Pihak pentadbiran penjajah
Inggeris kononnya merasa bimbang terhadap perkembangan ini yang jika
11

dibiarkan mungkin akan menimbulkan kelas buruh upahan Melayu yang
tidak bertanah.
Keadaan ini bukan sahaja tidak diingini oleh sultan dan pembesar Melayu
tetapi bercanggah dengan dasar Inggeris yang mahu mengekalkan orang
Melayu sebagai petani.
Untuk mengawal keadaan ini dan mengurangkan spekulasi tanah, kerajaan
Inggeris telah meluluskan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada tahun1913.
g) Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang
pelajaran
Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani
dan nelayan jelas diungkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan
bahawa matlamatnya bukanlah untuk melahirkan anak-anak petani atau
nelayan Melayu yang berpendidikan tinggi tetapi `sekadar untuk menjadikan
anak-anak petani atau nelayan Melayu menjadi pandai sedikit daripada bapa
mereka.
Sehingga tahun 1920-an, sekolah-sekolah Melayu tidak diberikan perhatian
yang lebih baik dan sering menghadapi masalah buku teks dan guru-guru
yang berkelayakkan.
Pelajaran Inggeris lebih diutamakan dan menjelang abad ke-20 boleh
dikatakan kesemua bandar utama di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu mempunyai sekolah-sekolah Inggeris yang ternama
seperti Penang Free School, Raffles Institution di Singapura,
VictoriaInstitution, Malacca High School dan sekolah-sekolah missionary
yang lain.
Disebabkan sekolah terbaik memang terletak di bandar, peluang memasuki
sekolah berkenaan hanya terbuka kepada golongan imigran yang menjadi
penghuni bandar.
Pelajaran Inggeris untuk orang Melayu hanya dihadkan kepada keluarga
aristocrat dan bangsawan Melayu sahaja. Maka untuk tujuan ini, Maktab
12

Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905 sebagai sekolah
golongan elit Melayu


2.4 Kesan Jangka masa Panjang Dasar Pecah Dan Perintah
Dasar pecah dan perintah ini juga telah memberikan kesan jangka panjang
terhadap Tanah Melayu yang mana ianya jelas dilihat pada kewujudan masalah
perpaduan di antara kaum melalui :
a) Pengasingan penempatan
Dalam tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini telah jelas
terbentuk.
Terdapat perkampungan Melayu, pekan dan bandar dengan kedaikedai
Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang kaum Ibandan dan
kampung kaum kadazan.
Hal ini merupakan satu senario biasa yang boleh dilihat dalam masyarakat
Malaysia. Masyarakat perlbagai kaum ini terpisah dan berbeza antara satu
dengan yang lain. Corak pemisahan ini melahirkan asas-asas dalam masalah
perpaduan dan integrasi kaum.
Pengasingan daripada segi fizikal ini juga tidak membolehkan setiap kaum
bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum
yang lain,malahan pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara
kaum bertambah jauh ditambah lagi dengan adanya perbezaan-perbezaan
lain seperti perbezaan agama, pendidikan,akhbar, persatuan dan pengaruh
politik di tanah asal mereka

b) Pengasingan agama
Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya.
Orang Melayu beragama Islam, manakala orang India beragam Hindu dan
orang Cina menganut agama Buddha, Kung Fu-tze dan Lao tze.

13

Bagaimanapun pembahagian agama kaum ini dibuat secara kasar dan tidak
mutlak kerana terdapat juga orang India yang menganut agama Islam,
Kristian dan kaum India dari keturunan Punjabi pula menganut agama Sikh.
Banyak juga kaum Cina yang menganut agama Kristian. Sementara kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak banyak yang beragama Kristian.

c) Pengasingan sistem pendidikan
Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah
ditinggalkan oleh pihak British.
Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada
peringkat awal wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan
British telah menitik beratkan tentang dua bentuk pelajaran bagi mereka,
iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran Inggeris
untuk anak-anak Melayu daripada golongan bangsawan.
Kecenderungan pihak British terhadap pendidikan orang Melayu pada masa
itu ialah kerana mengenangkan orang Melayu adalah penduduk tetap negeri
ini,sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-kaum pendatang yang
akhirnya akan pulang ke negara asal mereka.
Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung, sementara itu, sekolah-
sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar- bandar. Tidak
banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Inggeris.
Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagi menyediakan
pegawai-pegawai pentadbir Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang
Melayu sahaja (kerabat diraja dan bangsawan Melayu) yang mampu
menghantar anak mereka bersekolah di maktab ini
Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi
untuk menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka.
Di mana ada masyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh
orang Cina yang kaya dalam kelompok itu.
14


Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah-sekolah Cina
didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara-
perkara yang sama seperti pelajar-pelajar di sana.
Berbanding dengan sekolah-sekolah Melayu dan Tamil, pelajar Cina
mendapat pelajaran yang lebih tinggi di sekolah Cina. Sekolah Cina
menyediakan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah. Pelajaran
menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar, dan banyak juga
penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka
melanjutkan pelajaran ke negeri China.
Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran
pendidikan masyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu
merupakan kuasa yang membantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai
kaum di Malaya.

d) Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
Akhbar merupakan salah satu media yang berkesan untuk memupuk
perpaduan masyarakat. Selain itu, akhbar juga nerupakan alat yang dapat
meniupkan dan menyemarakkan semangat perkauman di kalangan
masyarakat perlbagai kaum.
Keadaan ini berlaku dalam masyarakat kita semasa penjahan British di mana
terdapat perlbagai akhbar yang diterbitkan bagi memenuhi selera setiap
kaum.
Ada akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Tamil, Cina, Inggeris
dan Punjabi dan setiap akhbar tersebut hanya akan memberikan perhatian
secara menyeluruh kepada kegiatan golongan kaum tertentu sahaja.




15

e) Kewujudan Persatuan pelbagai kaum
Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi
kehendak dan selera setiap kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan,
sukan dan pertubuhan- pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap
kaum bagi mengendalikan aktiviti kaum masing-masing.
Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat
pertembungan dan perhubungan dengan persatuan kaum kaum yang lain,
tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti,
persaingan dan semangat kekitaan kaum masing masing.
Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu
satu kaum sahaja.

2.5 Kemuncak kepada kesan Dasar Pecah dan Perintah
Pada tanggal 13 Mei 1969 telah tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negaradi mana pertelingkahan antara kaum telah berlaku dan mengakibatkan negara
kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat
dengan Pilihanraya Umum1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah
perpaduan kaum di Malaysia.
Dalam pilihanraya tersebut banyak isu-isu sensitif yang telah dibangkitkan dan
ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tersebut juga Parti Perikatan
gagal memperoleh majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti
Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan
perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini telah
memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah
mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan
Gerakan.
16

Dengan terjadinya peristiwa berdarah ini, dapat kita saksikan bahawa sistem
dasar pecah dan perintah yang telah diwujudkan oleh Inggeris sejak lama dahulu telah
banyak mencetuskan masalah terhadap Tanah Melayu. Bukan sahaja dari segi
ekonomi malahan politik juga turut sama mengalama implikasi daripada dasar
tersebut. Perpecahan kaum merupakan impak yang jelas kelihatan, hal ini adalah
disebabkan pemisahan antara kaum yang dibuat telah menyebabkan kaum-kaum
tersebut tidak dapat memahami cara hidup kaum yang lain sehingga menyebabkan
perselisihan faham dan perpecahan kaum.
Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei
1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan
kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita menjadi
tumpuan dunia. Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah
ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar
untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

3.0 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

3.1 Pengenalan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun
Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 bertujuan bagi
memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan
etnik yang menjadi asas kepada penyusunan sosioekonomi negara dan dasar ekonomi
ini diperkenalkan selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969.
Dasar Ekonomi Baru ini memberi keistimewaan kepada Bumiputera bagi
membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua
bangsa di negara ini. Matlamat DEB ini hanya satu, iaitu untuk mencapai perpaduan
kaum kerana isu pembahagian kekayaan negara merupakan satu isu yang dilihat
sebagai penyebab berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
17

3.2 Matlamat Dan Strategi Perlaksanaan

3.2.1 Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi
juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana
masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling
tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian
tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.
ii) Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii) Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara
kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v) Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum
di Malaysia.
viii) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

3.2.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Tujuan penyusunan semula ialah untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pendapatan di kalangan kumpulan-kumpulan etnik utama
iaitu antara kawasan bandar dan luar bandar untuk menyusun semula corak
guna tenaga di semua peringkat dan kategori. Kedua, untuk menambahkan hak
18

milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara termasuk
pemilikan saham sektor syarikat.
Matlamat ini bertujuan untuk memastikan bumiputera memiliki
sekurang-kurangnya 30 peratus saham sektor syarikat, sementara 40 peratus
oleh kaum bukan bumiputera dan 30 peratus rakyat asing menjelang tahun
1990 dan yang ketiga ialah, DEB juga bertujuan mewujudkan sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan Bumiputera untuk
semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi moden.
Matlamat dalam DEB dijangka oleh kerajaan memandangkan
ketidakseimbangan ekonomi antara etnik amat ketara, terutamanya jika
perbandingan dilakukan terhadap bumiputera dengan bukan bumiputera.
Ketidakseimbangan ekonomi yang wujud termasuk aspek corak dan struktur
guna tenaga, agihan pendapatan serta pemilikan modal produktif. Kesemua
punca ketakseimbangan yang wujud dan bersifat berterusan pastia tidak akan
dapat menghasilkan kemantapan mahupun kestabilan ekonomi, sosial serta
politik yang diperluakan bagi menjamin kadar pertumbuhan ekonomi yang
seimbang untuk meningkatkan taraf hidup penduduk negara ini.
Berdasarkan fakta salam jadual di bawah, jelas menunjukkan bahawa
kekuatan dominasi dan kawalan ekonomi Malaysia adalah ditangan etnik
bukan Melayu, iaitu pemilikan asing dan bukannua pada komuniti Cina. Oleh
hal demikian, kerajaan memperkenalkan DEB dengan matlamat mengurangkan
kedudukan pemilikan asing dalam negara.





19

SYARIKAT BERGABUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA RM (000) PERATUS
Melayu dan kepentingan Melayu 70633 1.5
Cina 1064795 22.8
India 40983 0.9
Persekutuan dan Kerajaan 21430 0.5
Pencalonan Syarikat 98885 2.1
Individu lain an mengendalikan syarikat tempatan 470969 10.1
Jumlah pemilikan asing 2909845 62.1
Jumlah 4677540 100
Sumber : Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
J adual 1: Pemilikan Modal Saham Oleh Syarikat Berhad Di Semenanjung
Malaysia (1969)

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru,
strategi berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan
tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk
dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan
beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank
Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

20

3.3 Pencapaian DEB
Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula
masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan
menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun
dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun
lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.
Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus
dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain
bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus kepada warga asing.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru berakhir, kedudukan pemilikan modal
saham bumiputera telah meningkat agak ketara walaupun tidak Berjaya mencapai
sasaran 30 peratus ekuiti korporat sebagaimana yang ditetapkan dalam DEB. Perkara
yang penting dalam falsafah pertumbuhan dan agihan secara umumnya
memperlihatkan DEB telah Berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dalam
pekerjaan di Bandar, melahirkan golongan professional dan kelas menengah
bumiputera serta melahirkan golongan pemodal bumiputera.

4.0 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

4.1 PENGENALAN

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri
Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal oleh Majlis
Perundingan Ekonomi Negara Pertama (MPEN 1), dan telah mulanya satu lagi era
baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020.

21

Dengan kewujudannya DPN tahun 1991, mula juga berakhirnya Dasar
Ekonomi Baru (DEB) Tahun 1990 dan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP 1). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia
telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan
yang telah dicapai.


4.2 OBJEKTIF
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana
masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan
sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN
menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan
kecemerlangan ekonomi

4.3 MATLAMAT DAN STRATEGI PERLAKSANAAN
Matlamat utama adalah untuk mewujudkan pembangunan seimbang untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil
Dalam mencapai matlamat utama ini, DPN akan tetap meneruskan serta
mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara
kaum kerana ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih
seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
22

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.
iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama
faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk
semua rakyat Malaysia.
iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara
negeri dan antara kawasan bandar dan luar Bandar.
v. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan
cintakan Negara.
vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu
serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan
satu ekonomi perindustrian yang moden.
viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian
yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat
dikekalkan secara berterusan.



23

4.4 Pendekatan Baru DPN

i. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berterusan-penekanan pada aspek
pendidikan dan latihan.
ii. Persaingan dalam pasaran antarabangsa bagi meningkatkan daya tarikan pelabur
dan pengusaha, mengamalkan dasar liberal.
iii. Wawasan 2020,untuk mencapai wawasan ini penyertaan semua kaum dalam
pembangunan Negara adalah amat diperlukan.
iv. Pembasmian kemiskinan- kemiskinan tegar, dimana menyasarkan 7.2% pada
2000 dan penggangguran 4%. Peranan sektor awam dalam pembasmian
kemiskinan akan tertumpu pada program pendidikan, latihan,kesihatan,jalan-
jalan luar bandar,pengangkutan,perumahan, bekalan air dan elektrik.
v. Tumpuan untuk mengurangkan ketidakseimbangan diantara pembangunan
wilayah- wilayah khas di Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain.
vi. Penetapan zon-zon pembangunan- perniagaan dan industri kecil.
vii. Penyusunan semula masyarakat iaitu, penghapusan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik.

5.0 DASAR WAWASAN NEGARA
Dasar Wawasan Negara(DWN) penggabungan antara Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan
Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan
nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. Selain itu, DWN juga
berpandukan kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada
Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang
lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur
yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi
menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju
24

mengikut acuan sendiri, penekanan akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan
dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan
perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi
teras kritikal seperti berikut:
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan
semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih
bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan
dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta
wilayah.
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk
meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya
pemikiran rakyat.
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang
cekap, produktif dan berpengetahuan.
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan
jangka panjang.

5.1 MATLAMAT DAN RANGKA DASAR
Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) daripada tahun 2001 sehingga 2005
merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3
akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.
RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai
25

objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi
serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), negara Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan membangun, kecuali pada tahun
1998 apabila negara dilanda krisis ekonomi yang teruk. Walau bagaimanapun,
kemelesatan ekonomi yang hanya berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ekonomi
kembali pulih dengan cepat hasil daripada pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan
serta strategi yang berkesan oleh Kerajaan dan prestasi sektor luaran yang
menggalakkan. Pada tahun 2000, ekonomi mencatat kadar pertumbuhan sebelum
krisis dengan harga secara relatifnya stabil dan kadar penggangguran yang rendah.
Tahap kemiskinan dapat dikurangkan dengan ketara dan kualiti hidup dapat
ditingkatkan.
Dalam tempoh RMKe-8, ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran yang
lebih besar kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta kemajuan
teknologi yang pesat, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi
meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi, usaha yang
bersungguh-sungguh akan dilaksana untuk meningkatkan produktiviti faktor
keseluruhan (TFP) serta memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan. Keutamaan akan diberi untuk meningkatkan penawaran tenaga buruh
yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan
mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan.
Penekanan juga akan diberi kepada memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan
rakyat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan saksama.




26

6.0 PERBEZAAN EKONOMI DI ANTARA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH DENGAN
ZAMAN MODEN

Zaman Penjajahan British
(Dasar Pecah Perintah )
Zaman Moden
Semasa dasar ekonomi British, melalui
dasar pecah dan perintah telah
mengasingkan setiap kaum mengikut
aktiviti ekonomi yang tersendiri.
Etnik melayu melakukan pertanian
dan perikanan dan ditempatkan di
kalawasan luar Bandar.
Etnik cina pula akan melakukan
kegiatan perlombongan dan
peruncitan, di tempatkan di kawasan
Bandar.
Manakala etnik india pula akan
bekerja di estet-estet getah dan
pembinaan infrastruktur, mereka
akan di tempatkan di kawasan luar
Bandar.

Semasa dasar pecah dan perintah ini,
sistem ekonomi komersial juga telah
diperkenalkan dan masyarakat Melayu
kekal mengusahakan kegiatan ekonomi
sara diri mereka. Melalui dasar ini, orang
Melayu tetap ditempatkan di kediaman
asal iaitu perkampungan atau luar
bandar.
Mengurangkan ketidakseimbangan
pendapatan di kalangan kumpulan-
kumpulan etnik utama dan juga di antara
kawasan bandar dan luar bandar untuk
menyusun semula corak guna tenaga di
semua peringkat dan kategori.

Menghasilkan kemajuan yang ketara
dalam pengagihan pendapatan
menjelang 1990. Kadar isi rumah yang
hidup di bawah taraf kemiskinan
menurun dari 49.3 peratus pada tahun
1970 kepada 16.5 peratus pada tahun
1990 dan menurun lagi kepada 5.1
peratus pada 2002.

kedudukan pemilikan modal saham
untuk bumiputera telah meningkat agak
ketara.

Menambahkan hak milik rakyat
Malaysia dalam pemilikan modal
produktif negara termasuk pemilikan
saham sektor syarikat.

27


Semasa penjahan itu juga, negeri-negeri
Tanah Melayu menjadi pengeluar
terbesar bijih timah di dunia. Pada
menjelang tahun 1900, Tanah Melayu
mengeluarkan 55% daripada
pengeluaran timah dunia.

Kaum imigran ini mendapat hak yang
baik dalam perkembangan ekonomi
komersial seperti perusahaan bijih timah,
getah dan aktiviti-aktiviti perniagaan
yang lain.Penduduk bumiputera pada
waktu itu pula telah disisihkan daripada
menglibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi komersial yang telah pihak
Inggeris wujudkan.

Hasil pengeluaran bijih timah, pihak
british mula mengambil dan mengupah
buruh asing dari luar. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pertambahannya
bilangan buruh asing yang diimport oleh
pihak Inggeris untuk mengisi keperluan
tenaga buruh di Tanah Melayu walaupun
pada masa itu bilangan penduduk di
Tanah Melayu juga sudah mencukupi
untuk mengisi kerperluan tersebut.

Perkembangan peluang-peluang antara
sector dan aktiviti yang mempunyai
produktiviti yang rendah ke peringkat
yang lebih tinggi.

Peruntukkan yang lebih meluas
terutamanya dalam perkhidmatan social
dirangka untuk meningkatkan taraf
hidup kumpulan-kumpulan yang
berpendapatan rendah.
28

Orang Melayu kehilangan tanah akibat
tarikan terhadap tanaman getah, yang
menyebabkan penjualan dan pindah
milik tanah berleluasa kepada pengusaha
ladang asing.

Dasar Inggeris untuk mengekalkan
kedudukan Bumiputera sebagai petani
dan nelayan jelas diungkapkan dalam
dasar pelajaran yang menjelaskan
bahawa matlamatnya bukanlah untuk
melahirkan anak-anak petani atau
nelayan Melayu yang berpendidikan
tinggi tetapi `sekadar untuk menjadikan
anak-anak petani atau nelayan Melayu
menjadi pandai sedikit daripada bapa
mereka.

Kaum imigran ini mendapat hak yang
baik dalam perkembangan ekonomi
komersial seperti perusahaan bijih timah,
getah dan aktiviti-aktiviti perniagaan
yang lain


29

7.0 KESIMPULAN
Pembangunan negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat supaya setiap
lapisan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dengan demikian, dasar-
dasar pembangunan dibentuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Usaha-
usaha pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan
antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai.
Pengurusan ekonomi yang tersusun dan strategik untuk memastikan penggunaan
sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan
diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam
tempoh rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga
manusia yang berkualiti, menggiatkan aktiviti P&P dan meningkatkan pembangunan sektor
yang menyumbang kepada pertumbuhan. Tambahan lagi, bagi membolehkan negara
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada
sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada
pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada
masa yang sama, tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui
penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan
kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang
berkaitan. Usaha juga akan dilaksanakan bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat
diperkukuh dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang mungkin
akan member kesan terhadap asas toleransi dan keharmonian sosial serta pembinaan nusa
bangsa.
Justeru, bertitik tolak pada hari ini diseru kepada semua masyarakat agar seiring
untuk mengekalkan dan memantapkan lagi ekonomi Negara dan sebolehnya elakkan
daripada ekonomi Negara kita dijajah oleh kuasa luar seperti mana yang berlaku pada Negara
Indonesia yang mana kuasa untuk membuat keputusan semuanya jatuh ke tangan IMF
(International Monetary Fund). Sepertimana yang dikatakan oleh bijak pandai Charles
Spurgeon bahawa ekonomi adalah setengah perjuangan hidup yang mana tidak begitu sulit
untuk mendapatkan kewangan seperti menghabiskannya.

You might also like