You are on page 1of 2

Nama Pelajar : Nur Atiqa Tan Abdullah

No. matrik : Ct10210578


Tajuk : Ulasan Jurnal Kanak-kanak Berkeperluan khas Masalah Disleksia

Berdasarkan pembacaan saya dalam Jurnal pendidik dan pendidikan, Jil. 23, 151-162, 2008 yang ditulis oleh Lee Lay
Wah(USM), Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh(UKM) yang bertajuk PEMBINAAN DAN PENGESAHAN UJIAN MEMBACA
PERKATAAN DAN UJIAN MENGEJA UNTUK TUJUAN MENGENAL PASTI DISLEKSIA : SATU UJIAN RINTIS, saya berpendapat
bahawa masalah disleksia secara umumnya selalu berlaku pada kanak-kanak yang mana tidak dapat mengimbangi daya
mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan.
Murid juga mengalami kekeliruan dalam mengenal pasti huruf serta kekeliruan dalam membunyikan huruf dan mereka lebih
cenderung menterbalikkan perkataan. Menurut penulis murid yang mengalami disleksia ini mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran membaca dan mengeja. Oleh itu penulis telah menjalankan kajian ini untuk menentukan ciri-ciri psikometri
kebolehpercayaan dan kesahan ujian dalam mengenal pasti masalah disleksia. Penulis telah menggunakan kajian yang terdiri
daripada 46 orang murid tahun satu yang berbangsa Melayu. Sememanganya disleksia ini berlaku pada murid di awal
persekolahan terutamanya yang berumur 4-9 tahun.
Dalam kajian yang telah dilaksanakan oleh penulis didapati bahawa hasil kajian bagi kedua ujian yang digunakan adalah
memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan. Dalam kajian ini penulis menggunakan kemahiran membaca
dan mengeja dalam mengukur dan menentukan kebolehpercayaan serta kesahan ujian ini boleh mengenal pasti murid yang
bermasalah disleksia. Kemahiran membaca dan mengeja yang biasanya diuji menggunakan senarai perkataan tunggal yang
disusun mengikut kesukaran. Oleh yang demikian, dalam kajian ini penulis menggunakan item-item untuk ujian membaca
perkataan serta ujian mengeja merujuk kepada sistem fonologi serta sistem morfologi Bahasa Melayu.
Dalam pembinaan ujian membaca perkataan yang digunakan oleh penulis item yang dipilih adalah terdiri daripada
perkataan terbitan dengan imbuhan awalan, akhiran dan apitan manakala ujian mengeja perkataan pula item yang dipilih
mengandungi antara satu sehingga empat bilangan suku kata. Berdasarkan analisis yang diperolehi , kedua-dua ujian yang telah
dibina menunjukkan korelasi yang tinggi dengan ujian pencapaian Bahasa Melayu di sekolah. Ini menunjukkan bukti bahawa
kesahan serentak kedua-dua ujian tersebut sah digunakan untuk mengukur pencapaian dalam Bahasa Melayu. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang positif, tinggi dan signifikan antara ujian membaca perkataan dengan ujian mengeja
pada tahap p<0.01. Keputusan kajian ini juga telah menyokong hasil kajian Bahasa Ingeris oleh Fitzgerald dan Stanahan pada
tahun 2000 yang bermaksud bahawa seseorang yang bermasalah dalam kemahiran memabaca juga mengalami masalah dalam
kemahiran mengeja.
Jestru itu, menurut penulis dalam mengenal pasti masalah disleksia, guru boleh menggunakan kedua-dua ujian ini untuk
menangani masalah dalam kemahiran membaca dan kemahiran mengeja pada murid yang bermasalah seperti ini. Masalah
disleksia yang berlaku pada murid sememangnya akan menganggu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana
pembelajaran tidak dapat diteruskan sekiranya murid tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran disebabkan terdapatnya
permasalahan ini.

You might also like