You are on page 1of 19

1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,


09800 SERDANG, KEDAH.
TEL : 04-3690057


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SESI 2014


TARIKH : 16 JANUARI 2014 (KHAMIS)
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SKSB

KEHADIRAN :
1. En. Ramli b Mohamad Saad (Guru Penolong Kanan 1)
2. Pn. Nor Aniza bt Hashim (Ketua Panitia)
3. Pn. Noorafizah bt Abdul Kadir (Setiausaha)
4. Pn. Jasmin bt Jaafar

I. Ucapan aluan pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-ngalukan kedatangan Guru Penolong
Kanan 1 dan semua AJK.

2. Semoga segala agenda yang akan dibincangkan nanti akan memberi faedah kepada para
pelajar khususnya dan sekolah amnya.

II. Ucapan aluan Guru Penolong Kanan 1

3. En. Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia Sains kerana dapat hadir
dan dapat mengadakan mesyuarat kali pertama ini.

4. Beliau berharap agar peratus lulus Sains dapat ditingkatkan bermula daripada kelas tahap satu
lagi dan bukannya hanya memfokuskan pelajar di tahun 6.

Tindakan : Semua AJK

5. Selain itu, beliau juga berharap agar semua AJK dapat memberikan komitmen yang
sepenuhnya kepada panitia.

Tindakan : Semua AJK
2


III. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga Sesi 2013.

6. Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga Sesi 2013 daripada
muka surat 1 hingga 5.

7. En. Ramli b Mohamad Saad mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga
Sesi 2013 disahkan.

8. Pn. Nor Aniza bt Hashim menyokong.

Makluman



IV. Perkara berbangkit.

9. Guru Penolong Kanan 1 meminta maklum balas tentang Minggu Panitia Sains yang tidak
dijalankan pada tahun lepas. Beliau sangat berharap agar pada tahun ini Minggu Panitia
Sains dapat dijalankan.
Tindakan : AJK Panitia

10. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau tidak berkemampuan untuk merancang Minggu
Panitia Sains seorang diri. AJK Panitia juga silih berganti pada tahun lepas. Selain itu, guru
yang mengajar Sains juga bukan opsyen Sains. Oleh itu, minggu panitia tertangguh. Walau
bagaimanapun, beliau akan cuba berbincang dan merancang minggu panitia ini dengan AJK
sebaik mungkin. Dalam carta gantt panitia, Minggu Panitia Sains akan dijalankan pada bulan
Mei.

11. Pn. Jasmin bersetuju untuk mengadakan Minggu Panitia Sains. Apatah lagi beliau
merupakan guru Pusat Sumber SKSB yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti panitia mata pelajaran.


Rujuk Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga Sesi 2013, Perkara VI I (26)


V. Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2013

12. Pengerusi telah membentangkan analisa Peperiksaan Akhir Tahun lepas. (Rujuk Fail Analisa
dan Post Mortem)

13. Beliau mengutarakan rasa bimbang terhadap peratus lulus Sains tahun 4 yang hanya
mencecah 22.86% berbanding mata pelajaran lain yang agak tinggi.

14. En. Ramli berharap Pn. Nor Aniza selaku guru mata pelajaran Sains tahun 5 pada tahun ini
dapat melakukan sesuatu agar peratus lulus tersebut dapat diperbaiki.

15. Pn. Nor Aniza akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai tujuan tersebut.

Tindakan : Pn. Nor Aniza

3

VI. Belanjawan Panitia Sesi 2014

16. Pengerusi memaklumkan bahawa seperti tahun lepas, pengagihan duit panitia untuk membeli
BBM terbahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama (Januari Mac), fasa kedua (April Jun)
manakala fasa ketiga (Julai September).

17. Bagi fasa pertama, beliau telah membuat nota minta untuk membeli kertas A4, plastik
laminate dan lampu suluh.

18. Sekiranya AJK ingin membeli sebarang BBM, bolehlah dimaklumkan kepadanya.

Tindakan : AJK panitia


VII. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian Kerja Amali (PEKA)


19. Pengerusi memaklumkan bahawa PBS akan berjalan seperti tahun lepas bagi tahun 1, 2 dan
3. Akan tetapi bagi tahun 4, PBS adalah secara off line. SPPBS pula akan beroperasi pada
bulan April nanti.

20. En. Ramli pula memaklumkan bahawa walaupun SPPBS akan dibuka pada bulan April nanti,
semua AJK hendaklah menyimpan markah (band) murid dalam bentuk hard copy. Sekiranya
ada pemantauan, guru yang terlibat dengan PBS hendaklah mengemukakan hard copy
tersebut.

Tindakan : Guru Sains tahun 1, 2 dan 3 sesi 2013

21. Pengerusi turut menyatakan bahawa PEKA tetap berjalan seperti biasa termasuklah bagi
tahun 3 dan 4. Sehingga kini belum ada pekeliling yang menyatakan supaya PEKA tahun 3
dan 4 dibubarkan. Jesteru ianya akan berjalan seperti sediakala.

21. Pn. Jasmin meminta supaya pengerusi menjelaskan lebih lanjut tentang PEKA tahun 3
memandangkan beliau baru pertama kali mengajar Sains tahun 3.

22. Pn. Nor Aniza akan membuat salinan borang PEKA tahun 3 dan memberi tunjuk ajar untuk
menjalankan PEKA tersebut di lain hari.

Tindakan : Pn. Nor Aniza

VIII. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

23. Pengerusi memaklumkan bahawa rancangan mengajar Sains tahun 4 adalah mengikut format
4 Fasa Terarah.

24. En. Ramli juga telah maklum perkara tersebut semasa beliau menghadiri kursus pada tahun
lepas. Oleh yang demikian, guru Sains tahun 4 harus menulis RPH menggunakan format
tersebut.
Tindakan : Guru Sains tahun 4
4

IX. Carta Gantt Panitia Sains

25. Pengerusi telah membentangkan carta gantt panitia Sains. Tiada sebarang perubahan yang
dibuat. Semua AJK bersetuju dengan carta gantt tersebut. (Rujuk Lampiran A)


X. Bilik Sains dan Papan Kenyataan Panitia

26. Pengerusi memaklumkan bahawa bilik Sains telah dijadikan kelas tahun 4. Namun, alatan
dan bahan Sains masih terletak di bahagian stor. Guru-guru yang ingin menggunakan bahan
atau pun alatan Sains, bolehlah berbuat demikian.

27. Disamping itu, pengerusi mengalu-ngalukan sebarang idea mahu pun bahan yang sesuai
untuk diletakkan di papan kenyataan panitia Sains.

Makluman



XI. Hal-hal Lain

28. En. Ramli mencadangkan agar semua AJK menyertai facebook Guru Sains SR kerana bahan-
bahan yang dimuatnaik ke dalam laman tersebut sangat banyak dan sangat berguna.

Tindakan : Semua AJK

29. Selain itu, beliau juga bercadang untuk mengadakan teknik menjawab soalan Sains pada
bulan Februari nanti. Pengerusi diminta mengenal pasti penceramah yang akan dijemput dan
menyediakan kertas kerja.

Tindakan : Pengerusi


30. Pengerusi memaklumkan bahwa satu perjumpaan khas akan diadakan nanti bagi
membincangkan Minggu Panitia Sains.

Makluman



Perjumpaan ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,
.
(PN. NOORAFIZAH BT ABDUL KADIR) (PN. NOR ANIZA BT HASHIM)
Setiausaha Panitia. Ketua Panitia.
5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,
09800 SERDANG, KEDAH.
TEL : 04-3690057


No. Fail : 30/002/4-1
Tarikh : 9 Januari 2014


Kepada,
AJK PANITIA SAINS

Tuan/puan,
MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SESI 2014
Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput untuk hadir ke
mesyuarat yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 16 Januari 2014 (Khamis)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Sungai Batu


2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
I. Ucapan aluan pengerusi
II. Ucapan aluan Guru Besar
III. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Ketiga Sesi 2013
IV. Perkara berbangkit
V. Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2013
VI. Belanjawan Panitia Sesi 2014
VII. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian Kerja Amali (PEKA)
VIII. Rancangan Mengajar Harian (RPH)
IX. Carta Gantt Panitia Sains 2014
X. Bilik Sains dan Papan Kenyataan Sains
XI. Hal-hal lain.

3. Kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
.
(PN. NOR ANIZA BT HASHIM)
Ketua Panitia Sains.


6

TINDAKAN SUSULAN MINIT MESYUARAT PANITIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SESI 2014
TARIKH : 16 JANUARI 2014 MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SKSB


M/S

Agenda

Perkara


Tindakan /
Perkembangan/
Ulasan

1

II (4)

Beliau berharap agar peratus lulus Sains dapat ditingkatkan
bermula daripada kelas tahap satu lagi dan bukannya hanya
memfokuskan pelajar di tahun 6.


Semua AJK

1

II (5)

Selain itu, beliau juga berharap agar semua AJK dapat
memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada panitia.

Semua AJK


2

V (14)

En. Ramli berharap Pn. Nor Aniza selaku guru mata pelajaran
Sains tahun 5 pada tahun ini dapat melakukan sesuatu agar
peratus lulus tersebut dapat diperbaiki.


Pn. Nor Aniza

3

VI(18)

Sekiranya AJK ingin membeli sebarang BBM, bolehlah
dimaklumkan kepadanya.


Semua AJK

3

VII (20)

En. Ramli pula memaklumkan bahawa walaupun SPPBS akan
dibuka pada bulan April nanti, semua AJK hendaklah
menyimpan markah (band) murid dalam bentuk hard copy.
Sekiranya ada pemantauan, guru yang terlibat dengan PBS
hendaklah mengemukakan hard copy tersebut.


Guru Sains tahun 1, 2
dan 3 sesi 2013

7

M/S Agenda
Perkara
Tindakan /
Perkembangan/
Ulasan

3

VII (22)

Pn. Nor Aniza akan membuat salinan borang PEKA tahun 3 dan
memberi tunjuk ajar untuk menjalankan PEKA tersebut di lain
hari.



Pn. Nor Aniza


3

VIII
(24)

En. Ramli juga telah maklum perkara tersebut semasa beliau
menghadiri kursus pada tahun lepas. Oleh yang demikian, guru
Sains tahun 4 harus menulis RPH menggunakan format
tersebut.


Guru Sains tahun 4


4

XI (28)

En. Ramli mencadangkan agar semua AJK menyertai facebook
Guru Sains SR kerana bahan-bahan yang dimuatnaik ke dalam
laman tersebut sangat banyak dan sangat berguna.


Semua AJK

4

XI (29)

Selain itu, beliau juga bercadang untuk mengadakan teknik
menjawab soalan Sains pada bulan Februari nanti. Pengerusi
diminta mengenal pasti penceramah yang akan dijemput dan
menyediakan kertas kerja.


Pengerusi














8










SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,
09800 SERDANG, KEDAH.
TEL : 04-3690057


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA SESI 2013

TARIKH : 21 OGOS 2013 (RABU)
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : BILIK SAINS SKSB

KEHADIRAN :
5. Pn. Zaharah bt Rani (Guru Besar)
6. En. Ramli b Mohamad Saad (Guru Penolong Kanan 1)
7. Pn. Nor Aniza bt Hashim (Ketua Panitia)
8. Pn. Noorfizah bt Abdul Kadir (Setiausaha)

9. En. Mohd Alif Amin b Samad

TIDAK HADIR :
1. Nordin Bakki b Mohamad Isa (Bersebab)



9

XII. Ucapan aluan pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-ngalukan kedatangan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan 1 dan semua AJK.

2. Mesyuarat pada kali ini akan berpandukan kepada agenda minit yang telah diedarkan
sebelum ini.

XIII. Ucapan aluan Guru Besar

3. Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK kerana dapat hadir
dan dapat mengadakan mesyuarat kali ketiga ini.
4. Semoga mesyuarat pada kali ini dapat membincangkan agenda-agenda yang memberi
kebaikan kepada PdP Sains dan DST.

5. Beliau turut mengingatkan bahawa pada zaman sekarang, dunia sedang menuju ke arah
pembaharuan, perkembangan dan pembangunan termasuklah dalam ilmu Sains. Jesteru,
sebagai guru kita perlu memastikan agar anak-anak murid kita bersiap sedia dengan
perkembangan itu.

Tindakan : Semua guru Sains


XIV. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013.

6. Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013 daripada
muka surat 1 hingga 6.

7. Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua disokong dan disahkan sebulat suara kerana AJK
Panitia Sains semasa mesyuarat yang lepas berlainan dengan AJK Panitia Sains pada kali ini.


Makluman


XV. Perkara berbangkit.

8. Guru Penolong Kanan 1 meminta maklum balas tentang pengisian band DST dalam SPPBS.

9. Semua guru yang terlibat memaklumkan bahawa pengisian tersebut telah, sedang dan akan
dijalankan sehingga akhir bulan Oktober nanti.

10. En. Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua guru.

Rujuk Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013, Perkara II (8)


10

11. Pn. Noorafizah juga memaklumkan bahawa beliau telah menghantar beberapa orang murid
tahun 6 Fokus 2 berjumpa dengan Guru Besar sebagai langkah untuk mengatasi masalah
sikap murid-murid tersebut yang kurang sopan dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Antara
murid tersebut ialah :


12.1 Afyzulafiq b Mohammad Yusof
12.2 Mohd Khairul
12.3 Muhamad Khairi b Abdul Razak
12.4 Affan b Othman

12. Guru Besar mengaku telah menerima murid-murid tersebut dan telah memberi nasihat serta
amaran. Selain itu, ibu bapa atau waris murid-murid tersebut pula akan dipanggil ke sekolah
sekiranya murid-murid tersebut tidak berubah.

Rujuk Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013, Perkara V (26)
13. En. Ramli memaklukan pula bahawa pada tahun hadapan sekolah akan meminta sebanyak
RM10.00 kepada setiap murid SK Sungai Batu sebagai kos pencetakan dan sebagainya. Bagi
murid-murid tahap satu, duit ini bolehlah diguna pakai untuk pencetakan dan juga penyediaan
fail. Perkara ini akan dipanjangkan semasa mesyuarat AJK PIBG untuk mendapatkan
persetujuan waris.

Rujuk Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013, Perkara V I I I (39)


XVI. Analisa dan post-mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

14. Setiap guru mata pelajaran membentangkan analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang
telah dijalankan pada bulan Julai lepas. (Rujuk Lampiran A)

15. Guru Besar meminta maklum balas tentang perbezaan peratus lulus yang ketara bagi kelas
tahun 4. Pn. Nor Aniza memaklumkan bahawa semasa Ujian Bulanan 1, soalan belum ada
unsur-unsur KPS dan tidak mengikut format UPSR. Walau bagaimanapun, keadaan ini
berlainan dengan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang formatnya 100% mengikut
format UPSR. Oleh yang demikian, peratus lulus merosot. Guru memang menyedari hakikat
ini tetapi kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan terhadap teknik
menjawab soalan sebaliknya memberi fokus terhadap sukatan pelajaran.

16. En. Solahuddin pula menyatakan bahawa beliau kurang mahir dengan teknik-teknik
menjawab soalan Sains Bahagian B ini.

Makluman

17. Guru Besar berharap agar panitia dapat memikirkan satu langkah yang sepatutnya diambil
bagi mengatasi masalah ini.

18. Pn. Nor Aniza menyatakan bahawa mengadakan kelas tambahan adalah salah satu daripada
caranya tetapi kesanggupan guru yang mengajar tahun 4 juga harus dipertimbangkan.

11

19. Guru Besar berharap agar guru yang mengajar tahun 4 sanggup berkorban demi kejayaan
anak murid.


Tindakan : Guru Sains Tahun 4

20. Pn. Nor Aniza membentangkan analisa Peperiksaan Percubaan UPSR.
(Rujuk Lampiran B)

21. Sebagai langkah memperbaiki keputusan, murid-murid yang HALUS akan dibimbing
oleh murid-murid yang LULUS Sains. Langkah ini sebagai cara untuk mengukuhkan
ilmu kedua-dua kumpulan murid.

Makluman.

XVII. Penggubalan soalan Peperiksaan Akhir Tahun

22. Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun kebiasaannya akan dijalankan
pada bulan Oktober nanti. Seperti tahun-tahun yang lepas, soalan bagi mata pelajaran teras
akan disediakan oleh Majlis Guru Besar.

23. Pn. Noorafizah bertanyakan tentang murid-murid tahap 1, adakah akan diadakan peperiksaan
kepada mereka.

24. En. Ramli memaklumkan bahawa tiada peperiksaan bagi murid-murid tahap 1.

Makluman

XVIII. Aktiviti panitia yang telah dan belum dijalankan.

25. Pengerusi membentangkan aktiviti panitia yang telah dijalankan mengikut perancangan
strategik iaitu :

25.1 Mesyuarat panitia kali pertama, kedua dan ketiga.
25.2 Ujian Bulanan 1 dan Peperiksaan Akhir Tahun
25.3 Keceriaan Bilik Sains
25.4 Penggunaan Kad Pintar Sains untuk murid-murid tahun 4

26. Pengerusi membentangkan aktiviti panitia yang belum dijalankan mengikut perancangan
strategik iaitu :

26.1 Mesyuarat panitia kali keempat
26.2 Minggu Panitia Sains
26.3 Pengiraan stok Sains
Makluman

27. Guru Besar meminta maklum balas tentang tarikh Minggu Panitia Sains. AJK bersetuju
12

untuk mengadakan minggu panitia pada 20 hingga 24 Oktober 2013.

28. Guru Besar berharap agar semua AJK dapat berkumpul bagi membincangkan aktiviti-aktiviti
sepanjang minggu tersebut.

29. Pengerusi memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas akan diadakan nanti bagi
membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang Minggu Panitia Sains. Sebelum perjumpaan
tersebut, semua AJK bolehlah memikirkan aktiviti-akiviti yang akan diadakan nanti.

Tindakan : Semua AJK

XIX. PEKA

30. Pengerusi mengingatkan semua guru tahap 2 agar tidak mengabaikan PEKA. Bagi tahun 6
Fokus 1 dan tahun 5, PEKA memang dijalankan oleh beliau. Gambar-gambar semasa
murid-murid menjalankan amali telah diambil oleh beliau dan akan dicetak sebagai bahan
bukti.
31. Pn. Noorafizah memaklumkan bahawa beliau juga menjalankan PEKA terhadap murid-
murid tahun 6 Fokus 2.
Makluman

32. Bagi murid-murid tahun 4 pula, aktivti PEKA kurang lancar kerana guru yang
mengajar Sains tahun 4 sentiasa bertukar-tukar.

33. En. Mohd. Alif memaklumkan bahawa beliau kurang mahir dengan pengisian borang PEKA.

34. En. Ramli meminta Pn. Nor Aniza untuk menjalankan PEKA bagi murid tahun 4 pada
masa-masa tertentu iaitu mungkin pada masa guru Sains tahun 4 tiada di sekolah. En. Mohd
Alif boleh belajar daripada Pn. Nor Aniza. Pn. Nor Aniza bersetuju.

Tindakan : Pn. Nor Aniza



XX. Hal-hal Lain

35. Guru Besar berharap agar peratus lulus Sains dalam UPSR yang akan diumumkan nanti
meningkat berbanding tahun 2012 memandangkan semua AJK Sains dilihat dapat
bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap panitia.

36. Pengerusi tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya menyerahkan semuanya kepada Allah SWT
kerana segala usaha dan tenaga telah dicurahkan sepenuhnya demi memastikan agar murid-
murid SK Sungai Batu mendapat keputusan yanag cemerlang bagi mata pelajaran Sains.
Fokus utama panitia ialah mengubah mentaliti murid dan guru yang mengatakan bahawa
mata pelajaran Sains adalah killer subject.

Makluman


13



Perjumpaan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(PN. NOORAFIZAH BT ABDUL KADIR) (PN. NOR ANIZA BT HASHIM)
Setiausaha Panitia. Ketua Panitia.


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,
09800 SERDANG, KEDAH.
TEL : 04-3690057


No. Fail : 30/002/4-1
Tarikh : 14 Ogos 2013


Kepada,
AJK PANITIA SAINS


Tuan/puan,
MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA SESI 2013
Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput untuk hadir ke
mesyuarat yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 21 Ogos 2013 (RABU)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Sains SK Sungai Batu

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
XII. Ucapan aluan pengerusi
XIII. Ucapan aluan Guru Besar
XIV. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua Sesi 2013
XV. Perkara berbangkit
XVI. Analisa dan post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013
14

XVII. Penggubalan soalan Sains bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013
XVIII. Aktiviti yang telah dan belum dijalankan
XIX. PEKA
XX. Hal-hal lain.

3. Kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
.
(PN. NOR ANIZA BT HASHIM)
Ketua Panitia Sains.

TINDAKAN SUSULAN MINIT MESYUARAT PANITIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA SESI 2013
TARIKH : 21 OGOS 2013 MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK SAINS


M/S

Agenda

Perkara


Tindakan /
Perkembangan/
Ulasan

2

II (5)

Beliau turut mengingatkan bahawa pada zaman sekarang, dunia
sedang menuju ke arah pembaharuan, perkembangan dan
pembangunan termasuklah dalam ilmu Sains. Jesteru, sebagai
guru kita perlu memastikan agar anak-anak murid kita bersiap
sedia dengan perkembangan itu.

Semua guru Sains

3

V (19)

Guru Besar berharap agar guru yang mengajar tahun 4 sanggup
berkorban demi kejayaan anak murid.

Guru Sains Tahun 4



15



4

VII (29)

Pengerusi memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas akan
diadakan nanti bagi membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang
Minggu Panitia Sains. Sebelum perjumpaan tersebut, semua
AJK bolehlah memikirkan aktiviti-akiviti yang akan diadakan
nanti.

Semua guru Sains

5

VIII(34)

En. Ramli meminta Pn. Nor Aniza untuk menjalankan PEKA
bagi murid tahun 4 pada masa-masa tertentu iaitu mungkin pada
masa guru Sains tahun 4 tiada di sekolah. En. Mohd Alif boleh
belajar daripada Pn. Nor Aniza. Pn. Nor Aniza bersetuju.


Bagi murid-murid tahun 4 pula, aktivti PEKA kurang lancar
kerana guru yang mengajar Sains tahun 4 sentiasa bertukar-
tukar. En. Ramli meminta Pn. Nor Aniza untuk menjalankan
PEKA bagi murid tahun 4 pada masa-masa tertentu iaitu
mungkin pada masa guru Sains tahun 4 tiada di sekolah. Pn.
Nor Aniza bersetuju.

Tindakan : Pn. Nor Aniza


Pn. Nor Aniza

3

V (16)

Guru Besar berharap agar peratus lulus bagi kelas 5 Efektif dan
6 Gigih dapat ditingkatkan dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun nanti.



Pn. Nor Aniza bt
Hashim

4

VI (18)

Pengerusi akan mengadakan perjumpaan khas bagi
membincangkan pengisian Minggu Panitia Sains itu. Semua
AJK diminta memikirkan aktiviti yang bersesuaian sepanjang
minggu tersebut.


Semua AJK

M/S

Agenda

Perkara


Tindakan /
Perkembangan/
Ulasan


16


4

VIII
(21)

Pengerusi memaklumkan bahawa SPPBS masih tergendala
sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, beliau berharap agar
Pn. Noorafizah dan En. Nordin dapat menjalankan penilaian dan
mengisi band murid secara bertulis. Setelah SPPBS dapat
digunakan, bolehlah band murid-murid diisi.


Pn. Noorafizah bt
Abdul Kadir dan En.
Nordin Bakki b Mohd
Isa


4

VIII
(22)

Guru Besar mengingatkan agar penilaian dijalankan dengan baik
kerana band murid-murid tersebut amat penting dan ia memberi
markah sebanyak 40% dalam UPSR tahun 2016 nanti.


Pn. Noorafizah bt
Abdul Kadir dan En.
Nordin Bakki b Mohd
Isa


5

IX (23)

Guru Besar berharap agar peratus lulus UPSR Sains pada
tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.


Pn. Nor Aniza bt
Hashim


5

IX (24)

Pn. Nor Aniza menjelaskan bahawa terdapat 4 orang murid
dari kelas 6 Gigih yang sangat bermasalah. Dua
daripadanya tidak boleh membaca manakala dua lagi
bermasalah dengan sikap. Untuk mendapat keputusan
yang lebih baik daripada tahun lepas agak mustahil. Walau
bagaimanapun beliau akan mencuba sebaik mungkin.


Pn. Nor Aniza bt
Hashim













17







Mata Pelajaran Sains

Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 dan perbezaannya
dengan Ujian Bulanan 1

Tahun 4 Bil. Calon Tidak hadir Bil. Lulus % Lulus Bil. Gagal % Gagal GPMP A B C D E
Ujian Bulanan 1 35 1 26 76.47 8 23.53 2.74 4 9 13 8 0
Peperiksaan Pertengahan
Tahun
35 1 15 44.12 19 55.88 3.50 1 5 9 14 5
Perbezaan 11 32.35 11 32.35

Tahun 5 Bil. Calon Tidak hadir Bil. Lulus % Lulus Bil. Gagal % Gagal GPMP A B C D E
Ujian Bulanan 1 43 2 19 46.34 22 53.66 3.59 2 3 14 13 9
Peperiksaan Pertengahan
Tahun
43 1 21 50.0 21 50.0 3.45 1 6 14 15 6
Perbezaan 2 3.66 1 3.66

Tahun 6 Bil. Calon Tidak hadir Bil. Lulus % Lulus Bil. Gagal % Gagal GPMP A B C D E
Ujian Bulanan 1 36 2 26 76.47 8 23.53 2.85 3 10 13 5 3
Peperiksaan Pertengahan
Tahun
35 1 24 70.59 10 29.41 3.03 2 6 16 9 1
Perbezaan 2 5.88 2 5.88


18











SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU,
09800 SERDANG, KEDAH.


CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS

PENASIHAT
PN ZAHARAH BT RANI
(GURU BESAR)

EN. RAMLI B MOHAMAD SAAD
(GPK KURIKULUM)

PN MERYAM BT MUSTAFA
(GPK HEM)

TN HJ ABDUL MOHSIN REJALUDIN B HASAN
(GPK KOKURIKULUM)


PENGERUSI
19

PN NOR ANIZA BT HASHIM
(KETUA PANITIA)


SETIAUSAHA
PN NOORAFIZAH BT ABDUL KADIR

AJK
PN JASMIN BT JAAFAR

You might also like