You are on page 1of 1

ATI-ATI

POKOK ATI-ATI

Pokok ati-ati adalah sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang
bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai penghias taman. Pokok ati-ati
juga dikenali sebagai pokok nilam atau pokok bangun-bangun manakala nama saintifiknya ialah
Coleus Blumei. Ia memerlukan air yang banyak, pada musim kemarau ia hendaklah disiram dua
kali sehari. Namun, air tidak boleh bertakung pada pokok kerana boleh menyebabkan akarnya
reput dan mati.
Pokok ati-ati yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak sekaligus
pengeluaran daun muda akan berhenti. Selepas berbunga, disyorkan memangkas dahan
bunganya bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok ati-ati memerlukan kandungan
tanah yang gembur dan mengandungi banyak bahan organik bagi menggalakkan pertumbuhan
akar dan proses pertumbuhan. Gunakan baja kimia yang mengandungi nitrogen tinggi. Kaedah
pembiakan adalah melalui akar dan keratan batang. Ia cepat membiak jika mendapat cahaya
matahari yang cukup (cahaya matahari tidak secara langsung).

Cara Menanam Pokok Ati-Ati
1. Campur tanah bakar dan tanah kompos dengan nisbah satu beg tanah bakar dan dua beg
tanah kompos.
2. Ambil keratan batang ati-ati yang sihat.
3. Ruas perlu di tanam ke dalam tanah untuk mempercepatkan proses pembiakan. Padatkan
tanah untuk menyokong tumbesaran.
4. Siram pokok ati-ati.
5. Dalam masa seminggu biasanya pokok sudah boleh mengeluarkan akar. Dalam masa dua
minggu ia perlu dipindahkan ke tempat kekal untuk menggalakkan pembiakannya.

You might also like