You are on page 1of 9

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Pendahuluan:
Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
- Persoalannya kini, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia?
1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu
menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk
dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan
anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak
melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila
berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun
serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak,
tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa
bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka
kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha
mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah.
Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi
sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
- Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga
mereka.
- Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan
serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam
kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang
bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang
berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka
mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.
- Ilmu pelita hidup
3. Memberikan perhatian dan kasih sayang
- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha
mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa
kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-
anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana
anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih
sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia,
ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang
berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta
pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan.
Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan
minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama
keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa
untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama
dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
-Masa itu emas
4. Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke
arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral
yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan
melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah
tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan
persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga
akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak
munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai
akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua
mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat
ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang
mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang
baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa
harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang
bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah
kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan
menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.
Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang
menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil.
Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan
memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia
merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang
keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang
penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.
















Kajian IIM menunjukkan institusi keluarga di negara ini semakin renggang dan longgar
Institusi kekeluargaan adalah unit paling asas dan penting dalam proses pembentukan landskap
masyarakat yang harmoni. Fungsi institusi keluarga tidak hanya terbatas sebagai kesinambungan
keturunan saja sebaliknya meliputi skop yang begitu luas. Sekiranya institusi keluarga berpecah-belah ia
memberi impak terhadap pembangunan sosial dan ekonomi secara secara keseluruhan.
Justeru, banyak perkara perlu diperhalusi termasuk membentuk sikap dan nilai murni yang menjadi
tonggak ke arah memantapkan integriti masyarakat.
Tumpuan pembentukan nilai murni seharusnya bermula daripada peringkat awal dan ibu bapa adalah
pembimbing yang terbaik bagi menentukan hala tuju sesebuah keluarga.
Cabaran membina keluarga sudah jauh berubah sejajar dengan pemodenan negara. Berjaya atau gagal
terletak kepada peneraju dalam rumah tangga.
Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijalankan sejak
tiga tahun lalu ke atas 16,000 responden di seluruh negara memperlihatkan institusi kekeluargaan
semakin longgar disebabkan pelbagai faktor.
Hasil kajian, mendapati 29 peratus responden menjelaskan mereka jarang dapat makan malam bersama
keluarga, manakala 27 peratus tidak mengambil tahu aktiviti dilakukan anak yang keluar pada waktu
malam.
Menerusi indeks kajian itu juga mendapati, hubungan antara ibu bapa dengan anak semakin renggang,
tidak kisah anak balik lewat dan mengamalkan makan malam bersama keluarga.
Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, berkata hasil kajian menunjukkan masalah dalam institusi
keluarga semakin kritikal.
Katanya, kajian itu seharusnya dijadikan penanda aras untuk merangka strategi lebih komprehensif agar
masalah dalam institusi keluarga dibina tidak bertambah parah.
Berdasarkan senario sekarang, rata-rata terutama ibu bapa yang berkerjaya tidak mempunyai masa
terluang dan berkualiti bersama anak.
Sepatutnya ibu bapa menggunakan meja makan sebaik mungkin untuk berkomunikasi, mendengar,
berbincang pelbagai masalah dan menerapkan nilai murni dalam suasana yang harmoni.
Kajian jelas menunjukkan komunikasi terbina ketika seisi keluarga berkumpul bersama ketika waktu
makan yang dianggap masa begitu efektif, katanya kepada FAMILI, baru-baru ini.




Jangan abai anak
Beliau berkata, statistik menunjukkan setiap tiga daripada 10 keluarga mengalami kepincangan dalam
pelbagai aspek.
Katanya, walaupun kebanyakan masyarakat di negara ini sibuk dengan kerja sepatutnya mereka tidak
mengabaikan keluarga sebaliknya menyeimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Antara cara untuk merapatkan hubungan, beliau mencadangkan semua majikan sewajarnya
menyediakan pusat jagaan di tempat kerja untuk menempatkan anak bagi membolehkan mereka
menjenguk atau menyusukan pada waktu rehat.
Apabila ada pusat jagaan di tempat kerja kebajikan anak lebih terjamin. Ibu juga dapat menjadi
pekerja yang baik. Pada masa sama, ia dapat membantu meningkatkan kualiti kerja, katanya.
Mohd Tap berkata, tenaga wanita diperlukan dalam semua sektor.
Wanita mempunyai peranan besar. Selain membantu bebanan dan kewangan keluarga mereka juga
menyumbang dalam pembangunan negara. Cuma bagi saya kesibukan tugas di pejabat janganlah
sampai pula mereka semakin kurang meluangkan masa dengan keluarga, katanya.
Sebagai ibu bapa, perlu tahu apa anak buat, apa aktiviti luar anak. Jika anak keluar malam, perlu tahu
apa tujuannya, dengan siapa dia bergaul atau berjumpa. Ia adalah proses integriti dalam institusi
kekeluargaan yang perlu diterapkan sejak usia kecil, katanya.

IIM bincang kepincangan institusi keluarga
Institut Integriti Malaysia (IIM), antara institusi yang berperanan mengukuhkan pembangunan insan.
Menerusi Pelan Integriti Nasional (PIN) pihaknya menetapkan lima sasaran utama termasuk untuk
memantapkan institusi kekeluargaan di negara ini.
Walaupun tidak memfokuskan terus kepada golongan wanita, dalam PIN turut menyediakan program
berhubung kait fungsi wanita dalam pembentukan keluarga bahagia.
Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting untuk menerapkan nilai murni. Bagai mencapai
matlamat itu, ia juga bermula daripada kestabilan dan kebahagiaan dalam rumah tangga termasuk
memastikan dari segi emosi dan kewangan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh, beliau berkata pihaknya
memasukkan program bagi meningkatkan peranan wanita sebagai ibu dan penjaga keluarga.
Peranan wanita sebagai ibu dianggap penting dalam membantu proses integriti. Wanita mempunyai
peranan untuk memantapkan institusi kekeluargaan dan melahirkan masyarakat sejahtera, katanya.

Pelbagai seminar kewanitaan
Sejajar itu, IIM menganjurkan pelbagai seminar, bengkel, kursus dan poster secara berkala dengan
memfokus isu tertentu termasuk berkaitan pembangunan, kepimpinan wanita dan keluarga.
Seminar berbentuk itu kerap diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat serta Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).
Kita menjalankan program kewanitaan berintegriti dengan persatuan lain seperti dengan isteri
penjawat awam termasuk Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan
Tentera (BAKAT). Di sini, kita menjadikan wanita sebagai pemangkin integriti dalam keluarga.
Sejak penubuhan IIM, setiap tahun pelbagai program meningkatkan sistem keluarga dan peranan
wanita diadakan. Antara program yang mendapat sambutan ialah membabitkan program pembangunan,
kepimpinan dan kekeluargaan. Malah banyak program yang dijalankan penyertaan wanita lebih ramai
berbanding lelaki, katanya.
Setiap lima tahun sekali, IIM akan menjalankan kajian dinamakan Indeks Persepsi Integrasi Nasional
(IPIN) untuk menilai TEKAD yang disasarkan.
Indeks nombor antara sifar hingga 10 akan menentukan tahap sasaran tercapai atau tidak.
Berdasarkan kajian, kemantapan institusi kekeluargaan berada pada tahap 7.3 daripada indeks 10.
Institusi keluarga patut mencapai indeks lebih tinggi. Bagaimanapun banyak masalah sosial seperti isu
perceraian dan pembuangan bayi menjadikan indeks gagal mencapai tahap tertinggi, katanya.
Kepincangan institusi kekeluargaan boleh di atasi dengan menekankan kepada sistem kekeluargaan yang
bersistematik dan meningkatkan kemahiran keibubapaan.
Dulu pasangan yang mahu bernikah tidak perlu menghadiri kursus kahwin seperti sekarang. Masalah
perceraian juga tidak terlalu ketara seperti hari ini yang berlaku kepada golongan muda. Dulu anggota
keluarga bertindak dalam mengukuhkan institusi keluarga berbanding kini yang tidak menerima
sokongan moral daripada keluarga, katanya

INFO: Integriti
* Didefinisikan sebagai peribadi mulia yang ada pada diri individu membabitkan nilai murni seperti
amanah, jujur, ikhlas, sabar, telus dan bertanggungjawab.
* PIN diadakan sejak 2004 dan dinilai setiap lima tahun sekali.
* Tetapkan lima sasaran dikenali sebagai TEKAD

Agenda Integriti untuk keluarga:
* Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia.
* Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani.
* Pemantapan nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
* Pembabitan keluarga dan komuniti setempat untuk memperkasakan integriti budaya masyarakat
dalam jangka panjang.
* Masyarakat berorientasikan keluarga dan komuniti.
* Nilai keluarga dan komuniti kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran.
Peranan IIM:
* Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat.
* Menganjurkan persidangan, seminar dan forum.
* Menghimpunkan pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan
integriti.
* Menerbitkan dan mengedarkan bahan bercetak, menggubal dan melaksanakan program latihan dan
pendidikan.
* Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika.
* Memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program dan strategi bagi meningkatkan
integriti
* Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan
IIM diiktiraf di peringkat antarabangsa.







Membangun Masyarakat Harmonis Dengan Semangat Multikulturalisme
April 15, 2009 - Medan
Medan ( Berita ) : Multikulturalisme sangat diperlukan dalam kerangka membangun tata kehidupan
masyarakat yang damai dan harmonis meskipun terdiri dari beraneka ragam latar belakang kebudayaan.
Direktur Tradisi Direktorat Jenderal Nilai Budaya, Seni dan Film Departemen Kebudayaan dan Pariwisata,
IGN Widja SH, di Medan, Rabu [15/04] , mengatakan, multikulturalisme seharusnya menjadi acuan
utama bagi terwujudnya masyarakat harmonis, karena multikulturalisme mengakui dan menghormati
perbedaan dalam kesederajatan, baik secara individual maupun secara kebudayaan.
Sehingga dengan demikian tidak akan ada lagi kita temukan kelompok etnik yang merasa superior dan
inferior karena tidak ada lagi perbedaan jenjang sosial antar etnik, katanya saat menjadi pembicara
dalam dialog Budaya Kearifan Budaya Dalam Masyarakat Multikultur di Museum Negeri Sumut di
Medan.
Ia mengatakan Bangsa Indonesia merupakan kesatuan sosial yang dibangun dengan basis masyarakat
majemuk yang terdiri atas ratusan suku bangsa.
Salah satu ciri utama dari kemajemukan masyarakat itu adalah penekanan aspek-aspek budaya
kesukubangsaan sebagai dasar pembentukan identitas individu dan kelompok sosial tertentu.
Sehingga tidak ada lagi kelompok etnik yang merasa lebih hebat karena semua merasa sama dan
bersama-sama pula membangun bangsa ini menuju kebaikan, katanya.
Namun begitupun, tambah dia, konsep kemajemukan masyarakat yang menekankan keanekaragaman
etnik itu perlu diimbangi dengan kebijakan pemerintah yang menekankan pluralisme budaya dengan
mengakui dan mensikapi berbagai budaya etnik itu dalam kesetaraan derajat.
Kemajemukan etnik yang tidak dikelola dengan baik, tidak akan menghasilkan tatanan kehidupan yang
dilandasi prinsip kesetaraan dan berpotensi mendorong munculnya sikap otoriter yang mengagungkan
karakter budaya masing-masing.
Kalau masing-masing suku merasa lebih super maka akan memiliki potensi pemecah belah diantara
sesama bangsa Indonesia dan konflik-konflik akan terus mewarnai perjalanan sejarah bangsa ini,
katanya. ( ant )

You might also like