You are on page 1of 12

X PENGENALAN

Qiraat Imam 'Asim riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di
dunia. Umumnya, tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin
Sobah al-Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Shatibi di dalam qasidahnya Hirz
al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Namun hakikatnya, terdapat banyak tariq lain
bagi bacaan riwayat Hafs ini yang telah dihimpunkan oleh para Qurra' di dalam
kitab-kitab mereka. Kitab-kitab tersebut telah dihimpunkan oleh Imam Ibn
al-Jazari di dalam kitabnya al-Nasyr fi al-Qira'at al-'Asyar.



T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0

X
Bacaan Khusus
Riwayat Hafs
Menurut
Tariq
al-Shatibiyyah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Menjelaskan maksud riwayat Hafs daripada Imam 'Asim
menurut Tariq al-Shatibiyyah;
2. Menghuraikan tempat dan bacaan yang berbeza di antara tariq-
tariq riwayat Hafs; dan
3. Menerangkan kaedah bacaan khusus riwayat Hafs melalui Tariq
al-Shatibiyyah dengan lebih sempurna.
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



184
Di antara tariq-tariq ini terdapat perbezaan pada beberapa kalimah dan hukum
tertentu. Perbezaan tersebut kadangkala menyebabkan pembaca al-Quran
mencampur adukkan bacaan di antara tariq tanpa pengetahuan dan kesedaran
sedangkan hukumnya adalah ditegah.

Justeru, topik ini akan menjelaskan bacaan riwayat Hafs dan 'Asim melalui Tariq
al-Shatibiyyah. Ia menjelaskan sanad bacaan tariq dan mengemukakan perbezaan
di antara tariq-tariq yang terdapat di dalam riwayat ini dan seterusnya
menjelaskan bacaan riwayat Hafs menurut Tariq al-Shatibiyyah.
TARIQ YANG DIBAWA OLEH IMAM
SHATIBI
Imam al-Shatibi telah memilih satu tariq sahaja bagi setiap riwayat yang
dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah
mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab'
karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, tariq tersebut
adalah tariq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya
al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-Hasyimi.

Jadual 10.1 menjelaskan biodata ringkas para qari' di dalam tariq ini.

Jadual 10.1: Biodata Ringkas Para Qari'
Para Qari' Biodata
'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali

Beliau adalah 'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin
Sabih al-Nahsyali al-Kufi. Beliau mengambil bacaan
al-Quran daripada Hafs daripada 'Asim. Beliau
merupakan seorang qari' yang soleh dan kuat
ingatan. Di antara murid beliau adalah Ahmad bin
Sahl al-Usynani, 'Abd al-Samad bin Muhammad, al-
Hasan bin al-Mubarak, Abu Tahir 'Abd al-Wahid bin
'Umar, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi. Beliau wafat
pada tahun 219H.
Ahmad bin Sahl al-Usynani

Beliau adalah Abu al-'Abbas Ahmad bin Sahl bin al-
Fairuzan al-Usynani. Beliau mengambil bacaan al-
Quran daripada 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali dan
sebahagian murid 'Amr bin Sobah iaitu al-Hasan bin
al-Mubarak, Ibrahim al-Simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di
antara anak murid beliau adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin
Muhammad al-Hasyimi dan Abu Tahir 'Abd al-
Wahid bin 'Umar. Beliau wafat pada tahun 307H di
Baghdad.
10.1
TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



185
'Ali bin Muhammad al-Hasyimi

Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin
Daud al-Hashimi al-Basri. Beliau merupakan seorang
qari' yang buta. Beliau mengambil bacaan al-Quran
daripada Ahmad bin Sahl al-Usynani dan di antara
murid beliau adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur
bin Ahmad al-Sindi. Beliau wafat pada tahun 368H.


PERBEZAAN BACAAN PADA TARIQ-
TARIQ RIWAYAT HAFS
Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak terdapat perbezaan yang
banyak di antara tariq-tariqnya. Tariq-tariq ini hanya berbeza di dalam beberapa
perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-Huruf.

Usul qiraah merujuk kepada hukum atau bacaan yang mempunyai kaedah-
kaedah tertentu dan bacaan ini diulang dan terdapat dengan banyak di dalam
al-Quran. Manakala farsh al-Huruf pula merujuk kepada bacaan yang tidak
mempunyai kaedah khusus baginya dan hukum bacaan tersebut tidak terdapat
dengan banyak di dalam al-Quran.

Subtopik berikut menyenaraikan usul qiraat dan farsh al-Huruf yang berbeza
padanya tariq-tariq bagi riwayat Hafs daripada 'Asim.
10.2.1 Usul Yang Berbeza Padanya Tariq-tariq
Riwayat Hafs Daripada 'Asim
Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs daripada
Imam 'Asim iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.2.

10.2
Setelah anda mempelajari dengan mendalam, maksud bacaan
al-Quran riwayat Hafs daripada Imam 'Asim menurut tariq
al-Shatibiyyah, cuba anda jelaskan mengapa bacaan tariq ini sangat
masyhur di Malaysia dan seluruh dunia.
SEMAK KENDIRI 10.1
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



186
Jadual 10.2: Usul yang Tidak Disepakati oleh Tariq-tariq Riwayat Hafs Daripada
Imam 'Asim
Usul Penerangan
Mad Munfasil

Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi
mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan Qasr
(2 harakat), Fuwaiq al-Qasr (3 harakat), al-Tawassut
(4 harakat) atau Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat).
Mad Muttasil

Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi
mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan
al-Tawassut (4 harakat), Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat)
atau al-Isyba' (6 harakat).
Dengung (Ghunnah)

Sebahagian tariq membaca idgham yang sempurna
(idgham kamil) bersama ghunnah pada huruf nun atau
tanwin yang bertemu pada huruf lam dan ra'. Manakala
sebahagian yang lain membacanya dengan idgham yang
tidak sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada
pertemuan tersebut.
Saktah pada huruf berbaris
sukun (mati) sebelum
huruf hamzah
Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada tempat huruf mati
tersebut di mana sebahagian membaca tanpa saktah,
sebahagian yang lain membaca saktah 'am1 atau saktah
khas2.
Takbir

Sebahagian daripada tariq tidak membaca takbir, manakala
harus pada sebahagian yang lain membaca takbir am atau
khas di awal atau akhir surah-surah khatam.
10.2.2 Farsy al-Huruf yang Berbeza Padanya Tariq-
tariq Riwayat Hafs Daripada 'Asim
Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di antara tariq-
tariq riwayat Hafs daripada 'Asim:
(a) ^1.,,` di dalam ayat 245 Surah al-Baqarah:
Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf Sin
atau Shod.
(b) ^L.,` di dalam ayat 69 Surah al-A'raf:

1
. Saktah 'Am merujuk kepada pada Saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah, , Sakin Mafsul dan
Sakin Mausul. Lihat: Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Jld.1. 325.
2
. Saktah Khas merujuk kepada saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah, , dan Sakin Mafsul.
Lihat: Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Jld.1. 325.
TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



187
Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau shod.
(c) ^L,..,` di dalam ayat 22 Surah al-Ghasyiyah:
Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau shod.
(d) ^`L,..l` di dalam ayat 37 Surah al-Thur:
Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau shod atau harus kedua-duanya sekali.
(e) Hamzah Wasol pada:
x ^_,` di dalam ayat 143 dan 144 Surah al-An'am
x ^_.:l,` di dalam ayat 51 dan 91 Surah Yunus
x ^<,` di dalam ayat 59 Surah Yunus dan 59 Surah al-Naml
Tariq-tariq berbeza pada membaca kalimah-kalimah ini secara ibdal dengan
isyba', tashil hamzah kedua atau kedua-duanya sekali.
(f) ^ ;l: l, ` di dalam ayat 176 Surah al-A'raf:
Tariq-tariq berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham, izhar atau
harus keduanya.
(g) ^ !.-. _.,.,` di dalam ayat 42 Surah Hud:
Tariq riwayat ini berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham atau
izhar.
(h) Huruf nun dan wau pada:
x ^,>>' ,1l _,` di dalam ayat 1-2 Surah Yasin
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



188
x ^ `L`. !. l1l _` di dalam ayat 1 Surah al-Qalam
Tariq-tariq berbeza membaca lafaz-lafaz sama ada secara izhar atau
idgham.
(i) ^!..!. ` di dalam ayat 11 Surah Yusuf:
Tariq-tariq berbeza pada lafaz ini sama ada dibaca dengan isymam, ikhtilas
(ikhfa') atau keduanya sekali.
(j) Saktah pada kalimah-kalimah berikut:
x ^ !., l>s` di dalam ayat 1-2 Surah al-Kahf
x ^..> !...` di dalam ayat 1-2 Surah al-Kahf
x ^ _ _. _,` di dalam ayat 27 Surah al-Qiyamah
x ^ _, ` di dalam ayat 14 Surah al-Muthaffifin
Tariq-tariq riwayat ini berbeza bacaan pada lafaz-lafaz ini di mana
sebahagian membaca dengan saktah pada empat tempat ini, sebahagian
membaca saktah hanya pada sebahagian tempat atau tidak membaca
saktah (idraj) pada kesemua lafaz ini.
(k) Huruf 'Ain pada 2 lafaz berikut:
x ^_-,` di dalam ayat 1 Surah Maryam
x ^ _.s>` di dalam ayat 1-2 Surah al-Syura
Perbezaan bacaan lafaz ini adalah pada kadar mad huruf 'Ain di mana
sebahagian tariq membaca Qasr (2 harakat), Tawassut (4 harakat), isyba' (6
harakat) atau dengan 2 wajah iaitu tawassut dan isyba'.


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



189
(l) ^_ ` di dalam ayat 63 Surah al-Syu'ara'
Tariq-tariq berbeza bacaan pada kalimah ini di mana sebahagian tariq
membaca dengan nipis pada huruf ra', tebal pada huruf ra' atau harus
kedua-duanya.
(m) ^ ._.,` di dalam ayat 36 Surah al-Naml
Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf ya', hazaf huruf ya' atau
harus kedua-duanya sekali.
(n) Ayat 54 Surah al-Rum
` < _ >1l> _. -. . _-> _. .-, -. : . _-> _.
.-, : !-. ,,: _l> !. ',!: > `,l-l `,.1l ^
Tariq berbeza pada kalimah ^ -.` dan ^!-.` di mana ia harus dibaca
dengan baris atas (fathah) huruf dhod, baris hadapan (dhommah) atau
harus keduanya sekali.
(o) ^..l.` di dalam ayat 4 Surah al-Insan
Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf alif, hazaf huruf alif atau
harus kedua-duanya sekali.








Terangkan secara ringkas maksud usul qiraat dan farsy al-Huruf.
SEMAK KENDIRI 10.2
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



190
10.2.3 Aplikasi Bacaan Khusus Hafs Tariq Syatibi
Wajib ke atas semua yang membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada
'Asim dengan Tariq al-Shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati
beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku
percampuran antara tariq-tariq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia
merupakan suatu keaiban di sisi ulama Qurra.

Perkara-perkara khusus di dalam bacaan riwayat Hafs Tariq al-Shatibiyyah
disimpulkan di dalam Jadual 10.3.

Jadual 10.3: Riwayat Hafs Tariq al-Shatibiyyah
Perkara Tariq al-Shatibiyyah
Mad Muttasil
4 atau 5 harakat.
Panjang yang paling utama dan
afdal ialah empat harakat.
Mad Munfasil
4 atau 5 harakat.
Panjang yang paling utama dan
afdal ialah empat harakat.
Saktah pada huruf berbaris sukun (mati)
sebelum huruf hamzah
Tiada saktah.
Imam Hafs tidak akan melakukan
saktah kecuali pada tempat yang
akan diterangkan kelak.
Ghunnah pada huruf Nun atau tanwin yang
bertemu pada huruf Lam dan Ra'
Tiada ghunnah.
Takbir Tiada takbir.
Bacaan pada kalimah:
^1.,,`
^L.,`

x Dibaca dengan Sin.
Kalimah ^`L,..l`
x Harus dibaca dengan huruf
shod atau sin.
Kalimah ^L,..,` x Dibaca dengan huruf shad.
TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



191
Bab Hamzah Wasol pada:
^_,`
^_.:l,`
^<,`
x Harus 2 wajah iaitu ibdal
dengan 6 harakat dan tashil
hamzah kedua.
x Wajah ibdal dengan isyba'
dengan 6 harakat adalah lebih
utama dan afdal.
Bab:
^ ;l: l, `
x Idgham
_! , !, `., < !>: !.`. |
_ "-l ,> _
x Bacaan Hafs daripada 'Asim
daripada semua turuqnya pada
kalimah ) ( Adalah secara
imalah huruf alif selepas ra
secara imalah kubra. Tiada bagi
Hafs pada kalimah yang
mengandungi huruf ra' dibaca
dengan imalah kecuali pada
ayat ini.
^ !.-. _.,.,` x Dibaca dengan idgham.
^!..!. `
Dua wajah iaitu:
x Ikhtilas dan isymam; dan
x Wajah ikhtilas ini adalah lebih
afdal dan utama.
^ !., l>s`
^..> !...`
^ _ _. _,`
^ _, `
x Saktah wajib ketika wasal.
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



192
,l!. ;l>__
Harus pada kalimah dua wajah
iaitu:
x Al-Izhar bersama dengan
saktah latifah tanpa bernafas
pada huruf ha( ) dan inilah
yang paling utama.
x Dibaca dengan idgham. Harus
waqaf pada kalimah ( ) waqaf
yang sempurna dengan
mengambil nafas. Ini kerana ia
adalah permulaan ayat dan
waqaf pada permulaan ayat
merupakan sunnah secara
mutlak.
Kadar 'Ain pada:
^_-,`
^_.s>`

x Huruf 'ain dibaca dengan 6
atau 4 harakat.
x Wajah 6 harakat adalah lebih
utama.
Hukum huruf ra' pada:
^_ `
x Harus 2 wajah iaitu nipis pada
huruf ra' atau tebal.
x Bacaan secara nipis (tarqiq)
lebih utama.
Waqaf pada:
^ ._.,`
x Harus ketika diwaqafkan dua
wajah iaitu: Dengan
mengisbatkan (menetapkan)
ya atau menghazafkannya
(membuang atau
menghilangkannya).
x Wajah yang pertama lebih
utama untuk dibaca. Jika
dibaca secara wasal, maka
dengan mengisbatkan huruf
ya berbaris atas.
^,>>' ,1l _,`
^ `L`. !. l1l _`
x Diizharkan nun selepas
daripada wau pada kedua-dua
lafaz ketika bacaan wasal.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



193
Huruf Dhad pada kalimah
^ -.`
^!-.`

x Harus 2 wajah iaitu fathah dan
dhommah.
x Bacaan dengan baris atas
adalah lebih utama daripada
baris hadapan.
_.>`,` _s ^

x Lafaz )

( dibaca secara
tashil mengikut riwayat Hafs
daripada 'Asim pada semua
turuqnya satu wajah sahaja
iaitu pada huruf hamzah kedua
di antara hamzah dan alif pada
kalimah.
Waqaf pada kalimah
^..l.`
x Harus dua wajah iaitu ithbat
atau hazaf.





x Tariq yang masyshur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin Sobah al-
Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Shatibi di dalam qasidahnya Hirz al-
Amani wa Wajhu al-Tahani.
x Imam al-Shatibi telah mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir
fi al-Qiraat al-Sab' karangan Abu 'Amr al-Dani.
x Tiga para qari' di dalam tariq ini adalah:
(a) 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali;
1. Jelaskan kepentingan mengetahui bacaan-bacaan khusus bagi
riwayat Hafs daripada 'Asim menurut tariq al-Shatibiyyah.
2. Sebutkan tempat-tempat yang dibaca dengan imalah, tashil dan
al-Raum.
SEMAK KENDIRI 10.3
X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT
TARIQ AL-SHATIBIYYAH



194
(b) Ahmad bin Sahl al-Usynani; dan
(c) 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi.
x Tariq-tariq ini hanya berbeza di dalam beberapa perkara yang menjadi usul
qiraat dan farsh al-huruf.
x Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs
daripada Imam 'Asim, iaitu:
(a) Mad Munfasil;
(b) Mad Muttasil;
(c) Dengung (Ghunnah);
(d) Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah; dan
(e) Takbir.
x Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di antara
tariq-tariq riwayat Hafs daripada 'Asim.
x Wajib membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada 'Asim dengan tariq
al-Shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara
supaya tidak berlaku percampuran antara tariq-tariq yang lain.


Farsy al-Huruf
Imam 'Asim
Imam Hafs
Tariq al-Shatibiyyah
Usul Qiraat

You might also like