You are on page 1of 23

X PENGENALAN

Topik ini membincangkan sifat-sifat yang terdapat pada suatu huruf. Sifat-sifat
yang ada pada setiap huruf perlu diketahui agar cara al-Quran dibaca bertepatan
dengan cara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah
bersabda: Bacalah al-Quran dengan gaya bahasa Arab (fasohah). Untuk
mengusai bacaan al-Quran dengan gaya bahasa Arab, seseorang perlu
memahami dan mengetahui sifat-sifat bagi setiap huruf yang terdapat di dalam
al-Quran. Justeru, topik ini akan membincangkan sifat-sifat huruf yang
merangkumi sifat-sifat huruf yang berlawanan dan tunggal, huruf-huruf yang
dibaca secara tafkhim atau tarqiq serta ghunnah (dengung). Dengan menguasai
sifat-sifat huruf dalam bacaan al-Quran, setiap huruf yang dilantunkan akan
kedengaran sempurna mengikut gaya bahasa Arab.


6.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
7
7

X
Sifat-sifat
Huruf
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan takrif bagi sifat huruf dari sudut bahasa dan istilah;
2. Menjelaskan kepentingan mempelajari sifat-sifat huruf;
3. Mengenal pasti sifat-sifat bagi setiap huruf sebagaimana yang telah
digariskan oleh ulama-ulama tajwid;
4. Menerangkan perbezaan huruf-huruf yang berkongsi makhraj yang
sama dari sudut sifatnya; dan
5. Menghuraikan pendapat ulama terhadap bilangan sifat huruf.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

123

PENGANTAR SIFAT HURUF
Dengan mengetahui sifat huruf dan mempraktikkannya di dalam bacaan,
seseorang mampu membaca al-Quran dengan betul. Sekiranya pembaca al-
Quran tidak menguasai sifat huruf dengan sempurna, kebarangkalian al-Quran
dibaca tidak menepati cara bacaan yang telah disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW.
7.1.1 Takrif Sifat Huruf
Sifat dari sudut bahasa ialah sesuatu keadaan sama ada dapat dilihat seperti
putih, merah, hitam atau tidak dapat dilihat seperti ilmu, amanah dan
sebagainya.

Dari sudut istilah pula, sifat bermaksud ciri-ciri tertentu yang terdapat pada
suatu huruf ketika menyebutnya seperti tebal dan nipis, tinggi dan rendah,
menghemburkan angin dan tidak, kuat dan lemah dan sebagainya.
7.1.2 Kepentingan Sifat Huruf dan Kelebihannya
Pengetahuan tentang sifat ini mempunyai beberapa faedah yang tersendiri.
Antara faedah tersebut ialah kemampuan untuk membezakan sebutan huruf-
huruf yang keluar dari makhraj yang sama. Seperti huruf ta, tho dan dal. Ketiga-
tiga huruf tersebut keluar dari makhraj yang sama iaitu hujung lidah dan gusi
gigi atas bahagian hadapan. Namun, yang membezakan sebutan antara huruf
tho dan ta ialah perbezaan sifat-sifat huruf yang dimiliki oleh huruf-huruf
tersebut. Sebagai penjelasan, huruf tho mempunyai sifat istitolah, itbaq dan jahr.
Sekiranya ketiga-tiga sifat tersebut tidak wujud pada tho, maka tiadalah
perbezaan bunyi dan sebutan antara huruf tho dengan huruf ta.

Selain itu, penguasaan sifat huruf juga boleh memperelokkan sebutan bagi
huruf-huruf yang berbeza makhraj. Begitu juga ia dapat membezakan antara
huruf yang kuat dengan huruf yang lemah. Di samping itu, bacaan idgham
daripada suatu huruf ke dalam huruf yang lain juga tidak dapat disebut secara
sempurna jika tidak mengetahui dan memahami sifat-sifat huruf. Secara
umumnya, dengan menguasai topik ini, seseorang akan mampu melantunkan
sebutan huruf-huruf di dalam al-Quran dengan lebih sempurna.


7.1
X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

124
7.1.3 Bilangan Sifat Huruf Menurut Pandangan
Ulama
Para ulama tajwid berbeza pendapat berkaitan bilangan sifat-sifat huruf. Antara
pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ulama adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Pandangan Para Ulama Berkaitan dengan Bilangan Sifat Huruf
Para Ulama Pandangan
Imam Ibn al-Jazari Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
sebanyak 17 sifat. Pandangan ini telah diterima pakai oleh
majoriti ulama dan dijelaskan di dalam buku-buku mereka.
Imam al-Shatibi Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
sebanyak 16 sifat sahaja. Pengurangan satu sifat huruf daripada
pendapat yang pertama adalah kerana beliau menggugurkan
dua sifat iaitu al-Izlaq dan al-Ismat, namun menambah satu lagi
sifat huruf yang lain iaitu al-Hawai.
Imam al-Farra Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
sebanyak 14 sifat sahaja. Pengurangan tiga sifat huruf daripada
pendapat yang pertama adalah kerana beliau menggugurkan
sifat al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf dan al-Lin, namun menambah
sifat al-Ghunnah.
Imam Makki bin Abi
Talib
Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
sebanyak 44 sifat di dalam kitabnya al-Riayah.







SEMAK KENDIRI 7.1
Jelaskan pandangan para ulama berkaitan dengan bilangan sifat-sifat
huruf.
TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

125

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT HURUF
Subtopik ini membincangkan dengan lebih lanjut pembahagian sifat-sifat huruf.
Subtopik ini akan menyentuh sifat-sifat huruf berlawanan, tunggal, lemah, kuat
dan akhir sekali sederhana.
7.2.1 Sifat Huruf yang Berlawanan
Menurut Imam Ibn al-Jazari, sifat-sifat huruf terbahagi kepada 17 sifat dan
dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu sifat-sifat yang berlawanan dan sifat-
sifat tunggal. Menurut beliau, terdapat 11 sifat huruf bagi sifat-sifat yang
berlawanan dan enam lagi sifat huruf bagi sifat-sifat yang tunggal.

Sifat yang berlawanan merupakan sifat-sifat huruf yang mesti ada pada setiap
huruf di dalam al-Quran. Ini bermakna, setiap huruf memiliki sekurang-
kurangnya lima sifat. Senarai bagi sifat-sifat yang berlawanan adalah seperti
berikut:
(a) Al-Syiddah (Kuat);
(b) Al-Tawassut (Pertengahan);
(c) Al-Rakhawah (Lembut);
(d) Al-Jahr (Jelas);
(e) Al-Hams (Sembunyi);
(f) Al-Istila (Tinggi);
(g) Al-Istifal (Rendah);
(h) Al-Itbaq (Tertutup);
(i) Al-Infitah (Terbuka);
(j) Al-Ismat (Tertahan); dan
(k) Al-Izlaq (Tergelincir).









7.2
X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

126
Huraian Bagi Sifat-Sifat Huruf yang Berlawanan
Sifat huruf yang berlawanan ada sebelas sifat dan terdiri dari lima pasangan
(rujuk Rajah 7.1).


Rajah 7.1: Sifat-sifat huruf yang berlawanan

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat berlawanan adalah seperti berikut.

(a) Al-Hams
Dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi. Menurut ulama tajwid, al-
Hams diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini
kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan nafas
boleh terkeluar. Oleh kerana itu, huruf-hurufnya dinamakan mahmusah
dan ia dikumpulkan di dalam rangkaikata yang terdiri
daripada 10 huruf.

(b) Al-Jahr
Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Menurut ulama tajwid,
al-Jahr diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini
kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas
daripada terkeluar. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini
dipanggil huruf majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-
huruf hams.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

127
Perhatian: Kekuatan suara berpegang kepada makhraj sehingga
menahannya dari terkeluar nafas ketika menyebutnya adalah faktor utama
membezakan antara huruf al-Hams dengan huruf al-Jahr.

(c) Al-Syiddah
Dari sudut bahasa bermaksud kekuatan. Menurut ulama tajwid, al-Syiddah
diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana
kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan suara daripada
terkeluar. Huruf-huruf al-Syiddah dikumpulkan dalam rangkai kata
yang terdiri daripada lapan huruf.

Contohnya:
(i) Huruf dal pada kalimah

: Surah al-Hadid: 26; dan


(ii) Huruf jim pada kalimah

: Surah al-Baqarah: 189.



Jika diperhatikan dua contoh yang lepas, suara tertahan dan tidak berlalu
dengan sempurna. Ini kerana huruf dal dan jim adalah antara huruf-huruf
al-Syiddah.

(d) Al-Tawassut
Al-Tawassut bermaksud pertengahan. Menurut ulama tajwid, al-Tawassut
ialah huruf-huruf yang berada di antara sifat al-Syiddah dan sifat al-
Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan
sebahagian suara terlepas. Oleh kerana itu, huruf-hurufnya dinamakan
mutawassat. Huruf-huruf al-Tawassut tersusun di dalam rangkai kata
yang terdiri daripada lima huruf.

Contohnya:
(i) Huruf lam dalam kalimah Surah al-Nas: 1; dan
(ii) Huruf nun dalam kalimah Surah al-Ikhlas: 4.

Dalam dua contoh yang dikemukakan, suara tidak dapat ditahan dengan
sempurna ketika membacanya sebagaimana huruf al-Syiddah dan pada
waktu yang sama suara tidak keluar dengan sempurna seperti huruf-huruf
al-Rakhawah. Tetapi huruf-huruf al-Tawassut keadaannya pertengahan
antara al-Syiddah dan al-Rakhawah.


X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

128
(e) Al-Rakhawah
Al-Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud al-Syiddah dan juga al-
Tawassut. Ia adalah satu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan.
Berlainan dengan sifat-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.

Dari sudut bahasa, al-Rakhawah bermaksud lembut. Menurut ulama
tajwid, al-Rakhawah diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut
huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj sehingga
suara terkeluar ketika menyebutnya. Huruf-huruf al-Rakhawah adalah
selain daripada huruf-huruf al-Syiddah dan al-Tawassut. Contohnya huruf
fa pada firman Allah SWT

dalam Surah al-Ahqaf: 17. Contoh yang


dikemukakan jika diperhatikan, terdapat suara yang jelas keluar ketika
menyebut huruf fa.

(f) Al-Istila
Al-Istila dari sudut bahasa ialah terangkat. Menurut ulama tajwid, al-
Istila bermaksud lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-
hurufnya. Di waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi
ruangan mulut ketika menyebut hurufnya.

Huruf-huruf al-Istila ini tersusun dalam rangkaikata .
Contohnya ialah huruf qaf di dalam Surah Yunus: 10 iaitu pada kalimah
dan huruf za pada Surah al-Maidah: 45 iaitu kalimah .

Jika dilihat kepada dua contoh tersebut, kita mendapati bahawa lidah
terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-huruf al-Istila.

(g) Al-Istifal
Al-Istifal dari sudut bahasa bermaksud merendah. Menurut ulama tajwid,
al-Istifal bermaksud merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut
huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut hurufnya juga
akan merendah. Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf al-
Istifal disebut dengan al-Tarqiq (nipis).

Bilangan huruf-huruf al-Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada
huruf-huruf al-Istila. Contohnya ialah huruf mim pada Surah al-Maidah: 3
iaitu kalimah .
Jika diperhatikan kepada sebutan mim lidah merendah ketika
menyebutnya dan suara huruf mim tersebut adalah al-Tarqiq.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

129
(h) Al-Itbaq
Al-Itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Menurut ulama tajwid, al-Itbaq
bermaksud sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan
lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Bilangan huruf-huruf ialah empat huruf iaitu sad, dhad, tho dan za.
. Sifat al-Itbaq ini mengandungi al-Istila dan lebih dari itu. Ketika
menyebut huruf-hurufnya, sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit
atas. Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa setiap huruf al-Itbaq
memiliki sifat al-Istila tetapi bukan setiap huruf al-Istila memiliki sifat al-
Itbaq.

(i) Al-Infitah
Al-Infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Menurut ulama
tajwid, al-Infitah bermaksud renggangan antara lidah dengan lelangit
ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu suara tidak dapat ditahan
antara lidah dengan lelangit kerana keterbukaan rongga. Justeru, huruf-
hurufnya dinamakan munfatah. Jumlah huruf-hurufnya adalah sebanyak
25 huruf atau selain daripada empat huruf-huruf al-Itbaq. Kesemua
hurufnya berada dalam rangkai kata .

(k) Al-Izlaq
Al-Izlaq dari sudut bahasa mempunyai beberapa makna, antaranya
ketajaman lidah dan kefasihannya. Ia digunakan untuk kefasihan dan
bersifat ringan. Menurut ulama tajwid, al-Izlaq bermaksud mudah
menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan
sebahagian lain keluar dari dua bibir.
Rangkai kata huruf-huruf al-Izlaq ialah . Keenam-enam huruf ini
dinamakan muzlaqah kerana kefasihan keringanan ketika menyebutnya.
Sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah iaitu huruf ra, lam dan nun
. Manakala sebahagian lagi makhrajnya ialah pada bibir iaitu huruf
fa, ba dan mim .
(l) Al-Ismat
Al-Ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Menurut ulama tajwid, al-Ismat
bermaksud mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam
kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.
X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

130
Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-Izlaq bagi
mengimbangi antara berat dan ringan. Bilangan huruf-hurufnya ialah 23
huruf dan dinamakan huruf-huruf musmatah. Rangkai kata bagi huruf-
huruf al-Ismat ialah:

Sifat al-Izlaq dan al-Ismat merupakan dua sifat yang lazim bagi setiap
huruf dan tidak ada hubungan dalam memperelokkan sebutan huruf atau
cara membacanya.

Imam Ibn al-Jazari telah merumuskan sifat-sifat asliyyah yang berlawanan
di dalam bukunya dan juga . Beliau berkata:





Maksudnya:
Sifat-sifat huruf ialah Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan lawannya.
Huruf-huruf Mahmus ialah Huruf-huruf Syiddah ialah
Antara sifat Rakhawah dan Syiddah dinamakan Tawassut.
Hurufnya ialah Tujuh huruf Istila ialah . Huruf-huruf
Itbaq pula ialah dan huruf-huruf Izlaq ialah .
7.2.2 Sifat-sifat Huruf yang Tunggal
Manakala sifat yang tunggal pula tidak semestinya dimiliki oleh setiap huruf. Ia
hanya dimiliki oleh huruf-huruf yang tertentu sahaja. Senarai bagi sifat-sifat
tunggal adalah seperti berikut:
(a) AL-Tafashsyi (Hemburan);
(b) Al-Takrir (Berulang);
(c) Al-Istitolah (Memanjang);
(d) Al-Lin (Lembut)
TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

131
(e) Al-Inhiraf (Cenderong);
(f) Al-Ghunnah (Dengung);
(g) Al-Sofir (Desiran);
(h) Al-Khafa (Tersembunyi); dan
(i) Qalqalah (Lantunan).

Huraian Bagi Sifat Huruf Yang Tunggal
Sifat-sifat yang tunggal dan tiada lawannya mempunyai tujuh sifat
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.


Rajah 7.2: Sifat-sifat huruf yang tunggal

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat yang tunggal adalah seperti berikut.

(a) Al-Safir
Dari sudut bahasa bermaksud suara yang tajam. Menurut ulama tajwid, al-
Safir bermaksud desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan
hujung lidah dan menyerupai suara haiwan atau serangga iaitu:
(i) Sad ( ) menyerupai suara angsa;
(ii) Zai ( ) menyerupai suara lebah; dan
(iii) Sin ( ) menyerupai suara belalang.

Huruf al-Safir yang paling kuat ialah huruf sod kerana mempunyai sifat al-
Istila dan al-Itbaq. Diikuti dengan huruf zai kerana mempunyai sifat al-
Jahar. Manakala huruf sin merupakan huruf yang paling lemah kerana
mempunyai sifat al-Hamas.

X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

132
(b) Qalqalah
Qalqalah dari sudut bahasa bermaksud pergerakan atau laungan yang
kuat. Menurut ulama tajwid, Qalqalah bermaksud lebihan atau pantulan
suara yang berlaku pada makhraj selepas tekanan padanya. Penemuan
Qalqalah pada suara yang lebih tersebut kerana keadaannya yang lantang
hasil dari bukaan makhraj secara serentak selepas terlekat kepada huruf
yang mempunyai sifat al-Syiddah dan al-Jahr. Al-Syiddah menahan suara
huruf kerana kuatnya tekanan pada makhraj manakala al-Jahr pula
menghalang laluan nafas ketika menyebutnya. Dengan sebab itu, makhraj
terlekat dengan sempurna dan apabila melepaskannya ia menghasilkan
pantulan suara. Huruf-huruf Qalqalah ada lima huruf dan berada dalam
rangkai kata .

Qalqalah terbahagi kepada tiga bahagian. Menurut Muhammad Makki
Nasr, pembahagiannya ialah:
(i) Ala iaitu bagi huruf tho;
(ii) Awsat iaitu bagi huruf jim; dan
(iii) Adna iaitu bagi huruf qaf, ba dan dal.

Huruf Qalqalah berada dalam kalimah dalam beberapa keadaan. Kadang-
kadang ia berada:
x Di pertengahan kalimah seperti:
Surah al-Araf: 81


Surah Nuh: 14


x Di hujung kalimah seperti:
Surah al-Baqarah: 102


Surah Al-Imran:120


Abdul Latif Faiz Daryan membahagikan sifat Qalqalah seperti berikut
(rujuk Rajah 7.3).

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

133

Rajah 7.3: Pembahagian Qalqalah
Mari kita lihat pembahagian tersebut satu persatu.
x Peringkat Pertama
Dinamakan Qalqalah al-Kubra iaitu apabila huruf Qalqalah bertasydid
(bersabdu) dan diwaqafkan padanya seperti di dalam Surah al-Baqarah:
61


x Peringkat Kedua
Dinamakan Qalqalah al-Wusta iaitu apabila huruf Qalqalah sakinah
(berbaris mati) dan diwaqafkan padanya seperti di dalam Surah
Ibrahim: 14


x Peringkat Ketiga
Dinamakan Qalqalah al-Sughra iaitu apabila huruf Qalqalah sakinah
(berbaris mati) berada di tengah kalimah seperti di dalam Surah al-
Baqarah: 75




Mahmud Khalil al-Husari telah menyebut pandangan ulama tentang cara
bacaan pada huruf Qalqalah kepada dua pandangan:

x Pandangan Pertama
Jumhur menyatakan pantulan bunyi daripada Qalqalah ialah condong
kepada fathah (baris atas) sama ada huruf sebelumnya berbaris
dhammah (hadapan) seperti di dalam Surah al-Araf: 147

atau sebelumnya berbaris fathah (atas) seperti di dalam Surah


X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

134
Ghafir: 40

atau sebelumnya berbaris kasrah (bawah)


seperti di dalam Surah Sad: 22.

.

x Pendapat Kedua
Sebahagian ulama menyatakan bunyi Qalqalah ialah mengikut baris
sebelumnya jika sebelumnya berbaris fathah (atas) bunyinya seakan
berbaris fathah (atas), jika sebelumnya berbaris dhammah (hadapan)
bunyinya seakan berbaris dhammah (hadapan), dan jika sebelumnya
berbaris kasrah (bawah) maka bunyinya seakan berbaris kasrah
(bawah).

Menurut al-Husari lagi, kebanyakan para ulama tajwid beramal dengan
mazhab yang pertama dengan berdalilkan kepada syair:



Bermaksud: Bunyi Qalqalah lebih hampir kepada baris fathah (atas) dan
jangan kamu mengikut baris sebelumnya.

(c) Al-Lin
Al-Lin dari sudut bahasa bermaksud lembut dan mudah. Menurut ulama
tajwid, al-Lin bermaksud mengeluarkan huruf dari makhraj tanpa
keberatan pada lidah.

Sifat ini adalah sifat lazimah kepada dua huruf iaitu huruf wau dan ya
yang berbaris sukun (mati) dan sebelumnya huruf yang berbaris fathah
(atas). Contoh al-Lin ialah seperti berikut:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Baqarah: 263

Surah al-Fatihah: 4

Surah al-Baqarah: 38

Surah al-Baqarah: 255

Surah al-Baqarah: 254

Surah Quraish: 1


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

135
(d) Al-Inhiraf
Al-Inhiraf dari sudut bahasa ialah condong kepada sesuatu. Menurut
ulama tajwid, al-Lin bermaksud sebutan huruf menjadi condong ke arah
makhraj huruf yang lain ketika menyebutnya.

Al-Inhiraf adalah sifat yang lazim kepada dua huruf iaitu huruf lam dan
ra. Huruf lam condong kepada hujung lidah dan ra pula condong ke arah
belakang lidah dan cenderung sedikit ke arah lam.

(e) Al-Takrir
Al-Takrir dari sudut bahasa ialah mengulang-ulang sesuatu. Menurut
ulama tajwid, al-Takrir bermaksud getaran pada hujung lidah ketika
menyebut hurufnya. Sifat al-Takrir merupakan sifat lazimah kepada
huruf ra.

Menurut al-Imam Makki di dalam kitabnya al-Riayah: Huruf ra
merupakan huruf yang memiliki sifat al-Takrir dan ia amat jelas sekiranya
berada dalam keadaan tasydid (bersabdu). Ketika itu, pembaca mestilah
membunyikan takrirnya dan jangan menzahirkannya. Sekiranya
dizahirkan sifat al-Takrir, maka dia telah menukarkan huruf ra yang
bertasydid kepada beberapa huruf.

Menurut al-Allamah al-Jabari, cara yang selamat ketika menyebut sifat al-
Takrir ialah dengan melekatkan hujung lidahnya ke atas lelangit secara
sempurna dengan sekali sahaja tanpa menggetarkannya. Sekiranya berlaku
getaran, maka setiap getaran itu adalah dianggap satu huruf ra. Oleh itu,
sifat al-Takrir yang terdapat pada huruf ra wajib diketahui oleh pembaca
untuk menjauhinya, bukan untuk mengamalkannya.

Al-Marasyi pula menjelaskan, bukanlah maknanya menyembunyikan
keseluruhan sifat al-Takrir dengan tidak menggetarkan hujung lidah secara
keseluruhan, tetapi dengan menguatkan lekatan lidah ke lelangit atas
supaya tidak menjelaskan sifat al-Takrir dan getaran dari pendengaran. Ini
bagi mengelakkan lahirnya huruf-huruf ra yang lain.

(f) Al-Tafasysyi
Al-Tafasysyi dari sudut bahasa bermaksud bertebaran dan luas. Menurut
ulama tajwid, al-Tafasysyi bermaksud hemburan angin dari mulut ketika
menyebut huruf syin sehingga sampai ke makhraj za. Huruf syin bersifat
al-Tafasysyi kerana ia juga mempunyai sifat al-Rakhawah iaitu suara lemah
ketika berpegang pada makhraj sehingga nafas terkeluar ketika
menyebutnya.

X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

136
Sebahagian ulama menjadikan al-Tafasysyi sebagai sifat kepada beberapa
huruf yang selain daripada huruf syin iaitu huruf fa, tha, shod, dhod, sin
dan ra. Walaupun begitu, al-Marasyi menjelaskan bahawa semua huruf-
huruf tersebut berkongsi mengeluarkan angin ketika menyebutnya. Tetapi
yang paling banyak keluar angin ialah pada huruf syin. Justeru, ulama
bersepakat menyatakan huruf syin memiliki sifat al-Tafasysyi dan tidak
dimiliki oleh huruf-huruf yang lain.

(g) Al-Istitolah
Al-Istitolah dari sudut bahasa ialah memanjang. Menurut ulama tajwid, al-
Istitolah bermaksud memanjangkan suara daripada awal salah satu tepi
lidah hinggalah ke akhirnya. Sifat al-Istitolah merupakan sifat lazimah
kepada huruf dhod. Ia berpanjangan dalam makhrajnya sehingga sampai
ke makhraj lam.

Terdapat perbezaan antara al-Istitolah dan mad. Walaupun kedua-duanya
mempunyai suara panjang ketika menyebutnya, sifat al-Istitolah
bermaksud memanjangkan suara pada makhrajnya yang muhaqqaq. Mad
pula bermaksud memanjangkan ketika menyebut huruf-hurufnya tanpa
kekangan pada makhrajnya dan hanya akan berakhir dengan sebab
berakhirnya nafas. Jadual 7.2 menjelaskan nama-nama sifat huruf dan
pengertiannya dari sudut istilah.

Jadual 7.2: Nama-nama Sifat Huruf dan Pengertiannya dari Sudut Istilah
Nama Sifat Pengertian
Al-Hams Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana
lemahnya suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan
nafas boleh terkeluar.
Al-Jahr Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya
suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas
daripada terkeluar.
Al-Syiddah Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya
suara berpegang pada makhraj sehingga menahan suara
daripada terkeluar.
Al-
Rakhawah
Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana
lemahnya suara berpegang pada makhraj sehingga suara
terkeluar ketika menyebutnya.
Al-Istila Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-
hurufnya.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

137
Al-Istifal Merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut huruf-
hurufnya.
Al-Itbaq Sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan
lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.
Al-Infitah Renggangan antara lidah dengan lelangit ketika menyebut
huruf-hurufnya.
Al-Izlaq Mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar
dari hujung lidah dan sebahagian lain keluar dari dua bibir.
Al-Ismat Mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam
kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat
menyebutnya.
Al-Safir Desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan
hujung lidah.
Qalqalah Lebihan atau pantulan suara yang berlaku pada makhraj
selepas tekanan padanya.
Al-Lin Huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang lain
ketika menyebutnya.
Al-Inhiraf Sebutan huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang
lain ketika menyebutnya.
Al-Takrir Getaran pada hujung lidah ketika menyebut hurufnya.
Al-
Tafasysyi
Hemburan angin dari mulut ketika menyebut hurufnya.
Al-Istitolah Memanjangkan suara daripada awal salah satu tepi lidah
hinggalah ke akhirnya.
7.2.3 Sifat-sifat Huruf Lemah, Kuat dan Sederhana
Berdasarkan perbincangan sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa
sifat-sifat huruf yang lemah, kuat dan sederhana boleh digambarkan
berdasarkan Rajah 7.4, 7.5 dan 7.6.

X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

138

Rajah 7.4: Sifat-sifat huruf yang lemah


Rajah 7.5: Sifat-sifat huruf yang kuat

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

139


Rajah 7.6: Sifat-sifat huruf yang sederhana




GHUNNAH (Dengung)
Al-Quran sebagai Kalam Allah mempunyai kaedah bacaan tertentu yang tidak
terdapat dalam percakapan manusia. Antara kaedah tersebut ialah membaca
dengan ghunnah pada tempat-tempat tertentu. Pembaca al-Quran mestilah
menunaikan hak setiap huruf mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
7.3.1 Takrif Ghunnah, Huruf-huruf dan Makhrajnya
Ghunnah dari sudut bahasa ialah suara dengung yang keluar dari rongga
hidung tanpa melibatkan peranan lidah.

7.3
SEMAK KENDIRI 7.2
1. Nyatakan lima sifat huruf yang berlawanan dan lima sifat huruf
yang tunggal berserta contoh.
2. Jelaskan pembahagian sifat huruf dari sudut lemah, kuat dan
sederhana.
X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

140
Dari sudut istilahnya pula, ghunnah ialah suara dengung yang terhasil ketika
menyebut huruf nun dan mim. Ini bermakna suara ghunnah merupakan sifat
yang lazim bagi huruf nun dan mim sama ada ketika kedua-duanya berada
dalam keadaan berbaris atau sakinah (berbaris mati). Suara ghunnah juga
berlaku dalam keadaan izhar atau idgham atau ikhfa.

Huruf-huruf ghunnah hanya ada dua iaitu huruf nun dan mim. Namun perlu
diketahui bahawa huruf nun memiliki sifat ghunnah yang lebih kuat berbanding
dengan huruf mim.
Makhraj bagi sifat ghunnah adalah dari makhraj khaisyum iaitu rongga hidung
yang menghala ke dalam mulut. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ia
berada di pangkal hidung di mana suara dengung dengan kesemua keadaannya
keluar daripadanya. Sekiranya seseorang menutup hidungnya (bahagian
khaisyum), maka huruf nun dan mim yang cuba disebut akan kedengaran tidak
sempurna.
7.3.2 Tingkatan-tingkatan (Maratib) Ghunnah
Jumhur ulama tajwid berpendapat bahawa ghunnah mempunyai lima maratib.
Kedudukannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.


Rajah 7.7: Maratib ghunnah
TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

141
Mari kita bincang martabat-martabat tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Martabat yang Pertama
Huruf-huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) sama ada dalam satu
atau dua kalimah. Contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu)
dalam satu kalimah adalah seperti berikut:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Ahzab: 35

Surah Toha: 78











Manakala contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) dalam dua
kalimah terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut:

(i) Idgham nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin (baris dua) ke dalam
huruf nun dan mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Syuara: 4

Surah al-Nur: 33


(ii) Idgham mim sakinah (berbaris mati) ke dalam mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Baqarah: 249


(iii) Idgham mutajanisain soghir iaitu idgham huruf ba sakinah (berbaris
mati) ke dalam huruf mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah Hud: 42





X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

142
(iv) Idgham lam al-Syamsiyyah ke dalam huruf nun. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Baqarah: 257

Surah al-Takathur: 8


Sebagai kesimpulan, kesemua huruf nun dan mim yang berbaris
tasydid (sabdu) wajib dijelaskan sifat ghunnahnya.

(b) Martabat yang Kedua
Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang diidghamkan ke
dalam huruf wau atau ya. Ia juga dikenali sebagai idgham bi ghunnah.
Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Zalzalah: 6

Surah Quraish: 4


(c) Martabat yang Ketiga
Huruf nun atau tanwin dan mim yang diikhfakan ke dalam huruf-huruf
selepasnya. Keadaan ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

(i) Ikhfa nun sakinah dan tanwin pada huruf-huruf ikhfa yang lima
belas. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Buruj: 11

Surah al-Ghasyiah: 23


(ii) Ikhfa huruf mim pada huruf ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Maidah: 49


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF W

143
(iv) Ikhfa huruf mim yang ditukar daripada nun sakinah dan tanwin
ketika berjumpa dengan huruf ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Syams: 14

Surah al-Anam: 70


(d) Martabat yang Keempat
Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang bertemu dengan
huruf-huruf izhar. Ia juga dikenali sebagai izhar halqi. Begitu juga dengan
huruf mim sakinah (berbaris mati) yang bertemu dengan selain daripada
huruf mim dan ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Fatihah: 7

Surah al-Baqarah: 5


(e) Martabat yang Kelima
Huruf nun dan mim yang berbaris tanpa tasydid (sabdu) dan tanpa
mengira apa jua barisnya sama ada berbaris fathah (atas), kasrah (bawah)
atau dhammah (depan). Contohnya:

Surah Contoh Ayat
Surah al-Maidah: 69

Surah al-Baqarah: 257

7.3.3 Kadar Bacaan Ghunnah
Kadar panjang bagi bacaan ghunnah ialah sebanyak dua harakat. Bentuk
perkiraan dua harakat ialah sama ada dengan menggenggam dua jari tangan
atau melepaskan genggaman tersebut.

X TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

144


x Pengajian tentang sifat huruf memerlukan penelitian berterusan bagi
memastikan setiap huruf disebut dengan tepat dan sempurna mengikut sifat-
sifatnya.
x Penguasaan sifat huruf ini sangat penting untuk mencapai bacaan secara
fasohah (gaya bahasa Arab).
x Ukuran bacaan yang tepat adalah sejauh mana seseorang dapat menunaikan
semua kehendak sifat-sifat huruf.
x Dengan mengetahui sifat-sifat huruf, ia dapat meneruskan kesinambungan
bacaan yang tepat sebagaimana al-Quran diturunkan.


Ghunnah
Maratib
Sifat huruf berlawanan
Sifat huruf kuat
Sifat huruf lemah
Sifat huruf sederhana
Sifat tunggal
Tafkhim
Tarqiq



1. Nyatakan takrif ghunnah dari sudut bahasa dan istilah serta
jelaskan makhrajnya.
2. Sila jelaskan maratib ghunnah dan sebutkan tiga daripadanya.
3. Nyatakan bagaimana membuat pengiraan ghunnah.
SEMAK KENDIRI 7.3

You might also like