You are on page 1of 3

Ciri-Ciri kajian tindakan sekolah

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-
penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal
bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran
penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.
(a) Elemen Reflektif
Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk
mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan
tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh
individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang
dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa
mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah
selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap
aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.
(b) Elemen Penglibatan
Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan
terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini
memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang
terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang
paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di
samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan,
kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut.
Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar
dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang
lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.
(c) Elemen Lingkaran
Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui.
Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan
penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama-
merancang, bertindak, memerhati, mereflek tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan
dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian
muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi,
maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada
kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di
bawah penyelidikan sedia ada.
Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam
dua aspek iaitu:
1. Aspek pendekatan kajian
Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran
Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang sistematik
melalui kritikan yang membina
Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar
Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.
2. Aspek alam persekitaran kajian
Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah
Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif
Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah
Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan


Langkah dalam penyediaan cadangan penyelidikan
APA PERLU ADA DALAM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN

Apakah Itu Kertas Cadangan/Usulan/Proposal?
Penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal mengandungi sasaran
pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan permasalahan
yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah yang akan digunakan.

Proposal mengandugi:
i. Pendahuluan
ii. Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajian
iii. Tujuan/Objektif
iv. Sorotan/tinjauan/susastera
v. Teori dan definisi konsep. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi kepada
proposal. Apakah yang pengkaji lain kata mengenai bidang yang hendak anda kaji. Apakah teori
yang berkaitan.
vi. Implikasi kajian. Adakah kajian ini relevan/ signifikan/penting/membri faedah
vii. Kesimpulan
viii. Rancangan Penyelidikan (Milestone)
ix. Rujukan


Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical
action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan
bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-
pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan
pendidikan atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis
teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak
bergantung pada fasilitator tersebut.

Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara
bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-pengamalnya. Sementara
kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama
secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh
pengamal dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan
demokrasi.
Mengikut mereka tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan
kecekapan amalan pendidikan atau lebih bertumpu pada produk. Projek di bawah jenis ini
dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung
pada fasilitator tersebut.
Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal peyelidik secara
bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi kendiri pengamal-pengamal.
Manakala kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik
bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi sama rata. Pengamal bebas daripada
mengikut cara tradisi dan membuat keputusan secara demokratik.

You might also like