You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA BIL 1/2014

SK DIJIH, SELANGAU

Tarikh : 6 Mac 2014
Masa : 2.30 ptg 4.30 PTG
Tempat : Makmal Komputer SK Dijih
Senarai Kehadiran:
BIL NAMA JAWATAN
1 Encik Patrick Rudy Sela Ketua Panitia Bahasa Malaysia
2 Cik Wan Nurhaslinda Wan Mazuki Guru Bahasa Malaysia T6
3 Cik Anirawati binti Dahari Guru Pra Sekolah
4 Cik Kiah Sakudan Guru Bahasa Malaysia T5
5 Pn Safarina bt Saibi Guru Bahasa Malaysia T1
6 En Benjamin Ragai Guru Bahasa Malaysia T5
7 Pn Nordiyana bt Usop Guru Bahasa Malaysia T2

Tidak Hadir:
BIL NAMA JAWATAN SEBAB TIDAK
HADIR
1 En James anak Kubu Guru Bahasa Malaysia T3 Cuti sakit
2 Pn Lemi anak Gratong Guru Pra Sekolah Cuti sakit

Agenda Mesyuarat:
1. Kata-kata aluan Ketua Panitia
2. Perkara/Agenda
3. Hal-hal lain
4. Penutup











1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA
1.1 Ketua panitia mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada semua
guru yang hadir di dalam mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia bil 1/2014.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membuat perancangan aktiviti sepanjang
tahun di bawah Panitia Bahasa Malaysia. Perancangan aktiviti pada tahun ini
adalah secara menyeluruh melibatkan Tahun 1 hingga Tahun 6. Program yang
akan dilaksanakan diharap dapat meningkatkan lagi peratus kelulusan murid di
dalam subjek Bahasa Malaysia terutama murid Tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan UPSR.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Malaysia

2. PERKARA/AGENDA

2.1 Fail Perkembangan Murid
2.1.1 Setiap guru kelas Tahun 1 hingga tahun 3 perlu menyediakan fail
perkembangan murid manakala guru Tahun 4 tidak perlu menyediakan
fail perkembangan murid kerana pencapaian murid akan direkodkan
secara offline(excel )
2.1.2 PBS pada setakat ini masih ditangguhkan berdasarkan arahan dari
Kementerian Pendidikan, tetapi pelaksanaan KSSR masih diteruskan
seperti biasa.
2.1.3 Segala rekod berkaitan dengan pentaksiran KSSR perlu direkodkan ke
dalam fail transit supaya memudahkan guru untuk memasukkan data
apabila sistem dibuka kelak.

Tindakan: Semua guru Bahasa Malaysia Tahun 1 hingga 3

2.2 LINUS

2.2.1 Hasil dapatan semasa mengikuti Mesyuarat Verifikasi data LINUS 2013,
sekolah kita untuk Tahun 1 dan Tahun 2 pada 2013 mempunyai
pencapaian kurang memberansangkan. Oleh itu, pada tahun 2014, usaha
perlu dipertingkatkan supaya pencapaian murid dapat ditingkatkan dan
mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai 3M.
2.2.2 Program I-Smart yang pernah dijalankan sebelum ini boleh dijalankan
secara tidak rasmi di luar waktu sekolah iaitu setiap Isnin 2.30 hingga
4.30 petang melibatkan murid yang tidak menguasai sahaja.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Malaysia Tahun 1 hingga Tahun 3




2.3 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

2.3.1 Berdasarkan penilaian yang dijalankan ke atas murid Tahun 6,
kebanyakkan murid masih lemah dalam bahagian Penulisan terutama
karangan berformat. Punca masalah tersebut antaranya adalah murid
jarang membaca buku cerita bahasa Malaysia dan sering berkomunikasi
dalam bahasa Iban.
2.3.2 Guru-guru perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah murid yang
sering berkomunikasi di dalam bahasa Iban dan menggalakkan mereka
membaca buku.

Tindakan: Guru Tahun 6 dan semua guru Bahasa Malaysia

2.4 Format Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

2.4.1 Format Rancangan Pengajaran Harian untuk KSSR masih menggunakan
format yang sama. Manakala untuk KBSR iaitu Tahun 5 dan Tahun 6
format rancangan pengajaran harian masih menggunakan format yang
sedia ada. (Rujuk Lampiran 1 dan 2)

Tindakan: Semua guru Bahasa Malaysia

2.5 Buku Teks Tahun 1 hingga Tahun 4

2.5.1 Guru perlu mengajar berpandukan buku teks manakala buku latihan lain
boleh digunakan untuk latihan sampingan sahaja.

Tindakan: Semua guru Bahasa Malaysia

2.6 Aktiviti Sepanjang Tahun

2.6.1 Bulan Bahasa Peringkat Sekolah SK Dijih ( Bulan Mei )
2.6.1.1 Kuiz Bahasa Malaysia antara rumah sukan
2.6.1.2 Pertandingan bercerita
2.6.1.3 Aktiviti akan dibincangkan semasa mesyuarat Bulan Bahasa akan
datang

2.6.2 Aktiviti Bulanan Kelas:
2.6.2.1 NILAM
2.6.2.2 PLBS
2.6.2.3 PROTIM
2.6.2.4 LINUS
2.6.2.5 I SMART
2.6.2.6 Mana-mana aktivit yang dirancang oleh guru kelas
Setiap keputusan perlu diserahkan kepada ketua panitia setiap akhir bulan.

2.6.3 Papan Buletin Bahasa Malaysia
Papan buletin betujuan untuk menghebahkan perkara-perkara di bawah
panitia Bahasa Malaysia seperti pemenang bulanan untuk aktiviti bulanan
kelas. Cikgu Wan Nurhaslinda bertanggungjawab menjadi penyelaras
papan buletin Bahasa Malaysia

Tindakan: Semua guru Bahasa Malaysia

3. HAL-HAL LAIN

3.1 PLC (Cikgu Kiah Sekudan)
3.1.1 PLC (Professional Learning Community) merupakan sebahagian daripada
inisiatif Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran
guruvdan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
3.1.2 Beliau mencadangkan supaya guru-guru di SK Dijih menggunakan dua
pendekatan yang terdapat dalam PLC iaitu bimbingan rakan sebaya guru
atau pembimbing instruksi dan sesi perkongsian guru.
3.1.3 Beliau juga menyarankan supaya semua guru bersedia untuk
menentukan KPI untuk setiap matapelajaran dan juga KPI peringkat
sekolah.
3.1.4 Aktiviti panitia juga perlu diadakan secara aktif.

Tindakan: Semua guru Bahasa Malaysia

4. PENUTUP
4.1 Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dengan cadangan Cikgu
Wan Nurhaslinda dan disokong oleh Cikgu Bejamin ak Ragai


Disediakan oleh, Disahkan oleh,



(SAFARINA BINTI SAIBI) (PATRICK RUDY SELA)
Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Dijih Sekolah Kebangsaan Dijih

































Rancangan Pengajaran Harian (Tahap 1 KSSR)
Tema:
Tajuk:
Tarikh:
Masa:
Standard Pembelajaran:
Objektif:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1.
2.
3.
4.
5.
Pemulihan

Penggayaan
Pengisian Kurikulum: Ilmu:
Nilai:
EMK:
KB:
BCB:
Sistem Bahasa:
BBM:
Penilaian Pengajaran & Pembelajaran:
Refleksi:
Lampiran 1



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TAHAP 2 KBSR)
Matapelajaran:
Kelas:
Masa:
Tema:
Tajuk:
Fokus Utama:
Fokus Sampingan:
Objektif:
Aktiviti:
Refleksi:
Lampiran 2

You might also like