You are on page 1of 18

1

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN
2
2
PENGENALAN
3-4
3
TUJUAN
5
4
OBJEKTIF KAJIAN
6
5
PROSEDUR
7-12
6
EKSPLORASI
13-14
7
KESIMPULAN
15
8
REFLEKSI
16
9
RUJUKAN
17
10
LAMPIRAN
18


2

PENGHARGAAN


Alhamdulilah,saya ingin memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi
kesabaran dan juga telah memudahkan segala urusan saya dalam melaksanakan kerja kursus
ini.Selain itu,saya ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Zaifahmi kerana telah
memberi tunjuk ajar untuk membuat rangka kuadrat dengan sempurna.Seterusnya,kepada guru
matematik tambahan saya iaitu cikgu Zahidah yang telah memberi tunjuk ajar semaksimum
mungkin bagi menjayakan kerja kursus ini.Tanpa beliau sudah pasti kerja kursus ini tidak dapat
disiapkan dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada cikgu Bahtia yang sanggup mengorbankan
masanya bagi membantu saya untuk meyiapkan kerja kursus ini.Saya juga ingin mengambil
kesempatan untuk megucapkan terima kasih kepada cikgu Fauzi iaitu guru biologi yang telah
membantu saya untuk mencari maklumat.Penghargaan ini juga saya dedikasikan kepada rakan-
rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Akhir sekali,
kepada kedua- kedua ibu bapa saya yang telah memberi semangat dan dorongan kepada saya
daripada mula sehinggalah tamat kerja kursus ini.Akhir kata,saya menggulung sejuta
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya.Tanpa anda semua
sudah pasti kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Terimalah
serangkap pantun sebagai penutup kata.



Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih saya ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

3

PENGENALAN
Populasi ialah sekumpulan individu dari spesis yang sama yang saling membiak untuk
menghasilkan anak subur.Individu-individu ini hidup di habitat yang sama atau dalam kawasan
geografi yang jelas pada masa yang sama.Seturnya,saiz populasi suatu spesis dalam suatu
kawasan atau habitat dipengaruhi oleh komponen biosis dan abiosis.Anggaran saiz populasi
dalam suatu kawasan mungkin relative (subjektif) atau mutlak (objektif).Kaedah subjektif tidak
seragam ,hal ini kerana pengkaji yang berlainan mungkin menggunakan syarat-syarat yang
berbeza untuk skala kelimpahan.Kaedah objektif termasuk penggunaan kuadrat dan kaedah
tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula.
Teknik persempelan dijalankan apabila suatu kawasan yang diselidik adalah besar dan
adalah tidak mungkin untuk mendapatkan data untuk setiap bahagian.Sampel yang mewakili
kawasan tersebut diambil untuk memberikan anggaran yang lebih kurang tepat tentang
kelimpahan dan corak taburan organism tertentu yang menduduki kawasan tersebut.
Dalam projek matematik tambahan ini,saya menggunakan teknik persampelan
menggunakan kuadrat.Teknik persampelan kuadrat biasa digunakan untuk mengkaji populasi
tumbuhan.Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengkaji populasi haiwan yang tidak aktif
atau bergerak dengan amat perlahan.Kuadrat rangka ini diperbuat daripada rangka PVC,tali
tangsi (warna hijau).Kuadrat rangka biasanya membentuk segi empat luas kawasan yang
diketahui ,contohnya 1m
2
.Saiz kuadrat bergantung pada :
a) jenis dan saiz organisma yang disampel
b) kawasan yang dikaji
c) masa yang dimiliki untuk menjalankan persampelan
Teknik persampelan kuadrat adalah rawak dan bersistem.Teknik ini digunakan untuk
menggarkan populasi pokok semalu di kawasan padang sekolah.
Pokok semalu atau dengan nama saintifiknya Mimosa pudica yang berasal dari
perkataan latin iaitu pemalu,segan dan mengecut.Pokok semalu merupakan tumbuhan merayap
semusim.Daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh.Selapas beberapa minit
daunnya akan kembali terbuka.Mimosa pudica merupakan tumbuhan tempatan yang berasal dari
Brazil ,tetapi kini adalah rumpai tropika raya.Batang pokok Mimosa pudica tegak semasa muda
dan menjalar apabila ia sudah matang.Mimosa pudica juga mempunyai dahan yang
halus,bercabang dan berduri tajam yang jarang.Daunnya kupuan,dengan satu atau dua pasang
pinnae dan setiap pinna mempunya 10-26 daun kecil.Petioles juga mempunyai duri.
4

Mimosa pudica dianggap sebagai rumpai kerana ia mempunyai duri yang tajam .Selain
itu Mimosa pudica juga merupakan rumpai yang tegar.Hal ini disebabkan ,walaupun ia dipotong
umbinya mampu menumbuhkan pucuk yang baru.Mimosa pudica membiak malalui biji benih.





5

TUJUAN


Kerja projek ini bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan Mimosa
Pudica dan juga kesannya terhadap ekosistem .

6

OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir kerja projek ini pelajar akan dapat:
i) menentukan luas kawasan litupan Mimosa pudica di padang sekolah,
ii) mengkaji kesan pertumbuhan Mimosa pudica ke atas padang sekolah dan
ekosistem,jika dibiarkan tanpa kawalan,
iii) menyatakan faedah dan kegunaan Mimosa pudica.



7

PROSEDUR
BAHAGIAN 1
(A) DAPATAN KAJIAN
Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Total
Bilangan
tumbuhan
2 2 5 2 5 2 5 5 6 1 3.5
Bilangan grid
yang
mengandungi
Mimosa
pudica
50 47 19 21 18 8 12 41 45 5 26.6
Luas litupan
area(m)
0.25 0.22 0.04 0.04 0.03 0.01 0.01 0.17 0.20 0.00 0.10
Peratusan
litupan
Mimosa
pudica(%)
50 47 19 21 18 8 12 41 45 5 26.6
JADUAL 1

8

(B) KETUMPATAN DAN PERATUS














(C) PERATUS LITUPAN

Tahun 1 2 3 4 5
Peratus
litupan
26.60 27.93 29.33 30.79 32.33
Peningkatan
5%
terhadap
peratus
litupan
27.93 29.33 30.79 32.33 33.95
JADUAL 2

kuadrat luas grid Bilangan
grid semua dalam bilangan Jumlah
Ketumpatan


5 . 3 Ketumpatan

grid Bilangan
100% pudica Mimosa grid Bilangan
Peratus


26.6 Peratus
9

(D) PENINGKATAN PERATUS LITUPAN


(E) Peratus litupan Mimosa pudica untuk tahun ke-5 = 32.33

(F) Jujukan geometri bagi peratus litupan pada jadual 3
a, ar, ar
2
, ar
3
, ., ar
n
a, a(1 + i), a(1 + i)
2
, a(1 + i)
3
,.., a(1 + i)
n

G) Hasil tambah n sebutan pertama bagi jujukan yang dibentuk di (f)

1
) 1 (

r
r a
S
n
n



1 1
1 ) 1 (

i
i a
S
n
n


i
a i a
S
n
n

) 1 (

H) Tentukan :
i) sebutan ke-n dan,

1

n
n
ar T

1
) 1 (


n
n
i a T

1
) 05 . 0 1 ( 60 . 26


n
n
T

1
) 05 . 1 ( 60 . 26

n
n
T


Tahun 1 2 3 4 5
Peratus
litupan
a ai ai
2
ai
3
ai
4

Peningkatan
5% terhadap
peratus
litupan
ai ai
2
ai
3
ai
4
ai
5

10

ii) hasil tambah n sebutan pertama berdasarkan dapatan

05 . 0
60 . 26 ) 05 . 1 ( 60 . 26

n
n
S
532 ) 05 . 1 ( 532
n
n
S
) 1 05 . 1 ( 532
n
n
S


11

BAHAGIAN 2

(A) Berdasarkan dapatan anda di Bahagaian1 ,dan dengan mengandaikan bilangan Mimosa
pudica tumbuh pada kadar 5% setiap tahun ,anggarkan (untuk 5 tahun akan datang).
i) Jumlah bilangan Mimosa pudica,

1
) 1 (


n
n
i a T
4
) 05 . 0 1 ( 5 . 3
n
T
7 . 14
n
T
ii) Peratus litupan Mimosa pudica,
1
) 1 (


n
n
i a T
4
) 05 . 0 1 ( 6 . 26
n
T
72 . 111
n
T
iii) Ketumpatan Mimosa pudica,
1
) 1 (


n
n
i a T
4
) 05 . 0 1 ( 5 . 3
n
T
7 . 14
n
T








12

(B) Jika Mimosa pudica di padang sekolah anda dibiarkan tidak diurus ,nyatakan kesan dan
implikasi kepada ekosistem.

Mimosa pudica mendatangkan kesan-kesan yang negatif terhadap ekosistem.Antaranya
ialah aktiviti-aktiviti di padang tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang. Hal ini
disebabkan, Mimosa pudica mempunyai duri yang tajam disepanjang dahannya,oleh sebab
itu pelajar akan terpijak Mimosa pudica boleh mengakibatkan kecederaan di tapak
kaki.Selain itu,Mimosa pudica yang kering boleh mengakibatkan kebakaran. Selain itu,
Mimosa pudica berpontensi untuk merosakkan dan mempengaruhi pertumbuhan tanaman
seperti jagung, tomato, kapas, kopi, pisang, kacang soya, betik dan juga tebu.

13



EKSPLORASI

Mimosa pudica atau lebih dikenali sebagai pokok semalu mempunyai kebaikkan dan
keburukkannya yang tersendiri.Ramai orang yang menggap bahawa pokok semalu ini membawa
impak-impak negative terhadap ekosistem.Namun begitu,setelah dikaji mereka mendapati
bahawa pokok semalu mempunyai banyak nilai perubatan.Menurut saintis Mimosa pudica yang
telah diekstrakkan boleh dapat membantu dalam mampercepatkan pergerakan filariform larvae
yang terdapat di dalam strongyloides stercoralis iaitu kurang daripada satu jam.Strongyloides
stercoralis merupakan parasite yang boleh hidup dalam badan manusia dan kewujudannya
menyebabkan penyakit dan bertindak sebagai parasite kepada manusia.Seterusnya,dalam
perubatan kontemperari,kajian telah menunjukkan ianya untuk menghasilkan compound
chemotherapeutic.Ianya juga mengandungi alkaloid yang dinamakan mimosine.Sesetengah
kajian juga ada menunjukkan bahawa akstrak akarnya boleh membantu untuk meneutralkan
racun daripada serangga dan gigitan ular yang berbisa seperti ular tedung.Mimosa pudica juga
berkebolehan untuk merencatkan mytoxicity dan aktiviti enzim yang ada dalam racun ular
tedung.
Walaubagaimanapun,Mimosa pudica juga digunakan dengan cara perubatan
tradisional.Menurut petua orang-orang pada zaman dahulu, daun Mimosa pudica boleh
digunakan untuk menghasilkan mandian.Seterusnya, batang dan daunnya pula digunakan untuk
merawat pada bahagian yang digigit binatang berbisa.Air daripada batang pokok Mimosa pudica
14

digunakan untuk merawat sakit tekak,demam dan juga batuk.Selain itu,akarnya pula digunakan
sebagai pelawas kencing,buah pinggang dan juga sakit perut.Akhir sekali, batang dan akar pokok
Mimosa pudica digunakan untuk mengubati kekajangan dan merawat tapak kaki dan tapak
tangan yang merekah.
Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa Mimosa pudica bukanlah semata-mata tumbuhan
yang tumbuh liar di padang sekolah dan hilaman rumah tetapi ia juga turut menyumbang kepada
perubatan dalam pelbagai penyakit.Mungkin juga,apabila dikaji dengan lebih mendalam
kemungkinan besar kita akan menemui pelbagai lagi kegunaan Mimosa pudica.
15

KESIMPULAN

Konklusinya, walaupun Mimosa pudica dianggap mendatangkan kesan-kesan negative
terhadap ekosistem dan menggangu aktiviti di padang sekolah tetapi ianya mempunyai
kebaikkannya yang tersendiri termasuklah boleh merawat pelbagai penyakit.

16

REFLEKSI


(1) Semasa menjalankan projek,apakah yang telah anda pelajari?
Semasa saya menjalankan projek ini, saya dapat mempelajari tentang kebaikkan-
kebaikkan Mimosa pudica terhadap alam sekitar dan manusia.Selain itu ,ia menjadikan saya
lebih bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar .Melalui projek matematik tambahan
ini juga ,saya dapat mengetahui tentang asal usul Mimosa pudica.Seturusnya ,saya juga dapat
mempelajari cara-cara menggunakan Microsoft Word dan sebagainya.


(2) Senaraikan nilai-nilai murni yang telah anda amalkan semasa melaksanakan projek ini.
Semasa melaksanakan projek ini,nilai- nilai murni yang telah saya amalkan ialah sifat
berkerjasama antara satu sama lain.Nilai murni ini dapat ditunjukkan semasa menyediakan
rangka kuadrat dan menghitung bilangan Mimosa pudica dalam setiap grid.Selain itu
,mestilah mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam diri.Seterusnya ialah jangan mudah
putus asa.Kita juga mestilah bijak dan berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan contohnya di dalam laman sesawang dan sebagainya.




17

RUJUKAN


http://muhammadnorazam.blogspot.com/2011/11/kelebihan-mimosa-pudica-semalu-kajian.html
http://translate.google.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/Mimosa_pudica
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Semalu
18

LAMPIRAN

You might also like