You are on page 1of 1

KHASIAT NAMA ASHABUL KAHFI

Al-Imam al-Naisaburi berkata: "Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa nama
Ashabul Kahfi sesuai untuk dijadikan perantara bagi mencari sesuatu, menyelamatkan
diri dan memadamkan kebakaran. Nama-nama mereka ditulis di atas seperca kain dan
dilemparkannya di tengah-tengah api. Bagi merawati bayi yang sentiasa menangis,
nama-nama mereka di letakkan di bawah kepala bayi itu di dalam buaiannya. Bagi
ladang tanaman, ditulis nama-nama itu di atas sehelai kertas dan diletakkan pada kayu
yang panjang, lalu kayu itu dipacak di tengah-tengah ladang. Ia juga boleh digunakan
untuk merawat penyakit seperti demam, sakit kepala, untuk mencari kekayaan, masuk
mengadap sultan-sultan iaitu dengan cara tulisan nama-nama mereka diikat pada
pahanya yang kanan. Manakala perempuan yang susah ketika bersalin pula, nama-nama
mereka diikat pada paha kiri. Demikian juga ia digunakan bagi tujuan menjaga harta,
belayar di laut dan menyelamatkan diri daripada terbunuh. Hanya Allah yang lebih
mengetahui akan kebenaran.
Di dalam satu riwayat ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya: " Ajarkanlah anak-anak kamu nama Ashabul Kahfi. Ini kerana kalaulah
nama-nama itu ditulis pada pintu rumah, (Insya Allah) rumah itu tidak terbakar, atau
jika ditulis pada barang-barang, ia tidak dicuri, atau di atas kapal, ia tidak karam."
Nama-nama mereka ialah Yamlikha, Makthalina, Mithlina, Marnusy, Dabarnusy,
Syazinusy, Kafasytitiyusy dan Qitmir (nama anjing). Demikian dinyatakan di dalam kitab
al-Majmu'ah al-Faidhiyyah.
Diriwayatkan daripada Abu Said Muhammad, seorang mufti katanya, " Saya pernah
bermimpi bertemu dengan Ashabul Kahfi, lalu saya bertanya kepada mereka, " Kami
menulis nama-nama kamu yang mulia untuk mengambil berkat dalam urusan-urusan
tertentu, namun kami tidak mendapati hasilnya. Lalu mereka mengkhabarkan kepada
saya, " Tulislah nama-nama kami dalam bentuk bulatan dan nama Qitmir berada di
tengah-tengahnya.." [ Lihat kitab Khazinatul Asrar, hlm. 72]

You might also like