You are on page 1of 17

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

1

PENGENALAN
Terdapat dua bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar iaitu ujian di dalam bentuk kertas
objektif dan ujian dalam bentuk esei. Kedua-dua bentuk ujian tadi memerlukan semakan jawapan
yang berbeza. Hal ini kerana, bentuk ujian di dalam kertas objektif perlu di jawab di dalam kertas
OMR manakala ujian berbentuk esei perlu dijawab secara bertulis oleh pelajar. Bagi jawapan di
dalam soalan objektif adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas
jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan
kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus
memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan esei atau karangan pula memerlukan guru
memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa sahaja berbanding dengan skrip
jawapan objektif. Lazimnya pemeriksaan skrip jawapan esei memerlukan guru-guru yang pakar
dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.
Pemarkahan soalan berbentuk esei atau karangan adalah boleh dijadikan alat pengukuran
yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM). Namun PMM
perlulah diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa. Hal ini
kerana, kecekapan dan keselarasan pemeriksa adalah perkara mesti, jika ujian itu ialah ujian
pencapaian dan pemeriksanya lebih seorang. PMM juga adalah salah satu perkara mesti bagi
soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Selain itu, memeriksa kertas berbentuk esei
terdapat berbagai faktor diluar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi
kebolehpercayaan pemarkahan.
Memeriksa skrip jawapan bagi soalan esei atau karangan merupakan proses mengukur dan
menilai di mana memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan
jawapan karangan atau esei berkait rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria tersebut
terbahagi kepada tiga iaitu kriteria isi kandungan, kriteria pengolahan dan kriteria proses. Kriteria
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

2

kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut
kehendak soalan. Bagi kriteria pengolahan adalah merujuk kepada kemahiran menghuraikan
maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat. Kriteria
yang terakhir adalah kriteria proses iaitu merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan,
kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan. Walaubagaimanapun,
PMM perlu disediakan. Hal ini kerana ujian sumatif contohnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) telah disediakan PMM oleh pihak yang bertanggungjawab.













SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

3

SOALAN 1 : APAKAH MAKSUD ISTILAH ANALITIK DAN HOLISTIK?
a) Pemarkahan Analitik
Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih
terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi
nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah pemarkahan analitik
bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang
terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah
diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan
proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga
kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan
diberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur
isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.
Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari 0 sehingga
6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagian
setiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan secara analtitik yang digunakan oleh
guru semasa menanda kertas peperiksaan pelajar.






SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

4


Markah Sebutan Kefahaman Tatabahasa Perbendaharaan
kata
Kelancaraan


5 Sebutan baku,
tidak ada
pengaruh dialek
atau bahasa
ibunda
Faham
dengan tepat
dan cepat.
Gerak balas
tepat dan
pantas.
Guna
tatabahasa
dengan tepat
dalam ayat-
ayat dan
membawa
makna yang
jelas dan tepat
Luas dan
menepati konteks
penggunaan.
Lancar dan
gaya yang
sesuai dan
menarik.
4 Terdapat
kesilapan sebutan
yang tidak serius
Faham
dengan baik
tetapi masih
tidak
memenuhi
kriteria.
Ada kesilapan
tetapi tidak
serius. Ayat
masih jelas dan
bermakna.
Luas dan terdapat
kesilapan tetapi
kurang ketara.
Lancar dan
masih ada
kelemahan
yang kurang
ketara.
3 Terdapat
kesilapan sebutan
yang ketara atau
dipengaruhi
dialek atau
bahasa ibunda.
Daya
kefahaman
sederhana.
Boleh
memberikan
gerak balas
tetapi agak
lambat dan
kurang tepat
Ada kesilapan
bahasa yang
jelas tetapi
keseluruhannya
masih jelas dari
segi makna
Perbendaharaan
kata kurang
meluas tapi
masih boleh
menggunakan
dengan betul
Sederhana.
Terdapat
gangguan
tetapi tidak
menonjol.
2 Terdapat banyak
kesilapan sebutan
yang ketara atau
dipengaruhi
dialek atau
bahasa ibunda
yang nyata
Daya
kefahaman
yang amat
lemah.
Lambat
memberikan
gerak balas
dan kurang
tepat
Terdapat
kesilapan yang
banyak dan
menunjukkan
penguasaan
yang agak
minimum
Perbendahraan
kata terbatas,
terdapat
kesilapan dalam
penggunaan
tatabahasa dalam
ayat
Tidak lancar.
Ada
gangguan dan
penyampaian
kurang
menarik
1 Sebutan yang
minimum. Hanya
boleh menyebut
sahaja
Lemah.
Lambat
memberikan
gerak balas
dan tidak
tepat
Terdapat
banyak sekali
kesilapan
sehingga
petuturan amat
sukar difahami
Terbatas.
Terdapat
kesilapan
penggunaan di
sana sini
Amat sukar
bertutur,
lambat dan
tergagap-
gagap


0 Langsung tidak
dapat menyebut
dengan betul
Tidak faham
langsung
Tidak
menguasai
langsung
Hanya boleh
bertutur sepatah
dua kata
Bertutur
hanya
beberapa
patah kata
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

5

b) Pemarkahan Holistik
Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk
memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei
yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan
pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas
pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi
sesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak
soalan. Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar
menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.
Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada enam kriteria berdasarkan dari markah 0
sehingga 6. Di sini terdapat contoh bagaimana skema pemarkahan holistik ditentukan oleh guru :
Markah Kriteria
5 Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan
berkesan
4 Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan
berkesan
3 Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan
memuaskan
2 Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah
1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah
0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah


SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

6

Kaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.
Kaedah Ordinal:
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa
perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:
y Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.
y Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik
diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.
y Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.
y Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar
yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.
Kaedah Nominal:
Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-
langkah yang berikut:
y Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred.
Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan
kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
y Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh
gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria
pengolahan, dan kriteria proses.
y Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang
difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang
disediakan.
y Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika
ada, pada gred-gred yang telah diberikan.
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

7

SOALAN 2: BEZAKAN ANTARA PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK?
Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbezaan antara pemarkahan analitik dan pemarkahan
holistik.
Perkara Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik
Skema Pemarkahan Sangat terperinci berdasarkan
unsur-unsur yang terkandung di
dalam jawapan
Sangat subjektif (Berdasarkan
andaian bahawa pelajar
mempunyai pandangan
menyeluruh ke atas keseluruhan
soalan)
Kriteria pemeriksa Semua guru boleh menggunakan
teknik ini termasuk yang kurang
pengalaman
Hanya guru yang berpengalaman
dan menguasai bidang
berkenaanmampu menggunakan
teknik ini
Unsur-unsur penting
dalam jawapan
Kandungan, pengolahan dan
proses
Apa sahaja aspek baik yang
terdapat di dalam jawapan

Kegunaan Peperiksaan Awam (peperiksaan
biasa)
Soalan berbentuk
pengkonsepsian

Skala Pemarkahan Skala Interval Skala Nominal dan skala Ordinal

Penyelarasan
pemarkahan
Skema pemarkahan dihuraikan
secara terperinci (meningkatkan
keobjektifan dan
kebolehpercayaan) boleh
disediakan secara bertulis
Mesyuarat penyelelarasan oleh
ketua pemeriksa dan pemeriksa
berkenaan diperlukan
Bentuk soalan Berstruktur iaitu setiap soalan
diperuntukkan markah tertentu
secara terperinci
Sesuai untuk soalan karangan
atau esei.


Bentuk jawapan Perlu dijawab secara terperinci,
seragam dan berstruktur
Jawapan tidak semestinya
seragam seperti skema yang
disediakan dimana sesuatu esei
memberikan pelbagai bentuk
luahan pemahaman pelajar

Bentuk markah Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5
(Cemerlang gagal)

Masa Panjang Bergantung kepada tahap
kemahiran pemeriksa


SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

8

Contoh Skema Pemarkahan Analitik berbanding Holistik.
Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik
Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasai
masalah tersebut.
Skema pemarkahan
Kriteria kandungan
a) Pencemaran air, udara dan bunyi.
(1 markah x 3 fakta = 3 markah)
Kriteria pengolahan
b) Punca pencemaran air.
Punca pencemaran bunyi.
Punca pencemaran udara.
(3 x 2 markah = 6markah)
Kriteria proses
c) Keaslian cadangan yang dikemukakan.
(2 x 3 markah = 6 markah)



SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

9












Gred /
Markah
Ciri Jawapan


Kriteria Taarif

Bahasa Isi Huraian Pengolahan

Gred A

(75% -100%)

Tepat Lancar, bersih Cukup Jelas dan
mencukupi
Susunan
yang teratur
dan kemas
Gred B

(60% -74%)
Masih tepat Masih lancar Hampir cukup Agak jelas dan
mencukupi
Susunan
teratur tapi
kurang
kemas
Gred C

(40% -59%)
Kurang
tepat
Tedapat beberapa
kesalahan tatabahasa
tetapi masih
dimaafkan
Isi kurang Kurang jelas Tiada
keseragaman
Gred D

(30% -39%)
Kurang
difahami
Ada kesalahan yang
tak dapat dimaafkan
Terpesong sipi Tidak jelas Tidak teratur
dan tidak
seragam
Gred E

(0 -29%)
Tidak
difahami
langsung
Kesalahan yang
banyak dan kelam
kabut
Terpesong sama
sekali
Tiada huraian
atau tidak jelas
sama sekali
Tiada olahan
atau tidak
seragam
sama sekali
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

10

Contoh Skema Pemarkahan Holistik.

Gred /
Markah
Ciri Jawapan


Gred A

(75% -100%)

y Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih.
y Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan.
y Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat
menarik.
y Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai.
y Hujah sangat logis dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan
fikiran.

Gred B

(60% -74%)
y Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat.
y Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik.
y Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit.
y Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalarn penulisan.

Gred C

(40% -59%)
y Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat.
y Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.
y Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan.
y Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.

Gred D

(30% -39%)
y Takrif terhadap tajuk karangan kurang difaharni.
y Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang
teratur.
y Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat
dimaafkan.
y Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap.

Gred E

(0 -29%)
y Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.
y Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur.
y Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam
kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.






SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

11

SOALAN 3: APAKAH KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK?
a) Kebaikan pemarkahan secara holistik.
Antara kebaikan pemarkahan holistik adalah pelajar bebas memberikan jawapan asalkan
tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Ini bermaksud, pemeriksa boleh memberikan
markah selagi jawapan pelajar tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.
Selain itu, pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang kerana
pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberi penekanan pada aspek isi kandungan, pengolahan
bahasa dan sebagainya. Di samping itu juga, pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada
seorang pemeriksa dan juga pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk
memastikan bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara mereka.
Kelebihan yang lain ialah pemeriksaan holistik ini dapat menilai jawapan secara
keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain
terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan
tentang sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermaksud, pemeriksa dapat menilai dan memberi
markah sekiranya pelajar memberi idea yang yang di luar jangkaan pemeriksa dan idea tersebut
dapat di terima dan tidak menyeleweng dari kehendak soalan. Kelebihan yang terakhir ialah
pemeriksa mengikhtiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara
kreatif dan inovatif.




SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

12

b) Kelemahan pemarkahan secara holistik.
Antara kelemahan pemarkahan holistik adalah pemeriksaan secara holistik ini memerlukan
pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan
sebagai pemeriksa. Ini kerana, dalam pemarkahan holistik, pemeriksaan secara menyeluruh di
lakukan di mana skima jawapan tidak disediakan secara terperinci dan cara ini amat subjektif
kerana pemeriksa perlu membaca kritikal untuk menyemak jawapan pelajar.
Di samping itu juga, pemarkahan holistik adalah pemarkahan secara umum tanpa memberi
perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara
ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar
di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum.
Selain itu, terdapat kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa
dan sukar hendak dijelaskan. Ini kerana setiap pemeriksa mempunyai pengalaman, pengetahuan
serta idea masing-masing dalam menentukan markah pelajar. Oleh sebab itu, mesyuarat
penyelarasan perlu diadakan untuk memastikan setiap pemeriksa memberi markah serta
memeriksa secara seragam dan sama di antara satu sama lain.
Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang
tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Kelemahan yang terakhir ialah
Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya
tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah
tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai
pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn pula merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi
markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang
berkebolehan.
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

13

SOALAN 4: APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIK?
a) Kelebihan Pemarkahan Analitik
Skrip jawapan pemarkahan secara analitik boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang
berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Ini kerana
pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Pemeriksa tidak perlu
mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau
tidak betul. Pemarkahan secara analitik memperincikan bidang pemarkahan sesebuah karangan.
Contohnya, sesebuah karangan dibahagikan pemarkahannya mengikut isi, perbendaharaan kata,
imbuhan, tanda baca dan ejaan. Justeru, pemeriksa yang kurang mahir akan dapat mempelajari
bagaimana untuk menilai sesebuah karangan yang baik.
Selain itu, skrip jawapan yang menggunakan kaedah analitik memadai diperiksa sekali
sahaja oleh pemeriksa. Hal ini demikian kerana pemarkahan diberikan adalah berdasarkan skrip
jawapan. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah di luar skrip jawapan, maka pemeriksa
tidak akan memberikan markah untuk jawapan tersebut. Namun, jika jawapan pelajar tidak tepat
sepenuhnya, sebahagian daripada markah penuh boleh diberikan kepada pelajar. Skema
pemarkahan yang terperinci juga memudahkan proses pemberian markah dengan tepat. Melalui
kaedah pemarkahan secara analitik, tugas pemeriksa menjadi lebih mudah kerana skema
pemarkahan atau skrip jawapan yang disediakan adalah terperinci dan jelas.
Pemarkahan secara analitik juga memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan
markah. Oleh sebab itu, cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi
atau rendah. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan
menyampaikan maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana
dan apa kelemahan mereka dengan jelas dengan menggunakan pemarkahan secara analitik.
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

14

Mereka berupaya untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Justeru, mereka dapat
memperbaikinya untuk menjamin kecemerlangan dalam bidang penulisan kelak.
Pemarkahan secara analitik lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya
pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Dengan adanya penyediaan skema jawapan yang
terperinci dengan menyenaraikan fakta yang dikehendaki dan pembahagian markah yang
sepatutnya, maka keobjektifan dan kebolehpercayaan sesuatu pemarkahan dapat ditentukan oleh
pemeriksa. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah
yang akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

b) Kelemahan Pemarkahan Analitik.
Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pemarkahan analitik. Di antaranya ialah
pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila
bilangan calon terlalu ramai. Hal ini akan memberikan sedikit tekanan kepada pemeriksa untuk
memeriksa kertas jawapan pelajar-pelajar kerana pemarkahan secara analitik memerlukan
pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu. Dengan itu
barulah markah dapat diberikan kepada pelajar mengikut jawapan yang diberikan oleh mereka.
Selain itu, kaedah pemarkahan secara analitik melibatkan pemeriksaan yang dilakukan
secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan. Kemahiran penulisan
merujuk kepada aspek khusus penulisan iaitu isi, tatabahasa, gaya bahasa dan lain-lain.
Pemarkahan secara analitik yang menekankan aspek kemahiran penulisan adalah pemarkahan
bagi subjek bahasa dan tidak diperlukan bagi subjek lain.
Pemarkahan secara analitik hanya memberi penekanan kepada fakta atau jawapan secara
terperinci semata-mata. Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

15

tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skima jawapan dalam
mengulangkaji pelajaran. Mereka juga tidak akan mengambil kira aspek kemahiran penulisan
dalam penulisan karangan mereka seperti penggunaan peribahasa, gaya bahasa yang menarik,
tatabahasa dan sebagainya apabila menjawab soalan berbentuk esei.
Dalam pemarkahan secara analitik, pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila
pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek
tersebut akan ditolak. Apabila hal sedemikian berlaku maka pelajar cenderung untuk mendapat
skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif
















SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

16

KESIMPULAN
Pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai banyak perbezaan terutama dari
segi skema pemarkahan, masa, bentuk jawapan, bentuk soalan dan lain-lain. Di samping itu,
pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang
tersendiri. Penambahbaikan dapat dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah analitik dan
holistic. Dalam menggunakan kaedah gabungan yang dipanggil pemarkahan elektik, di mana
contoh jawapan hendaklah disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu
menentukan ketepatan fakta. Selain daripada itu kaedah gabungan membolehkan perhatian diberi
kepada aspek perincian fakta dan pengolahan jawapan.
















SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

17

RUJUKAN
y Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan
y http://www.scribd.com/doc/6938792/PEMARKAHAN-KARANGAN
y Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA
y http://cadenet.upm.edu.my/eSATRIA/courses/NEWLECTRR1/document/pengujian
,_pengukuran_dan_penilaian.pdf?cidReq=NEWLECTRR1

You might also like