You are on page 1of 35

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MOD KURSUS DALAM CUTI
MODULPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN RENDAH
PSV3112
LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa
juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
KANDUNGAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
.
.
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
2.0Sipnosis
2.1Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
.
.
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
PANDUAN PELAJAR
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
PENGENALAN
Modul panduan pembelajaran ini disediakan bertujuan membantu pelajar
melengkapkan diri untuk menguasai ilmu dan kemahiran Lukisan dan
penyuburan diri . Kandungan buku ini terbahagi kepada dua tajuk iaitu :
i. Lukisan dan penyuburan diri
Setiap tajuk mengandungi beberapa aktiviti sebagai
pengukuhan pembelajaran. Pelajar boleh menggunakan kemudahan
Pembelajaran Melalui Talian(OLL) sebagai input tambahan serta
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pembelajaran secara ekses
kendiri dan perbincangan bersama rakan atau pensyarah juga membantu
pelajar untuk menjawab soalan tugasan. Pelajar perlu menyiapkan tugasan
aktiviti yang diberi dalam tempoh yang ditentukan.
Kandungan pembelajaran anda penting didokumentasikan untuk
tujuan refleksi kendiri. Pelajar juga perlu mengikuti setiap topik dalam buku ini
mengikut urutan agar berlaku perkembangan ilmu yang sistematik
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan
Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka
AGIHAN TAJUK (PSV3112)
Panduan kepada pengguna
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam
interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi
bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Bil. Tajuk/Topik
Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
1
Teori
Jenis-Jenis Lukisan
Figuratif dan non-figuratif
Arkitektural dan teknikal
Ilustrasi
Carta, rajah, graf
Fesyen
Lukisan perspektif
3
2
Alat dan Bahan
Jenis
- Pensel dan pensel warna
- Pastel
- Pen & ink
- Conte
- Marker
- Media campuran
- Arang
Penerokaan alat dan bahan
3
3
Pelbagai Fungsi Lukisan
Mengumpul dan menyampaikan
maklumat
Berkomunikasi
Luahan idea dan emosi
Bentuk dan makna
Ilustrasi
Dokumentasi budaya dan sejarah.
3
4
Lukisan Dalam Gubahan Pelbagai Aliran
dan Budaya
Pendekatan dari pelbagai tamadun
- Islam
- India
Bil. Tajuk/Topik
Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
- China
Kesan pengolahan teknik mengikut
pelbagai
- Budaya
- Zaman
- Stail
- Falsafah
Contoh karya lukisan daripada
pelbagai aliran dan budaya
3
5
Pertimbangan dan Pengamatan Asas
Dalam Lukisan
Hal benda
Ruang (hadapan, tengah, belakang)
Suasana (panas, sejuk, riang, sedih,
cemas)
Ciri dan sifat objek
Kadar banding dalam lukisan
- Nisbah kemasan
Rupa bentuk, bentuk & proposi
Kedudukan objek
Skala dan Kadar banding
Pencahayaan, Isipadu
Struktur
Sifat objek
3
1.1 Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang makna lukisan disamping menerangkan
secara ringkas jenis-jenis lukisan terutamanya berkaitan dengan lukisan figuratif,
non-figuratif, lukisan arkitektural dan teknikal, ilustrasi, fesyen dan lukisan perspektif.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1. Menjelaskan konsep lukisan
2. Menghurai lukisan figuratif dan non-figuratif, lukisan arkitektural dan teknikal,
Arkitektural dan teknikal, Ilustrasi, Carta, rajah, graf dan fesyen lukisan
perspektif.
3. Menjelaskan kepentingan dan fungsi lukisan
4. Menghuraikan sejarah awal lukisan
1.3 Kerangka tajuk-tajuk
TAJUK 1 JENIS-JENIS LUKISAN
Lukisan
Fesyen
Carta, rajah, graf
Ilustrasi
Arkitektural dan teknikal
Figuratif dan non-figuratif
Lukisan perspektif
LUKISAN
Definisi Lukisan
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja
antaranya:
Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari
dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari
perkataan Old English iaitu dragan yang bermasud to drag dan aktiviti
yang berhubung dan tubuh badan.
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus
yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya,
bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual
manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati &
perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan
pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi,
keintelektualan dan juga spiritual.
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas
permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya
emosi dan daya estetika.


Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik
semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau
dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam
bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di
Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri,
sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi
(dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi
idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.
gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan.
Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan
mereka kepada mencari nafkah.
SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang
kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan
di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan
dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu
memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang
mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua
Tambun, Perak. Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di
Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet,
Ardeche, Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-
13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau
binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik
Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan
digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu
dokumentasi sejarah yang gemilang.
Gua Lascaux, Perancis Gua Chauvet, Ardeche, Perancis
KEPENTINGAN LUKISAN
Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya
ialah:
untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar
untuk merakamkan sesuatu peristiwa
sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)
sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu
karya yg terbaik.
JENIS JENIS LUKISAN
1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif
tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis
perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah
rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang
tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa
yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk
menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif
menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.
Benarkah lukisan dihasilkan oleh pelukis untuk meluahkan sesuatu yang bermain dalam minda dan
melalui perasaan dalamannya?
Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi
unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai
contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan
warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis
tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.
Antoine de Villiers
Ron drawing
Pastel & charcoal on Paper
65 x 46.5 cm 2004
The Art of Figure Drawing by
Thomas H. Maguire
Wassily Kandinsky Cossacks 1910-11
Oil on canvas 94.6 x 130.2 cm Tate Gallery
2. Lukisan Kajian
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk
tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti
sebagai bahan kajian. Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan,
cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
LUKISAN ARKITEKTURAL
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali
sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi
ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen
reka bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya
digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
- membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,
- menghubungkan idea dan konsep rekaan,
- memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan
rekaan,
- untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk
bangunan yang hendak dibina,
- sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,
- sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan,
antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas
yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam
sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan
dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan
melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan
iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan
dengan lebih cekap.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah
merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual
merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan
menggunakan perisian CAD.
contoh lukisan pelan rumah
The Concertgebouw (concert
hall) Amsterdam, oleh Adolf
Leonard van Gendt, 1888.
Lukisan Teknikal
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali
juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik
kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran
rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau
cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan
piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit
ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis
teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah.
Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan
mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam
menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini
membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila
mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai
namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.
MG42 technical drawing
Weapons by Dr Dan Saranga
Technical drawing of the new ZAP-X
electric crossover SUV engineered
by Lotus. (ZAP)
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada
dalam bentuk lukisan, gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat
(seperti sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual
dalam bentuk grafik. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi
suatu cerita, tulisan, puisi, atau informasi tertulis lainnya. Diharapkan dengan
bantuan visual, tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas
teks atau ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.
Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan
menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan
secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk
menarik pembaca agar tertarik untuk membaca cerita. Sebuah ilustrasi yang
dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah
cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga dapat mewakili perwatakan cerita yang
ditampilkan, ada korelasi antara visual dan latar belakang cerita.
Fungsi
Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang
berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D.
White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang
mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat
menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat
menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita.
Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.
Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia,
binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur
komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik,
dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus
pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia
dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai
berbagai cara menggambar.
Fungsi khusus ilustrasi antara lain:
Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita
Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan
ilmiah
Memberikan bayangan langkah kerja
Mengkomunikasikan cerita.
Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
Dapat menerangkan konsep
Ilustrasi berfungsi untuk
1. Menarik perhatian.
2. Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.
3. Memberikan eksplanasi atas pernyataan.
4. Menonjolkan keistimewaan daripada produk
5. Memenangkan persaingan
6. Menciptakan suasana khas
7. Dramatisasi pesan.
8. Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan.
Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya
1. Keaslian dan rekaan yang kreatif
2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
4. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
5. Menggunakan alat dan bahan dengan betul
6. Disesuaikan dengan tema dan tajuk
7. Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
8. Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
9. Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas
Sejarah
Konsep ilustrasi bisa ditinjau kembali ke masa silam melalui lukisan dinding
prasejarah dan konsep tulisan hierioglif.
Masa keemasan ilustrasi Amerika Serikat berlangsung pada tahun 1880, setelah
perang dunia I. Hal ini terjadi seiring dengan populernya surat kabar, majalah, dan
buku berilustrasi yang memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh senimannya.
Pada saat inilah banyak ilustrator yang menjadi kaya dan terkenal. Tema yang
banyak muncul adalah aspirasi bangsa Amerika saat itu.
Di Eropa, seniman pada masa keemasan dipengaruhi oleh kelompok Pre-Raphaelite
dan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain seperti Arts and Crafts
Movement, Art Nouveau, dan Les Nabis. Contohnya Walter Crane, Edmund Dulac,
Aubrey Beardsley, Arthur Rackham dan Kay Nielsen.
- Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi.
- Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh
ilustrasi ukiran
- Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus
berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek
Young Hare 1502 oleh Albrecht
Durer
water colour 25.1 cm 22.6 cm
A Lion Lying Down
Rembrandt Harmenszoon van
Rijn,
8. Ilustrasi Maklumat
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual,
carta, peta dan pelan
Nepenthes villosa
John Muirhead Macfarlane
(18551943)
ilustrasi maklumat, contoh paparan graf bagi menyampaikan maklumat
ELEMEN ASAS LUKIS
1. Kualiti Garisan
-sgt penting dlm hasil sesebuah lukisan
-garisan dpt mbentuk imej
-kualiti garisan mberi kesan ilusi , mberi penegasan kpd objek yg dlukis
dan boleh membtk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam
karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan
catan,arca,ataupun mural
2. Perspektif & Proposi
-perspektif mrupakan asas kpd mbtk karya yg sempurna.
-pdedahan kpd nilai & dpt menerangkn kedudukn perspektif yg betul
adalah penting.
-penekanan kpd pespektif 1 titik lenyap, 2 titik , 3 titik & perspektif
pelbagai titik lenyap .
3. Kesan Pencahayaan
-akan lebih menarik sekiranya pengkarya dpt manfaatkan
kesan cahaya pd karyanya.
-dpt mberi mood pd karya tsebut
4. Jalinan
-dibtk mlalui garisan & kesan warna
-dibtk mlalui garisan silang, bintik, garisan bergoris dsb
-juga dpt mbtk kedalaman intensiti ton
5. Ruang
-ruang perlu dibahagi dgn sempurna
-3 jenis ruang; ruang dalam, ruang cetek & ruang datar adalah
bgantung kpd susun atur objek yg akan dilukis.
6. Struktur
-perlu ditentukn sblm mghasilkn sesebuah lukisan
-harus mbtk struktur yg betul agar lorekan utk mbtk imej
mnjadi lebih menarik. Lukisan tekni byk gunakn struktur.
7. Bentuk
-kajian btk digabungkn ant perspektif, ton, jalinan & struktur
-btk2 asas spt ulat, segiempat, kun dsb.
8. Corak & reka bentuk
-umumnya adalah mjurus kpd pengadunan pkarya dlm lukisannya ,
dominasi keseluruhannya.
TEKNIK LUKISAN
1. HATCHING -melukis guna garisan selari
2. CROSSHATCHING siri garisan yg selari arah tetapi ditindan dgn
siri lain pd arah berlainan /berbagai arah
3. SGRAFFITTO - teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras
spt pallete knife utk mendedahkn warna di bwhnya. Teknik ini sgt
sesuai dgn penggunaan oil pastel yg mana sesuatu lukisan aakan
dilukis dgn warna btindan2 & bkeadaan lembab utk dikikis dgn objek
tajam
4. BLENDING akan mghasilkan lukisan yg mpunyai prubahan tona &
warna yg lembut, bkn sapuan yg jelas kelihatan. -satukan warna
guna jari/kertas gulung
5. BURNISHING lanjutan drpd kaedah Blending. Tanda pensel/pastel
ditekan ke dlm kertas & mghasilkn kesan yg pantul /bkilat.Selalu diguna pd
peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna.
6. FROTTAGE teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan.
-kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yg rata
dandigosokkan dgn pensel utk mdptkn jalinan ojek tsebut.
7. BLOT DRAWING menggunakan tompokkan dakwat yg tjadi secara
spontan.kemudian tompokan itu diolah mjadi sesuatu lukisan dgn tambahan
unsur garisan/gubahan
8. SCRAPERBOARD papan putih yg disapu dgn dakwat hitam yg
mbolehkkan papan itu dikikis dgn alatan tajam.
9. VIGNETTING -sering digunakan dlm mlukis potret menggunakan pastel.
Mbawa maksud gambar atau motif yg tidak mpunyai sempadan, juga tidak
punyai latar. Warna kertas sendiri jadi latar/ support.
Carta, rajah, graf
Fesyen
Ilustrasi Fesyen
Sangat popular sejak tahun 1920 lagi
Lukisan perspektif
Ciri -Ciri Lukisan Perspektif objek yang hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan
objek yang jauh Garisan objek yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh
lebih rapat.
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut
dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan
sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi
3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
1. PERSPEKTIF 1 TITIK LENYAP
2. PERSPEKTIF 2 TITIK LENYAP
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah
bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
3. PERSPEKTIF 3 TITIK LENYAP
MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga
boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah.
Contohnya, warna pensel dan warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda
dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan
aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan
imbangan pada bentuk yang dilukis.
Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir.
Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej
sebenar pada catan.
Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial
dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia.
TAJUK 2 ALAT DAN BAHAN
Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah
masyarakat.
Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya
melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.
Jenis
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan
lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja
mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang
bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang
biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan
berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan
untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel
digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras )
hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut).
Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika
pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan
yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai
kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang
untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan
oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan
tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu
dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan
lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang
digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan
pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan
pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang
dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap
mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi
dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan.
Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen
yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna
yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan
memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh
dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau
contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai
warna dengan menggunakan pen yang sama.
PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan
conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu
ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk
menimbulkan kesan yang menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak
warna.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun
sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh
menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang
kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang
dihasilkan dengan mata pen yang lebar.
- Pensel dan pensel warna
- Pastel
- Pen & ink
- Conte
- Marker
- Media campuran
- Arang
Penerokaan alat dan bahan
Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation
without color or with a single color; terjemahannya berbunyi lukisan ialah garisan
yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna
yang terhad. Lukisan adalah kerja kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan,
cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan
itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa
lukisan dan catan adalah sama.
Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya
kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan
yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan
kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat
menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang
TAJUK 3 PELBAGAI FUNGSI LUKISAN
bertajuk Head of an Apostle telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang
dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan
garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis
Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk The Omval memperlihatkan
penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan
perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej
secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan
gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja
permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan
untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan
kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali
sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan
menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat
melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti
akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih
bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi
atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis
adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya
memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang
mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau
mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis
kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis
serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang
menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan
lukisannya.
Mengumpul dan menyampaikan maklumat
Berkomunikasi
Luahan idea dan emosi
Bentuk dan makna
Ilustrasi
Dokumentasi budaya dan sejarah.
Pendekatan dari pelbagai tamadun
- Islam
- India
- China
Kesan pengolahan teknik mengikut pelbagai
- Budaya
- Zaman
- Stail
- Falsafah
Contoh karya lukisan daripada pelbagai aliran dan budaya
TAJUK 4 LUKISAN DALAM GUBAHAN PELBAGAI ALIRAN
DAN BUDAYA
Hal benda
Ruang (hadapan, tengah, belakang)
Suasana (panas, sejuk, riang, sedih,
cemas)
Ciri dan sifat objek
Kadar banding dalam lukisan
- Nisbah kemasan
Rupa bentuk, bentuk & proposi
Kedudukan objek
Skala dan Kadar banding
Pencahayaan, Isipadu
Struktur
Sifat objek
TAJUK 5 PERTIMBANGAN DAN PENGAMATAN ASAS
DALAM LUKISAN

You might also like