You are on page 1of 14

DISEDIAKAN OLEH :

1) AEMAN SYAHMI
2) AQILAH BINTI HAMBALI
3) SITI HAJAR BINTI MOHD NAWI
KELAS : IB94
NAMA GURU : USTAZAH NORHAYATI


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
juga kami menyiapkan folio Pendidikan Agama Islam yang bertajuk akidah.
Pertama sekali ucapan sekalung terima kasih diucapkan kepada
Ustazah Norhayati selaku guru pendidikan agama Islam yang tidak jemu-
jemu memberi tunjuk ajar serta dorongan untuk kami menyiapkan folio ini
dengan lebih gigih dan bersemangat.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada
sahabat-sahabat yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan
folio ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan buat rakan-rakan
sekumpulan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang menyiapkan folio
pendidikan agama Islam ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat antara
langsung ataupun tidak dalam menyiapkan folio ini.





PENGERTIAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Dari segi bahasa :-
Bermaksud pengikut jalan Nabi Muhammad da npara sahabat
baginda.
Dari segi istilah :-
Bermaksud kumpulan terbesar umat Islam yang mengikuti cara
kefahaman Islam yang benar samada dalam bidang ilmu tauhid dan
feqah dengan mengambil dalil utama al-Quran dan hadis serta
menggunakan dalil akal.

MANHAJ AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Berada di peringkat pertengahan antara aliran Qadariyyah dan
Jabariyyah
Berpegang kepada usaha di samping bertawakkal kepada Allah

NAMA LAIN BAGI AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Ahlu Sunnah
Al-jamaah
As salaf as-soleh
Ahlul hadis




KEMUNCULAN NAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat Islam
Nama ahli sunnah waljamaah dimahsyurkan oleh Abu Hasan al-
Asyari dan Abu Mansur al-Maturidi
Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan al-jamaah
Dinamakan as-Sunnah kerana
- Mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah
Dinamakan al-Jamaah kerana mereka
- Berkumpul diatas kebenaran
- Bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
- Menghidupkan sunnah
- Menentang perkara bidaah














PRINSIP-PRINSIP AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-
Quran dan as-Sunnah
Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran
dengan mereka
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih













PANDANGAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH TERHADAP BEBERAPA
ISU
Al-quran bukan makhluk
- Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim
dan bukan makhluk iaitu bersifat baru
Melihat Allah
- Menurut ahli sunnah waljamaah orang mukmin dapat melihat
Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan
dalam al-quran dan hadis sohih
Pelaku dosa besar
- Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin
kerana imannnya masih ada tetapi masih dikira fasik kerana
telah melakukan dosa besar
Iman bertambah dan berkurang
- Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh
bertambah dan berkurang
- Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
- Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau
kejahatan seperti mencuri dan menipu





KEPENTINGAN BERPEGANG DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH
WALJAMAAH
Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan
kesesatan
- Ini kerana akidah mereka berdasarkan sumber yang sahih iatu
al-quran dan as-sunnah
Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
- Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan
akidah yang betul
Hidup diredhai Allah kerana berada di jalan yang benar











ALIRAN-ALIRAN FAHAMAN YANG BERCANGGAH:
Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar
dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah
dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti
berikut:
Aliran Syiah
Aliran tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau
mengikut pengarang seperti Al-Bani
Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya
Albani)
Aliran Islam liberal
Aliran pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama
membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-
lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).
Aliran sekularisme










Bagaimana Caranya Fahaman-Fahaman Yang Bercanggah Dengan
Ahli Sunnah Itu Menyusup Masuk Ke Dalam Masyarakat Islam
Fahaman itu boleh masuk melalui:-
mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau
kerana terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui
pengaruh kawan-kawan; ataupun
mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang
terumpan terhutang budi; atau
ditawarkan peluang berkerja, atau
ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diberi biasiswa
ditanggung (seperti yang dibuat oleh Syiah dan Wahhabi, bahkan
Amerika).








Bagaimana Fahaman-Fahaman Yang Menyeleweng Itu
Membahayakan Keselamatan Negara.
Tentang fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada
keselamatan Negara: kalau fahaman itu seperti Wahhabiah, maka
dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri orang
Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;
Kerana demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan
membuat peraturan, maka syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh
berontak menentang kerajaan;
Lihat bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan
Uthmaniah Turki; atau mereka boleh kata: negera sekular, bukan
Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli Sunnah haram menentang
ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata seperti ia menyembah
berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan
puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan
produksi negara; atau membatalkan haji kerana rugi tukaran asing
(foreign exchange); kalau tidak, haram menentangnya;
Kalau hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-
nasihah yakni agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau
agama adalah keceriaan murni yang gigih (active attitude of sincere
concern) itu dengan mengikut saluran yang betul. Demikian
seterusnya.
Kalau Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan
Negara; demikian juga Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara
yang sah hanya negara di bawah Imam Maksum, yang lain tidak; dan
fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan; bila
pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.
Jalan Ke Hadapan
Perlu diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli
Sunnah kepada semua peringkat ahli masyarakat.
Pendedahan tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-
hujahnya serta kebaikan-kebaikannya.
Juga bahaya kalau tidak mengikutnya.
Bahaya-bahaya yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain
dalam negara.
Jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan
oleh aliran-aliran yang menyeleweng perlu didedahkan kepada
semua peringkat masyarakat.
Golongan agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan
kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana
sebab-sebab peribadi atau kelompok
Keperluan institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi
menyampaikan kesedaran kepada semua pihak, dengan kerjasama
semua pihak: kerajaan, NGO, media, para pendidik dan seterusnya.

You might also like