You are on page 1of 8

Annyeong semua~ kali nih, aku nak cerita pasal MOON BROTHERS.

Sape tak kenal kan adik beradik


Moon nih. Di Korea mereka bertiga memang terkenal di kalangan pelakon dan penyanyi. Haa~ kau
nampak tak? Budak kecik lagi femes kat sane.. Dipanggil Moon Brothers kerana mereka bertiga lelaki dan
nama keluarga mereka ialah Moon. Comel je kan? Mane taknye anak Korea sekarang ramai mix blood,
termasuk lah dengan Moon Brothers nih. Mak diorang orang Korea, manakala bapa mereka berasal dari
Amerika. Meh sini aku kenalkan seorang demi seorang kat korang. Btw, jangan lupa like page fb Korean
Kids tau? Aku yang jaga page tu. Aku suka budak~



Haaa~ nampak tak die membesar? Nampak kan? Ini anak sulung daripada tiga beradik nih. Kalau gambar
kat atas tu confirm lah die yang paling tinggi tu. Nama die Moon Mason. Die femes sejak berlakon cerita
Baby & Me dimana die dan Jang Geun Seuk ialah watak utama dalam cerita tersebut. Mase tu die kecik
lagi. Sape yang tak tengok tu, tengoklah. Kadang-kadang main kat TV9 hari ahad. Kalau sape yang dah
tengok tu, mesti korang cakap die pandai kan? Kecik lagi dah pandai berlakon. Kawan aku yang tak minat
kpop pun tengok tau. Malah jadi cerita favourite korea die lagi! Meh aku bagi korang tengok gambar die.



Mungkin sedikit susah untuk berlakon bersama budak kecil pada musim sejuk kerana takut kesihatan bayi
tersebut. Kekadang shoot pada waktu malam. Thats why semua orang suke budak yang bernama Mason
nih. Meh aku bawak korang mase press conference cerita Baby & Me!



Press Conference dibuat mase Mason dah besar sikit dan pada masa tu dia dah boleh berjalan. Haha
kesian Mason menangis, mungkin die tak biasa dengan wartawan dan orang ramai pada masa nih. Tapi,
sampai sekarang die rapat dengan Jang Geun Seuk. Sebab Geun Seuk rajin pergi jenguk Mason dengan
Moon Brothers yang lain. Kalau korang tak percaya, meh aku tunjuk gambar.


Oh ya~ selain berlakon, Mason ade CF dan model. Kalau nak tunjuk CF, mungkin tak boleh sebab kat
Youtube kan. Kalau korang nak tengok jugak, taip je kat search tu Moon Mason CF nanti keluar lah. Lagi
satu kat Korea ade rancangan Hello Baby. Bagi kpopers, mesti tau sebab nak tengok kita punya bias jaga
budak kecik selama 3 bulan. Moon Brothers dapat T-ARA sebagai eomma nya hihi.. oh lupa pulak nak
tunjuk gambar Mason bersama pelakon dan penyanyi yang lain.



Gambar hujung sekali Mason bersama kumpulan Teen Top Changjo dan Ricky. Sebelah die pulak takyah
cakap, non-kpopers pun dah kenal kan? Mestilah dengan penyanyi rapper terkenal iaitu HAHA. Atau non-
kpopers lebih mengenali HAHA didalam rancangan Running Man. Yang hujung belah kanan pulak
bersama penyanyi senior di korea iaitu bekas kumpulan SS501, Kyujong. Ade lagi nak tunjuk gambar die~
hope korang dapat stay baca lagi eh?? Please~~



Gambar kiri Mason bersama kumpulan Lunafly. Dan gambar di belah kiri pula bersama Minwoo dari
Kumpulan ZEA. Ramai kan artis yang amat suka dengan Mason? Sebenarnya banyak lagi gambar Mason
bersama pelakon dan penyanyi. Sebab terlampau banyak, malas nak tunjuk. Mason juga pernah berada di
pentas fashion untuk model pakaian hanbok bersama Junyoung dari kumpulan ZEA. Mason juga
mempunyai kawan baik yang dikenali sebagai Little PSY.



Sekarang masuk pulak adik Mason iaitu Moon Mavin. Mavin menjadi model pakaian untuk kanak-kanak
seperti abangnya kerana mereka mempunyai muka yang sangat comel dan digemari oleh ramai orang.
Cuma Mavin ni agak tembam sikit sebab die kuat makan. Masa kecik dia pernah photoshoot bersama
abangnya untuk majalah baby. Sejak itu, dia mula menjadi model untuk pakaian. Die juga seperti Mason,
pandai bergaya dan nampak unik semasa di dalam gambar photoshoot.



Die tembam berbanding Mason kan? Macam biasa, dia juga memasuki rancangan Hello Baby bersama
Mason dan adik lastnya, Maden. Di dalam rancangan tersebut, Mavin pernah memarahi salah seorang
anggota T-ARA kerana merampas barang abangnya Mason. Dan menyebabkan anggota T-ARA menangis.
Mavin memang garang berbanding abangnya. Tapi bila dia merajuk, hahaha.. tengok lah sendiri
rancangan Hello Baby tu.



Jeng jeng jeng!!! Ha ni lah Mason dan Mavin untuk photoshoot adik beradik tu. Hahah apa pendapat
korang? Same tak muka diorang? Meh aku tunjuk gambar Mavin yang lain. Mavin tak pernah berlakon
setakat nih.


Kan aku dah cakap, die tembam~ tengoklah pipi die tu. Mavin banyak photoshoot dengan abang die. tapi
aku takde gambar tu. Kalau nak tengok pegi kat page yang aku jaga kat facebook tu eh Korean Kids.



Amacam rambut perm Mavin? Hahah style laa budak kecik nih. And of course die dengan Jang Geun Seuk.
Macam aku cerita kat Mason tadi. Die suka jenguk Moon Brothers. Okay, kita beralih pulak dekat adik last
diorang.



Inilah Moon Maden. Muka die tak macam Korea kan? Muka die lebih ke ayah die. Tu gambar photoshoot
masa die kecik dan masa die dah besar sikit. Berbeza sikit kan dari kecik dengan dah besar? Dah besar,
lagi nampak macam ayah dia. Kekadang nampak muka dia mcam perempuan sikit. Maybe sebab badan
die kecik kot.



Kan aku dah cakap, macam perempuan. Mak dia bagi pakai baju perempuan ke ape? Gambar kanan pulak,
gambar dia photoshoot baju dan beg. Semakin besar nampak semakin berbeza kan muka dia? Yang lain
tak nampak beza sangat.



Ahh kenapa lah nampak comel cemni kan? Oh ya, macam biasa dengan Jang Geun Seuk. Nih ade satu
gambar masa kecik, lagi sebijik macam anak orang putih. Oh lupa, ayah die pun dari Amerika haha. Kejap
eh, gambar last nih extra.. aku letak gambar Moon Brothers bersama-sama. Tengoklah gambar diorang.
And, korang boleh pilih yang mana akan menjadi kegemaran korang dalam Moon Brothers nanti. Adakah
Mason? Mavin? Maden? Hahah aku tetap dengan aku punya Moon Mason! Hes very cute! Dari kecik
sampai besar same je.








Bersama sepupu mereka di Amerika

You might also like