You are on page 1of 4

SJK(T) LADANG BANOPDANE, BIDOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA 2012 / 2013


Tarikh : 28.12.2012
Masa : 10.30- 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran : 1. Pn. R. Jagathesuare ( Guru Besar)
2. Pn. P. Thevesline ( Guru Penolong Kanan)
3. En.G.Thiaran ( Guru HEM)
4. En. D. Sashi Kumar ( Guru Ko-ko)
5. Pn.P. Thana Lekshmi (Ketua Panitia)
6. Pn.P.Depashiny
7. Pn. C.Kanagambal
8. Cik. M. Shalini
9. Pn. M. Puganeswary


Tidak Hadir : -


1.
Ucapan Pengerusi ( Ketua Panitia)

Ketua panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia
kerana dapat menghadirikan diri dalam mesyuarat yang pertama ini. Beliau turut
menjelaskan bahawa mesyuarat pertama ini penting untuk membuat
perancangan pencapaian akademik bagi Panitia Bahasa Inggeris. Beliau
berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama untuk meningkatkan
pencapaian akademik Bahasa Inggeris tahun ini.
Tindakan: Untuk makluman semua
guru


2.
Ucapan Penasihat ( Guru Besar)

Guru Besar Pn.R. Jagathesuare selaku penasihat turut memberi beberapa
pandangan dan cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti P&P. Beliau juga
meminta guru yang mengajar Bahasa Inggeris sentiasa bersedia dengan segala
persiapan kerana pemantauan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Beliau
juga meminta semua guru BI untuk menggunakan segala kemudahan yang
disediakan supaya para murid sentiasa berminat dalam matapelajaran ini.

Tindakan : Untuk makluman semua guru






3.
Borang maklumat ahli panitia

Ketua panitia meminta semua ahli panitia supaya mengemaskinikan maklumat diri
di dalam fail panitia. Semua ahli dikehendaki menyerahkan kembali borang
tersebut pada bila-bila masa yang sesuai.
(Tindakan :
Setiausaha)

4.
Dasar Kurikulum Panitia

Ketua panitia mengedarkan edaran tentang Dasar Kurikulum Panitia yang telah
diambil dan disesuaikan daripada Buku Kualiti Q, JPN. Beliau berharap agar semua
ahli panitia patuh dan menggunakan Dasar Kurikulum Panitia ini sebagai
panduan.

(Tindakan : Semua ahli panitia)



5.
Pengurusan Panitia (Fail-Fail Utama) , Tugas & Tanggungjawab Panitia

Ketua panitia membuat penerangan tentang fail-fail utama panitia dan isi
kandungan fail-fail tersebut. Diharap semua ahli panitia akan bekerjasama
menjaga dan menguruskan fail-fail tersebut. Ketua panitia juga telah
mengedarkan senarai tugas dan tanggungjawab panitia kepada pentadbir,
pelajar dan organisasi.
(Tindakan : Semua ahli panitia)


6.
Strategik & Perancangan Peningkatan Akademik 2013

Ketua panitia telah mengedarkan salinan Strategi & Perancangan Peningkatan
Akademik 2013 bagi kelas KSSR/ 2013 Tahun 1, Tahun 2 ,Tahun 3, dan Tahun 4,
Tahun 5 & Tahun 6 bagi kelas UPSR 2013. Semua ahli bersetuju dengan cadangan
tersebut (rujuk lampiran).

Program-program adalah seperti berikut:
TAHAP 1
Nama Program : READING A SENTENCES
Sasaran : Tahap 1
Masa : 7.15 7.45 pagi
Tujuan : Murid-murid dapat membaca ayat yang gramatis dengan
lancar.

TAHAP 2
Nama Program : EXCELLENT DAY
Sasaran : Tahap 2
Masa : 7.15- 7.45 pagi
Tujuan : Murid-murid dapat menguasai kosa kata dalam tiga bahasa.
(Tindakan : Semua ahli panitia)



Perkara-perkara Berbangkit


Kekuatan (Aktiviti yang telah dijalankan):
Kelas Bimbingan / Tambahan
Panduan Membuat nota Secara efektif
Pengesanan Pencapaian Pelajar
Ceramah Motivasi
Teknik Menjawab soalan
Ulangkaji Berjadual


Kelemahan (Kekangan mencapai matlamat):
Pelajar masih bersikap malas & tidak membuat kerja rumah
Tidak diberi perhatian oleh ibubapa di rumah

(Tindakan : Semua ahli panitia)




8.
Lain-Lain

Sasaran UPSR / 2013
Ketua panitia meminta cadangan dari semua ahli untuk menetapkan sasaran
UPSR bagi 2013. Ahli panitia menyerahkan cadangan itu kepada ketua panitia
untuk mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Bahasa Inggeris pada masa akan
datang.


Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran
Ketua panitia menjelaskan bahawa pemantauan pengajaran dan pembelajaran
akan dijalankan oleh pentadbir, ketua panitia dan juga terbuka kepada ahli yang
lain. Pemantauan akan meliputi pedagogi, mutu kawasan kelas dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
(Tindakan : Semua ahli
panitia)



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 Tengahari.

Mesyuarat Panitia kedua akan diadakan pada .


Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

.
(Pn.M. Puganeswari)
Setiausaha,
Panitia Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris.

.
( Pn.R. Jagathesuare)
Penasihat,
Panitia Mata Pelajaran,
Bahasa Inggeris.

You might also like