You are on page 1of 9

1

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2014/2015


SK DATO SHAH BANDAR ABU BAKAR LABU HILIR.
Tarikh : 9 MEI 2014
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Laman Pendeta, SDAB.
Kehadiran :
1. En.Harifin bin Hj. Omar EX OFFICIO
2. En.Mohd Suffian bin Musa NYDP PIBG
3. Pn.Zurina bt Mustaffa Setiausaha PIBG
4. En.Mohd Ali bin Othman AJK Ibu Bapa
5. En.Tadzim Bin Mansor AJK Ibu Bapa
6. En.Mohd Azizi bin Razali AJK Ibu Bapa
7. Pn.Norhayati bt Abd.Razak AJK Ibu bapa
8. Cik Azariah bt Ahmad AJK Guru
9. Pn.Siti Roziah bt Mohamad AJK Guru
Tidak Hadir :
1. Tn .Hj. Rohaizad bin Ismail Bersebab
2. Pn. Noraidah bt Abas Bersebab
3. En. Mohd Rashid bin Mohamad Bersebab




2

Bil Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi ( En. Mohd Suffian bin Musa)
1.1 NYDP PIBG mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua AJK Ibu
Bapa dan AJK guru ke mesyuarat AK PIBG kali pertama bagi sesi 2014/2015.
2.0 Ucapan Guru Besar (En.Harifin bin Hj.Omar)
2.1 Tuan Guru Besar bersukur kepada Allah kerana dengan keberkatanNya semua AJK
PIBG bagi sesi baru dapat bermesyuarat buat kali pertama dan beliau berharap AJK
PIBG dapat berfungsi dan berperanan seperti biasa. Beliau juga memberitahu bahawa
tiada permasalahan besar di antara PIBG dan sekolah. PIBG memainkan peranan yang
sangat penting dalam membantu sekolah dalam apa jua bidang yang diperlukan.
2.2 Beliau memaklumkan beberapa perkara yang telah dijalankan dan bakal dijalankan di
sekolah iaitu :
2.2.1 Laporan Akademik :
2.2.1.1 Anugerah Akademik Terbilang. SDAB merupakan sebuah
sekolah yang mendapat tempat ke 19 terbaik di Negeri Sembilan
dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2013. Pada tahun 2014
pihak sekolah telah menetapkan sasaran target GPS 1.7 ( dari
1.84 tahun 2013).
2.2.1.2 Kelas tuisyen petang telah diadakan dan berjalan lancar. Cuma
ada segelintir ibu bapa yang tidak percaya dengan kemampuan
anak masing-masing.
2.2.1.3 Pihak sekolah juga telah mengadakan bengkel Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan Sains dan telah menjemput pemeriksa-
pemeriksa kertas untuk datang memberikan tips-tips kepada guru-
guru mata pelajaran.
2.2.1.4 Kelas tambahan tahun 6 akan diadakan pada minggu pertama
cuti pertengahan tahun 2014 iaitu bermula pada 27-30 Mei 2014.
3

2.2.1.5 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan diadakan pada 20-23
Mei 2014.
2.2.2 Laporan Kokurikulum
2.2.2.1 Badan Beruniform
1. Jamuan kokurikulum juga telah diadakan bagi meraikan murid-murid yang
mewakili sekolah pada 8 Mei 2014.
2. Kem Pengakap Lencana Keris Mas sedang berlangsung di Kem Pengakap Labu
Hilir pada 8-10 Mei 2014.
3. Perkhemahan Tunas Puteri sedang berlangsung di Sk Sungai Jai pada 9-10 Mei
2014.
4. Nur Hazirah bt Nur Halim telah memenangi MTAQ peringkat negeri yang telah
berlangsung di SBPI Jempol pada 26 April 2014 dan akan mewakili peringkat
kebangsaan pada 17 Mei 2014 di Matrikulasi Selangor.
5. Perkhemahan Badan Beruniform telah berlangsung di Kem Tekali Hulu Langat
pada 14-18 April 2014 dan 5 orang peserta telah mewakili sekolah. Negeri
Sembilan telah mendapat tempat pertama dalam aktiviti Pandu Arah peringkat
kebangsaan dalam Perkhemahan Badan Beruniform.
6. Perkhemahan Badan Beruniform perempuan telah diadakan di Negeri Perlis
pada 9-13 April 2014 bertempat di Kem Tasoh, Perlis.
7. Perkhemahan Puteri Islam Malaysia peringkat daerah telah dijalankan di Sk Ulu
Beranang pada 15-17 April 2014.
2.2.2.2 Kelab dan Persatuan
1. Pertandingan sahiba telah berlangsung pada..
2. Pertandingan nyanyian peringkat daerah telah diadakan di SK Kompleks KLIA
dan pihak sekolah telah menghantar 3 orang peserta.
4

3. 1 orang murid akan mewakili sekolah Majlis Tilawah Al Quran peringkat negeri
dalam acara bercerita kisah-kisah dari Al Quran pada 17 Mei 2014 betempat di
Matrikulasi Selangor di Banting.
4. Karnival Bahasa Melayu telah berlangsung di SK Taman Warisan Puteri pada 3
Mei 2014. Pihak sekolah telah menghantar 4 orang peserta.
5. Karnival Bahasa Inggeris telah berlangsung pada 26 April 2014 bertempat di SK
Wawasan melibatkan 5 orang peserta dalam acara scrabble dan spelling.
6. Aktiviti Pendidikan luar pula telah dijalankan pada..
7. Kuiz Matematik .
2.2.2.3 Sukan dan Permainan
1. 4 orang murid telah terpilih ke peringkat negeri di dalam permainan bola sepak.
2. Sekolah telah memenangi tempat ke dua peringkat daerah dalam pertandingan
sepak takraw dan 2 orang murid telah terpilih ke peringkat negeri.
3. Pihak sekolah juga telah menghantar penyertaan bagi pertandingan bola baling
peringkat daerah.
2.2.3 Laporan HEM
1. Keadaan sahsiah murid-murid SDAB bagi tahun 2014 dalam keadaan baik.
Pihak sekolah telah Berjaya menangani masalah murid istimewa yang
bermasalah tidak mahu datang ke sekolah dan menangis selama 3 bulan dan
tidak pernah masuk kelas. Murid tersebut dari SK Taman Jasmin dan telah
dipindahkan ke SDAB. Kaunselor sekolah telah dapat menangani masalah
tersebut dalam tempoh 1 minggu dan murid tersebut telah mendaftar ke kelas
KAP.
2. Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei 2014 (Jumaat) dan pihak
sekolah menjemput semua AJK PIBG datang ke sekolah dan meraikannya
bersama-sama dengan guru. Aktiviti sukaneka akan dijalankan terlebih dahulu,
acara di dalam dewan akan diadakan selepas itu.
5

3. Sekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada 10 MEI 2014
(jadual Hari Khamis).Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri
2/2014. Dan pada 21 Jun 2014 (jadual hari jumaat).
4. Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada 27 Mei sehingga 14 Jun 2014.
5. Bacaan Yasin telah diadakan pada hari jumaat 2 Mei 2014 di dewan SDAB bagi
memohon keberkatan dan perlindungan dari Allah Taala untuk semua warga
SDAB.
6. Kem Literasi Al Quran sedang dijalankan pada hari ini (9 Mei 2014) bermula jam
2.30-4.30 petang. Pihak Panitia Pendidikan Islam memohon peruntukan bagi
minum petang peserta sebanyak RM172.00.
Tindakan : Diterima dan dipersetujui sebulat suara.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Dicadangkan oleh Cik Azariah bt Ahmad
Disokong oleh Encik Mohd Azizi bin Razali
4.0 Perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 Laporan Kewangan
5.1 Pn .Zurina mewakili bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG
dan Dana UPSR yang berakhir pada 30 April 2014.
Tindakan : Laporan kewangan diterima sebulat suara.

6.0 Hal-Hal Lain
6.1 Pihak AJK PIBG meminta setiausaha atau bendahari PIBG mengeluarkan surat
peringatan bagi ibu bapa / penjaga yang belum membuat bayaran sumbangan
PIBG.
Tindakan : Setiausaha dan Bendahari PIBG
6


6.2 Tuan Guru Besar memberitahu isu di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35
berkaitan dengan kerja rumah yang diberikan terlalu banyak (dikemukakan oleh
Pn.Zuliza) adalah salah faham. Sebenarnya murid tersebut amat lambat dalam
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan di dalam kelas. Oleh itu murid tersebut
terpaksa membawa pulang kerja tersebut dan terpaksa menyiapkannya di
rumah.
Tindakan : Makluman

6.3 En Mohd Azizi memberitahu terdapat guru lelaki yang menghisap rokok. Guru
Besar memaklumkan bahawa guru-guru lelaki tidak menghisap rokok di
khalayak umum.
Tindakan : makluman.
6.4 En.Mohd Suffian meminta pihak sekolah memberi jadual pembelajaran awal
kepada murid-murid supaya ibu bapa boleh membuat persediaan untuk membeli
uniform sekolah. Guru Besar memaklumkan murid-murid memakai uniform
sekolah pada hari isnin dan khamis, baju sukan pada hari selasa dan jumaat,
dan pakaian beruniform pada hari Rabu.
Tindakan :Makluman

6.5 En. Mohd Suffian mencadangkan agar pihak AJK PIBG mengadakan Hari
Kantin. Guru Besar memberitahu dengan bilangan murid SDAB seramai 390
orang dan pendapatan ibu bapa yang rendah, Hari Kantin tidak sesuai untuk
dijalankan.

6.6 En. Tadzim mencadangkan pihak AJK PIBG mengadakan kutipan derma
Jogathon. Kos perbelanjaan tidak banyak digunakan dan kutipan tersebut
boleh dijalankan pada cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pihak AJK
PIBG bersetuju untuk mengadakan kutipan derma Jogathon bagi membantu
pihak sekolah dalam mencari dana untuk :
1. Aktiviti Kokurikulum
2. Menaik taraf Pusat Sumber sekolah
3. Menaik taraf sistem P.A sekolah
4. Menyelenggara program keceriaan SDAB
7

5. Menambah dana PIBG
Tindakan : Semua AJK PIBG sebulat suara bersetuju untuk mengadakan
kutipan derma Jogathon bagi tahun 2014.
6.7 Guru besar memaklumkan tentang peruntukan jamuan hari guru. Pada
kebiasaannya pihak PIBG memberi sedikit peruntukan kepada Kelab Guru untuk
mengadakan jamuan sempena sambutan Hari Guru. En.Mohd Suffian
menyatakan berdasarkan penyata kewangan, setiap tahun pihak PIBG memberi
peruntukan kepada Kelab Guru untuk mengadakan jamuan. Kelab Guru perlu
menyediakan kertas kerja seperti kebiasaannya.
Tindakan : Makluman

6.8 En.Mohd Suffian memberitahu pakaian dan kasut sukan sudah kelihatan uzur
manakala jersi sukan skiranya dikongsi bersama di antara pasukan bola sepak
dan pasukan sepak takraw, jersi tersebut akan hilang.
Tindakan : Makluman.

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 NYDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan
mengucapkan tahniah kepada tuan guru besar dan guru-guru di atas keputusan
UPSR tahun 2013 dan berharap impian SDAB untuk mencapai target GPS 1.7
akan tercapai.

7.2 NYDP juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya
mengadakan jamuan kokurikulum dan berharap jamuan tersebut akan menjadi
satu medium yang positif dalam memberi semangat di kalangan murid-murid.

7.3 NYDP juga berharap agar pihak pentadbir sekolah boleh mengadakan pogram
solat sunat dhuha bagi murid-murid tahap dua sebagai salah satu cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan juga cara untuk memotivasikan diri sama ada
dari segi spiritual mahupun mental.


8

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.40 petang.

Disediakan Oleh,




(ZURINA BINTI MUSTAFFA)
Setiausaha Kehormat,
PIBG ,
Sk Dato Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir.










Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan Oleh,


9

(ZURINA BT MUSTAFFA)
Setiausaha PIBG,
Sk Dato Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir.

You might also like