You are on page 1of 16

Pengajian Katering dan Penyajian

MINUMAN

Sekilas Pandang
66% daripada badan kita terdiri dari air
yang sentiasa hilang melalui perpeluhan,
pernafasan dan perkumuhan.
Kehilangan ini perlu diganti dengan cara
meminum air.

Definisi Minuman
Minuman adalah cecair yang diperlukan oleh
manusia sebagai salah satu asas keperluan
tubuh badan untuk kesihatan
Kepentingan Minuman
Menghilangkan dahaga & memberi
kesegaran
Membantu proses pencernaan atau
penghadaman
Memberi khasiat & rangsangan
Mengawal suhu badan
Prinsip Penyediaan Minuman
Bahan yang digunakan untuk membuat
minuman mestilah segar & tidak tercemar
Peralatan yang di gunakan adalah bersih
Peralatan yang sesuai mengikut jenis
minuman
Suhu yang sesuai untuk minuman panas
Hiasan yang sesuai untuk minuman sejuk

Jenis-jenis minuman
Minuman menyegarkan
Minuman yang berkhasiat
Minuman yang memberansangkan

Minuman Menyegarkan
DEFINASI :-
Minuman yang
menyegarkan adalah
minuman yang dapat
menyegarkan atau
melegakan tubuh
seseorang ketika
dalam keadaan
berasa dahaga.
CONTOH :-
Jus buah-buahan
Jus sayur-sayuran
Minuman bergas
Minuman perasa
buah-buahan sama
ada dalam kotak
atau botol

Minuman Berkhasiat
DEFINASI :-
Minuman berkhasiat
adalah minuman
yang membekalkan
banyak zat-zat
makanan yang
diperlukan oleh tubuh
badan.
CONTOH :-
Susu
Semua jenis
minuman bersusu
Jus buah-buahan
Jus sayur-sayuran
Minuman Memberangsangkan
DEFINASI :-
Minuman yang
memberansangkan
adalah minuman yang
boleh merangsangkan
badan kita kerana ia
mempunyai bahan
perangsang seperti
tanin, kafin atau
alkohol.
CONTOH :-
Teh
Kopi
Koko
Minuman beralkohol
Minuman isotonik

Kandungan Zat Pada Minuman Menyegarkan
Minuman bergas hanya mengandungi
karbohidrat dari gula
Jus buah-buahan & sayur-sayuran
mengandungi garam mineral, karbohidrat,
vitamin seperti vitamin A & C
Kandungan Zat Pada Minuman Berkhasiat
Membekalkan protin, kalsium, vitamin A, D
& C, karbohidrat, garam mineral & lemak

Kandungan Zat Pada Minuman Memberangsangkan
Tidak mempunyai sebarang zat makanan
Zat diperolehi daripada bahan yang
ditambahkan kepada minuman tersebut seperti
susu & gula

Penghidangan Minuman
Menyegarkan
Jus buah-buahan & sayur-sayuran haruslah
dihidangkan dengan segera
Jika mahu boleh ditambah ais ketul
Kebiasaannya minuman dihidangkan dalam gelas
tinggi
Hidangan boleh dihias dengan potongan buah-
buahan atau sayur-sayuran. Hiasan diletakkan di
bibir gelas

Penghidangan Minuman Berkhasiat
Minuman berkhasiat boleh dihidang sama ada
panas atau sejuk
Minuman panas dihidang di dalam cawan serta
piring
Minuman sejuk dihidangkan di dalam gelas
serta piring
Penghidangan Minuman
Memberangsangkan
Minuman memberangsangkan boleh
dihidangkan sama ada panas atau sejuk
Jika perlu; gula, susu & krim dihidangkan dalam
bekas berasingan
Minuman panas dihidang dalam cawan serta
piring
Minuman sejuk dihidang dalam gelas &
ditambah ketulan ais

TAMAT
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like