You are on page 1of 3

Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan.

Sayang-sayang Buah Kepayang,


Sayang Hujah pencadang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pencadang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.

Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya mendatangkan banyak keburukan.
Maka kami di barisan Kerajaan masih seia dan sekata, menyokong Usul pada pagi ini.
Kami berpegang teguh kepada pendirian kami bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,
Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pencadang, saya akan mendedahkan
kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan Pembangkang sebentar tadi.
Kesan-kesan negatif media massa penyubur budaya tradisi


Tuan Yang Dipertua,
Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti baru melalui aspek
penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,

Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan oelh rakyat Malaysia
sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai Namewee. Beliau telah memuat naik video yang
dirakam sendiri olehnya PADA 15 januari 2007 ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam
video ini, beliau telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I Love My
Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah digunakan sebagai medium untuk
mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana lebih SATU MILLION penonton dalam masa
sebulan sahaja. Maka, Kebebasan Media massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri.


Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,

Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu jenayah besar iaitu
menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah
beliau hanya dapat dibuktikan dan dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan.
Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri, yang akhirnya
mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.

Hadirin yang saya hormati,
Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga.
Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika Syarikat mendapati
lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak, kebanyakan berpunca daripada pengaruh media
elektronik.
Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah yan saya katakan tadi.
Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencadangkan kepada ayahnya
memberikan gurunya sebungkus gula-gula beracun.
Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan memberi markah
rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah siapa yang mengajarnya berbuat
demikian, si anak pantas menjawab,
Saya menonton satu adegan di televisyen
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini merisikokan nyawa
seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya sahaja. Wajarkah guru menerima Arus
kebebasan media massa ini dengan menggadaikan nyawanya sendiri?

Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami tetap Menyokong Usul
yang dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA MASSA MENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN

You might also like