Bola dipegang dengan ketinggian melebihi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Siku bagi tangan yang memegang bola dibengkokkan dan lengan condong sediki ke sisi. Badan berada dalam posisi tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Untuk memindahkan berat badan, pemain melangkah satu langkah ke hadapan dengan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan yang membaling. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dan hayunan lengan dibuat dengan kuat. Semasa melepaskan bola, pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lutut dibengkokkan bagi mengawal keseimbangan badan. Kaki belakang ikut lajak ke hadapan. 2) Hantaran Tolak Kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Pergerakan lengan dan siku dengan pantas ke hadapan. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Kaki ikut lajak ke arah sasaran. 3) Hantaran Sisi Hantaran inl dilakukan secara menyisi ke sasaran. Pemain dalam posisi di mana kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Siku diangkat bagi membaling bola ke arah sasaran. Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan menghayunkannya ke arah sasaran. Pergelangan tangan disentap dikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Lengan ikut lajak ke arah sasaran. 4) Hantaran Lompat Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Siku bagi tangan yang memegang bola dibengkokkan dan lengan condong sediki ke sisi. Badan berada dalam posisi tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Pemain melonjak ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling untuk memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dan hayunan lengan dibuat dengan kuat. Semasa melepaskan bola, pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari. Jari menghala ke sasaran di akhir perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lengan ikut lajak ke arah sasaran. 5) Hantaran Bawah Lengan Pemain dalam posisi di mana kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang badan. Kedudukan siku yang memegang bola perlu dibengkokkan dan lebih tinggi daripada kedudukan bola yang dipegang. Badan berada dalam posisi tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Bola ditolak ke sasaran dengan menjatuhkan siku tangan membaling. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dan hayunan lengan dibuat dengan kuat. Pergelangan tangan dan jari-jari disentapkan ke atas semasa melepaskan bola. Lutut dbengkokkan bagi mengawal keseimbangan badan. Kaki ikut lajak selepas balingan. 6) Hantaran Lantun Bola dipegang semasa pemain berada dalam posisi kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Badan condong sedikit ke hadapan dan mata memandang sasaran. Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Lengan ikut lajak ke arah sasaran. Kaki ikut lajak setelah membuat balingan.