You are on page 1of 3

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah

mengetuai syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini
merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani kerana kejayaannya
mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia.
Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya
datang bergolek, kerana Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa
melalui ranjau dan duri, sebelum berjaya membina firma penerbangan tambang
murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.
Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke dalam kancah kontroversi termasuk
dikaitkan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T.
Ananda Krishnan (seorang hartawan), Tan Sri Vincent Tan (tokoh korporat), Datuk
Mokhzani (anak Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan beberapa orang lain, tetapi
Fernandes mengambil sikap membisu kerana tidak mahu kontroversi itu merebak
menjadi isu.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau
menceburi industri penerbangan berkata: Saya sudah lama bercita-cita ingin
menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin
dijalankan.
Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara
spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen.
Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet.
Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton (di London) dan
menghabiskan masa selama dua hari di sana.
Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan
perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep
itu di rantau Asia, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk
menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin
Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini
menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.
Saya mengenali Kamarudin menerusi Sheila Majid (Ratu Jazz Malaysia) dan selain
itu, Kamarudin juga merupakan kawan rapat kepada Roslan Aziz (penerbit
muzik).Saya menyatakan hasrat saya untuk menjadi usahawan dan menubuhkan
syarikat penerbangan kepada Kamarudin.Setelah mendengar penjelasan saya itu,
Kamarudin bersetuju untuk bersama dan kami kemudian mengeluarkan wang
simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta sebagai
modal permulaan, katanya.Fernandes berkata, beliau masih ingat lagi tarikh
keramat itu ialah pada Mei 2001.Beliau dan Kamarudin menjemput seorang lagi
rakan baik mereka dalam industri muzik tanah air iaitu Aziz Bakar untuk
menyertainya.Kami kemudian menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab, untuk meminta
bantuannya bagi mendapatkan lesen penerbangan.
Kami meminta bantuan Pahamin kerana beliau sebelum itu banyak membantu
industri muzik dalam memerangi cetak rompak semasa menjadi Ketua Setiausaha di
Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri, katanya.Menurut Fernandes,
Pahamin kemudian mengatur temu janji bagi pihak kami dengan Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.Dalam pertemuan itu, Tun
Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi
dikeluarkan dan jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana
syarikat penerbangan yang ada ketika itu.

Gandingan dua usahawan hebat Tony Fernandes dan Kamrudin Meranun
Pahaminlah yang telah menukar impian kami menjadi kenyataan, katanya.Atas
jasanya (Pahamin) itu, Fernandes berkata, beliau telah mempelawa Pahamin
menjadi rakan kongsi.Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu kemudian
mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd.
menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep
tambang murah.
Ketika mengambil alih Tune Air, mereka juga terpaksa mengambil alih hutang
tertunggak syarikat tersebut dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport
Holdings Bhd. dan Petronas yang berjumlah RM20 juta, katanya.Selepas
mengambil alih AirAsia, kami diberi tempoh selama enam bulan untuk melunaskan
kesemua hutang yang tertunggak itu.Kami telah berbincang bagi mencari jalan
bagaimana untuk menjelaskan hutang tersebut kerana kami tidak mempunyai modal
yang mencukupi, katanya.
Penyelamat
Menurut Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan
Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada
AirAsia.Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan
untuk membayar balik hutang tersebut.Kontrak penerbangan jemaah haji yang
berbaki dua tahun ketika kami mengambil alih AirAsia telah menjadi penyelamat,
kalau tiada kontrak itu, tak tahulah apa yang mungkin berlaku pada kami ketika itu.
Kami juga telah meminta seorang lagi rakan kami iaitu, bekas pemain gitar base
kumpulan Discovery (Datuk) Nasser Abdul Kassim yang pernah bermain bersama
Fauzi Marzuki dan Goh Boon Hoe untuk menguruskan kontrak tersebut,
katanya.Nasser kini merupakan Pengarah Rantau Kargo AirAsia, tambah
beliau.Nasser berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, namun begitu
kontrak tersebut tidak dilanjutkan kerana kerajaan memberikan kontrak itu semula
kepada MAS, katanya.
Kami di AirAsia memang suka berkawan dan kami melantik kawan-kawan daripada
pelbagai latar belakang dan keturunan untuk menjadi rakan kongsi kami. Ternyata
formula ini telah membuahkan kejayaan kepada AirAsia, katanya.Fernandes
berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara
tetapi merupakan simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah
syarikat perniagaan.
Ketika menceritakan lebih lanjut perkembangan AirAsia, Fernandes berkata: Baru-
baru ini, kami telah melantik Mark Lankester (adik kepada pelakon Susan Lankester)
sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Tune Hotels.Com; Datuk Seri Kalimullah Hassan
sebagai Pengerusi AirAsia X; Tengku Zafrul Aziz (bekas Ketua Avenue Securities
Sdn. Bhd.) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. dan penyanyi
rock, Jason Lo sebagai Ketua Eksekutif Tune Talk Sdn. Bhd.
Fernandes berkata, beliau mengenali Kalimullah semasa makan di sebuah
restoran.Tune Hotel lambang kejayaan usahawan Malaysia


Beliau berkata, kesemua mereka itu adalah rakan-rakan rapatnya dan langkah
melantik mereka ke dalam syarikat adalah bertujuan mengembangkan AirAsia.Saya
sedar, kejayaan besar saya dalam tempoh yang singkat itu telah menimbulkan
pelbagai tuduhan kononnya syarikat kami dimiliki oleh Ananda Krishnan, Vincent
Tan, Mokhzani, Khairy dan beberapa orang lain.Malah ada yang mendakwa nombor
pendaftaran pada pesawat kami bermula dengan AK membawa maksud Ananda
Krishnan. Sebenarnya nombor itu telah lama ada pada pesawat kami dan kami
warisi nombor itu daripada syarikat induk terdahulu iaitu DRB-Hicom Bhd., katanya.
Sambil menafikan semua desas-desus itu, Fernandes berkata, kejayaan syarikat
tersebut adalah hasil kerja keras seluruh warga kerja AirAsia yang terdiri daripada
berbilang kaum, yang bertungkus-lumus membawa AirAsia ke puncak kejayaannya
sekarang.Mengenai hubungannya dengan Khairy, Fernandes berkata, beliau
mengenali Khairy semasa Naib Ketua Pemuda UMNO itu memperkenalkan program
pasukan bola sepak berkonsep realiti, MyTeam pada tahun 2006.
Saya tertarik dengan konsep itu kerana merasakan ia berpotensi untuk
diketengahkan dan kemudian bersetuju menaja pasukan tersebut, tidak lebih
daripada itu, katanya.Fernandes juga bangga kerana kejayaan AirAsia adalah atas
sikap berdikari dan tidak bergantung kepada subsidi kerajaan.Katanya, tiada yang
istimewa dalam AirAsia, sesiapa sahaja mampu melakukannya, jika ada tekad dan
azam yang kuat, di samping sikap tidak mahu mengalah.Dalam tempoh enam tahun
sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini meningkat daripada 200 orang kepada
5,000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah
pesawat pada permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada
18 juta setahun.
Kini Fernandes dan rakan-rakan daripada semua kaum membuktikan syarikat
Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah landskap industri
penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu, Now Everyone Can Fly.

You might also like