You are on page 1of 4

Kes pembuangan bayi yang berlaku dianggap angkara orang yang tidak bertanggungjawab.

Kes pembuangan bayi kerap berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak mempunyai
ikatan perkahwinan yang sah. Anggaran kes pembuangan bayi yang dilaporkan di
televisyen,kira-kira 7 kes dalam sehari. Mayat-mayat bayi yang dibuang kerap ditemui di
tong sampah , stesen bas dan teksi , serta di tepi-tepi longkang.Masalah ini kian
membimbangkan masyarakat.Masyarakat perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya kes
pembuangan bayi. Oleh sebab itu , langkah-langkah untuk menangani masalah pembuangan
bayi perlu diambil oleh semua pihak.(81 p.p )

Remaja sering menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa. Para remaja cuba
mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan yang diamalkan oleh ibu bapa. Remaja
menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa dengan bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan.Remaja melakukan perkara negatif seperti hubungan seks luar nikah
sehingga menyebabkan mereka hamil.Buktinya,pengalaman seorang pelajar institusi
pengajian tinggi yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian menunjukkan kebebasan tanpa
pengawasan ibu bapa menyebabkan mereka bebas melakukan aktiviti negatif. Di samping
tinggal di luar kampus mereka bebas melakukan apa apa sahaja tanpa pengawasan ibu bapa.
Kesan daripada kehamilan luar nikah menyebabkan pembuangan bayi berlaku. kebebasan
yang diberikan oleh ibu bapa sememangnya menjadi sebab peningkatan pembuangan bayi.

Pembuangan bayi berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang mengamalkan ajaran
agama. Para remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan
mereka terlibat dengan kes pembuangan bayi. Statistik menunjukkan majoriti pesalah
pembuangan bayi melibatkan remaja kaum melayu berbanding dengan kaum lain. Para
remaja kurang memahami konsep dosa dan pahala sehingga mereka sanggup terlibat dengan
kes pembuangan bayi.Konsep agama sebagai pendinding gejala sosial seperti kes
pembuangan bayi kurang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.Amalan agama
seperti membaca Al-Quran,solat dan puasa dapat menghalang seseorang daripada melakukan
maksiat. Namun demikian, kehidupan para remaja yang berlandaskan nafsu dan
mementingkan keseronokan, sehingga menyebabkan mereka kurang mengamalkan ajaran
agama.Para remaja yang kurang mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan akan
mengambil tindakan yang salah sehingga sanggup membuang bayi mereka.
Sikap masyarakat yang gemar memandang serong terhadap golongan remaja yang terlanjur
menjadi alasan gadis yang terlanjur membuang bayi. Sememangnya masyarakat akan
memandang sinis terhadap mereka kerana mereka telah melakukan perkara yang terkutuk di
sisi agama dan norma masyarakat. Keluarga gadis yang hamil akan disisihkan dan dimalukan
apabila anak gadis mereka menconteng arang di muka mereka. Ibu bapa yang tidak
memahami masalah yang ditanggung oleh gadis tersebut menyebabkan gadis tersebut
tertekan dan bertindak di luar kewarasan dengan membuang bayinya.

Mata pelajaran sains dan biologi boleh dijadikan fokus untuk menyampaikan pendidikan
tentang seks. Pembelajaran tentang pembiakan biologi , psikologi dan seksologi dapat
memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesan melakukan seks sebelum kahwin
ataupun selepas kahwin. Pengetahuan tentang seks amat penting bagi membendung masalah
keterlanjuran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu , masyarakat akan lebih mengetahui
tentang kesan melakukan seks bebas terhadap diri sendiri. Hal ini akan menyebabkan mereka
lebih prihatin untuk menjaga maruah diri sendiri terutamanya wanita.

Kempen secara besar-besaran juga harus diadakan. Kempen yang dijalankan oleh badan-
badan kerajaan dan juga bukan kerajaan dapat menjadikan masyarakat lebih prihatin tentang
persekitaraan mereka. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sikap saling tegur-menegur
dalam kalangan masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Masyarakat harus menegur
sesiapa sahaja apabila melihat pasangan berdua-duaan , bercumbuan , dan berpelukan di
khalayak ramai. Talian Nur merupakan salah satu langkah oleh Kementerian Pembanguna
Wanita dan keluarga untuk membendung masalah ini. Oleh itu , pihak terbabit haruslah
memainkan peranan masing-masing untuk memastikan masalah ini dapat dibendung.

Ibu bapa harus mengambil berat tentang anak-anak mereka. Pada masa ini , terdapat ramai
ibu bapa yang mementingkan soal kerja daripada anak-anak mereka. Ibu bapa berpendapat
bahawa kebendaan boleh membahagiakan keluarga tanpa perhatian dan juga kasih sayang.
Namun , anak-anak akan berasakan bahawa ibu bapa tidak menyayangi mereka dan
mengambil kesempatan untuk mencuri kese
ronokan di luar rumah. Hal ini akan mendatangkan masalah apabila anak-anak salah mencari
keseronokan di luar yang boleh mendatangkan kesan negatif. Anak-anak akan berjumpa
dengan rakan sebaya dan terjebak dengan pergaulan bebas.

Kesimpulannya , kes pembuangan bayi ini harus dibendung dengan segera agar tidak
menjadi barah kepada masyarakat. Para remaja merupakan asset negara kerana mereka
merupakan pelapis pemimpin untuk memimpin negara. Kementerian Pembangunan Wanita
dan Keluarga telah berusaha membendung gejala ini melalui kewujudan Talian Nur. Kes
pembuangan bayi yang tidak terkawal boleh menyebabkan individu tersebut akan dipandang
serong oleh masyarakat. Oleh itu , semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu bagi
memastikan negara Malaysia bebas daripada masalah kes pembuangan bayi ini.



























Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi. Karangan Bahagian B.
SPM.

Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada
dari segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan
2020. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih
dihantui satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu
gejala pembuangan bayi.Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan
boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan
manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untuk
menyembunyikan perbuatan jahat mereka. Persoalannya, apakah punca yang telah
menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan
punca utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang
kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang
kepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan
menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab
dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan
agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang
tingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak
secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat
membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak
perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang
isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi
agama.

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam
masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-
anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan
harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus
meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar
mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh
dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-
anak sendiri.

Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya
masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja
amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila
mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan
rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak
remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,
misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan
pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan
melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati
bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan
malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian,
langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini
daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa.
Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan
anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik
dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka
tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah
yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak
mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak
kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang
sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak
dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke
lembah penzinaan.

Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah
pembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta
masyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya
dapat menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam
konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media massa dan
media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan
oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan
membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan.
Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat
Malaysia.

Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang
enteng. Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang
sepenuhnya. Kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu
pihak sahaja sebaliknya kita hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing
bagi membenteras masalah ini persis mutiara kata, bukit sama didaki, lurah sama
dituruni. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai
sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani dari akar umbinya sekali gus misi
Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan mengikut landasan yang betul.

You might also like