You are on page 1of 8

1.

0 KOMUNIKASI BERTULIS
Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak,
penyampai kepada pihak yang lain iaitu penerima. Komunikasi juga merupakan
keterampilan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, kerana komunikasi
sering terjadi pada setiap gerak langkah manusia. Manusia merupakan makhluk
sosial yang bergantung antara satu sama lain dan kemandirinya sering berkait
dengan orang di sekeliling mereka. Oleh itu, satu-satunya cara untuk berhubungan
dengan orang lain adalah dengan berkomunikasi.
Ada yang berpendapat istilah komunikasi berasal dari perkataan latin iaitu
Communicare atau Communis yang bermaksud menjadikan milik bersama. Sebagai
contoh, apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, ini bermaksud kita berusaha
agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Sekarang
mari kita tinjau definisi komunikasi menurut tokoh-tokoh bahasa terkemuka.
Pertamanya menurut Howard H. Dean mendefinisikan bahawa terdapat
pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan
juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain. Manakala, tokoh kedua Everett
M. Rogers menyatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar
perilaku orang ramai. Selain itu, Sillars pula berpendapat komunikasi adalah
penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea
dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga
unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh
sesiapa yang terlibat.
Komunikasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi lisan,
komunikasi bertulis dan komunikasi visual. Di dalam tugasan ini, kita berfokus
kepada komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada
proses komunikasi intraperibadi (intrapersonal). Di dalam komunikasi ini, penyampai
perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima
mesej tidak boleh bertanya secara langsung atau menghubungi segera penyampai
mesej. Komunikasi jenis ini lebih dihargai dan dipertanggungjawabkan oleh pihak
terbabit. Oleh sebab itu, komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang serius
kerana mesej yang disampaikan dalam bentuk perkataan tidak boleh diubah dengan
sewenang-wenangnya.
1.1 CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERTULIS
Ciri-ciri komunikasi bertulis yang baik dan berkesan ialah merangkumi
beberapa aspek berikut:
i) Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau
mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul.
ii) Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan penulisan yang
berkesan.
iii) Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman
rasmi, laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja.
iv) Isi atau fakta mesej yang ingin disampaikan.
v) Gaya dan laras bahasa yang digunakan.
vi) Pengolahan dan cara penyampaian.
vii) Bahasa yang digunakan.

Bahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip
nahu atau tatabahasa, iaitu kepatuhan atau ketepatan dengan tatabahasa.
Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi bertulis menyebabkan
mesej yang disampaikan kurang difahami, disalah erti serta ada kalanya mesej yang
ingin disampaikan langsung tidak berkesan. Namun begitu, tidak semua penulisan
yang menggunakan bahasa gramatis tidak berkesan jika menepati ciri-ciri seerti
berikut;
Penghantar hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas.
Teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan dan menyatakan apa
yang hendak dinyatakan dengan jelas.
Yakin, pasti dengan kepentingan mesej itu.
Mendapatkan perhatian penerima.
Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai.
Sensitif kepada maklum balas pihak lain.
Kenalpasti gangguan.
Kurangkan gangguan.
Pemilihan diksi merupakan pemilihan katakata yang sesuai dengan apa yang
hendak diungkapkan oleh individu. Diksi atau pemilihan kata mencakupi katakata
yang harus diguna pakai bagi mencapai suatu matlamat atau mesej yang ingin
disampaikan. Dengan itu, individu tersebut dapat menggunakan katakata yang
tepat atau dapat juga menggunakan ungkapanungkapan, dan gaya yang paling
baik dalam suatu situasi.
Sesuatu penulisan seharusnya mempunyai isi yang hendak dipamerkan
kepada si pembaca. Manakala bagi karya yang berbentuk ilmiah, fakta yang
diketengahkan seharusnya berdasarkan sesuatu yang berasas kebenarannya.
Sebagai contoh hasil digarap melalui pembacaan, penyelidikan ataupun melalui
pengalaman penulis itu sendiri. Fakta-fakta ini kemudian diadun, disusun dan
akhirnya dirancang persembahannya sebelum ia dapat diketengahkan kepada
pembaca. Fakta yang sempurna, sekaligus menaikkan tahap keyakinan si pembaca.
Selain itu juga, gaya atau cara sebuah penulisan diolah mahupun
disampaikan merupakan antara ciri-ciri komunikasi bertulis. Apa yang memainkan
peranan ialah penggunaan bahasa yang tertentu yang ditambah dengan gaya
pengolahan yang menarik serta berkesan. Gaya yang baik digunakan dalam
penulisan sekaligus merangsang pembaca dan akhirnya memberikan impak yang
mendalam kepada si pembaca.
Manakala laras merujuk kepada penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang
tertentu dan iannya berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu. Laras ini akan
berubah-ubah mengikut situasi dan laras bahasa yang berbeza mempunyai fungsi
serta kepentingan yang tersendiri. Penting bagi seseorang itu untuk mengenali laras
utama Bahasa Melayu. Apabila seseorang itu dapat membezakan antara laras
bahasa formal dengan laras bahasa tidak formal, maka mereka dapat mengelak
daripada menggunakan laras yang tidak sesuai pada situasi tertentu.
Pengolahan pula ialah kebolehan seseorang memperihalkan sebuah
penulisan secara menyeluruh. Pengolahan yang baik dan sempurna meluputi aspek
kesepaduan, kesinambungan, ketertiban serta hubung kait. Apabila sesuatu isi itu
diolah dengan baik dan sempurna maka, ia memberikan gambaran jelas dan turut
menggerakkan rangsangan serta daya berfikir pembaca. Dengan erti kata lain,
penulisan akan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Tambahan pula, penggunaan bahasa dalam penulisan haruslah mudah
difahami, dibaca dan dinikmati oleh sang pembaca. Seseorang itu harus peka
terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan dalam
penulisan agar ia tidak menyinggung perasaan pembaca.


















1.2 FUNGSI KOMUNIKASI BERTULIS

a) Pemindahan maklumat dan kefahaman
Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui
simbol-simbol yang bermakna. Dengan lain perkataan komunikasi berfungsi dalam
pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain
melalui simbol-simbol yang bermakna. Sebagai contoh, komunikasi menerusi surat.
Ini merupakan satu alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu
yang lain.

b) Mempengaruhi pendapat dan reaksi individu
Selain itu, pemujukan juga merupakan antara fungsi komunikasi bertulis.
Tujuan utama pemujukan ialah agar dapat mempengaruhi pendapat dan reaksi
seseorang. Selain melalui lisan, kemahiran pemujukan boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk seperti dalam blog, facebook mahupun penulisan surat. Dalam
kemahiran pemujukan ini, suasana persekitaran perlu dititikberatkan. Oleh sebab
itulah, seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat
keadaan samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.
Secara mudahnya, kemahiran pemujukan jarang memberi implikasi negatif
sekiranya penggunaanya dilakukan secara betul. Contoh kemahiran pemujukan
ialah, apabila seseorang individu itu menulis surat kepada pihak pengusaha kilang
mencetak untuk membenarkan mereka membuat lawatan sambil belajar di kilang
mereka. Kaedah pemujukan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, pelbagai
laras bahasa digunakan dalam kaedah pemujukan ini. Kemahiran pemujukan ini
dikatakan berkait rapat dengan bidang linguistik. Bahasa yang baik dan dengan cara
yang betul penggunaanya akan mampu mempengaruhi pembaca.

c) Sosialisasi manusia
Komunikasi juga dikatakan mampu mengeratkan lagi perhubungan sesama
manusia. Kajian mendapati bahawa perhubungan melalui penulisan menjadikan
manusia lebih cepat mesra. Komunikasi secara bertulis, menjadikan manusia befikir
dahulu apa yang patut ditulis, dan bagaimana untuk mempersembahkan diri mereka.
Adakalanya mereka akan menunjukkan diri mereka yang sebenar - true self. Mereka
mungkin juga akan cuba menyembunyikan nama sebenar, tetapi watak, sifat dan diri
mereka sebenarnya banyak ditonjolkan melalui tulisan.

d) Pertingkatkan kemampuan berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan
Tambahan pula, komunikasi bertulis juga berfungsi dalam meningkatkan
kemampuan berfikir seseorang individu sebelum mereka mengambil keputusan.
Melalui komunikasi ini, seseorang itu akan berfikir sama ada mesej yang hendak
disampaikan tercapai dan adakah penggunaan ayat yang digunakan menyenangkan
penerima atau boleh mengguris perasaan individu.

























1.3 JENIS-JENIS KOMUNIKASI BERTULIS

i) Surat rasmi
Surat undangan
Surat permohonan
Surat rayuan
Surat aduan
Surat bantahan
Surat cadangan

ii) Memo
Peranan memo ialah:
o Memberikan arahan
o Membuat pengumuman
o Memberikan penjelasan
o Menyampaikan pengumuman
o Memohon sesuatu perkara/ memberi cadangan
o Menyediakan penerangan/maklumat
o Membuat pembetulan tentang polisi sesuatu organisasi

iii) Kertas kerja
Ialah hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak ramai.
Disediakan dengan terperinci untuk menyampaikan maklumat dan
keterangan
Dua jenis kertas kerja
o Kertas kerja pembentangan seminar
o Kertas kerja projek/ kajian

iv) Minit mesyuarat
Merupakan dokumen bertulis yang merekodkan perkara-perkara
yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.
Kandungannya menyatakan individu yang terlibat, cadangan,
agenda, keputusan dan juga tindakan.

v) Laporan
Dua jenis laporan
o Laporan penyelidikan
Laporan fakta yang tepat dan disokong dengan
gambar, carta, gambar rajah dan sebagainya.
o Laporan penyelesaian masalah
Contohnya: laporan tentang kemerosostan
disiplin pelajar

vi) Rencana
Turut dikenali sebagai artikel.
Boleh ditulis untuk terbitan surat khabar, majalah atau jurnal.
Rencana untuk terbitan jurnal lebih bersifat serius serta berbentuk
akademik.
Rencana berbentuk jurnal diterbitkan untuk pembaca yang khusus.

vii) Kritikan/ Ulasan
Ialah huraian berkenaan sesuatu, komentar, kupasan serta tafsiran.

viii) Teks ucapan
Ialah apa yang diucapkan, perkataan, syarahan, pidato, kata-kata
penghargaan mahupun ucapan terima kasih.
Ia merupakan penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada
khalayak ramai.
Teks ucapan adalah tulisan yang dijadikan asas dalam
penyampaian sesuatu ucapan.

You might also like