You are on page 1of 7

Syammim 1

TEKS PENGACARAAN SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT IPG KPM 2013


BIL CUE ANN
Ketibaan pengarah

(Alunan iringan selawat)

Mengumumkan, ketibaan:

1. Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Perempuan
Melayu dan dif-dif kehormat memasuki persada majlis..


Zikir & Asmaul Husna
- Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi sama-sama mengalunkan
zikir asmaul husna...
- Hadirin dipersilakan duduk..

Qasidah
- Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan qasidah yang akan
disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam Saidatina Aisyah
IPG KPM... dipersilakan....

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
sebentar tadi.














Syammim 2

Aluan







.


Assalamualaikum W.B.T
Marilah kita sama-sama membuka tirai majlis sambutan maulidurrasul
peringkat IPG KPM tahun 2013 dengan ummul furqan al- fatihah

Bismillahirrahman....bismillahirrahim....bismillahirrahmanirrahim...



1) Yang Berbahagia, Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu....

2) Yang Berusaha, Tn. Hj. Hassan Bin Pardi, Timbalan Pengarah
IPG kampus Perempuan melayu

3) Yang Berusaha, Ustaz Mohd Ariffin Bin Hj. Salleh, Ketua
Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

4) Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan
Hal Ehwal Pelajar.

5) Pemforum-pemforum jemputan, ketua-ketua jabatan, pensyarah-
pensyarah kanan, Pengerusi Kelab Staf, para pensyarah, Yang
Dipertua dan Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG KPM, para guru pelatih serta hadirin sekalian.











Syammim 3


- Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita rafakkan kehadrat Allah
s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah jua kita bersama-
sama berhimpun dalam Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat
IPG Kampus Perempuan Melayu tahun 2013 bersamaan dengan
tahun 1434 hijrah yang mengangkat tema Rasulallah didekati,
Sunnah dihayati
- Sesungguhnya kehadiran hadirin dalam majlis ini merupakan
menifestasi cinta kita kepada manusia agung, Rasullallah S.A.W.
Maka, beruntunglah orang yang menyayangi dan mencintai
baginda sebagaimana sabdanya.....

: ) (
: .
Maksudnya: " Barangsiapa yang mencintai Sunnahku maka, dia cinta
kepadaku dan barangsiapa cinta kepadaku maka, dia akan bersama-sama
denganku di dalam syurga.

Hadirin yang dimuliakan,

- Sambutan maulidurasul ini merupakan program tradisi dan
sambutan rasmi yang dilaksanakan di IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka pada setiap tahun. Antara pengisiaannya ialah
perarakan, ceramah dan forum bagi mengingati junjungan agung
Nabi Muhammad S.A.W, melibatkan semua warga kampus IPG
Kampus Perempuan Melayu.









Syammim 4

Bacaan doa Hadirin Sekalian

Buluh diasah jalinan disemat
Gubahan diolah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi mendapat keberkatan dan keredhaan,marilah sama- sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd
Nasri bin Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Insaniah IPG Kampus
Perempuan Melayu.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
------------------
Amin-amin ya rabbal alamin
Terima kasih diucapkan kepada
Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Ustaz Ariffin









Selesai ucapan
Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka tirai persada ucapan. majlis dengan ini menjemput
Ustaz Mohd Ariffin Bin Hj. Salleh, Ketua jabatan, Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,

Dengan segala hormatnya, dipersilakan..
--------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.




Syammim 5

Ucapan Pn. Pengarah

















Selesai ucapan

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

- Sidang hadirin sekalian,

- Bagi menyempurnakan persada ucapan pada pagi ini, majlis
dengan ini mempersilakan Pn. Tumerah Binti Rosmin, Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk menyampaikan
ucapan.

- Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan


-------------------------------------------------------------

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Tumerah Binti Rosmin atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.















Syammim 6

Penyerahan forum Hadirin sekalian,

- Sekarang tibalah masa yang dinanti iaitu forum yang bertajuk
Peranan Guru dalam Merealisasikan Perjuangan Rasulallah
- Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan
1) Moderator forum, Ustaz Mohd Rizuan bin Rasip dari IPG
Kampus Perempuan Melayu
2) Pemforum pertama, Ustaz Mohd Najib Bin Mohd Khasim dari
Universiti Multimedia Melaka
3) Pemforum kedua, Ustaz Mohd Said Bin Mohd Amin dari
Jabatan Agama Islam Melaka

Untuk tampil ke persada majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan...

Deal dengan ustaz Ustaz dan panel dah bersedia di pentas..

- Dengan ini dipersilakan Ustaz Rizuan untuk meneruskan acara.

Selesai forum - Demikianlah tadi selesainya majlis forum yang telah dikupas dan
dibincang secara terperinci oleh moderator dan pemforum-
pemforum jemputan.
- Mudah-mudahan segala mutiara ilmu dapat dihayati dan
dilaksanakan seperti mana yang telah disarankan.
Penyampaian
cenderamata

- Sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada pemforum-
pemforum jemputan, dipersilakan Pn. Pengarah, Pn Tumerah Binti
Rosmin untuk menyampaikan cenderamata kepada pemforum.
1) Dipersilakan pemforum pertama, Ustaz Mohd Najib Bin Mohd
Khasim
2) Seterusnya dipersilakan pemforum kedua, Ustaz Mohd Said
Bin Mohd Amin
3) Dan yang terakhir, dipersilakan moderator, Ustaz Mohd Rizuan
Bin Rasip

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Syammim 7



Bersurai
Sidang hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Madah diungkap santun bitara
Pantun di lantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun seikhlas hati

Sesungguhnya yang baik itu datang dari yang Maha Esa, dan yang silap
itu adalah daripada diri kami sendiri.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Lain masa bersua lagi.

Sekian sahaja majlis kita pada pagi ini. Kita sudahi dengan bacaan tasbih
kafarah dan suratul asr.

Wabillahi taufik walhidayah. wassalamualaikum w.t.b



Mengumumkan Puan Pengarah serta dif-dif jemputan meninggalkan
persada majlis untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

You might also like