You are on page 1of 5

1

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA


BIL CUE ANN
Ketibaan tetamu


Mengumumkan ketibaan,
1) Yang Berhormat, Dato Wira Ir Hj. Idris Bin Harun, Ahli
Parlimen Tangga Batu dan dif-dif kehormat memasuki persada
majlis.
Nyanyian 3 buah lagu Hadirin sekalian diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu
rasmi. Lagu-lagu yang akan dinyanyikan ialah Lagu Negaraku, Lagu
Melaka Maju Jaya, Lagu IPGM.
------------------------------------------------------------
Terima kasih atas nyanyian lagu-lagu rasmi sebentar tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.
Aluan














Yang Berusaha,
______________
______________
______________
_____________
Assalamualaikum W.B.T
Bismillahirrahman....bismillahirrahim....bismillahirrahmanirrahim...



1) Yang Berhormat, Datuk Wira Ir Hj. Idris Bin Harun, Ahli Parlimen
Tangga Batu.

2) Yang Berbahagia Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG
Kampus Perempuan Melayu

3) Yang Berusaha, Tn. Hj. Hassan Bin Pardi, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu

4) Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan
Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu

5) Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar IPG KPM, para guru pelatih serta hadirin sekalian.

2


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka. Pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas kesudian para tetamu untuk hadir bagi menyerikan lagi
majlis pada pagi ini.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Buluh diasah jalinan disemat
Gubahan diolah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi mendapat keberkatan dan keredhaan,marilah sama- sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Fuad Bin
Salleh, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
------------------
Amin-amin ya rabbal alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fuad Bin Salleh atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.









3

Ucapan aluan pengarah










Selesai ucapan
Pengarah

Sidang hadirin sekalian,

Emas tempawan buat mu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Sebagai pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan ini mempersilakan
Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPGK PM bagi menyampaikan
ucapan alu-aluan...

Majlis dengan ini mempersilakan.
----------------------------------------------
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Tumerah
Binti Rosmin atas ucapan aluan sebentar tadi.

Ucapan perasmian
Dato Wira Hj. Idris Bin
Harun











Selesai ucapan Yang
Berhormat

Daun Semulur di Pekan Sari
Batang Jerami rebah ke Bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata Perasmi hajatnya kami
Sidang hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan persada ucapan pada pagi ini, majlis dengan ini
mempersilakan Yang Berhormat, Datuk Wira Ir Hj. Idris Bin Harun, Ahli
Parlimen Tangga Batu untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia IPG Kampus
Perempuan Melayu.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan
-------------------------------------------------------------
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Wira Ir Hj. Idris Bin Harun atas ucapan perasmian yang telah
disampaikan sebentar tadi.




4

Jemput YB dan Tn.
Pengarah bagi
penyerahan baucer
buku






Jemput YDP



Jemput Ketua Unit















Selesai pemberian
baucer buku
Hadirin sekalian,
Kini, tibalah masa Majlis Penyerahan Replika Baucer Buku 1 Malaysia.
Untuk maksud itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berhormat, Datuk Wira Ir Hj. Idris Bin Harun diiringi Tuan Pengarah
serta
____________________________________________________________
________________________________________ untuk menyampaikan
Replika baucer Buku 1 Malaysia yang bernilai 338 ribu 750 ringgit malaysia
kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar seterusnya
penyerahan baucer buku kepada ketua-ketua unit yang bernilai 250 ringgit
malaysia. Dipersilakan,

Dipersilakan, Farahanis Binti Mohamed Yusop, Yang Dipertua JPP IPG
KPM untuk menerima Replika Baucer Buku 1 Malaysia.

Seterusnya dibacakan wakil penerima baucer bagi setiap unit. Dijemput
wakil:
1) PPISMP PK JUN 2012
2) PPISMP TESL JUN 2012
3) PISMP PK JANUARI 2013
4) PISMP TESL JANUARI 2013
5) PISMP PSV JANUARI 2012
6) PISMP MATEMATIK JANUARI 2012
7) PISMP PENGAJIAN AGAMA JANUARI 2012
8) PISMP TESL 1 JANUARI 2012
9) PISMP TESL 2 JANUARI 2012
10) PISMP MATEMATIK JANUARI 2011
11) PISMP PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2011
12) PISMP PRA SEKOLAH JANUARI 2011
13) PISMP SAINS JANUARI 2011
14) PISMP PENGAJIAN AGAMA JANUARI 2011
15) PISMP PENGAJIAN MELAYU JANUARI 2011
16) PPISMP GSTT BI DISEMBER 2011

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat dan
Tuan Pengarah/ dan _______________________________________
atas kesudian menyampaikan Baucer Buku 1 Malaysia sebentar tadi.


5


Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian baucer sebentar tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita pada hari ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua
pihak yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis pada pagi ini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari yang Maha Esa, dan yang silap
itu adalah daripada diri kami sendiri.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.

Sekian sahaja majlis kita pada pagi ini. Kita sudahi dengan bacaan tasbih
kafarah dan suratul asr.

Wabillahi taufik walhidayah. wassalamualaikum w.t.b

Majlis Bersurai

Dipersilakan Yang Berhormat serta dif-dif jemputan untuk
menjalankan sesi penggambaran bersama penerima-penerima
Baucer Buku 1 Malaysia.

You might also like