You are on page 1of 3

1. Ada air adalah ikan.

Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.



Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa
kerana di mana ada air adalah ikan.


2. Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau
kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki
dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya
akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama
setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan
putus.

4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang
surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : J angan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga
kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak
dipedulikan lagi apabila keluarga I smail berbaik semula kerana air sama air,
sampah ke tepi juga akhirnya.

6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada
buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan
pendapat.

7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat
keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai
ke pangkal lengan.

8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah
Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya
tetapi barang itu bermutu dan tahan I ama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya
percaya alah membeli, menang memakai.

10. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana
wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung
itu tidak berjaya.

You might also like