You are on page 1of 9

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA

BATAS, PULAU PINANG

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL


BELAJAR DAN SUKAN PERLAWANAN
PERSAHABATAN DI INSTITUT LATIHAN
PERINDUSTRIAN IPOH, PERAK DARUL
RIDZUAN

BERTARIKH:

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

KEPALA BATAS PULAU PINANG


MAKLUMAT PROGRAM

1. PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap dan
seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Institut
Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) berkenaan Program
Lawatan sambil belajar dan sukan perlawanan persahabatan ke ILP Ipoh, Perak.

Lawatan ini akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober 2008 yang bertempat di Institut
Latihan Perindustrian Ipoh, Perak. Matlamat mengadakan lawatan ini adalah untuk
memberikan pendedahan kepada Majlis Perwakilan Pelajar ILPKBPP dan
mengeratkan persahabatan silaturrahim dengan Perwakilan pelajar di ILP Ipoh. Pelajar
yang terlibat juga dapat mengetahuai cara-cara pengurusan perwakilan Pelajar di
Institut tersebut.

Selain dari itu, para wakil MPP ILJTM, ILP juga dapat berkongsi maklumat dengan
pelajar-pelajar ILP Ipoh dan dari situlah pelajar ILPKBPP dapat memantapkan lagi
kepimpinan mereka sebagai Perwakilan Pelajar. Dengan adanya lawatan seumpama
ini, ianya dapat melahirkan pelajar, sekaligus pemimpin pelajar yanmg berpotensi tinggi
dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran khasnya dan dalam kehidupan
amnya. Justeru , lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para MPP
yang baru di lantik untuk menambahkan pengetahuan serta bergiat aktif dalam kategori
biro masing-masing ini kerana ILP Ipoh lebih pengalaman dari ILPKBPP.
1. OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Memberi pendedahan kepada para perwakilan MPP tentang perjalanan

aktiviti MPP ILP Ipoh.

1.2 Memotivasikan pelajar serta dapat menolong pelajar dalam melaksankan

pewakilan pelajar di ILPKBPP.

1.3 Memberi ruang kepada pelajar bagi memupuk sikap kerjasama yang erat

dengan pihak lain.

1.4 Mewujudakan suatu aspek perkongsian ilmu dan maklumat sesama pelajar di

tempat lain.

1.5 Membina perhubungan yang positif dalam dua antara ILP dan ILJTM serta

mengenal dan memahami potensi sebagai pemimpin pelajar.

1.6 Agar semangat kesukanan dapat di teruskan bukan sahaja di ILPKBPP

malah di luar institute juga.


2. MANFAAT

2.1 Membina kemahiran berkomunikasi antara perwakilan (MPP) dengan pihak

yang lain.

2.2 Mengembangkan lagi kebolehan dalam membuat keputusan, mengatasi

masalah serta membina erti hidup.

2.3 Membantu membina semangat menghadapi risiko.

2.4 Menyediakan pelajar menghadapi cabaran dalam hidup.

2.5 Memotivasikan diri pelajar tentang mendekatkan silaturrahim.

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk nilai kerjasama dan perkongsian ilmu antara perwakilan pelajar

dengan pihak lain dalam meningkatkan prestasi mereka sebagai Majlis

Perwakilan Pelajar.

3.2 Menjalin hubungan yang erat antara Perwakilan Pelajar ILPKBPP dengan

Perwakilan Pelajar di ILP Bukit Katil

3.3 Mewujudkan persefahaman yang sihat.

3.4 Untuk memberi manfaat kepada Majlis Perwakilan Pelajar terhadap

persekitaran luar.

3.5 Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam menjadi

pemimpin kepada orang lain.

3.6 Dapat mengembangkan peranan dalam menguruskan sesuatu aktiviti dan

program.
4. NAMA PROGRAM

Lawatan sambil belajar dan sukan perlawanan persahabatan

5. TEMA
JAUH PERJALANAN, JAUH PEMANDANGAN.

6. ANJUARAN
Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

7. TARIKH
17 hingga 19 April 2008
TEMPAT
Institiut Latihan Perindustrian Ipoh.

8. PESERTA

Pelajar :

Lelaki Seramai 24 orang

Perempuan Seramai 14 orang

Pegawai Pengiring dan pemandu Seramai 6 orang

JUMLAH Seramai 44 orang

9. PENUTUP

Pelaksanaan program lawatan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara

perwakilan-perwakilan ILJTM. Sambil dapat meningkatkan semangat kesukanan

dan pertukaran aktiviti yang dijalankan di bawah program MPP.


TENTATIF PROGRAM.

TENTATIF PROGRAM Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabtan

(sukan) di ilp ipoh.

21 Februari (Sabtu)

6.30pagi : Solat subuh berjemaah

7.30 pagi : Sarapann Pagi di Dewan Makan ILPKBPP

8.30 pagi : Bertolak dari ILPKBPP

10.30 pagi : Tiba di ILP Ipoh.

10.45 pagi : Bermula perlawanan Persahabatan Sukan (Futsal)

Perjumpaan dengan Perwakilan Pelajar ILP Ipoh.

12.45 tgh : Makan Tengahari di ILP Ipoh

1.30ptg : Solat Zohor Berjemaah Di ILP Ipoh.

2.00 ptg : Bertolak pulang ke ILPKBPP


PERWAKILAN PELAJAR CEMERLANG, INSTITIUT
TERBILANG.

PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT

PROAKTIF.

“JAUH PERJALANAN , LUAS PENGETAHUAN”

-SEKIAN TERIMA KASIH-


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ILP KEPALA BATAS
Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel : 04-5776100 Fax : 04- 5776144

Majlis Perwakilan Pelajar


Institut Latihan Perindustrian

Melalui,

Penolong Pengarah Pengurusan Latihan


ILP Kepala Batas,
Lot 2022 Jalan Pokok Jenerih
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tuan,

Mengadakan Lawatan Eratkan Silaturrahim dan Kebudayaan ILP Bukit Katil .

Saya sepertimana di atas mewakili Majlis Perwakilan Pelajar ILP Kepala Batas
(ILPKBPP), dengan sukacitanya ingin mengadakan satu lawatan Eratkan Silaturrahim
dan Kebudayaan di ILP Bukit Katil. Lawatan ini merupakan anjuran Exco Kebudayaan
dan serantau dengan kerjasama MPP ILPKBPP.

2. Berikut adalah maklumat mengenai lawatan tersebut untuk makluman pihak


tuan:

Tarikh : 17-19 Oktober 2008


Bertolak : 5.00 petang (17 Oktober 2008)
Jumlah Pelajar : 24 orang pelajar lelaki
14 orang pelajar perempuan
6 pensyarah pengiring (termasuk 2 orang
pemandu)
3. Sehubungan dengan itu saya mewakili MPP ILPKBPP memohon kerjasama dari
pihak ILP Bukit Katil untuk meluluskan permohonan Lawatan Eratkan Silaturrahim dan
Kebudayaan ini. Bersama-sama surat ini di lampirkan bersama kertas cadangan
Lawatan. Bagi sebarang maklumat pihak tuan. Sila hubungi wakil MPP ILPKBPP Mohd
Asri bin Ismail di talian 013 4749770 sekiranya diperlukan.
Kelulusan dan kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ PELAJAR PRODUKTIF, INSTITUT KOMPETITIF”

(RIDZUAN BIN AHMAD)


Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar,
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas,
Pulau Pinang.

You might also like